:: Aku dan Wajah Baru ::

Saturday, February 28, 2009


Assalamualaikum wth,

Tiada apa yang ingin dikongsi, cuma ingin mengkhabarkan aku telah bertukar wajah dan 'title'. Sudah tidak menggunakan 'Dermaga Lentera Jiwa' sebaliknya menggunakan 'NurZahirahZahiD', aku rasa teramat bahagia melihat nama itu.Hehe~ Seharian menggodek mengenai dunia 'blogger' ini menjadikan aku teringin merubah beberapa perkara. Huhu~ Sebahagiannya telah aku dapat dan sebahagiannya masih dalam percubaan. Jadi, semoga bersuka ria di'blog' aku ini.

Untuk Kak Linda khasnya dan yang lain umumnya, inilah kuskus ;

Bijirin yang dikukus, sayuran itu dimasak berasingan.


Untuk entri yang akan datang aku sertakan bersama cara-cara membuat kuskus ini, InsyaALLAH~
P/S : Masa untuk aku beradu;
mengantuk... zzZZzzZZzzZZ..

:: Aku dan Dilema ::

Thursday, February 26, 2009

Aku dalam dilema, siapa yang akan ku pilih?? (",)


Assalamualaikum wth,


Aku dalam dilema!!


Owh! Apakah dilema itu?Apakah aku sudah mempunyai pilihan hidup dan berada dalam dilema untuk memilihnya?? Hehe~ Sebenarnya, Aku nak buat bahas berkaitan ekonomi islam dan sekarang aku ada dua tajuk besar iaitu perbankan islam dan insurans islam a.k.a takaful islam, jadi aku masih pening nak ambil yang mana satu? Perbankan atau insurans?

Kedua-duanya aku minat, kedua-duanya aku sayang. Kedua-duanya aku punya rujukan. Kedua-duanya dipersetujui oleh pensyarah bimbingan aku(musyrifah). Ha! Macam mana ni? Senget dah kepala aku memikirkan perkara ini. Bahas ini adalah medan terbaik untuk aku sebelum aku menyambung pengajian master dalam bidang ekonomi islam. Medan terbaik untuk aku memahami dan mempelajari berkaitan ilmu ekonomi islam ini. ~Keliru~

Aku sebenarnya sedang membelek-belek buku bertajuk "ekonomi " الاقتصاد اليوم, كيف يعمل؟ ". Bila belek-belek buku ni semakin berkobar-kobar aku nak ambil ekonomi islam untuk master nanti. Sebab apa aku berkobar-kobar nak ambil master dalam bidang ekonomi islam selepas baca buku ini? Sebab aku tak faham =(( . Buku ini berkaitan sistem ekonomi dunia kini, geram yang teramat bila aku tak dapat nak fahamkan buku ini sebaik mungkin. Banyak istilah-istilah yang harus aku fahami untuk memahami buku tebal berwarna oren ini. Erm...

Rasa mahu kembali menyambung pemahaman aku terhadap buku ini. Sempat je lagi nak menaip biarpun sedang membelek-belek buku. Huhu~ Owh yer, sebelum terlupa. Aku dah tukar lagu kat blog, saja mahu menukar angin ; Rast dan Seismic. =) Aku memilih dua lagu ini kerana pengaruh dua orang rakan aku, seorang dari Purdue dan seorang lagi dari Kenitra. Ehe~ Entah kenapa terminat dengan dua lagu ini selepas kali pertama mendengar. Terima kasih yer penyumbang lagu. Ada sesiapa nak kongsi lagu kesukaan dia bersama aku? Mana tahu aku turut berminat sama lantas mengabdikan di blog ini juga. =D


P/S : Aku sedang menanti buku dari Malaysia (",)

:: Aku dan Rindu ::

Wednesday, February 25, 2009

Gambar ini di'tembak' ketika pesta buku antarabangsa yang lepas.
Kredit untuk siapa yang ade dalam gambar =D


Asslamualaikum wth,

Hari ni nak sambung cerita tentang pengembaraan 'larian' aku. Selepas selesai berlari-lari aku dan kawan serumah ambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki seperti kebiasaannya.

Ketika kami mahu melintas jalan, ada seorang mak cik bertanya kepada kami, 'Kamu berdua nak ke Qamra ke?', kami jawab, 'ha'a, kami berdua nak ke Qamra'. Mak cik tersebut mengajak kami berdua jalan bersama. Aku dan kawan aku pun jalanlah sama-sama dengan mak cik ini.

Dalam perjalanan dia bertanya sama ada kami berdua orang Moroko maka kami pun jawablah kami orang Malaysia. Seperti biasa jawapan yang memang akan keluar dari mulut mereka di sini. "Owh, orang Malaysia.. Bagus, beradab, sopan-santun dan bla..bla..bla". Memang di sini orang Malaysia akan dipuji melambung-melambung sampai aku terkadang rasa tidak jejak ke bumi. Owh! bahaya ni, seolah lupa diri. Hehe~ Tapi hakikat sebenar Malaysia itu, tepuk dada tanya sakit ke tidak? =D

Mak cik tu pun ceritalah dia pun dari hutan rekreasi juga, doktor nasihatkan dia supaya banyak berjalan kerana lutut dia bermasalah. Itu yang dia berjalan-jalan a.k.a berlari-lari di hutan rekreasi tu. Dia juga bertanyakan harga tiket dari Moroko ke Malaysia, kami pun beritahu kira sepuluh ribu dirham untuk pergi dan balik. Dia kata murah!! Heh? Macam mana mak cik boleh kata murah? Hoho~Rupanya dia pernah ke Canada dan harga tiket ke Canada lebih mahal daripada ke Malaysia. Mak Cik naik Lufthansa kot..Ehe~ Kami ni naik cheap flight je. ( tahu dek orang Qatar dan Etihad aku cakap mereka dari golongan cheap flight kena samam agaknya aku..Hehe~) Tapi memang dua itu yang paling murah kalau nak balik ke Malaysia dari Moroko. Mak cik tu cakap dia ada dua orang anak perempuan di Canada, seorang ambil ekonomi dan seorang lagi aku kurang jelas dia cakap.

