:: Terbaru Dari Sashimi ::

Friday, March 27, 2009

Apa khabar Sister dan Brother Shimi semua?

Lama rasanya Shimi tidak menaip, Sis Zahirah sibuk jadi Shimi tak dapat nak menaip. Hari ini Sis bagi peluang pada Shimi untuk menaip. Shimi rasa seronok sangat. Shimi nak cerita dekat semua sister dan brother Shimi pasal merajuk. Dua minggu lepas Shimi merajuk dengan Sis Zahirah. Shimi tak nak makan. Kesian juga tengok Sis tapi sebab saja Shimi nak makan keju Shimi merajuk juga.

Asalnya macam ini, ada satu hari tu kawan Sis Zahirah datang tengok Shimi dan dia terlupa nak tutup semula pintu rumah Shimi. Shimi tahu kalau Shimi keluar dari rumah nanti mesti Sis Zahirah susah hati macam hari itu. Jadi Shimi duduk baik-baik dalam rumah. Esoknya, masa Sis nak bagi Shimi makan sarapan. Dia menjerit sebab tengok pintu rumah tak bertutup.

‘Shimi, Shimi ada tak ni? Siapa tengok Shimi tak tutup pintu ni?’ Sis Zahirah mula bising.

‘Kenapa Sis Zahirah ni bising pagi-pagi?’ Shimi bersuara dalam hati, Shimi tengah tidur waktu itu tapi Sis bising-bising.

Bila dia nampak je Shimi je die terus jerit. ‘Wah! Baiknya Shimi….. tak keluar pun rumah even pintu tak tutup. Sayang dekat Shimi. Nanti Sis bagi hadiah ok, sebab Shimi jadi budak baik.’

Jadi, Shimi suka sangat Sis nak bagi hadiah. Dua hari kemudian Sis bagi Shimi makan buah epal dan bagi Shimi keju. Wah! Sedap betul Shimi makan hari itu. Pertama kali dapat makan keju. Teruja sangat. Sis, Shimi suka makan keju. Keju sangat sedap. :D

Esoknya, Sis bagi makan kacang panjang macam biasa. Tapi Shimi tak nak, Shimi nak makan keju atau epal je. Seharian Shimi tak makan. Itu yang Sis Zahirah risau sangat. Sudahnya Shimi dapat juga makan keju tapi sikit sahaja. Sis kata 'hari ini je, tak boleh makan selalu sayang, tak baik untuk kesihatan Shimi'. Lepas hari tu, Shimi nak je merajuk lagi. Ye la boleh makan keju hari-hari tapi Shimi kesian dekat Sis Zahirah. Shimi merajuk sekejap tak nak makan hari tu pun dia dah risau sangat. Ehe~ Shimi promise tak buat lagi Sis. Sayang Sis Zahirah. ;)

Ini gambar terbaru dari Shimi, hari ini Shimi dapat makan keju lagi sebab dah seminggu tak dapat snek. Keju sedap~



Sedapnya keju..Nyum2



Sis Zahirah sempat aja nak 'tembak' gambar Shimi



Maaf gambar kabur sikit ;)


Nampak tak keju yang sedap tu?



Keju ni dah setengah Shimi makan :D


P/S: Sis kata minggu depan
dia nak bawa Shimi pergi
Kenitra sebab ada program.
Sukanya dapat jalan-jalan. :D

:: Aku dan tag (4) ::

Assalamualaikum wth,

Hari ini mahu menjawab 'tagged' dari Cafe owner Casablanca. Huhu~

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
+ Zahirah
+ Ira
+ Along Zahirah
+ Chip

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
+ Hari lahir setiap ahli keluarga
+ Hari lahir setiap mereka yang aku sayang
+ Tarikh aku dilahirkan
+ 1 Syawal dan 10 Zulhijjah

FOUR THINGS YOU’VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
+ Cari tiket kapal terbang
+ Solat
+ Minum Radix
+ Mendengar lagu di YouTube

FOUR WAYS TO BE HAPPY:
+ Bersama yang tersayang
+ Tengok Sashimi main-main, jatuh, penat, makan dan minum air.
+ Berjalan-jalan sambil menghabiskan duit. :D
+ Menyayangi orang sekeliling.

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST:
+ Rakan-rakan dari Tadika PUSPANITA Taman Tasik, Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah, SMA Dato’ Klana Petra Ma’amor, Maahad Ahmadi Gemencheh dan BAKANS Mesir.
+ Kakak-kakakku yang berada di Mesir, Jordan juga Malaysia
+ Rakan-rakan juga adik-adik program RINDU
+ Guru-guru aku, Mlmh Norisham Ali dan Ustazah 3afaf terutamanya.

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
+ Jam tangan Bvlgari
+ Tiket penerbangan ke Turki, Spain dan Syria
+ Baucer percutian bersama keluarga ke Pulau Tioman
+ Set rumah lengkap dan tajaan makanan setahun untuk Sashimi.

FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
+ Membaca
+ Outdoor aktiviti. (teringin nak scuba diving)
+ Melancong
+ Mendengar muzik dan menonton.

FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
+ Spain, Turki dan Syria
+ Mesir
+ Pulau Tioman bersama keluarga
+ Tetouan dengan kengkawan Moroko tahun 2006-2009.

FOUR FAVORITE DRINKS:
+ Radix
+ Coffee
+ Air limau suam
+ Avocado (Raib Fawakeh tu air tak?) hehe :D

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG:
+ Telefon bimbit
+ Berus gigi
+ Kertas dan pen
+ Beg duit. (Di Malaysia, di Moroko jarang bawa beg duit)

FOUR FAVORITE COLORS:
+ Oren
+ Merah
+ Ungu
+ Pink kot..hoho~ sejak bila entah. :D

TOP FOUR HANGOUTS:
+ Pusat Bandar Rabat
+ Hutan Hilton Rabat (tak tahu nama tempat tu apa)
+ Taman Tasik, Seremban
+ Rumah mak cik2 aku. Aha~ seronok pergi makan-makan sesambil melawat. ;)

TOP FOUR U LOVE SO MUCH:
+ Dia yang menciptakan aku juga kekasih-Nya
+ Mak, abah dan adik-adik
+ Mereka yang menyayangi aku
+ ‘Dia’, rakan, kawan, sahabat juga pak cik, mak cik, guru, sepupu tak lupa Sashimi. Hehe~

TOP FOUR “THINGS” SPECIAL TO YOU:
+ Keluarga
+ Hati yang penuh kasih sayang dan keikhlasan
+ ‘Dia’
+ Yang terdekat ialah ‘percutian’ musim panas ini. Ehe~

TOP FOUR WHO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
+ Yang nak jawab
+ Yang tak ada kerja
+ Yang tak ada idea nak update blog
+ Yang ada idea nak menjawab

TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
+ Setelah di’tagged’ secara rambang oleh cafe owner Casablanca
+ Menulis itu mendatangkan ketenangan
+ Setiap soalan dalam hidup perlukan jawapan
+ Memenuhi permintaan orang juga satu kemestian selagi mampu =D


P/S: Ingatan buat aku, setiap persoalan
perlukan jawapan. Huhu~

:: Aku dan Cinta-Mu ::

Thursday, March 26, 2009


Assalamualaikum wth,

Sunyi malam itu,
Lama aku berteleku
Merenung diri
Pada pinjaman hamparan sejadah iman
Lusuh, koyak kelihatan.

Ternampak carik benang lama
Kujahit perlahan dengan bebenang jernih air mata
Hingga penghujung titisan bebenang
Namun sejadah imanku masih ada cariknya.

Ku mohon Ya Allah,
Moga dapat kusempurnakan sejadah itu kembali,
Zalimnya aku kerana lupa pada pinjaman ini Ya Rabb
Bagaimana mahu ku kembali pada-Mu dengan khilaf ini?

Andai tiada ruang untuk kubaiki sejadah ini ya Allah,
Anugerahkan aku sejadah iman yang baru,
Moga ku kan menjaganya,
Kerna sungguh kekasih-Mu telah mengingatkan
Andai sejadah itu telah kering kusam
Juga tiada ruang dibaiki
Ia bukan lagi milik hamba-Mu ini
Ia telah dimiliki mereka yang tidak berhak.

