:: Kesempurnaan ::

Saturday, January 31, 2009

Assalamualaikum wth,


Semalam sedang mencari isi untuk forum pagi esok, aku terbaca satu cerita pendek yang menarik. Aku pun tak pasti dari sudut mana menariknya cerita ini tapi ianya sedikit menyentuh jiwa. Kita kongsi-kongsi pendapat kita. Aku suka je nak cerita pendapat aku di sini, cuma kadang-kadang pendapat yang pernah aku kemukakan mampu berubah mengikut situasi dan tahap kematangan umur yang bukan lagi semakin muda tetapi semakin menuju alam kedewasaan yang sama sekali menuntut seribu satu jawapan dalam kehidupan. huhu~


Sejauh mana kita mampu menerima orang sekeliling kita? Sejauh mana kita mampu menerima kelemahan orang di sekeliling kita? Sejauh mana kita telah memperbaiki kelemahan kita? Aku pun tersentak sedikit setelah membaca cerita pendek ini semalam. Perlukah kita mencari kesempurnaan dalam persahabatan mahupun percintaan? Kenapa tidak menerima mereka seadanya tanpa mengubah diri mereka atau kenapa tidak kita yang memperkuatkan kelemahan itu? Haruskah kita memperlekehkan kelemahan yang adakala tidak mereka ketahui.


Tidak ada yang pernah sempurna. Andai kesempurnaan milik setiap kita, maka kita tidak pernah terfikir untuk memerlukan orang lain. Jadi kelemahan yang ada ini kita perlu perbaiki, kita kuatkan mana yang lemah bersama-sama bukan dengan hanya mengatakan kelemahan orang tanpa kita pernah cuba bantu memperkuatkannya. Pentingkan menjalin ukhwah? ;)
Cuba baca cerita pendek ini ;

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:“Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.“Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …”.

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.“Abang akan mulai dulu ya”, kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir…“Maaf, apakah abang harus berhenti ?” tanyanya.“Oh tidak, teruskan …” jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,“Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu”.

Dengan suara perlahan isterinya berkata,“Sayang tidak mencatat sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang. Tiada satupun daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang .”

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya, bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis.


Menyentuh jiwa tak? Susahkan menerima kelemahan orang lain biarpun kita sendiri punya kelemahan yang kadangkala kita tidak pernah tahu. Jom kita tengok-tengok balik kelemahan kita. Untuk mengetahui kelemahan ini kita perlu sahabat, teman, kawan, suami, isteri, kekasih, mak, abah, keluarga untuk menilainya. Kita perlukan mereka di sekeliling kita. Moga kita dapat memperbaiki kelemahan kita bersama-sama. InsyaALLAH.


P/S : Kelemahan aku? Ada sesiapa nak

bagi senarai tak? Huhu~

:: Lafazkan? ::

Friday, January 30, 2009

Assalamualaikum wth,


Terasa mahu menulis lagi hari ini, sebabnya? Baru lepas borak dengan Asue Ekin, ish..rindu rasanya pada zaman sekolah dulu. Bukan setakat rindu zamannya, rindu orang yang berada di sekeliling aku pada zaman itu juga. Baru-baru ini borak dengan Alang Arda, dia nak ke Mesir dan ini bermakna dia akan berjumpa dengan Asue Ekin. Wawawa, lagi bertambah rindu aku pada akak dua orang ni.Hoho~

Puas juga aku berfikir macam mana aku boleh jadi rapat dengan Alang Arda? Tapi tak dapat nak ingat juga, mungkin masa turun padang kot =D [ Alang ingat tak macam mana kita boleh jadi rapat? ] huhu~ Kalau dengan Asue Ekin aku ingat macam mana boleh rapat dengan dia, sebabnya waktu tu Alang nak keluar Maahad dah, Asue dengan Alang ni rapat jadi secara tak lansung aku rapat dengan Asue.

Dari dulu hingga sekarang atau mungkin sampai akan datang pun orang akan takut dengan perkataan kasih sayang. Kenapa aku cakap macam tu? Cuba kalian tanya diri kalian berapa kali sudah kalian ucap perkataan sayang pada mereka yang kalian sayang. Cuba-cuba kira, satu? dua? tiga? empat?