Mak cik tu amat teruja berjumpa kami berdua, sepanjang perjalanan mendoakan kejayaan kami. Terima kasih yea mak cik atas doa itu. Amin~ Satu perkara yang menyentuh hati aku sepanjang perjalanan kami ialah, mak cik itu sentiasa memegang tangan kami berdua, seolah aku sedang berjalan dengan emak pula. Tiap kali mahu melangkah longkang atau tempat tinggi dia pasti akan memegang tangan kami. Aduh~ Buat aku teringat mak sahaja cara mak cik ini. Sampai di simpang yang memisahkan rumah kami, mak cik tersebut bertanya di mana rumah kami? Kami pun menunjukkan jalan ke rumah kami dan dia semangat untuk pergi ke rumah kami. Katanya, "jom kita jalan sama-sama ke rumah korang berdua, nanti aku boleh balik sendiri dari rumah korang". Erk! Aku dan kawan aku tak sampai hati pula nak biarkan mak cik tu jalan seorang diri maka kami yang temankan dia pulang ke rumahnya.

Sampai di rumah, ada suami mak cik tersebut. Sekali lagi kami dipuji melambung-lambung depan suaminya. Katanya, baik budak berdua ni teman aku sampai rumah. Huhu~ biasa-biasa aja mak cik~ Dapatlah minum teh dan makan kek. (baru main lari-lari dah tambah kalori dengan makan kek..Hoho~) Mak cik tu siap kata lagi, aku ada rumah, kalau korang nak sewa beritahu. Aku dan kawan aku senyum je. Kemudian mak cik tu cakap kat suami dia, ' Kita sewakan rumah kita dekat budak-budak inilah, baik, beradab dan bla..bla..bla..' Suami dia menjawab dengan penuh semangatnya, "boleh, boleh, boleh" Ehe~

Agaknya kalau di Malaysia aku ikut tak kalau orang yang aku jumpa kat tengah jalan balik rumah? Jawapannya, tidak. Owh! Aku takut dengan keadaan Malaysia. Adakala bumi Moroko ini jauh lebih aman dari Malaysia. Tapi Malaysia is the best ;) [Takut dilucut kewarganegaraan ni..hehe~] Memang kebanyakkan ibu bapa di sini mahukan anak-anaknya menjadi seperti anak Malaysia di sini (Moroko), sopan, beradab, menutup aurat dan bla..bla..bla..(tak boleh puji lebih-lebih nanti ada yang tak dapat pegang keyboard sebab dah terbang..haha~). Huhu~ Jadi tidak hairanlah walau kalian hanya berjumpa ketika membeli ikan atau sayur pun boleh di ajak makan di rumah. Sebenarnya ada benda yang orang Malaysia telah hilang kerana mengejar kesenangan hidup iaitu ukhwah dan kasih sayang sesama keluarga. Berbanding di Moroko perkara itu masih kukuh terpelihara. Terkadang aku terfikir alangkah baiknya sekiranya nilai murni ini masih wujud di Malaysia.

Itu sahaja nak kongsi, nak beritahu pada kalian. Mak cik tersebut telah menyebabkan rindu aku kepada emak terubat dan pada masa yang sama rinduku pada emak semakin menebal kerana aku pula tiba-tiba teringin berjalan berpegangan tangan bersama emak. Adeh~ Kembali berpenyakit rindu. Erm...


P/S : Hari Jumaat bercadang mahu ke
rumah mak cik tersebut untuk makan
kuskus. Kuskus buatan arab memang BEST!!

:: Aku dan Kasut Sukan ::

Tuesday, February 24, 2009

Assalamualaikum wth,

Sakit badan, isk2..

Semalam aku dengan kawan serumah aku pergi 'berlari', lama tak lakukan aktiviti ini dan akibatnya segala urat-urat aku terkejut. Hoho~ Bayangkan selepas empat bulan baru nak berlari-lari. Mahu tak terkena serangan kejutan melampau urat-uratku ini. Hehe..

Pulang bercuti ke Malaysia ketika cuti musim panas tahun lepas, aku kira cukup untuk aku melepaskan kerinduan melampau kepada sukan. Biasalah, di negara arab tempat sukan untuk perempuan memang sukar ditemui, maka aku pun amat jarang bersukan melainkan ketika Sukan Malaysia (SUKMA) anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi. Setelah seminggu berada di Malaysia, aku ke kedai kasut bersama emak, niat asal mahu membeli kasut untuk aku sepanjang berada di Malaysia. Setelah membeli kasut yang berkenan dihati, mata terlihat kasut sukan berwarna merah dan bertanya pada emak sekiranya boleh aku mengambil sepasang kasut lagi. Emak kata boleh, aku tersenyum sumbing depan mak tanda ucapan terima kasih kepada emak. Aha~

Kasut yang emak belikan untuk aku itu, tidak pernah rugi aku rasa. Hehe~ Sememangnya aku menggunakan kasut tersebut ketika di Malaysia. Mengajar budak sekolah bermain bola jaring, bermain badminton bersama adik lelaki aku (dia memang rakan terbaik badminton aku.. Sungguh rindu ko bro), Teman adik-adik berprogram(menjadi fasilitator), juga 'berlari-lari' ketika temankan si kecil Izzah bermain di taman permainan. Oh! Aku rindukan suasana sibuk itu. Sedari kecil, aku memang sukakan sukan. Teringat kali pertama aku mendapat hadiah kasut sukan daripada abah berwarna biru ketika aku darjah enam. Abah belikan sempena pemilihan aku sebagai komander fatayat untuk 'Mukhayyam Syabab dan Fatayat seluruh Malaysia'. Lama juga kasut tu aku pakai hingga ke tingkatan dua. Selepas itu, abah belikan aku sepasang lagi kasut sempena kursus kepimpinan di Pahang anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk anak-anak Negeri Sembilan. Kemudiannya, emak pula membelikan kasut merah ini. Terima kasih emak dan abah.