VK,
9:26 pm - 25 Mac 2009


Terasa mahu menukilkan sesuatu, tulisan kosong ini tiada iramanya jauh seninya kerana ia hanya luahan rasa seorang insan yang keliru. Moga dianugerah kekuatan. Sungguh ya Allah, andai LANGIT jadi kertas dan LAUT jadi tintanya, takkan cukup kulukiskan besarnya CINTA-MU padaku.


P/S: Ya Allah, aku perlukan seorang teman di sampingku, menuju-Mu. Menguatkan di kala lemah, menceriakan di kala ku dirundung duka. Begitu juga sebaliknya. Seorang teman, sahabat juga guru yang setia. ( Inikah jalan pilihanku yang Kau redhai?)

:: Aku dan Tag (3)

Sunday, March 22, 2009

Assalamualaikum wth,


Menjawab 'tag' Kak linda :D




(1) The age of my next birthday



20 Oktober 2009 ini genaplah umur aku 21 tahun..Hoho~ Ada orang kata umur 21 adalah umur mendapat kunci kebebasan. Selama hidup dengan keluarga aku yang tersayang, tak pernah pula rasa ter'penjara'. Huhu~





(2) Places I'd like to travel to




Masjid Umayyad, Damsyik.




Aya Sofia, Turki



Cordoba



Aku memang teringin nak menjejaki tiga tempat sejarah Islam ini. Turki yang pernah melahirkan Sultan Muhammad Al-Fateh juga menjejaki kerajaan Turki Uthmaniyyah, empayar Islam yang terakhir. Menjejaki kejayaan Toriq bin Ziyad yang kini hanya meninggalkan luka berdarah kepada umat islam kerana kembali dirampas golongan kristian. Syria, Kerajaan Bani Umaiyah yang berkembang selepas zaman Khulafa' Al-Rasyidin.


(3) Favourite Food


Aha~ Minta maaf kepada penge'tag' saya, memang ini makanan feveret. :D


(4) Favourite Place



Hutan hijau dan sungai




Laut dan pemandangan indah.


Memang sukakan alam semulajadi. Terutama laut,sungai dan hutan sebab ketenangan mampu diperoleh melalui nyanyian unggas. Hoho~ Rindu untuk ke Taman Negara meredah jambatan gantung. Dari jambatan gantung boleh lihat buaya di Sungai Pahang. Hoho~ kalau putus jambatan gantung itu, maka selamat menjadi santapan. Isk2


(4) Nicknames I've


Huhu~ Comelkan tupai nakal 2 ekor ni =D



(5) Favourite Colour



Warna-warna


(6) College major




Pengajian Islam a.k.a Islamic Studies a.k.a
الدراسات الاسلامية


(7) Name of my love



Hoho~ Buat masa ini, inilah yang ada dalam hati juga Kakak-kakak serta 'dia'. ;)


(8) Hobby



Menonton juga mendengar turut menjadi hobi serta satu perkara baru setelah datang ke Moroko ialah memasak. (Mak sampai cakap, penat dah nak menerima pesanan untuk memasak masa balik Malaysia hari tu, mak cakap boleh bankrap mak kalau Along cuti lama lagi. Aha~)



(9) Bad Habits


Mak selalu cakap, cuba letak balik buku dekat tempat dia. Atas meja, atas katil, dekat ruang tamu semua ada buku. Huhu~



Aha~ Yang ini memang pelik, bila aku dah merasakan serabut yang men'gila' maka bilik aku akan jadi bilik yang paling cantik. =D


(10) My wishlist



Graduate~



Bercita-cita nak ada Nikon sebiji. Erm~ tidak semestinya D60, yang penting DSLR..Huhu~



Huhu~ Kad ni tak ada nama lagi. Tengah cari nama pasangan. Haha~



Akhirnya, dapat juga aku menyiapkan 'denda' Kak Linda. Hoho~Nak denda orang-orang berikut pula;



1. http://akumasihdiriakusendiri.blogspot.com/ (Kak Khalilah saya, nak sangat tahu wishlist dia) =D

2. http://wardatulhamra89.blogspot.com/ (Dia memang selalu di'tag')

3. http://creammyfiodesi.blogspot.com/ ( Cafe owner yang amat berjaya )

4. http://garderlafoire.blogspot.com/ ( Cikgu Bahasa Perancis )



P/S : Sashimi merajuk dengan aku. Aduhla~


:: Aku dan Tag (2) ::

Assalamualaikum wth,

Dua hari rumah ku dilanda masalah sambungan internet. Dah macam terputus hubungan dengan dunia luar aku jadinya. Hoho~ Bila dapat sahaja mengonlinekan diri, kotak emel aku menerima 26 emel yang tidak di baca. Satu tag dari Kak Linda juga tag dari adik aku yang masih tidak berjawab. Huhu~ Aku berhutang dua tag. Jadi, hari ini aku nak jawab tag adik aku dahulu. Tag Kak Linda lepas jawab tag adik aku. Hoho~



1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atasuntuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikanaward ini kepada anda.


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnyadan menyatakan nama mereka di blog anda.


5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.



********************



Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.


Tintaiman a.k.a Shahidah a.k.a Wardah a.k.a adik perempuan aku. Orangnya bersistematik, amat suka kepada perbuatan tidur =D juga amat suka kepada perkara teori. Sukakan warna hijau dan amat suka kepada kasut yang tinggi. Hehe~ Dilahirkan pada 7 Mac 1990 di Hospital Besar Seremban. Mahu terbang ke sebuah negara sejuk menyambung pengajian dalam bidang Perhubungan Antarabangsa. Sekarang ini dalam proses menamatkan kursus persediaan di Taylor’s College. Ehe~ Mempunyai bakat dalam penulisan cerpen dan puisi. Seorang penyajak kebangsaan (Kebangsaan ke Wardah? Along lupa la..huhu~). Yang terakhirnya, dia anak kedua dalam keluarga kami. Ehe~


Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).


1. Anak sulung kepada Encik Zahid B Shaari dan Puan Robiah Bt. Othman.
2. Sukakan warna oren, merah dan juga ungu (ungu ok, bukan pink). Sesungguhnya warna ungu ini telah mula menguasai hidup aku. Kebanyakkan program dalam ‘buku Acer’ aku ni berwarna ungu. Aduhla~
3. Berumur 21 tahun pada 20/10/2009.
4. Suka membaca. Minat kepada tulisan berbentuk fiksyen, sejarah, undang-undang dan perjuangan.
5. Suka menonton filem atau cerita yang boleh membawa minda berfikir. Malaywood, Hollywood, Chinesewood mahupun Bollywood. (Bollywood ni kurang sikit tapi minat betul cerita K3G dan Baghban)
6. Sesungguhnya Zahirah Zahid tidak pernah mempunyai 2 jam tangan dalam satu masa. (Ini fakta ke heh?) Aku hanya membeli jam tangan tika mana jam tangan aku dah rosak. Hidup aku tidak lengkap tanpa jam di tangan. Hoho~
7. Barang yang ada dalam beg tangan aku jika aku keluar ialah handset, beg duit (kalau di Malaysia), sekeping kertas, sebatang pen dan berus gigi. Huhu~ Tak tipu, aku memang bawa berus gigi. Ehe~ Agaknya doktor gigi nak bagi award tak? Sebab terharu aku bawa berus gigi pergi mana-mana. Haha~ Jadi kalau aku pergi rumah orang, minta sikit ubat gigi heh. :-D
8. Aku amat sayang kepada budak kecik, juga amat rajin melayan budak kecik. Teramat rajin sampai budak kecil dah malas nak layan aku. Hehe~ Aku amat suka melayan ‘dia’ juga. Hobi kot yang ini.Eh! Hobi ke? ke sebab satu benda wajib heh? Ehe~
9. Aku juga sayangkan binatang. Terutamanya hamster. Kata ‘dia’ aku amat suka bagi Sashimi makan kentang putar. Hoho~ Mana ada putar, rebus je la..hehe~
10. Aku nak kahwin sebelum umur 25. Aha~ Fakta tak ni? Sebab ada nombor kat situ. Hehe~


Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnyadan menyatakan nama mereka di blog anda.