Aku dulu, masa dulu-dululah nak cakap sayang ni susah sangat. Serius memang amat susah. Nak kata pada mak, ' Orang sayang emak' pun tak terluah. Aduhla~ kenapa yer susah sangat? Jawapannya, aku terlalu ego. hoho~ Ego yang tak mendatangkan faedah langsung pada diri. Lagi satu kerana aku ni anak sulung dan memang anak sulung sentiasa mahu nampak hebat, macho, berwibawa la konon, tapi tu semua tak mendatangkan faedah pada diri. huhu~

Teringat satu program kat Maahad Ahamadi masa aku thanawi 3 (lower 6), ada program minggu orientasi untuk pelajar tingkatan 4 waktu tu, aku entah kenapa boleh syahdu-syahdu tersebut pula pasal ucapan sayang ni. Sudahnya satu dewan menangis termasuk aku sekali. Sungguh la waktu aku bercakap untuk aku menyedarkan diri aku yang dah 18tahun hidup tapi tak pernah cakap hati ke hati 'mak, orang sayang mak' atau 'abah, orang sayang abah'. Erm, cium dahi mak dan abah pun tak pernah. Isk2..apa punya anaklah aku ni. Dengan tidak semena-mena aku berjanji depan adik-adik aku waktu tu aku akan cium dahi mak dan abah juga akan cakap aku sayang mereka.

Hujung minggu tu, kebetulan mak dan abah datang lawat aku, masa mak dan abah nak balik adik-adik perempuan tingkatan 4 ada dekat depan pagar. Mereka sempat bisik dekat telinga aku, 'Along, lunaskan janji Along pada kami' (Along Zahirah, panggilan semasa aku di Maahad). Aku terkedu, khali. Apa nak buat ni? Tapi kerana aku dah berjanji dan mahu menunjukkan tauladan yang baik serta satu perubahan yang harus aku lakukan ketika itu aku kuatkan hati. Maka dengan bersaksikan adik-adik ini tadi, aku salam mak dan abah, aku cium dahi mereka dan aku ucap 'orang sayang mak', 'orang sayang abah'. Aku masa tu memang dah nak nangis dah. Mak dan abah pula apa respon mereka?

Mak dan abah nangis juga. Wawawa, masa tu rasa tak nak bagi je mak dan abah balik. Rasa nak suruh mereka duduk dengan aku. Isk2... Masa aku lambai mak dan abah, aku memang nampak mak masih lagi menangis. Mak pesan ' Belajar baik-baik, jaga diri'. Bergetar suara mak masa tu. Pertama kali dalam hidup setelah aku mampu berfikir aku cakap pada kedua orang tuaku aku sayang mereka. Erm..kalian? Macam mana?

Rentetan peristiwa itu, aku sekarang jenis yang akan menyatakan sayang aku pada orang yang aku sayang. Even ada yang kata tidak semestinya kalau sayang harus di ucap, tapi aku merasakan itu satu penghargaan buat mereka yang aku sayang. Aku rasakan semua orang yang dilafazkan sayang padanya akan merasakan betapa dia amat dihargai. Setiap pada kita ada pendapat tersendiri dan ini adalah pendapat aku =)

InsyaALLAH, akan ada suatu masa aku akan mengucapkan betapa sayangnya aku pada semua yang ada di sekelilingku, kerana junjungan mulia kita Muhammad SAW telah berpesan :

"Tidak beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri" Bukhari dan Muslim.

Lafaz sayang yang ikhlas dapat dirasai oleh hati. Andai ia sekadar ucapan tanpa diiringi niat maka sungguh lafaz itu tidak akan pernah bermakna. Percayalah bahawa lafaz ikhlas itu akan mampu menjatuhkan setitis air mata dari sebuah binaan teguh ego yang memang sentiasa ada dalam diri manusia. Jangan lupa kalau telefon mak, abah, adik, kakak, abang, pak cik, mak cik, kawan, atau siapa sahaja. Ringankan mulut rendahkan ego dengan ucapan saya sayang kamu. =D
Cukup untuk tika ini, akan ada masa lain untuk ke menukilkan sesuatu yang lahir dari hati untuk dikongsi. InsyaALLAH, harapanku moga kasih sayang yang sedia dijalin menjadi lebih erat dengan penghargaan buat mereka yang disayangi. (",)
P/S : Terima kasih buat mereka yang

sudi menyayangi diri ini. Ku juga

menyayangi kalian sepenuh hati =)