Semalam kiranya permulaan semula untuk aku 'berlari'. Haha~ Aktiviti ini memang aku lakukan bermula tahun lepas, tapi semasa pulang ke Moroko sekitar bulan Oktober cuaca sudah mula sejuk maka aktiviti ini juga dibekukan sama seperti bekunya aku di dalam selimut tebal (lihaf) sepanjang musim sejuk ini. Hehe~ Sekarang cuaca sudah mula panas maka aktiviti tersebut sudah boleh dimulakan semula. Aku suka. (",)

Abah yang banyak mengajar erti sukan. Maklumlah pemain bola sepak kebangsaan ketika sekolah dulu. Abah mulakan dengan membelikan basikal kemudian hampir setiap petang bermain badminton bersama-sama dan adakala pergi ke taman rekreasi berlari-lari. Bermain badminton dengan abah acapkali tewas, biarpun abah tidak banyak bergerak ketika bermain tapi setiap pukulannya padu dan itu yang aku tewas. Kelemahan aku ialah pukulan backhand abah. Sungguh, hingga saat ini aku masih belum mampu menewaskan pukulan backhand abah. Tak apa, abah tunggu Along balik tahun depan dan kita challenge badminton sekali lagi. Hehe~

Stamina aku semalam sungguh telah menurun. kebiasaannya aku menghabiskan sekitar 20 minit untuk satu pusingan tapi semalam aku menghabiskan kira-kira 35 minit untuk satu pusingan. Aduh~ Teruknya stamina. Perlu diperbaiki semula. Huhu~ Walau telah menjangkau umur 21 tahun ini, aku tidak merasakan itu halangan untuk seorang perempuan bersukan. Ketika bermain badminton bersama adik lelaki aku cuti yang lalu, aku tidak merasa kekok walaupun aku telah berumur 20 tahun, kami berdua sentiasa bersaing untuk memastikan siapa dapat memberikan pukulan padu dan yang pentingnya memastikan peluh keluar untuk kesihatan. Antara kami empat beradik, nampaknya aku dan adik lelaki aku sahaja yang benar-benar minat untuk bersukan, kalau Wardah (adik perempuan aku) tidak berminat dengan sukan melainkan ping pong. Aku pun kadang-kala bermain ping pong tetapi tidak selalu kerana ianya tidak selasak badminton atau pun bola jaring. Hehe~ Setiap orang ada minat tersendiri.

Rasanya cukuplah untuk waktu ini, ada lagi perkara ingin aku kongsikan bersama kalian, cerita mengenai aktiviti 'berlari' aku semalam juga tapi nantilah entri yang akan datang. InsyaALLAH. Sekarang ini perlu menyiapkan kerja lain pula, kalau tidak nanti bozz aku bising. Lala~

P/S : Majulah sukan untuk negara..

Hoho~ tak pasal. Kasut sukan merah

itu aku bawa hingga ke Moroko. =D

:: Aku dan Tag ::

Assalamualaikum wth,

Sebelum keluar tadi aku telah ditag oleh Kak Lilah, pertama kali aku ditag. Jadi aku rasa nak menjawab tag itu sekarang. =)

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
“Dermaga Lentera Jiwa”, aku memilih nama ini sebab aku sukakan ketiga-tiga patah perkataan itu. =)

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
“akudankatarsis.blogspot.com”, idea timbul semasa aku membelek-belek kamus dewan edisi ketiga. Hehe~

3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?
Aku menulis apa ingin aku tulis. Kehidupan seharian, keluarga, sahabat, peringatan, resipi, Sashimi aku dan apa sahaja. Metode bebas~

4) Apakah pendapat anda mengenai blog pelajar Malaysia di Maghribi ini? (kena sebut ikhwan dan akhawat) - Bagi yang bukan pelajar di Maghribi, abaikan soalan ini. Tapi, kalau nak jawab dipersilakan!-
Erm, Kalau yang perempuan kebanyakkannya menggunakan background pyzam.com ..Haha~ Kalau lelaki, aku kurang perhati jadi tiada komen untuk itu. Hehe~

5) Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar (dakwah)?
Setiap orang punya cara tersendiri, ada sebahagiannya tiada kekuatan melalui percakapan maka penulisan jalan terbaik dan begitulah sebaliknya.

6) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tak pernah.

7) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Feminin.


Itu sahaja. Terima kasih Kak Lilah sebab tag saya. Hehe~

P/S : http://akumasihdiriakusendiri.blogspot.com/
Blog Kak Lilah. =)

:: Video Sashimi ::

Sunday, February 22, 2009

Assalamualaikum wth,

Kali ini aku masukkan video Sashimi bersenam di malam hari =D

Video ini di ambil menggunakan kamera handset, jadi videonya tidak berapa jelas. ;)

P/S : Binatang seringkali menjadi

penghibur terbaik =)

:: Terbaru Dari Sashimi ::

Assalamualaikum wth,

Aku rasa malas mahu menaip hari ini, jadinya aku masukkan gambar terbaru Sashimi (",) .

Kalau nak tahu Sashimi ada peminat tersendiri, huhu~ maka, aku tidak boleh hanya masukkan cerita mengenai aku sahaja, cerita mengenai Sashimi juga harus selalu di'update'..Hehe =D Tiba-tiba rasa perlu menukar alamat 'rumah', sudah tidak boleh 'akudankatarsis' tetapi 'akudansashimi.blogspot.com'..Aha~ menarik juga. ;)


Sedia..1..2..3..Lari!!


80km/j =D


Semakin hampir.......


Erk!! Maaf2, saya terlupa ada sesi fotografi,
Aduh! Mimpi rupanya..Memalukan..huhu~



Saya ke bilik air sebentar =D


P/S : Gambar di ambil menggunakan
kamera handset (",)

:: Tension + Strawberi Krim Sedap ::

Thursday, February 19, 2009

Assalamualaikum wth,

TENSION! SABAR!!!!!!