Hoho~ Ramainya sampai 10 orang. Aduhla~ siapa aku nak tag ni? Erm, setelah tolak, campur, bahagi dan tambah. Calon-calonya ialah :

1. http://thesilentsins.blogspot.com/ (Roomate aku, bagi dia kerja sikit)
2. http://orkidopah.blogspot.com/ (Ehe, main balas-balas dengan Kak Linda. Kawan blogger aku)
3. http://farahimani.blogspot.com/ ( junior dari Casablanca)
4. http://worldofkeyra.blogspot.com/ (Jiran rumah aku, masa kecik dia suka gaduh dengan aku, ada ke patut dia c _ _ _ r aku masa aku pergi rumah dia.) Isk2
5. http://munajatcintailahi.blogspot.com/ (bekas housemate yang amat suka kepada binatang, bercita-cita mahu membuka ladang haiwan. Dia suka lembu hitam putih yang main lari-lari dekat laman hijau. Macam iklan fernleaf dulu). Huhu~
6. http://ituakujiya.blogdrive.com/ (Kawan satu sekolah merangkap satu kelas zaman kanak-kanak di Maahad dulu juga kawan paling setia menemani aku masa di Malaysia waktu cuti musim panas lepas.)
7. http://rabiatuladawiyahabdlatif.blog.friendster.com/ ( Alang saya yang berada di Jordan, Alang jawab tag adik Alang yang comel ni taw) ;)


Bagi tujuh je boleh tak? Huhu~ Dah tak ada idea siapa nak ditag lagi. Huhu~


P/S : Satu lagi tugasan 'tag'

yang harus diselesaikan. Hoho~

:: Aku dan Penulisan ::

Monday, March 16, 2009

Assalamualaikum wth,


Hari ini aku nak kongsi cerpen aku bersama kalian. Sungguh sudah terlalu lama aku tidak mengarang cerpen. Otak aku semakin tepu untuk menjadikan cerpen ini bersambung lalu menjadi cerita. Cerpen terakhir aku tulis kira-kira 2 tahun lalu bertajuk ‘Sepi Seorang Perindu’. Selepas itu, aku langsung tidak menulis lagi. Belum mampu menjadi penulis yang konsisten lagi apatah lagi mahu bergelar penulis mapan. Perlu banyak latihan untuk menjadi penulis mapan. Ehe~


Untuk cerpen ini, aku belum ada jalan ceritanya. Tiba-tiba aku sudah tidak punya idea untuk menyambung cerpen ini. Aku rasa mahu minta pendapat kalian untuk cerpen ini, bagaimana harus aku tamatkan penceritaan yang aku sendiri mulakan? Entah kenapa malam semalam, aku tidak dapat tidur, lalu aku terus membuka word dan menaip. Tanpa jalan cerita aku mengarang, sudahnya aku kebuntuan. Kalian punya idea?


Aku kongsikan bersama kalian cerpen ini. Andai ada sebarang idea, boleh beritahu pada aku. Aku sedia mendengar. >:D<



Bukan mudah menjaga hati yang sarat dengan kasih sayang ini, kerana kasih hati ini seringkali terluka. Lukanya sekeping hati membuatkan seluruh saraf serta anggota seakan lumpuh untuk bekerja. Bukan sengaja mencipta derita, tapi ia seringkali hadir tatkala benih kasih itu mekar di dalam jiwa. Bukan sengaja mencipta kasih, tapi ia seringkali hadir tidak ku sangka. Bukan sengaja mencipta cerita, tapi ia hadir setiap kali ku kerunsingan.



+ Sudahlah, berhentilah dari menulis kerana tiada siapa akan mendengar suara hati seorang
perindu. Perindu yang seringkali terluka kerana kasih.

+ Tidak, aku tidak akan berhenti menulis. Aku tahu tiada siapa akan mendengar suara hati ini, tapi biarlah asal aku merasa berharga di hadapan sekeping kertas ini.


+ Engkau bodoh! Seringkali membiarkan orang yang dikasihi melukakan hati.

+ Tidak! Aku bukan bodoh. Aku tidak mahu mencipta dinding keegoan yang akan merugikan. Biarlah aku terpaksa beralah asal keharmonian kasih tidak tergugat.


+ Sebab itu aku kata engkau bodoh! Engkau fikir orang yang kau sayang fikir macam engkau? Jangan buang masa. Baik engkau jaga hati engkau sendiri.

+ Biarlah hati aku ini, bagi aku melihat senyuman mereka yang aku sayang lebih bermakna dari menjaga sekeping hati ini.


+ Kalau engkau rasa mahu berkorban jangan engkau menulis seolah kecewa, untuk apa? Bukan mereka akan mengerti penulisan ini.

Sunyi. Khali. Senyap.


Perlukah aku terus menulis? Aku bermonolog lagi.


***************************************************


Aku melangkah lesu menuju ke surau di universiti. Kuliyah empat jam tanpa henti oleh Ustaz Busilham, menuntut seribu satu kesabaran. Mujur aku tidur awal malam tadi, kalau tidak sudah tentu aku tersengguk di dalam kelas beliau. Menunaikan kewajipan di waktu zuhur. Lega. Hilang segala kepenatan aku sebentar tadi. Duduk berteleku sebentar di surau. Fikiran menerawang jauh mengingatkan mak dan abah di Malaysia. Semalam sudah berjanji dengan emak untuk fikirkan lamaran dari keluarga Haji Imran. Aku runsing.


‘ Apa yang engkau fikirkan? ‘ Azzah menegur setelah melihat aku seolah termenung panjang.


‘ Tak ada apa, sekadar melepas lelah sebentar . ‘ Menyembunyikan serabut jiwa.


‘ Petang ini aku mahu ke Label Vie, barang rumah untuk bulan ini masih belum dibeli. Nak ikut?’ Ringkas bertanya sambil menyimpan semula buku Ilmu Falak hasil tulisan Baharuddin Zainal.


‘Boleh juga, pukul berapa?’ Aku bertanya kembali.‘Sekarang’ Azzah menjawab ringkas lalu meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.


***********************************************


Adham dalam perjalanan pulang ke rumah usai menunaikan fardhu zuhur berjemaah di masjid Umrah. Jelabah berwarna putih susu yang dipakainya menyerlahkan lagi penampilannya yang sentiasa kemas dan bersih. Ketika hanyunan langkah kemas disusun, Adham disapa dari belakang.

‘ Orang Malaysia?’ Seorang lelaki berumur lingkungan 50-an bertanya lembut.


‘Ya, saya orang Malaysia. Kenapa Pak Cik?’ Adham tersenyum membalas sapaan.

‘Ini saya jumpa beg anak gadis Malaysia di tepi masjid. Agaknya beg ini dicuri sebab tidak ada duit, tinggal kad pengenalan sahaja.’ Pak Cik tersebut menerangkan kepada Adham sambil tangannya menghulurkan beg berwarna biru itu kepada Adham.


‘Owh! Er.. Terima kasih.’ Adham terkejut. Fikirannya ligat berfikir sekiranya ada sebarang kejadian rompakan yang menimpa pelajar perempuan di Maghribi yang didengarinya. Langkah diteruskan selepas mengucapkan terima kasih kepada pak cik tersebut.

Tiba sahaja di rumah, beg biru itu dibuka lantas kad pengenalan berwarna merah itu di baca. Rabiatul Ardawiyah Binti Ahmad atau cukup dikenali sebagai Arda . Adham tersentak. Lantas tangannya mendail nombor Arda.


‘ Assalamualaikum, Arda ke?’ Adham bertanya sambil tangannya memasukkan kembali kad pengenalan tersebut ke dalam beg.

‘ Waalaikumussalam, Arda bercakap. Ada apa-apa yang boleh dibantu?’ Arda menjawab.


‘ Saya nak pulangkan beg awak, ada Pak Cik jumpa di tepi masjid Umrah. Awak kena rompak
ke?’ Adham mengharapkan kekeliruannya dapat dijawab oleh Arda.


‘Dua minggu lepas, dalam perjalanan pulang dari universiti ada lelaki ugut minta duit. Saya terkejut waktu itu, jadi tidak menjawab apa-apa. Lelaki itu terus ragut beg biru saya kemudian lari. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang berharga dalam beg cuma sekeping duit kertas DH 20.’ Arda menerangkan secara ringkas.