:: Lasagna ::

Thursday, January 29, 2009

Assalamualaikum wth,


Petang semalam keluar dengan Ateh Wajia untuk membeli beberapa barangan keperluan. (barang-barang keperluan peribadi semuanya dah habis, macam taw je tuan dia dah nak dapat duit..huhu~) Makanya Marjane Hayy Riad menjadi destinasi pilihan. Budak rumah dah merengek nak makan lasagna, agaknya mereka ingat aku ni nak kahwin dengan orang Itali apa, setiap kali masuk biasiswa itulah perkara pertama yang mereka sebut.huhu~ ::Lasagna::

Sudahnya, pagi tadi bangun siap-siapkan barang apa semua terus bersedia untuk memasak. Ateh pula lebih awal dari aku telah menggodek kek karamel dia. Makanya, aku pun tunggulah sekejap sementara ateh siapkan kek karamel dia tu. Lepas ateh siap menggodek kek karamel dia, aku ambil tempat kat dapur. Potong bahan-bahan untuk buat inti lasagna. Aku memilih ayam kisar sebagai bahan utama sebab ianya mudah dan senang. Basuh, tos dan masukkan. =D
Bahan lasagna aku gunakan yang aku suka dan senang nak dapat + murah (penting!!).
  • Lasagna
  • Bawang putih + bawang merah (aku tumbuk sebab malas nak hiris)
  • Prego aku ganti dengan tomato puri aisya yang popular kat Morocco ini.
  • Daging ayam kisar
  • Cendawan tin sebab kat sini tak ada jual cendawan kering.
  • Lobak
  • Cili benggala
  • Tomato 2 biji ( potong dadu )
  • Garam
  • 3 sudu besar ledda ( Planta )
  • Cheddar chesee
  • Mozarella ( Aku beli keju merah yang popular kat Morocco ni dan aku sagat ..hehe)
  • Susu ( 2 cawan atau lebih )
  • Oregano ( suka hati nak ke tak nak )
  • 4 sudu besar tepung gandum

Cara-caranya :

Inti Lasagna :->

  • Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Goreng hingga naik bau.
  • Masukkan daging kisar yang sedia di tos.
  • Masukkan cili kalau nak pedas. (Kata roomate aku , kenapa tak masukkan belacan sekali? Cess, kurang asam betul budak itu)
  • Masukkan air. ( 2 cawan atau mengikut kesesuaian anda )
  • Kemudian masukkan sayuran yang menjadi pilihan hati anda dan tambahkan garam.
  • Tunggu hingga masak.
Sos Keju :->
  • Cairkan planta dengan menggunakan pan sauce (guna kuali pun boleh je)
  • Masukkan 4 sudu besar tepung gandum
  • Kacau hingga sebati.
  • Kemudian padamkan api.
  • Masukkan susu dan kacau hingga sebati dengan campuran tepung dan planta tadi. Gaul hingga tepung tidak berketul-ketul.
  • Kemudian hidupkan api semula dan masukkan cheddar chesee tadi sedikit demi sedikit hingga bahan masakan menjadi agak likat.
  • Kalau rasa chesee terlalu banyak boleh tambah susu untuk seimbangkan sos tadi dan tambahkan garam untuk rasa lemak berkrim =) .

Menjadikan Lasagna :->

  • Panaskan oven dengan suhu 180 darjah.
  • Letakkan minyak pada dulang atau bekas yang akan digunakan untuk membakar lasagna.
  • Susunkan kulit lasagna sehingga menutupi bahagian bawah dulang atau bekas.
  • Tuangkan inti lasagna di atas kulit yang di susun tadi. Pastikan air masakan tadi dimasukkan bersama untuk memastikan kulit lasagna cair dan masak.
  • Kemudian letakkan sos keju tadi.
  • Selepas itu, ulang perkara di atas sehingga inti dan kulit lasagna anda habis digunakan =D
  • Perhatian : Sila pastikan air masakan tadi mampu memenuhi sebahagian besar bekas anda untuk memastikan kulit lasagna masak dan lembut.
  • Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.