Itulah perkataan nak keluar dari mulut aku. Kerja yang aku buat telah hilang dengan suka-sukinya. Adoila~ Rasa aku memang dah save tadi. Terkilan sungguh rasa, walau macam mana tertekannya aku saat ini. Aku masih boleh bergelak dengan ahli rumah. It's just ujian kecil untuk aku. (sedapkan hati sendiri...Lala~) Padahal airmata aku dah nak menitis dah tadi. Nasib baik aku masih punya kewarasan dan tiada sesiapa yang menjadi mangsa amukan aku. Fuh! Nasib baik. Alhamdulillah, Allah kurniakan kesabaran menggunung tinggi. Bayangkan minit mesyuarat lapan muka surat, memang nampak sikit sahaja tapi pengolahan ayat boleh membuat aku demam panas+sawan kucing memikirkannya untuk menaip semula. Huhu~

Berhenti bercerita tentang itu, aku nak kongsi dengan semua resipi baru rumah aku. Haha~ Tengah pening edit minit mesyuarat tadi Si Sherot datang dengan strawberi + krim putar dia. Huhu~ Sedap yang teramat. (kalah strawberi coklat mummy bugs bunny tu =P )



Creamy habis..huhu~



Strawberi berharga RM 2.50 untuk setengah kilo =D


Itu aja nak kongsi dengan semua. Hilangkan rasa tensen itu. ;) Owh lupa nak beritahu, krim diatas adalah qishdah toriah(popular kat Morocco) ditambah gula dan vanilla kemudian diputar mengikut kelajuan tangan anda dan jadilah Strawberi Krim Sedap.Sila cuba yer.Hehe~ Strawberi coklat pun aku dah makan, sedap juga~ ini semua igauan dari seorang tuan blog yang menggoda aku dengan strawberi coklat dia. Hehe~

P/S : Mahu tidur dan bangun semula

menyambung kerja yang sudah 'hilang' tadi. =((

:: Terbaru Dari Sashimi ::

Sunday, February 15, 2009

Assalamualaikum wth,

Lama rasanya tak menulis di 'katarsis aku' ini. Esok aku ada reseat paper, doakan aku yer semua. Oleh kerana itu, aku tak berhajat untuk menaip dengan lebih panjang. Aku cuma nak masukkan gambar terbaru Sashimi. Sudah semakin jinak dengan aku. Aku merasakan hamster ku yang ini lebih manja. Setiap hari mesti bermain dengannya, kalau tak mesti macam anak kehilangan ibu aja gayanya di dalam sangkar. Tak mahu cerita panjang, jom tengok gambar ;




Sashimi (",)



Hari pertama bersama aku =D



Menyorok dari kamera agaknya =]


Sayang kamu ;)

Rasanya cukup untuk waktu ini. Tiba-tiba rasa nak ungkap rasa sayang pula. Aku sayang semua orang yang hadir dalam hidup aku. Mak, Abah, Wardah, Aboy, Izah , ukhti, sahabat, teman, kawan dan siapa sahaja. Kalian semua bermakna dalam hidup aku. Love u all~

P/S : Sejak kebelakangan ini rasa

mahu pulang ke Malaysia. Untuk kamu

di Malaysia, banyakkan masa dengan keluarga.

Kamu berbaki 6 bulan lagi. =(

:: Kelahiran ::

Friday, February 13, 2009


Assalamualaikum wth,


Teringin nak masukkan gambar semasa melawat seorang kawan arab, Latifa namanya. Dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang masih belum diketahui namanya .Hehe~ Kami datang hari kedua selepas dia bersalin ;)

Seronok sangat tengok bayi kecil itu, rasa nak picit-picit aja =D Hehe~ Doaku moga anak kecil ini akan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya (",)
Mari lihat gaya seorang remaja(akhir remaja dah ni) yang amat teruja dengan kelahiran seorang bayi. Huhu~

Ada gaya seorang 'ibu' ?


Ambil berkat. Hoho~

Jadi anak yang soleh yea =)



Rasa terkilan hari tu sebab tak dukung bayi kecil ini, ada kesempatan nak pergi rumah Latifa nak dukung bayi comel ini. Hehe~ Aku sayang budak-budak. Kalau hari raya, kalau ada tetamu beranak kecil aku akan rela hati menawarkan diri untuk menjaga bayi meraka sementara mereka menjamu selera. Hehe~ Ad ketenangan melihat bayi tanpa dosa itu. (",)


P/S : Mak tanya, bila nak ada bayi

sendiri? Hoho~ No Komen!!!

:: Makan-makan ::

Tiramisu sedap (",)


Assalamualaikum wth,

Kebosanan telah mencengkam aku, huhu~ akhirnya di sini nampaknya tempat aku menghilangkan kebosanan melampau. Hari Ahad lepas aku pergi makan dekat Aswak As-Salam, Sedap kek tiramisu yang aku makan hari tu, teringin nak makan lagi. Tapi, nantilah biasiswa akan datang kot baru aku pergi makan sekali lagi. Hehe~


Dari sini jugalah aku dapat nama kekasih hati aku yang baru, aku teringin nak makan sashimi dan tempah. Bila tengah makan sashimi ni aku teringat sangat dekat hamster yang aku tengok. Oleh kerana itu, aku telah menamakan kekasih hati aku Sashimi. (",)
Inilah sashimi tu, sedap =D







Cappucino Cream =D

Tak ada kerja, saja nak masukkan gambar dalam blog ini. Rasanya nak pergi buat puding jagung. Lama tak makan puding jagung. Selamat menjamu selera untuk aku. Hehe~

P/S : Akan datang nak cerita mengenai

makan-makan lagi. ;)

:: Emak Saya ::

Wednesday, February 11, 2009



Assalamualaikum wth,
Alhamdulillah, syukur pada-Mu atas kurniaan kasih sayang seorang ibu yang tidak ternilai. Hari ini ( 11 02 09 ) hari lahir emak yang ke-51 ;

Doa Along moga emak sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah SWT. Along sayang emak!! Rasa mahu terbang ke Malaysia sebentar untuk peluk dan ucap 'selamat hari lahir emak'. Rindu sungguh pada emak.

Emak, Along telefon mak tapi mak tak angkat. Mak sibuk agaknya awal pagi begini. Erm, Sedihnya :( Kalau Along rasa rindu along telefon je emak, tapi kalau mak rasa rindu? Ya Allah, Engkau rahmatilah ibuku Ya ALLAH.

Along tulis kata-kata ini buat emak, ada air mata yang mengalir emak semasa Along nukilkan kata-kata ini. Sungguh dengan bertemankan lagu Aishah, Along tak tahu apa yang telah Along berikan pada Emak. 21 tahun selama Along hidup, maafkan Along atas segala yang telah Along lakukan pada emak dengan sengaja atau Along tidak sengaja emak.

Buat emak ;

20 tahun lalu, along lahir.
Mak dan abah gembira.

Along kuat merajuk,
Pernah merajuk tak nak makan.
Abah dan mak pujuk.
Janji akan belikan hadiah.
Along senyum.