‘Owh, kenapa saya tak tahu hal ini yer.’ Adham menggaru kepalanya yang tidak gatal. Arda dihujung talian hanya tersenyum.


‘Nanti saya hantar beg ini ke rumah awak lepas maghrib.’ Adham bersuara semula selepas persoalannya tidak dijawab.

‘Terima kasih’ Arda menjawab ringkas lantas mematikan talian.


*****************************************************


Najwa masih berbaring di atas katil, suhu badannya masih tinggi. Sewaktu perjalanan pulang ke rumah hujan turun dengan tiba-tiba. Sudahnya, malam semalam badannya panas dan kepalanya pening.


‘ Najwa, ada kurang panas badan engkau?’ Hanim bertanya sambil menuang susu panas ke dalam cawan untuk diberikan kepada Najwa.

‘Hanim, aku tak minum susu. Please….’Najwa bersuara manja meminta simpati.


‘Jangan nak mengada-ngada, minum susu ni. Susu tak nak minum macam mana tak mudah
demam.’ Hanim membebel mengingatkan sahabat baiknya Najwa.


Bersusah payah Najwa menghabiskan susu pemberian Hanim. Memang sedari kecil dia tidak biasa minum susu. Cuma sejak menjejakkan kaki ke bumi Andalus ini, dia selalu dimarahi kawan-kawan kerana tidak minum susu.

‘Petang ini aku mahu ke Rabat, ada urusan di kedutaan. Mungkin aku akan tidur di rumah Kak Azzah, lagipun lama sungguh tidak ziarah kakak-kakak di Rabat.’ Hanim memberitahu Najwa.


‘Nak ikut juga, aku pun dah lama tak ke Rabat. Aku ikut boleh?’ Najwa tersenyum sumbing memandang Hanim.

‘Kau demamkan? Duduk rumah je, nanti dah baik kita ke Rabat sama-sama ok?’ Hanim tidak memandang wajah Najwa yang sudah separuh kecewa.


‘Aku dah sihat, Hanim aku nak pergi sekali. Engkau tak sedih tinggalkan sahabat comel kau seorang diri ke?’ Najwa memancing simpati.

‘Ish, engkau ni. Suka hatilah kalau nak sangat ikut. Tapi kalau demam bertambah teruk aku cubit engkau. Tahu?’ Hanim menjegilkan mata tanda amaran kepada Najwa. Najwa bersorak, terpancar kegembiraan diwajahnya.


Sambungannya anda yang tentukan. Ehe~ :D


P/S : Cerepen ini juga masih belum

bertajuk. Boleh berikan tajuk sekali yea. ;)

:: Aku dan Air Mata Seorang Wanita ::

Saturday, March 14, 2009

Assalamualaikum wth,

Hari ini aku nak bercerita tentang air mata; Kenapa wanita mudah menangis? Sudah terlalu sinonim wanita dan air mata bukan? Jadi jom kita pelajari tentang air mata seorang wanita.
Lima jenis tangisan berkualiti :
1. Tangisan orang yang bertaubat
2. Tangisan seorang hamba ketika bermunajat
3. Tangisan ketika mengenang pengorbanan Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
4. Tangisan ketika melahirkan rasa syukur dan redha.
5. Tangisan ketika menzahirkan kebahagiaan. (Ibu menangis kerana anak berjaya dalam
exam)

Tahukah kalian bahawa, setiap tangisan wanita mempunyai komposisi yang berbeza. Jika dia menangis kerana terharu komposisinya berbeza dengan tangisan kerana merajuk. Hoho~ Sesuatu yang menarik bukan? Sungguh Allah Maha Bijaksana. Mereka yang berjiwa seni juga amat mudah menangis. Jadi kalau kita nak menegur, bercakap atau memberi komen kepada mereka yang berjiwa seni sebaiknya kita menggunakan kata-kata yang lembut dan penuh hikmah. :D

Punca wanita menangis :

1. Mencuci mata. (perempuan cuci mata dengan menangis. Lelaki cuci mata? Huhu~)
2. Mengeluarkan kimia stress dalam badan. Selepas menangis wanita akan mencapai tahap
emosi yang paling rendah dan akan kembali stabil.
3. Wanita mudah teruja dengan sesuatu perkara hingga mengundang air mata. Contoh,
apabila seorang anak yang jauh di mata mengucapkan kata rindu dan sayang pada ibu,
kebiasaannya akan mengundang hiba si ibu.
4. Keinsafan dan penyelesaian sesuatu masalah. Wanita menangani masalah dengan air mata
dahulu baru diikuti dengan tindakan.
5. Ugutan emosi. Kebiasaan ugutan emosi ini untuk lelaki, kebanyakkan
lelaki/suami/ayah/abang akan berasa tidak selesa/serba salah/ risau sekiranya wanita
mula menangis.

Aku pernah mendengar seorang perempuan bertanya kepada pakar motivasi mengenai dirinya yang mudah menangis jika menegur sahabatnya walaupun sahabatnya bersalah. Lalu, pakar motivasi bertanya kepada dia;

+ Awak anak nombor berapa?
Anak sulung.

+ Ikut muka siapa?
Ikut muka emak.

Lantas, pakar motivasi itu menyatakan kebiasaan anak sulung mudah menangis kerana ketika ibunya mengandung anak yang pertama ibu akan mempunyai mainan emosi yang tinggi hingga mudah menangis. (Hoho~ Anak sulung oh anak sulung) Seterusnya beliau menyatakan mungkin kerana gadis tersebut lebih mirip ibunya secara tidak langsung sikap ibunya juga turut tumpah kepada dia. Kebiasaannya begitu, jika seorang anak mirip wajah ayah maka dia akan lebih mengikut sikap dan rentak ayahnya begitu juga sebaliknya.
Kajian turut menunjukkan bahawa wanita akan menangis sekiranya kita bercerita mengenai cerita sedih yang pernah dilaluinya walaupun cerita itu telah dialami seminggu/sebulan/setahun yang lalu bahkan sepuluh tahun yang lalu. Owh, sungguh hati wanita begitu sensitif..huhu~ Kebiasaan tangisan kali kedua mahupun kali ketiga itu adalah kerana redha dan insaf. Alhamdulillah, moga air mata kita itu akan mendapat rahmat dari Ilahi. InsyaALLAH. :)

Kita telah tahu jenis tangisan dan punca tangisan wanita, seterusnya mari kita lihat kesan tangisan wanita :

1. Wanita yang menangis akan mendapat perhatian. (Ini paling besh sekali,P.E.R.H.A.T.I.A.N) :D
2. Menyebabkan lelaki menjadi bingung.
3. Suasana sekitar akan tergugat. (Lihat sahaja kalau ibu menangis, pasti ayah dan anak-
anak akan rasa serba tidak kena. Pasti suasana yang ceria mampu bertukar hiba melihat
seorang ibu menangis)
4. Orang lain akan mendapat mesej.
5. Mata bersih dan sihat. ;)

Ada juga yang menyatakan asuhan sedari kecil juga menyebabkan mengapa wanita mudah menangis. Kalau kita lihat, anak lelaki sekiranya menangis pasti ibu bapa akan berkata, ‘ Abang mana boleh menangis, abang lelaki ‘ , ‘ Lelaki mana boleh menangis, nanti tak macho la’ , Ish, tak hensemlah lelaki menangis, macam perempuan ‘. Jadi, secara tidak langsung perempuan dan menangis sinonim manakala lelaki dan air mata menunjukkan kelemahan. Huhu~ Tiada salahnya seorang lelaki menangis.