Tadaaaa~ Inilah hasilnya (",)



Lasagna yang telah siap =D



Ini kek karamel Ateh (Sedap sangat!!)

Lasagna yang telah dipotong dan dimakan =)


Ini Kulit lasagna dan keju yang aku pakai



Alhamdulillah, aku dah tunaikan janji dengan housemate aku. Lepas ini nak belajar buat pasta pula. Apa pun selamat mencuba bagi sesiapa yang teringin nak mencuba resepi lasagna aku ini. Spageti chesee pun sedap juga. Itu pun kena belajar, adik-adik FBI boleh ajar kot. hehe~ Ini kali ketiga aku buat lasagna. Kali pertama Cik Cut buat sama-sama. Kali kedua aku buat sensorang dan kulit lasagna aku tu hangus sebab kurang air dan kali ini aku buat sensorang dan tak hangus lagi yea Cik Cut. Lalala~
P/S : Esok ada mesyuarat dengan Datuk,
erm, apa sahaja yang akan dibincangkan agaknya.
Lasagna ini, Cik Cut yang ajar buat.(kredit tuk Cik Cut)

:: Derma darah dan makan malam ::

Wednesday, January 28, 2009

Darah yang telah aku dermakan
Assalamualaikum wth,

Alhamdulillah dapat bangun melihat mentari lagi pada hari ini. Satu perkara wajib yang harus aku buat setiap hari ialah memastikan tingkap bilik aku terbuka supaya ada matahari masuk. Aku merasakan satu cahaya baru dalam hidup bila ada matahari dalam bilik aku yang amat 'cantik' ini. Haha~

Hari Isnin lepas aku telah pergi derma darah. Erm, pertama kali dalam hidup pergi derma darah. Sebelum itu dah telefon mak minta izin, mak macam tak bagi masa mula-mula tapi bila pancing-pancing sikit mak pon kata suka hatilah. ( Aku rasa sepanjang aku kat sini, semua benda yang aku nak buat aku akan beritahu emak, erm..mungkin dah terbiasa dari Malaysia supaya emak tak risau apa yang aku lakukan..Baikkan anak emak yang sulung ni?) hehe~

Sampai kat sana cek apa semua tunggu turn sekejap dan tibalah giliran derma darah. Erm, terkejut gak aku tengok jarum tu..hoho~ tapi kena buat mantain je. Dan tibalah masa, dicucuk dek jarum itu. Erk!! terkejut pula aku masa kene cucuk tu (sebab apa aku pun tak pasti, tapi memang terkejut la). Alhamdulillah sampai akhir proses darah tu di salurkan tak ada masalah berlaku. Berjalan lancar. Kak Fie ada masalah sikit, darah dia tak mahu keluar pula masa derma tu, keluar sikit-sikit je.huhu~ jadi kena lama sikit la jarum tu berada dalam tangan Kak Fie.Lambat 5 minit gak la jarum dia keluar dari tangan dia tu. Masa keluar pun tak adalah sakit sangat. Aku merasakan bengkak kerana Chilblains tu lagi merana dari jarum yang dikeluarkan. huhu~

Oleh kerana aku siap awal makanya aku pun kacau la sorang kawan aku ini. Dia tak nak derma darah. Sebab apa? Aku pun tak pasti, oleh sebab aku mengacau dia maka doktor-doktor yang ada dekat dalam bilik tu pun tumpang sekaki kacau kawan aku ni..hehe~(Ada ramai doktor dalam bilik derma darah tu sebab dah sampai waktu makan tengahari mereka, kami penderma terakhir waktu tu) Kesian kawan aku ini, Maaf heh aku bukan sengaja..hehe~Tak apa aku doakan satu hari nanti kau akan derma darah juga ...hehe~