Along pernah merajuk tak dapat mandi laut.
Mak tanya, along nak juga mandi laut.
Mak usaha dapatkan juga cara along nak mandi laut.
Along puas.

Masa tolong jiran kemas rumah,
Along kena sengat tebuan.
Seminggu mak jaga along,
Mak suap makan, mak tengokkan luka.
Along sihat.

Duduk di asrama tiap minggu mak datang,
Kalau tak ada duit nak datang, mak pesan orang hantarkan lauk pada along,
Sampai along habis sekolah.
Along riang.

Mak kata jangan belajar luar negara,
Along kata along ada cita-cita,
Along ada impian.

Mak sedih dan terasa hati?
Along tak tahu, along jauh.
Along tak pujuk.

Mak rindu along,
Seminggu sekali pun belum tentu along tanya khabar.
Alasan along sibuk kuliyah,
Dulu mak sibuk cari rezeki tak pernah lupa along,
Along alpa,

Adik kata setiap kali makan,
Mak akan cakap, “along makan apa agaknya kat sana?”
Along bersama kawan di sini jarang ingat mak,
Masa periksa baru minta restu.
Along leka.


Mak sakit,
Along tak mampu jaga mak,
Doakan moga emak sihat jarang sekali.
Hanya doa biasa yang along baca,
Itu bukan dari hati, itu hanya kebiasaan,
Along lupa.


Along nak kejar cita-cita,
Sampai along terlupa along ada mak lagi.
Mak! Along rindu =(



Erm..walauapapun Along berdoa agar Along mampu membalas jasa emak dengan sebaiknya walau tidak akan pernah mampu emak. Terlalu besar jasa dan pengorbanan emak untuk Along hingga Along kini di sini. Terima kasih emak atas segalanya. Sayang Emak!!


P/S : Monolog aku. Lagu ibu sempena
hari lahir emak.

:: Sashimi Saya ::

Tuesday, February 10, 2009

Assalamualaikum wth,

Semalam lepas solat asar, aku telah mengalami sindrom kebosanan melampau. Huhu~ Jadinya pergi dapur tengok barang apa yang ada. Ehe~ nampaknya barang-barang untuk buat tat telur ada. Maka diisytiharkan~ Jom main masak-masak!!

Oven rumah bermasalah, jadi proses pembakaran sedikit lambat, puas aku tunggu nak habis bakar tat ni. Tapi sebab dah mula buat takkan nak berhenti, teruskan juga sampai semua filling dan pastry habis. Hoho~ Kul 1 pagi baru habis semuanya. Hehe~

Dah siap, jemput makan =)
Enak dimakan ketika panas (",)

Sementara aku tunggu tat telur terakhir siap di bakar, aku duduk depan komputer jap, tengok emel. Tiba-tiba aku nampak ada benda bergerak dekat pintu bilik.(Keadaan bilik dah gelap waktu tu sebab rommate dah tidur) Aku pelik juga apa bendanya malam-malam ni. Aku tengok betul-betul , WAWAWAWA SASHIMI DAH KELUAR DARI SANGKAR DIA~~~~ (Sashimi nama hamster aku) Aduhla~ Aku tak terus cari 'dak kecik' tu, aku pergi uruskan tat telur aku dulu. Siap makan sekeping baru masuk bilik cari dia. Hehe~

Macam mana nak cari 'dak kecik' ini? Aku pun tengok bawah katil, bawah meja belajar, bawah rak buku. Huhu! Ada bawah rak buku, aku tunduk perlahan dan taburkan makanan depan rak tu. Dia mula datang dekat. Dah ada betul depan jari aku ni, tinggal nak cekup je 'dak kecik' tu. Tiba-tiba " KAK ZAHIRAH WEK APO TU?" suara Azma. Ha! terkejut si Sashimi langsung lari masuk bawa rak lagi. Hish, terlepas sudah~

Terus lagi mencari, jumpa dekat tepi meja belajar. Aku ambil bekas dan masukkan makanan datang dekat tepi meja dan panggil dia. Sashimi, come sayang~ Huhu~ Berjaya! dia naik atas bekas makanan tu, aku angkat bekas perlahan dan nak masuk dalam sangkar. Aku palingkan muka aku ke kiri untuk cakap dengan rommate minta ambilkan sangkar dia, sekali lagi terkejut 'dak kecik' tu, langsung lompat.(terkejut dengar suara aku agaknya) Uish, nasib baik jatuh atas selimut dulu, kalau jatuh terus ke bawah mahu kena serangan jantung agaknya 'dak kecik' tu. Aduh~

Aku dah penat, lepak jap kat tepi meja. Aku tak kisah sangat Si Sashimi ni terlepas, sebab aku tahu hamster tak akan boleh pergi jauh. Pengalaman mengendalikan 16 ekor hamster satu masa dahulu, cukup membuatkan aku faham sangat perangai binatang yang satu ini. Kalau lapar mereka akan datang balik dekat sangkar cari makanan. Tapi, aku takut sebab Sashimi amat kecil nanti ada orang terpijak dan takut dia makan sisa-sisa makanan yang jatuh atas lantai. Hamster sensitif, tak boleh makan sebarangan. Huhu~ Takut dia sakit dan mati. :(

Sudahnya aku minta pertolongan kawan aku yang terjaga sebab-sebab dengar suara aku memanggil 'dak kecik' tu.( Maaf yea, ganggu tidurmu..huhu~) Alihkan almari, beg bagasi, katil, rak buku, meja untuk cari dia. Sungguh takut sangat kalau dia terhimpit benda-benda berat atau makan benda yang jatuh atas lantai. Sudahnya jumpa dia bawah almari baju. Dia macam takut, dia dah tak mahu dekat pada bekas makanan yang sebabkan dia terjatuh tadi. Fobia agaknya dia, dengan aku pun dia tak mahu dekat. Wawawa, janganlah macam tu, tak sengaja jatuhkan kau tadi. Mehlah sini sayang.wawa~ Aku amik sangkar dia kemudian buka dan letak dekat depan dia dan dia masuk. Alhamdulillah jumpa balik kekasih hati aku ini. horray!!! =D

Keadaan bilik sebelum kejadian




Keadaan semasa kejadian. Huhu~

Aku terfikir kalau manusia buat perangai sampai aku kena alihkan semua barang-barang aku ni, agaknya memang dah kena penangan sulung dari aku tak pun akan mendengar letusan gunung berapi dari mulut aku. Hoho~ Tapi, Sashimi hanya seekor binatang even aku marah pun dia tak akan mengerti. Sudahnya, aku cakap macam ini je, ' lain kali tak mahulah keluar macam ini, susah nak cari. Awak dahlah kecik, kalau hilang macam mana?' Hoho~ dah macam cakap dengan anak pula heh? Hehe~ Membela binatang melatih erti sabar dan menambahkan perasaan sayang. Erm, sayang kamu Sashimi!