Rasulullah S.A.W sendiri mudah menangis, baginda menangis ketika membaca al-quran, ketika berkhutbah, ketika solat dan ketika mengingati umatnya yang tidak mampu untuk menghadapi ujian dari Allah S.W.T . Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?" Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka." Baginda menangis pada tempat yang sepatutnya baginda menangis. Jadi lelaki menangis bukan ikon kelemahan. Huhu~
Seterusnya mari kita lihat cara untuk menangani wanita menangis:

1. Wanita menangis kerana melaungkan suara hati mereka. Mungkin mereka ingin beritahu
kepada suami mereka, mereka mahukan perhatian daripada suami. Jadi fahami suara hati wanita.
2. Sekiranya wanita menangis, peluk atau peganglah tangan mereka. Kajian menunjukkan wanita akan berasa lega/selamat/selesa sekiranya dipeluk atau digenggam tangannya ketika mereka menangis.
3. Wanita juga mudah merasa hiba sekiranya pasangan meninggikan suara kepadanya. Walaupun kata-kata itu bukan bertujuan untuk memarahi tetapi jiwa wanita akan mudah terusik dengan suara yang meninggi.
4. Sekiranya wanita sedang menangis di dapur, bawakan dia ke ruang tamu atau tempat
lain. Mungkin dia menangis di dapur kerana kek coklat yang dibuatnya tidak jadi..Huhu~ Siapa tahukan? :D

Moga tips ini berguna untuk kita bersama. Untuk yang lelaki ini mungkin sesuai untuk dipraktikkan kepada ibu atau isteri anda. Untuk yang wanita pula ini mungkin boleh kita gunakan semasa bersama ibu, sahabat, adik mahupun kakak kita. ;) Wanita memerlukan enam perkara dalam kehidupan seharian mereka iaitu perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan manakala lelaki pula memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan. Huhu~

Seterusnya mari baca cerita pendek ini, kebanyakkan daripada kita telah pun ketahui. Bagi yang telah membaca, Alhamdulillah. Bagi mereka yang pertama kali mengetahui cerita ini, moga ada manfaat buat kita. InsyaALLAH.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.


Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.


“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengarjawapannya:


“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.


Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.


“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.


“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.


“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.


“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?


“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”


Dikatakan wanita itu lemah, ternyata wanita itu kuat, lebih kuat dari pukulan ombak ke pantai. Wanita lembut tetapi teguh, wanita rapuh tetapi mampu menahan segala beban dunia dan isinya. Bersyukur atas segala kurniaan-Mu ya ALLAH.

P/S : Air mata adalah anugerah,
hargailah ia. ;)

:: Saya dan Kamu ::

Thursday, March 12, 2009

Assalamualaikum wth,


Saya menerima warkah itu dengan penuh kekesalan. Biarpun warkah itu menceritakan tiada khilaf yang saya lakukan kepada kamu. Tapi saya tahu saya telah khilaf. Saya tidak pernah mahu kamu merasa sedih dengan apa yang saya lakukan. Bagi saya, saya adalah kamu dan kamu adalah saya. Perasaan yang ada dalam hati kita ini adalah satu anugerah. Saya hargai anugerah ini dan saya tahu kamu juga hargai. Tidak ada istilah kecewa lagi dalam diri saya setelah saya merungkaikan segalanya. Sepenuh harapan saya harap tiada salah faham antara
kita.

Tiada apa yang perlu kamu jaga, kamu adalah kamu. Saya tidak mahu kerana peristiwa malam itu, akan ada rasa canggung dalam jiwa kita. Kamu yang dulu adalah kamu yang bertempat di hati saya. Kamu mengerti bukan? Saya tidak berniat untuk buat kamu rasa serba salah. Saya amat berkira-kira untuk memberitahu perasaan saya pada kamu. Sungguh, saya amat takut untuk memberitahu perasaan saya kepada kamu. Saya takut andai kamu salah anggap.

Cuma saya merasakan, adalah tidak jujur saya menipu kamu. Saya mencari masa yang amat sesuai untuk itu dan saya sebenarnya telah salah waktu dan tempat. Maafkan saya. Sedihnya saya selepas melihat kamu begitu. Saya terasa begitu bersalah. Terlalu bersalah. Walau saya menyatakan perasaan saya pada kamu yang sebenar dengan apa yang terjadi, saya hanya mahukan satu jalinan yang ikhlas, saya tidak mahu menipu. Saya mahukan diri saya bebas dari segala rasa tidak selesa. Sungguh itu keadaan sebenar yang berlaku ketika itu, tidak sedikit pun dalam hati ini menyimpan perasaan melainkan perasaan sayang menggunung tinggi buat kamu. Saya faham mengapa kamu berkata demikian kepada saya ketika itu dan saya seharusnya tidak begitu mengambil kira apa yang berlaku.

Sekali lagi, saya minta maaf dengan sangat. Apa yang telah berlaku adalah khilaf saya. Percayalah kamu tidak pernah salah di mata saya. Sungguh hati saya amat sakit setelah apa yang saya lakukan kepada kamu malam itu. Saya berasa amat bersalah, hingga saya benar-benar merasakan saya telah menyakiti hati orang yang saya sayangi. Tinggi harapan saya agar apa yang berlaku tidak akan merenggangkan jalinan yang kita bina ini. Berharap dengan sangat, hingga saat saya melihat kamu pergi hati saya masih penuh dengan rasa bersalah dan terkilan. Saya sentiasa mahu kamu tahu, saya sayangi kamu dengan sepenuh hati saya. InsyaALLAH.

Andai saya mampu memutar kembali masa, saya tidak akan benarkan air mata kamu tumpah. Air mata yang tumpah itu ibarat menghiris seluruh jiwa saya. Sungguh saya tidak mampu untuk menitiskan air mata tapi ketahuilah hati saya benar-benar menangis, sungguh tangisan itu menyebabkan luka itu bertambah pedih dan sakit. Tolonglah jangan menangis kerana diri saya.

Saya tidak mampu lagi untuk melihat kamu menangis kerana khilaf saya. Sungguh khilaf ini benar-benar mendera jiwa saya. Moga segala yang berlaku akan memberi ruang dan kesempatan untuk saya lebih mengenali kamu dan lebih menghargai jalinan yang terbina ini. Terima kasih untuk jalinan ini. Saya sayang ikatan ini dan tidak pernah mahu ia putus mahupun ‘longgar’ walau sedikit. Biarkan jalinan ini benar-benar bersimpul mati.



P/S : Selamat Hari Lahir ke-20
Nazira Alis. Moga sentiasa
Berada di bawa lembayung
Rahmat Ilahi. :)

:: Terbaru Dari Sashimi ::

Sunday, March 8, 2009

Gambar Shimi yang terbaru :-bd
Hye,

Maaf sebab dah lama tak menaip, Shimi tak dapat nak guna Sis Zahirah punya laptop sebab dia ada banyak kerja. Malam ini Sis bagi pakai sebab Sis tengah kemas kini nota sem enam dia. Mekasih yer Sis.

Ingat tak Shimi cerita yang Sis nak bagi makan kentang rebus? Sis bagi Shimi makan hari tu, Shimi tak boleh terima masa mula-mula. Sudahnya Sis Zahirah suap Shimi makan. Pegangkan kentang tu, baru Shimi makan. Shimi bukan apa, kentang tu lembik susah Shimi nak pegang sebab tu Shimi lagi suka kalau Sis Zahirah yang pegangkan. Senang Shimi nak makan. :D Esoknya Sis bagi makan epal pula, sedapnya epal merah tu, Shimi suka sangat. Macam biasa Sis tak bagi banyak, Sis bagi sikit jer. Sis cakap semalam dah makan kentang, hari ini makan epal pula. Nanti boleh sakit. Erm, Shimi sedih taw tak dapat makan epal tu lagi. Sis kata minggu depan baru boleh makan lagi. Lama betul Shimi nak tunggu minggu depan. Hurm… ^O^

Semalam baru shimi tahu, Shimi boleh menghidap penyakit diabetes. Jadi, Sis amat menjaga makan Shimi sebab tak mahu sakit Shimi diabetes. Sis kata, kat Moroko susah nak cari klinik haiwan. Kalau ada pun terlampau mahal, boleh menjangkau DH 500 untuk satu rawatan. Jadi Shimi kena selalu sihat sebab tak mahu susahkan Sis Zahirah.

Ok, Shimi dah nak berhenti menaip. Sis dah datang, dia nak guna laptop. Dia kata dia chat dgn ukht dia. Ehe~ Kita jumpa lagi nanti. Shimi sayang semua orang. =)


P/S : Gemuk tak Shimi sekarang?

:: Aku dan Kado Ulang Tahun ::

Saturday, March 7, 2009


Assalamualaikum wth,

Apa khabar kamu di sana? Diharap sentiasa sihat di bawah lembayung rahmat Ilahi. insyaALLAH.