Selesai semua aku dan semua yang bersama aku waktu tu, pergi rumah adik-adik DaruzZak untuk solat dan makan tengahari sekaligus.hehe~ Terima kasih daun keladi =D Adik-adik FBI dan Bait Hasanah jangan marah yea, tak sempat singgah rumah kalian sebab kena balik Rabat cepat untuk majlis makan malam dengan delegasi Kemeterian Penerangan. InsyaALLAH lain kali akak singgah yea =)

Malam majlis itu, aku tiba-tiba kena makan semeja dengan Menteri Penerangan. Aduhla~ malam itu kepala tak berapa nak sihat. Pening-pening mungkin kesan daripada derma darah, sepatutnya kena rehat.huhu~ Tapi nasib baik mampu bertahan. Alhamdulillah dan nasib baik tak cakap perkara pelik-pelik dengan Menteri Penerangan.hoho~ Satu lagi malam tu, aku dapat banyak gambar yang aku suka. Terima kasih kepada semua tuan kamera dan juru gambar yea =D

Oklah, cukuplah untuk ketika ini. Lain kali aku cerita-cerita lagi. Owh, sebelum aku terlupa, Alhamdulillah, Chilbalins aku tu dah elok, walaupun ada darah beku lagi di bahagian bawah jari aku tapi ianya tak sesakit sebelum ini. Aku tak pasti sama ada krim yang aku beli tu bagus atau sebab aku telah menderma darah. Huhu~ Walauapapun, Alhamdulillah...



P/S : Duit MAINS dah masuk,

kena simpan duit untuk rancangan

musim panas nanti..hehe~

:: Palestin Oh Palestin ::

Monday, January 26, 2009


Assalamualaikum wth,

24 Januari 2009 Sabtu - Telah diadakan majlis 'Malam Kasihmu Palestin' yang telah diadakan di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia di Maghribi, Datuk Othman bin Samin. Majlis yang berobjektif untuk memperlihatkan kprihatinan rakyat Malaysia di Moroko terhadap peperangan yang berlaku di Gaza ini telah di hadiri lebih kurang 80 orang rakyat Malaysia di Moroko. Majlis yang dimulakan dengan solat maghrib berjemaah itu turut di hadiri delegasi kerajaan Malaysia daripada Kementerian Penerangan Malaysia. Antara slot yang diadakan antaranya ialah, solat jemaah maghrib dan isya', solat hajat dan jenazah ghaib, tazkirah, nasyid dan deklamasi sajak juga tak lupa jamuan makan malam. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun ada kekurangan. huhu~


Aku pula malam tu kena deklamasi sajak, lama rasanya tak deklamasi sajak. Maka bangun awal pagi sabtu lepas kemas-kemas bilik sambil chatting dengan alang Arda terus capai pen dan kertas cari mood dan mula mengarang. Alhamdulillah dalam jam 2.13 petang maka siaplah satu sajak yang aku namakan "Lukamu Gaza", Sebenarnya sajak ini adalah gabungan dua sajak lama yang telah aku beri nafas baru demi program ini. Sudahnya seharian aku berada dalam mood Palestin. Jadi, dengan tidak semena-mena gambar-gambar peperangan Gaza lepas yang aku lihat di internet telah menyebabkan air mata aku tanpa di undang jatuh pula. Nasib baik tak ada orang time feeling-feeling tu..hoho~


Alhamdulillah, dapat juga aku deklamasi sajak malam tu. Walaupun agak kecut juga perut aku ini. Dah lama sangat rasanya tidak buat deklamasi sajak. Last sekali waktu program "Ayyam Thaqofiah 2007". Sedap tak sedap nasib pendengar malam tu lah yer, kurang persediaan. hehe~


Jadi aku nak kongsi dengan 'tetamu' aku sajak yang telah aku cipta :


Lukamu Gaza


Angin musim sejuk dingin di rasa
Indah rasanya bersiar bersama teman
Tapi,
Angin ini terlalu kasar
Hingga terasa perit temulang.

Ku susuri mimpi malam itu,
Ku terlihat ibu menangis,
Ku terlihat kecil merangkak
Ku terlihat tua berdiri
Ku terlihat pemuda bergempur,
Sungguh! Ruh Al-Fateh ada disana,
Ruh Al-Ayyubi turut bersama.