Hari ini sampai giliran aku memasak, ingat nak masak paprik ayam dan buat dessert puding jagung tak pun karamel kot. Erm, tengoklah nanti. Ok, nak bersiap-siap pergi kedai untuk beli roti. Roti+fromage(keju)+telur = Kenyang (",)


P/S : Sashimi dah bangun tidur,
tapi merajuk. Hehe~ agaknya tak
berjaya larikan diri kot =D

:: My New Lover ::

Monday, February 9, 2009

Assalamualaikum wth,

Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk menulis. Segalanya sihat, cuma dua tiga hari ini 'hati' tak berapa nak sihat. Hoho~ Entah kenapa? Perlu cek apa sakitnya dan cari penawar, kalau dibiarkan berterusan sakitnya, Aduh! ~Parah~

Tadi pergi Aswak As-Salam cari kulit lasagna, ada orang minta tolong buatkan lasagna. Huhu~ Alang-alang dah pergi aku apa lagi berhajatlah nak membeli seorang hamster. Mula-mula usha dulu mana yang berkenan, aku dah lama usha hamster jenis yang satu ni. Jenis tak akan membesar, kira badan dia kecil gitu je la. Hehe~ Comel aja. Dah usha jumpa la yang berkenan di hati. Asal tak nak beli, usha je dulu. Tapi masa tengah makan, asyik teringat dekat 'dak kecik' tu. Isk..isk, tak boleh jadi, kena juga beli nampaknya. Lepas solat aku dan roomate pergi balik kedai dan beli hamster yang kiut miut tu =D.

Comel je dia, aku tak beri nama lagi. Tengah fikir nama yang sesuai. Si Sherot suruh bagi nama 'Joy' sebab dia kata hamster tu suka lompat-lompat dalam sangkar. Macam enjoy je, jadi bagi nama Joy. Huhu~ Aku tak minat nama tu ( hard to say sori heh Sherot ) . Si Kucut cadangkan nama 'Chip', Hoho~ nama ni seolah menarik, betul juga kata si Kucut sekurang-kurangnya orang tak tersasul. Huhu~( Sejak aku tukar nama panggilan aku tu, masih ada juga yang still panggil Chip lagi.) Erm~ Nama ini akan dipertimbangkan. (",)

Jadi, jom kita tengok gambar 'dak kecik' tu. My new lover ~~~


Si comel yang pandai ber'posing' (",)

Cubaan melarikan diri dari gambar ditangkap 'mamarazi' =D
Ehe~ Sayang sangat dekat binatang, tinggi sifat kebinatangan aku rupanya. Huhu~ Kalau aku kahwin nanti dengan lelaki yang suka kucing macam adik lelaki aku yang tak boleh jauh dengan kucing sebanyak 9 ekor ( erm..9 ekor ke? ) di rumah aku tu, aku tak kisah. Sebabnya aku tidak kisah kepada binatang. Ehe~ Iguana pun tak apa. Kalau dia suka kucing maknanya aku tak boleh bela hamster. Nanti jadi santapan enak pula. Isk..isk tak sanggup aku bayangkan. Teringat masa di Aswak As-Salam tadi, sementara tunggu si Sherot beli calamar (sotong) aku main dengan hamster yang aku beli, tiba-tiba ada kucing yang amat besar datang dekat aku, hua~ janganlah kacau hamster aku, aku terpaksa halang kucing tu dengan kaki (bukan sengaja, tangan ada hamster). Orang pandang je aku, sebab aku pegang kotak hamster tu kuat-kuat dengan wajah yang amat tidak senang dengan kedatangan kucing besar itu. Mereka tidak tahu bahawasanya di dalam kotak itu terdapat seekor hamster yang amat comel berwarna kelabu+putih.Huhu~
P/S: Aku tengah berfikir macam
mana nak mandikan hamster yang
amat kecil ini. Erm..ada idea?

:: Malisie + Saya Cinta Kamu ::

Friday, February 6, 2009

Assalamualaikum wth,

Alhamdulillah ada kesempatan nak menaip lagi. Hehe~ Tengah mencari mengenai maklumat berkaitan 'Feminisme dan Islam'. Erm, tiba-tiba rasa nak menaip pula, jadinya blog aku ini menjadi mangsa. Hoho~

Lepas zuhur tadi pergi pejabat pos, poskan barang untuk kawan aku yang jauh 'nun' di sana. Hehe~ punyalah lama menunggu di pejabat pos tu, tapi sebab dah tekad nak gak hantar barang hari ini makanya aku pun tunggu la juga. Lepas tu, pergi universiti, untuk uruskan masalah markah yang tak masuk. Aduhla~ dugaan ni. Sabar-sabar. Sesungguhnya Allah SWT bersama orang-orang yang sabar~

Balik dari universiti, aku dan roomate pergi bandar nak beli setem untuk memperbaharui kad pengenalan aku. Harganya DH100 = RM 50, huhu~ sampai sana dah tutup pula. Nampaknya kena tangguh urusan memperbaharui kad pengenalan aku ni. Waktu sampai bandar dah zuhur makanya aku dan roomate a.k.a Sherot jalan nak pergi solat, tengah jalan tiba-tiba ada orang jerit ' SAYA CINTA KAMU ', aku kata dalam hati siapa pula yang cakap ni, aku ni kat Malaysia ke kat Morocco? Lagi sekali aku dengar orang cakap ' SAYA CINTA KAMU '.