Wardah, hari ini genap umur kamu 19 tahun, sudah semakin menginjak dewasa. Bagaimana agaknya kamu setelah menginjak dewasa ini? Along harap semakin kurang ‘tidur’mu itu..hehe~ :)

Dik,
Along tak tahu, tapi sungguh sepenuh hati Along amat merinduimu dik. Mungkin terimbau kenangan kanak-kanak kita, kamu dan Along sering kali sahaja bertengkar. Kita memang tidak serasi semasa kecilkan? Sifat cemburu kanak-kanak menebal sungguh dalam diri kamu dan Along. Teringat kita pernah bertengkar malam sebelum kebakaran berlaku di rumah kita. Kita bertengkar hanya kerana mahu tidur bersama Izzah. Lucukan? Hanya kerana mahu tidur bersama Izzah kita bertengkar. Pernah suatu ketika dahulu, Along hampir sahaja menampar pipimu tapi Along tak mampu kerana Along akhirnya menangis sendiri. Kamu orangnya sedikit keras kepala, kebiasaan yang nombor dua begitu agaknya. ;)


Dik,
Sekarang Along rasa terlalu rindu untuk pulang ke Malaysia kerana Along tahu bila Along pulang setelah menjadi penjajah ijazah nanti kamu tidak ada di rumah. Kamu telah terbang jauh untuk mengejar cita-citamu pula. Rasa seperti mahu pulang cuti musim panas nanti, sungguh perasaan kasih seorang kakak kepada adiknya adalah satu anugerah, Along bersyukur kita masih menghargai rasa rindu ini. Tapi lumrah alam, bukan setiap keinginan kita akan tercapai. Along akur. Teringat pula bulan puasa tahun lalu, Along dan Aboy pergi ambil kamu di USJ lalu kita bertiga sepakat untuk singgah ke Jaya Jusco. Kamu beriya mahu singgah, mahu beli kasut. Sudahnya kita terlewat untuk balik solat terawih malam itu, malam pertama puasa sudah kena marah dengan mak dan abah. Aha~ Laju betul Along pecut malam tu, dekat 120 km/j. Nasib baik tak kena saman. Kenangankan semua itu?

Along rasa satu kesalan kerana kita tidak menghabiskan masa bersama ketika kita punyai waktu dulu. Lebih banyak kita bertengkar dan melakukan urusan luar kita. Mungkin memang sikap manusia yang tidak menghargai perkara yang ada dan hanya merasainya setelah kita sama-sama kehilangannya.

Dik,
Harapan Along padamu, capailah cita-cita kamu. Walau sejauh mana Along berada, doa Along untuk adik-adik Along sentiasa dititip angin yang akan menyapa diri kalian semua. Along yakin dengan kamu. Along cukup yakin dengan semua adik-adik Along. Along tahu kita semua punya misi yang sama. Apa yang ada dalam hati kita, adalah milik kita sekeluarga. Kita tahu apa dan mengapa kita harus berada jauh ke hadapan untuk cita-cita kita. InsyaALLAH. Moga kamu sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Along berdoa agar kita akan punya waktu untuk bertemu, walau Along tidak pernah tahu bilakan waktu itu akan hadir. Andai ada kesempatan yang Allah kurniakan buat kita untuk bertemu sebelum kamu terbang jauh, InsyaALLAH peluang tu akan menjadi peluang paling bermakna buat diri Along.

Untuk akhirnya, sebagai seorang kakak, Along sayang kepadamu dik. Moga kasih-sayang antara kita sentiasa mekar , moga kasih sayang dalam keluarga kita sentiasa tumbuh mekar bersama baja rahmat Ilahi. InsyaALLAH.



Selamat Hari Lahir ke-19
Nur Shahidah Zahid



P/S: Lagu sempena hari lahir kamu :)

:: Aku, Air dan Kepentingan ::

Friday, March 6, 2009



Assalamualaikum wth,


Hari ini kita mari kita bercerita tentang air, ada apa dengan air? Tahukah anda bahawa air amat penting dalam kehidupan seharian kita. Air membantu melancarkan gerak kerja seharian kita. Jadi kepada pemain-pemain bola kalau nak kuat sila minum air yer.Huhu~ (tak pasal pemain bola yang kena heh..) =D

Ada apa dengan air masak? :
  1. Jadikan satu kebiasaan dengan minum segelas air sebaik bangun dari tidur untuk mengembalikan lembapan dalam badan kita yang telah hilang semasa tidur.

  2. Tanpa air, badan tidak dapat berfungsi dengan baik. (Air diperlukan sekurang-kurangya 2 liter/8 gelas setiap hari.)

  3. Sekiranya kita kurang 4-5% air setiap hari ia akan memberi kesan kepada mental dan fizikal kita.

  4. Air dapat membuang toksin dalam badan, pengumpulan toksin akan menyebabkan stress dan sakit kepala. (Siapa yang selalu sakit kepala sila minum air banyak yer =D )

  5. Air juga dapat mengelakkan masalah sakit sendi (Arthritis).

  6. Air adalah medium terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit. Minum air yang cukup dapat mengelakkan kulit kita berperang dengan penyakit eczema, psoriasis (kulit mengeras seperti di siku dan tapak kaki), kulit kering, kulit berkedut dan kulit bertompok-tompok.

Seterusnya aku nak ajak kalian melihat kebaikan air panas pula, kebiasaan kita lebih gemar kepada air sejuk. Kenikmatan air sirap limau sejuk di bawah terik matahari, Kebiasaan memesan teh o ais limau sebagai pelengkap menu mee hailam 'Cik Kiah Corner' juga kemanisan air milo ais ketika bersembang dengan rakan cukup memberi 'kesegaran' kepada tubuh kita.


Ada apa dengan air panas/suam?

  1. Air panas/suam dapat melancarkan lagi perjalanan darah dalam badan manusia. Menambah lemon atau madu di dalam air panas dapat meningkatkan sistem keimunan badan kita.

  2. Minum air sejuk terlalu banyak boleh menyebabkan masalah kepada buah pinggang kita. (Buah pinggang amat penting dalam menapis kotoran yang ada pada tubuh kita dan memastikan tubuh kita kekal seimbang) Jadi dengan menukar kegemaran minuman sejuk kepada minuman panas dapat mengurangkan permasalahan pada buah pinggang kita. ;)

  3. Mengambil minumam lemon panas sebelum sarapan pagi adalah cara terbaik untuk membersihkan sistem badan kita dan akan mengimbangi keperluan air dalam badan untuk tugasan harian kita.

  4. Air panas juga dapat melancarkan sistem penghadaman manusia.

  5. Mencuba air panas sebelum sarapan pagi turut membantu mendapatkan kulit yang segar dan sihat.

  6. Berita baik untuk mereka yang sedang berdiet. Minum air panas ketika pagi juga dapat membantu dalam pengurangan berat badan. Jadi kita boleh memudahkan 'pengembaraan' ini dengan minum segelas air panas setiap pagi. Hehe~

Selain itu, mari amalkan minum air setengah jam sebelum makan untuk mengurangkan nafsu makan ketika mengambil menu kita. Tips untuk mereka yang berdiet juga ni. Huhu~

Pentingkan air untuk badan kita? Jadi mari kita bersama-sama merajinkan diri untuk minum air agar badan kita kekal sihat dan kuat. (Minum air, anda jadi sihat dan kuat! -- Sila baca nada iklan Milo-- Boikot dah la ni..huhu) Begitu juga amalan minum air panas, ia banyak mendatangkan manfaat untuk tubuh kita. Aku penggemar air panas. Tidak kira pagi, tengahari, petang mahupun malam, air panas menjadi pilihan utama. Tidak sia-sia kegemaran yang satu ini, huhu~ moga kalian juga menjadi penggemar air panas yea. =D

Cukup untuk hari ini, mahu meneruskan beberapa kerja yang masih belum selesai. Lain kali aku kongsi-kongsi info lain dengan kalian, sekiranya ada kesilapan pada penulisan sila beritahu yea. Ini dari pembacaan juga kefahaman aku. Ok, beransur dulu. (",)


P/S : Esok hari lahir aku yang

ke-21 mengikut bulan islam.