Terasa bahang kepanasan,
Terhidu hanyirnya darah,
Terasa gegak gempitanya,
Hingga mengundang hiba jiwa.

Bumi suci kami dipijak!
Bumi suci kami di noda!
Sejarah kami di musnah rakus.

Ya Allah, tangisan ibu tua itu,
Kesucian gadis islam itu,
Serak suara ayah itu,
Ratapan anak kecil itu.
“ anak kami keluar di pagi hari pulang petang sebagai syahid,
Palestin itu milik kami atau milik kita semua umat islam?”
Maafkan aku ibu syahid,
Maafkan aku anak kecil,
Aku berdosa,
Aku penakut,
Aku muslim tidak berjiwa jihad,
Terleka selalu alpa.
Hingga….. Zionis biadap hancurkan segala.

Zionis!
Palestin itu milik kami,
Palestin itu sejarah kami,
Kembalikan bumi kami,
Kembalikan sejarah kami.

Kawan,
Jangan putus kita berdoa,
Jangan kering air mata buat Palestin,
Sedih, pilu bersama kita rasainya,
Maruah Palestin tetap kita perjuang bersama.

Zahirahzahid,
2.13 pm ( 24/1/2009
)
Bouhlal, Rabat.




Harapan aku, moga kita lakukan sesuatu untuk tunjuk protes pada Israel dan sekutunya semampu kita. InsyaALLAH, juga terapkan dalam hati kita untuk bersatu menjadi satu saf yang mampu berjuang untuk mempertahankan agama kita. Amin~


P/S : Baru balik dari derma darah,

pening-pening rasanya. Nak tidur?

tapi, ada majlis di rumah duta. Balik nanti

la kot baru tunaikan hajat ku ini..hehe =D



:: Chilblains ::

Contoh Chilblains(bukan kaki aku heh,haram!!)
Assalamualaikum wth

Baru balik dari menghirup udara petang dengan Ateh dan Sherot. Kucut orang ajak datang Rabat tak nak. Kalau tak boleh aku bagi ko exercise sikit Cut. Dalam perjalanan balik dari Qamra tadi ternampak farmasi, terus teringat kaki aku yang dah semakin membengkak ini. Jadi masauklah dalam farmasi nak pergi tanya ubat. Aku cakap nama sakitnya Chilblains tapi orang farmasi tak dapat tangkap pula apa aku cakap, makanya aku pun menerangkan kondisi aku dengan dibantu Sherot. Makanya terbanglah duit aku DH23 kepada ubat untuk kaki aku ini, namanya Cyclo3Creme.

Selama duduk dekat Morocco ini, tak pernah pula ada sakit ini (Alhamdulillah) tapi dalam sebulan lepas jari-jari kaki aku membengkak dan seperti biasa aku yang memang malas nak memanja-manjakan kaki ini buat tak tahu dengan mengatakan sebab sejuk sangat agaknya nanti lama-lama baiklah tu. Tapi lepas sebulan, aduhlah bengkak makin teruk, merah-merah dan paling tak tahan gatal yang teramat sangat dekat jari-jari aku yang bengkak tu. Ya ALLAH, time malam kalau nak tidur seksa sungguh.

Makanya satu malam, sebab tak boleh nak tidur kerana kegatan yang amat teruk aku pergi cari di Google apa jenis penyakit 'gatal' yang telah hidup dalam diri aku. Akhirnya aku jumpa nama sakit ini ialah Chilblains ( Penyakit bengkak yang menyerang di musim sejuk). Simptom-simptom sakit ini ialah :
  • Jari kaki dan tangan bengkak (salah satu daripadanya pun mungkin)
  • Hidung merah
  • Cuping telinga kemerah-merahan.