Erk!! siapa? aku berpaling sebab terkejut. Hoho~ lelaki arab yang cakap. Aku dan Sherot buat tak tahu jalan terus. Sampai depan sikit aku dan Sherot tergelak sebab, banyak-banyak perkataan melayu itu yang dia belajar. Isk2. Abaikan~ Bahaya lelaki-lelaki arab ni. Huhu~ Kawan aku pernah kena kejar, kawan aku jalan cepat-cepat sampai kat traffic light then mereka terpisah dan orang lelaki tu jerit ' Uhibbuki, uridu an attzawwaj ma3aki' ( Aku suka kau, aku nak kahwin dengan kau ) Wawawa, malunya la kawan aku waktu tu, habis semua orang pandang. Moralnya, jangan layan lelaki arab di tepian jalan. Hehe~
Lepas solat, kami berhenti di kedai buku ( kedai ke? Tepi jalan orang tu jual ) nampak satu majalah " Mariage" dalam bahasa melayu "perkahwinan". Tertarik dengan baju pengantin yang model tu pakai. Jadi kami belek-belek majalah tu, Sampai kat satu page ni, terbaca pasal entri ni ;

Malaysia; Alam Semulajadi yang Menarik

Erm, bukan selalu dapat tengok Malaysia masuk dalam majalah. Dalam majalah tu, beritahu mengenai ibu negara, iklim, tempat pelancongan, tempat beli-belah, mata wang dan lain-lain lagi. Ehe~ boleh tahan juga Bahasa Perancis aku dan Sherot. Haha~ Aku siap ambil gambar bagai kat situ, ada pak cik lalu pastu cakap Malisienne ( orang Malaysia ) Ehe~ maaflah pak cik tergayat pula. =D

Selepas itu, jalan-jalan sekejap dan sebelum balik sempat membeli plus air panas. Aku adalah manusia yang tidak suka minum air sejuk walaupun di musim panas. Air masak/putih/jarang/kosong yang aku minum mestilah dalam keadaan suam. Ehe~Dapat jimatkan gas rumah dari menanggung kerugian akibat kesukaan kepada air panas aku ini. Hehe~ My housemate kalau nak air panas, sila dapatkan perkhidmatan daripada saya dengan harga DH2( jimat masa + jimat gas) haha~

Selepas itu, aku dan Sherot pun pulang dengan terlupa membeli penyapu untuk bilik, mop untuk bilik serta mengambil gambar. Adoila~ Maka projek pengubahsuaian bilik aku akan ditangguh. ~ Attention du travaux~


P/S : Jangan suka minum air

Sidi Rubini, tak baik untuk kesihatan (",)

:: Jom bangun malam! ::

Wednesday, February 4, 2009



Assalamualaikum wth,

Hari Ahad lepas ada forum hawa wilayah Rabat, aku jadi ahli panel dan kumpulan aku bawakan tajuk tabarruj. Alhamdulillah, banyak juga info-info baru yang kami semua dapat. Terima kasih buat semua sahabat yang menjayakan program ini. Terutama peneraju utama Kak Tie dan Sherot..hehe~ Tengah cari isi tentang forum aku terbaca tentang bangun malam atau qiamullail ni, rasa macam nak kongsi je kebaikan bersama tetamu aku. hehe~

ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا


"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji"
(Al-Isra' : 79)


Apa kelebihan orang yang bangun malam/Tahajjud ?


Terdapat sembilan kelebihan orang yang solat tahajjud ini, 5 kelebihan akan diperolehi di dunia dan 4 lagi akan diperolehi di akhirat ;


Dunia :


  • Tanda berkat pada wajahnya

  • Mereka akan disayangi oleh orang ramai

  • Allah akan menjadikannya orang yang bijaksana

  • Apabila dia bercakap akan penuh dengan hikmah.



Akhirat :

  • Wajahnya bercahaya

  • Akan dipermudahkan hisabnya

  • Melalui titian sirat seperti kilat menyambar

  • Menerima buku amalan melalui tangan kanan.

Jom kita lihat antara ayat al-quran mahupun hadis yang menunjukkan betapa Islam menggalakkan bangun malam ini;


"Apabila seseorang itu jaga dari tidurnya di waktu malam dan membangkitkan isterinya lalu kedua-duanya sama-sama menunaikan dua rakaat sembahyang nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak menyintai dan menyebuti ALLAH." -Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari Abi Sa'id.


“Dan (dengan apa keadaan pun) maka pada sebahagian waktu malam sujudlah kepada Tuhanmu (dengan mengerjakan sembahyang) dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memuji-Nya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam”. ( Al-Insan : 26)


“Sesungguhnya bangun beribadat pada waktu malam itu adalah sangat berkesan (dalam hati) dan lebih betul bacaannya”. (Muzammil : 16)



Tapi tu la, walau pun kita ni tahu begitu banyak kebaikan qiamullail ini, kita sering juga liat nak bangun. Huhu~ Paling rajin nak bangun malam, bila time exam. Hoho~ Mata ni macam ada ada jam loceng yang akan gerakkan kita bangun waktu malam. Bila time exam bangun je malam terus capai buku, segar terus. Huhu~ Kalau tak, nak buka mata pun susah. Aku pun ada terdengar ceramah dari Ustazah Nor Bahyah, sebab-sebab liat nak bangun malam ini, sebab kita bila time tidur ada ikatan dari Syaitan..hoho~ tu yang amat sedap tidur tu..isk2



Sabda baginda Muhammad SAW, "Syaitan akan mengikat kepala manusia dengan tiga ikatan menyebabkan kamu tidur lama. Apabila kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia berwudhuk terlepaslah ikatan kedua dan apabila dia menunaikan solat akan terlerailah ikatan semuanya. Dia akan merasa kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak dia akan kusut dan malas."(riwayat Bukhari)

Jadi, bila kita bangun pepagi tu apa kita kena buat? Tiga benda ;



  • Sebut nama ALLAH

  • Berwudhuk

  • Dirikanlah solat


Semudah menyebut ABC..huhu~ tapi nak lawan nafsu tidur terutamanya musim sejuk di Morocco ni. Aiya~ susah yang amek la..hoho~ Maka aku ni terfikir macam mana nak mudah bangun malam ni, moga-moga aku dan kalian tergolong dalam golongan yang mendapat rahmat dan keberkatan bila kita imarahkan malam gelap yang tersembunyi seribu satu perkara tu.




Cara mudahkan bangun malam antaranya ;

  • Jangan makan terlalu banyak sebelum tidur.