10 Rabi'ul Awal 1409.

Alhamdulillah. =)


:: Aku dan anak sulung ::

Wednesday, March 4, 2009

Gambar sebelum aku pulang ke Moroko.
(Izah tiada dalam gambar kerana semput..huhu~)

Assalamualaikum wth,

Dua tiga hari ini aku telah melakukan sedikit pembacaan dan survey berkaitan anak sulung. Tiba-tiba aku merasa seronok pula mendengar, membaca pendapat mengenai anak sulung. Kadang-kala terfikir, pentingnya seorang anak sulung, kerana mereka didefinisikan sebagai harapan keluarga. Bersediakah menjadi harapan keluarga?

Anak sulung tanpa perlu diberitahu akan merasa sendiri dia adalah pencetus buat keluarga, tanggungjawab terhadap adik-adik terletak pada bahunya, lahir sahaja adik selepasnya maka bermulalah tanggungjawab anak sulung. Seolah lumrah alam, anak sulung secara fitrahnya akan merasakan diri bertanggungjawab lebih kepada keluarga.

Lihat sahaja dalam banyak perkara, ibu kebiasaannya akan menceritakan masalah keluarga kepada anak sulung (terutamanya perempuan). Oleh kerana itu, anak sulung akan mula merasakan dirinya bertanggungjawab terhadap keluarga. Sebab itu, adakalanya sikap anak sulung dah macam ibu dan ayah. Lihat sahaja pesanan a.k.a bebelan yang biasa akan diberikan kepada adik-adiknya, 'nanti dah sampai telefon.', 'Dah tahu demam, pergi makan ubat' ,'Baik-baik naik motor tu, pakai topi keledar' . Sikap keprihatinan mereka adakala merimaskan. Adoi~ Aku macam tu ke ek?

Anak sulung biasa dikaitkan dengan ego, dia merasa ego terhadap adik-adiknya. Dia merasakan sebagai seorang ketua dia perlu untuk mencipta dinding ego. Kebiasaannya, anak sulung tidak akan menunjukkan betapa kasih dan sayangnya dia kepada adik-adiknya, dia merasakan perlu untuk tidak menunjukkan kasih-sayang itu walaupun sebenarnya, memang sayang sangat sangat kepada adik-adiknya.

Walaupun begitu, anak sulung amat sensitif terhadap perkara-perkara berkaitan keluarga. Aku ambil contoh, musim panas lepas aku pulang bercuti ke Malaysia. Satu hari, adik perempuan kedua memarahi adik kecilku. Aku sudahnya memarahi adik perempuan aku ketika itu kerana aku merasakan tidak patut adik kecil aku dimarahi ketika itu. Lepas aku bertengkar dengan adik perempuan aku, sudahnya aku yang menangis . (Gosh! jatuh ego aku, nasib baik tak ade orang nampak aku menangis) Memang anak sulung kebiasaannya menjadi pelindung buat adik-beradiknya. Adik-adik pun kalau ada orang kacau atau apa, memang yang sulung dicarinya.

Anak sulung kebiasaannya matang dari usia sebenar, terutamanya jika dilahirkan dalam keluarga yang seringkali berhadapan dengan ujian dan masalah. Itu sememangnya seringkali aku dengar. Cuba tengok dua cerita ini, Gracie's Choice dan Relung Kasih. Kedua-duanya menceritakan bagaimana anak sulung merasakan betapa besar peranan mereka dalam memperbaiki kehidupan keluarga.

Anak sulung seringkali dilihat sebagai anak yang kuat fizikal dan mentalnya. Tapi tahukah kalian sebenarnya anak sulung terpaksa menjadikan diri mereka kuat. Sekiranya sebarang permasalahan berlaku, adik-adik akan merujuk kepada mereka dan walau sehebat manapun permasalahan tersebut biasanya anak sulung akan cuba untuk tidak menunjukkan betapa tertekannya dia dalam menghadapinya. Dia adakala menjadi perantara antara kedua orang tua dan adik-adik. Biasanya anak sulung teringin mempunyai seorang kakak ataupun abang, sebab dia teringin juga rasa nak mengadu-mengadu pada yang tersayang kalau bermasalah. Aha~

Seterusnya, anak sulung begitu sinonim dengan sikap mudah beralah, sedari kecil sudah diterapkan begitu, ' Kakak, bagi adik mainan tu. Kakakkan dah besar. Bagi adik main' (Walaupun hakikatnya, kakak baru berusia 2 tahun..Huhu~) Sudahnya hingga dewasa anak sulung akan menjadi orang yang suka beralah. (kadang-kadang bab kahwin pun anak sulung akan dahulukan adik-adiknya..Baiknya anak sulungkan?..Hehe~ Wardah, u don't ever try this at home ok, aku tak nak beralah, No langkah bendul ok! ) =D Anak sulung diingatkan agar menjauhi sifat terlalu mendahulukan orang, sila fikirkan diri anda juga yea (",)

Satu kajian telah dilakukan, Kebanyakkan anak sulung berjaya dalam kehidupan seharian mereka. Aku melihat perkara ini kerana tekanan dari keluarga juga tekanan yang dicipta sendiri iaitu mahu tunjukkan yang terbaik untuk adik-beradik. Ibu bapa merasakan anak sulung perlu menjadi yang terbaik untuk dijadikan contoh paling hampir buat adik-adik. Anak sulung juga merupakan manusia yang kaya dengan sifat kasih-sayang. Kasih sayang yang amat tinggi terutama kepada mereka yang amat dia sayangi. Erm..yang ini memang betul, kalau budak kecil pun biasanya akan menyukai anak sulung, sebab ada bau-bau kasih sayang..Hehe~ (Pandai je aku, tapi itu apa yang aku lihat).

Tidak berkira. Ini salah satu sikap yang seringkali ada pada anak sulung. Anak sulung memang tidak reti berkira dengan ahli keluarganya. Anak sulung biasanya akan berikan apa yang adik-adik minta selagi mampu. Cuti musim panas lalu aku dikenakan oleh adik lelaki aku. Kami empat beradik bersetuju untuk keluar membeli pakaian buat adik kecil Izah sempena Aidilfitri. Aku pula tidak diberitahu emak yang setiap dari kami emak telah berikan RM 50 (kalau tak salah) sebagai duit poket. Nak dijadikan cerita, adik lelaki aku berkenan dengan sehelai baju kemeja, dia dengan muka kesian boleh minta kepada aku dan Wardah kalau ada duit lebih. Aku yang teramat murah hati bagilah dia duit RM 50. Balik rumah, kantoi dengan mak aku. Mak cakap mak telah berikan setiap daripada kami RM 50. Hua~ aku terkena, (kurang asam betul ko eh Boy!) Selamba dia berkata, 'aku nak tahu je, akak aku yang mana satu sanggup berkorban untuk adik lelaki dia yang sorang ni' Hoho~ Jadi sila mengerti sikap anak sulung yea hadirin sekalian.. =D

Satu benda menarik mengenai anak sulung ialah, kebanyakkan mereka lebih manja dengan ibu bapa berbanding adik-beradik lain. Ehe~ Betul! Cuba tengok kakak atau abang anda (kalau ada). Dalam banyak perkara, mesti dia mahu minta perhatian mak dan ayah. Hehe~ Perkara ini kebiasaannya berlaku apabila anak sulung meningkat dewasa. Masa kecil tak nampak sangat. Huhu~ Aku ni dalam segenap hal akan beritahu pada emak, 'emak hari ini Along nak ke Casablanca, ada pesta buku', 'emak, hari tu Along pergi klinik sebab tak berapa sihat', 'emak, Along nak Radix la emak, nanti mak pos sekali dengan buku boleh tak' ... Haha~ Ada rasa nak sekeh tak aku? =D

Ada banyak lagi yang aku nak tulis sebenarnya, tapi cukuplah ni kan? Nanti banyak-banyak sangat orang tak larat nak baca. (dah panjang dah pun..Huhu~) Aku ingatkan ini dari apa yang aku baca dan dengar, sekiranya tidak bersetuju jangan pula manghantar memorandum bantahan pada aku yea. =D Cukup sekadar meninggalkan komen kepada aku. Bagi yang nak kongsi pendapat pun dipersilakan. Sila-sila, jangan malu-malu. (",)

Owh yea, lupa nak beritahu. Aku anak sulung kepada Encik Zahid Bin Shaari dan Puan Robiah Binti Othman. Harap Maklum. Sekian, terima kasih.