Rawatan :

  • Pastikan suhu dalam kedaan tinggi/hangat
  • Gunakan losyen Calamine
  • Gunakan minyak Zambuk
  • Gunakan Krim Nifedipine


Pencegahan :

  • Jauhi mengubah suhu berulang-ulang. (macam di Morocco ni, susah nak elak sebab dalam bilik air je ada air panas. Di Sinki nak basuh pinggan tiada air panas dan jarang rumah pelajar ada pemanas. huhu~)
  • Selalu gunakan sarung tangan dan stokin.
  • Pastikan tangan dan kaki tidak terbiar sejuk.
  • Amalkan diet yang sihat. ( Sangat Perlu!!!
  • Selalu bersenam. (Orang di farmasi beritahu tadi, kalau duduk dalam keadaan lama gerakkan kaki supaya darah dapat bergerak.)
  • Banyakkan pengambilan vitamin K (banyak didapati daripada makanan berprotien)

Penyakit Chilblains ini terjadi apabila suhu terlalu sejuk. Apabila terlalu sejuk maka saluran daran akan sempit dan peredaran darah menjadi tidak teratur. Sebab itu gatal-gatal dan bengkak. Bawah jari kaki aku, ada darah terkumpul. Aduhla~ sakit sungguh kalau nak jalan. Tapi kalau kat Malaysia bolehlah demand nak naik kereta. Morocco ini harap maklum hadirin hadirat sekalian. huhu~ Kalau terlanggar benda atau ada orang dengan sengaja atau tidak sengaja memijak kaki ku ini maka teramatlah sakit.

Jadi kepada semua yang berada di negara sejuk sila berhati-hati untuk mengelakkan dijangkiti penyakit ini. Sila amalkan pencegahan untuk mengelakkan masalah ini berlaku. Huhu~Maklumat ini apa yang cari dan baca daripada internet. jadi kalau ada apa-apa yang salah sila inform pada aku yer... Terima kasih (",)




P/S : Esok nak ke Kenitra,
mahu menderma darah, agak2
peredaran darah aku akan kembali
normal tak?

:: Kelahiran baru ::

Saturday, January 24, 2009

Assalamualaikum wth,

Kelahiran semula? itu la kot yang boleh aku ungkapkan untuk blog ini. Terpaksa bertukar dari wordpress ke blogspot, sebabnya? wordpress selalu bermasalah ketika upload entri dan terlalu lambat untuk di buka juga kadang-kadang tidak boleh di buka langsung. Aduh~ sayang nak tinggalkan wordpress, tapi untuk kepuasan menulis aku tinggalkan jua. Ecece, jiwang-jiwang gitu =D

Meh nak beritahu, lama juga waktu aku ambil untuk hasilkan kelahiran baru ini, mencari material-material juga template terbaik dan akhirnya ini yang menjadi pilihan hati. ( pada sahabat yang tolong sama cari template, minta maaf yea tak ambil template ko, aku suka yang ni la.. Sori ) hehe~ setelah di lihat, di teliti, save remove dan keputusan buat masa ini, ini sahajalah yang patut berada dalam kelahiran baru ini. Link kawan-kawan nanti aku masukkan semula.

Mula-mula 'kelahiran' ini dibuat ianya berwarna oren (warna favourite aku), berubah pula ke warna biru ( sebab ada laut) akhirnya warna ungu+merah jambu menjadi pilihan..huhu~ Aku pelik pula, sekarang ini warna-warna lembut ini menjadi kegilaan aku pula. Satu perubahan positif mungkin? Maka terima hakikat bahawa warna kewanitaan telah bermaharajalela dalam jiwa aku. Hoho~ berita baik untuk emak mungkin..hehe =D

Katarsis?

Katarsis; kelegaan emosi (perasaan).

Dermaga?

Dermaga; Tembok batu sebagai penahan ombak(di pelabuhan).

Lentera?

Lentera; lampu (bertutup dengan kaca)

Maka 'Dermaga Lentera Jiwa' ?

Membawa maksud "Pelabuhan Cahaya Jiwa"


Jadi, kepada semua selamat datang ke 'rumah' aku yang baru. Aku harap tetamu-tetamu 'rumah' aku selesa dengan 'perabot rumah' aku. Dari hiasan dalaman, penataan cahaya juga susunan perabut. Aha~

P/S : http://zahirahzahid.wordpress.com/
dalam kenangan. :) Pokok tiada bunga tu
akan melahirkan putik-putik baru dan
wajah baru untuk pokok itu, moga aku juga~