  • Amalkan qoilullah, ( tidur sekejap ) pada siang hari untuk beri tenaga kita nak bangun malam. Diulang semula , 'TIDUR SEKEJAP' huhu~

  • Fahami dan ketahui kelebihan bangun malam ini.

  • Sebelum tidur, tekadkan dalam hati untuk bangun untuk menunaikan solat pada jam berapa. InsyaALLAH.


Lepas ni, jom kita amalkan perkara kat atas tadi. Moga kita dapat mengejar kenikmatan bangun malam atau qiamullail ini. InsyaALLAH.

Seterusnya dari segi sains pula bangun malam ini kita akan menyedut oksigen khusus pada jam tiga pagi hingga matahari terbit kemudian apabila kita gerakkan otot tubuh badan kita akan melancarkan saliran darah untuk mengalir. Menggerakkan otot dan menyedut oksigen khusus ini amat penting untuk memastikan kesihatan tubuh badan kita. Sebab tu la kita diwajibkan menunaikan solat subuh. Siapa yang bangun lepas matahari terbit makanya tak dapatlah nak menghirup oksigen segar ini. Huhu~ Sila rajinkan diri anda untuk solat subuh, jangan liat-liat nak bangun..Hoho~ (Pesanan khidmat masyarakat semua dan diri aku juga ni =D )


Rasanya cukuplah untuk tika ini, Jom kita sama-sama menunaikan solat tahajjud ni yang sememangnya mengandungi seribu satu hikmah dan kebaikan baik dari kesihatan mahupun dari suruhan agama kita. Salah satu cara kita nak dekatkan diri kita pada ALLAH SWT. Baginda Muhammad SAW sendiri sentiasa melakukan solat malam ini sehingga bengkak kedua kaki baginda sedangkan baginda telah dijanjikan syurga. Kita? hoho~


Imam At-Tarmizi meriwayatkan, daripada Al-Mughirah bin Su’bah berkata:

“ Rasulullah SAW menunaikan solat hingga bengkak kedua kaki Baginda. Dikatakan kepada baginda, apakah sebab kamu menyusahkan diri kamu ini, sedangkan kamu telah diampunkan dosa yang telah lepas dan yang akan datang. Berkata Baginda SAW, apakah tidak aku menjadi hamba yang bersyukur ”




Kita Jaga Hak Allah, Allah Jaga Hak Kita



P/S : Solat tahajjud juga dapat elakkan
diri dari terkena sihir.

:: Italiano ::

Tuesday, February 3, 2009

Assalamualaikum wth,


Aduhlah~ Aku rindu nasi ni, dari hari Khamis sampai ke hari ni aku asyik makan western food je, ni semua gara-gara kedatangan Sang Kucut yang perasan ada darah kacukan Itali. Naik kembang tekak aku menelan makanan ni semua. Walauapapun ini rezeki. Ku bersyukur~

Macam aku khabarkan pada entri lepas, hari Khamis lepas aku masak lasagna ( Italiano food ), Jumaat aku merealisasikan cita-cita roomate aku yang teringin nak makan spageti cheese, makanya kami pun pergi ke Milano ( Kami tempah spageti chesee, spageti bolognaise dan steak daging ). Aku terlupa hari Jumaat aku masak, balik aku masak asam pedas ayam. ( Kali pertama masak asam pedas tanpa perencah, not bad =D ) Hari Sabtu Sang Kucut datang. Dia masak Sizzling mee ( Chinese food ), malamnya Kak Fie top up aku punya asam pedas, makan asam pedas lagi. Sang Kucut dengan Sang Sherot pula menggodek kek Chiffon, nasib baik Madame Hayat tak datang ketuk pintu malam tu sebab dengar bunyi mixer khas dari Mohamedia yang di bawa oleh Sang Kucut .Makan lagi malam tu. Huhu~

Bermula hari Ahad hinggalah hari ini (Selasa) dah mula dah budak rumah aku ni berangan-angan nak jadi orang Itali, dari pagi Ahad tu sampai sekarang ini aku tak jumpa NASI lagi. hoho~ Pagi Ahad, Si Sherot masak spageti, maka makanlah spageti. Malamnya Sang Kucut masak pasta. Makan pasta. (Sedap gak pasta ko Cut, 6hb ni datang main masak-masak lagi kat sini)Hehe~ Hari pertama tanpa nasi, semua orang mantain je lagi.Huhu~

Hari Isnin budak-budak ni merancang nak memasak lagi, menunya ialah Pizza keju merah Suaidah, Pau lebam Sherot dan tat buah si Kucut. Hoho~ maka aktiviti masak memasak pun berlaku, resepi pertama siap tat buah Kucut, rancangan nak makan lepas pizza keju merah Suaidah siap, ehe~ tapi semua dah tak sanggup nak tunggu makanya makan dulu tat buah Kucut ni. Bila dah selesai makan, semua muka dah lain macam, maklumlah makan makanan berasas keju dua hari, aku memang nekad tak boleh jadi ni. Aku tanya siapa nak makan makaroni goreng? Semua bersedia nak makan, siap pesan buat pedas-pedas, aku apa lagi masuk dapur potong bawang putih dan merah, basuh cili kering dan masukkan dalam blender. Dalam hati berkata, minta maaf banyak-banyak Madame Hayat terpaksa buat bising dengan blender ni. Habis blender, aku tumis bahan kisar tadi dan masukkan daging kisar juga masukkan makaroni yang memang telah sedia di rebus dari malam semalam. Aku memang lepas geram tak jumpa benda pedas, letak dua sudu besar lada hitam. Hoho~ Puas hati, malam tu makan makaroni goreng (even masih Itali food tapi aku dah ubah suai dengan meletak cili dan lada hitam sesuka hati). Jangan marah yea Orang Itali. Malam kedua tidur tanpa nasi, semua muka mengharap mimpi nasi..hehe~

Bila la agaknya rumah aku ni makan nasi, rindu masakan melayu ni. Hehe~ Baru dua hari tak jumpa nasi dah macam orang tak betul dah, macam mana nak pergi Spain ni? Spain lagi tak jumpa nasi. Kena berlatih lagi nampaknya. Huhu~




P/S : Alhamdulillah, banyak rezeki

buat kami. Kepada semua yang main

masak-masak, terima kasih yea =)