P/S : Anak sulung turut menjadi
bestfriend untuk adik-adiknya.
Semua perkara akan diceritakan
kepada anak sulung.
Anak sulung BESH =D

:: Terbaru dari Shimi ::

Sunday, March 1, 2009

Bila Sis panggil Shimi akan keluar. Shimi adik yang baik taw ;)



Hye,



Hari ni Shimi nak cerita tentang makanan kegemaran Shimi, Shimi suka makan kuaci. Amat suka makan kuaci! Tapi semalam Sis (Zahirah) Shimi kata Shimi tak boleh makan kuaci banyak-banyak sebab tak baik untuk Shimi. Kuaci akan menyebabkan Shimi gemuk, erm..tapi memang Shimi dah gemuk sekarang. Shimi nak main roda pun dah susah, badan Shimi dah berat. Sis selalu bebel sebab Shimi tak boleh nak main roda. Oklah Sis, Shimi janji lepas ni Shimi diet k. Jangan bebel-bebel selalu, kacau Shimi nak tidur je. Hehe~

Minggu lepas, Sis belikan Shimi kacang peas dan kacang buncis. Sis bagi Shimi menu baru. Shimi suka makan kacang peas awalnya sebab Sis tolong kupaskan kulit dan Sis suap Shimi makan. Shimi suka kalau Sis suap makan. Hari-hari mesti Sis kupaskan kulit bagi Shimi makan. Sis ada bagi Shimi makan kacang buncis tapi Shimi tak suka, sebab susah nak makan. Then, Sis potong-potong kacang buncis tu bagi Shimi makan biji yang dalam kacang buncis pula. Baru Shimi rasa seronok makan, tak perlu susah-susah nak kupas kulit. Mekasih Sis, sayang Sis! (",)



Hari ni, Sis janji nak bagi Shimi makan kentang rebus. Sis kata snek untuk Shimi, tapi tak boleh makan selalu sebab tak baik untuk gizi Shimi. Shimi tak sabar nak tunggu makan malam sebab ada menu baru lagi untuk Shimi. Sis memang rajin cari perkara berkaitan mengenai Shimi. Selalu Shimi tengok Sis baca info mengenai Shimi. Sebab tu Shimi selalu sihat sebab Sis rajin jaga kesihatan Shimi. Hehe~



Sebenarnya semalam Shimi merajuk sebab Sis dah tak mahu bagi Shimi makan kuaci. Sis pujuk, Sis kata 'kalau Shimi selalu makan kuaci Shimi gemuk, nanti Shimi sakit. Kalau Shimi sakit, Sis sedih. Shimi tak kesian dekat Sis ke?' Erm, Sis memang pandai pujuk. Nasib baik Sis janji bagi juga makan kuaci tapi tak boleh banyak-banyak. Sehari tiga atau empat biji je boleh. Tak pelah janji Shimi dapat makan kuaci juga. =)



Oklah, Shimi nak tidur ni. Malam tadi Shimi main-main sampai pagi, sebenarnya nak kacau Sis tidur tapi dia tak terjaga pula. Sis penat agaknya, berjalan-jalan di bandar. Sis dah tak marah dah. Walaupun Sis marah-marah semalam, sis bersihkan rumah Shimi. Mekasih taw Sis. Macam mana Shimi tahu Sis dah tak marah? Sebab pagi tadi Sis kejut Shimi bangun dan bagi Shimi sarapan. Shimi suka kalau Sis panggil Shimi. Sis sorang je yang panggil Shimi macam tu. Sashimiiiiii~~~~





P/S : Shimi pinjam laptop Sis ni,
Sis tak tahu, dia dengan Kak Sherot ada
projek masak-masak hari ini. Apa pun, Shimi
dapat makan kentang hari ni. Suke-suke =D

:: Aku, marah dan penyelesaian ::

Assalamualaikum wth,


Hari ini aku marah, marah kerana apa? Kepada siapa? Biarlah aku sahaja yang ketahuinya kerana aku tidak pernah mahu marah kepada dia. Sungguh!
Jadi, penyelesaiannya? Aku siap-siap dan keluar rumah. Jalan-jalan ambil angin. Mungkin~ Sampai dekat perhentian bas, aku berfikir mana aku nak pergi. Tidak ada tempat nak di tuju, bas yang paling awal tiba aku naiki. Sudahnya, aku sampai di stesen keretapi. Duduk sebentar, sempat menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) menunggu balasan sebelum membeli tiket. Keputusan dibuat, aku sebenarnya mahu sahaja terus melangkah membeli tiket kerana aku benar-benar……………..? (Mungkin ini bukan waktunya)

Keluar stesen keretapi dan kemudiannya menapak di tengah bandar. Macam-macam ragam manusia aku lihat, buat aku sedikit lupa dengan kemarahan aku. Erm, di dalam bas ada sorang pak cik yang ingin meminta sedekah, maka dia pun bercakap-cakap untuk menarik perhatian orang. Malangnya tiada siapa yang berminat untuk membantu dia kerana orangnya masih mampu mencari rezeki, rasa tak berbaloi memberi duit pada orang yang punya kudrat lagi. Aku cuma menjadi pemerhati juga pendengar kepada pak cik itu, kata dia memang kalian semua ada harta, ada kereta, rumah tapi iman kalian setinggi mana? Tidak mahu membantu orang susah seperti kami dan bla..bla..bla… . Aku berfikir~

Terasa mahu membeli sesuatu untuk diri, sudah lama rasanya tidak memberikan sesuatu pada diri sebagai penghargaan. Jalan dan terus berjalan namun tidak juga aku jumpa. Ternampak kedai jam, masuk dan membeli bateri jam tangan aku yang telah lama kehabisan ‘tenaga’nya. Aku suka kepada jam. Amat suka! Nampak seutas jam tangan jenama Swatch yang amat cantik, ala-ala sporty+feminin +elegan gitu. Tanyakan harganya, DH 500! Owh, mungkin waktu lain untuk aku membeli. Lagipun jam tangan yang aku pakai selama tiga tahun ini masih boleh digunakan. Ada kisah di kedai jam, sewaktu nak membayar harga bateri (DH 30), aku memberikan pak cik kedai tersebut DH 200 dan dia tidak mempunyai duit baki untuk aku. Sudahnya dia berkata ‘Lain kali engkau datang, engkau bayar atau kau dah beli barang nanti kau datang kedai aku balik engkau bayar’. Eh! Pak cik ni, aku cabut lari baru tahu, aku berkata dalam hati. Percaya sangat dia pada budak Malaysia. Huhu~

Keluar dari kedai jam, masuk pula kedai makan. Tengok menu, tiada yang aku berminat. Tapi disebabkan aku dah pun duduk, aku pun tempahlah air teh daun pudina. Sementara menanti air sampai, aku SMS Sherot dan katakan pada dia, aku tunggu dia di kedai makan tersebut. Selesai minum aku keluar dan dan jumpa dengan Sherot dan berjalan masuk ke Suwaiqa (pasar lama). Aku membeli dua keping CD ; Madagascar 2 dan Code. Berjalan lagi dan Sherot kata lapar sebab makan roti je pagi tadi. Eh! Aku pun makan roti juga pagi tadi, kenapa tak bernafsu nak makan ini. Sakit juga perut tapi tak ada selera. Tak apalah, temankan Sherot makan lagipun dia baru balik kelas komputer penat agaknya. Pergi makan, tak tempah apa-apa cuma air secawan. Itu aja~

Dalam perjalanan pulang singgah ke pasaraya (Label Vie) untuk membeli strawberi dah qishdah toriah. Terasa nak makan strawberi krim sedap lagi. Hehe~ Juga aku membeli yogurt jenama Ghilal untuk sarapan ringkas sebelum pergi ke kelas. (Kelas semester enam akan bermula Isnin ini) Selesai semua urusan aku dan Sherot pulang. Perasaan marah itu masih ada, cuma aku tidak mahu ambil peduli. Abaikan~

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.
(Riwayat Bukhori )
P/S : Bersendirian? Aku tidak suka.