:: Perjalanan ::

Monday, July 20, 2009

Assalamualaikum wth,

15 Julai 2009, bermulalah journey aku untuk aku pulang ke Malaysia. Seawal pagi lagi rumah aku sudah mula riuh kerana masing-masing sibuk bersiap untuk muktamar Agung Tahunan 2009 (MANTAP’09). Aku juga sama sibuknya, membuat persiapan terakhir sebelum pulang bercuti ke Malaysia.

Sebelum kawan-kawan aku pergi ke MANTAP’09, kami membuat salam wida’ sebelum aku melangkah pergi. Iyalah bila aku pulang kembali ke Morocco. Kak Tie, Dila dan Nisah dah tak ada, mereka semua telah pulang ke Malaysia. Di Malaysia belum tentu kami akan bertemu. Banjir juga rumah aku pagi tadi, kerna kami merasa indahnya ukhwah selama 3 tahun yang kami bina. Semalam sempat keluar makan beramai-ramai sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Kami makan di Label Gallery Soussi semalam. Seronok rasanya sesekali keluar makan beramai-ramai. Hampir semua mahu menjadi Jepun sewaktu makan di Label Gallery kerana hampir setiap orang menempah sushi. Aha~ Aku juga tidak terkecuali. Tidak sampai 20minit semua makanan yang kami tempah licin dikerjakan. Setiap makanan akan berpusing keliling meja untuk semua orang rasa. Seronok rasanya ketika itu. Hope akan ada peluang begitu lagi terutamanya dengan adik-adik aku di Moroko. (Kami keluar makan seramai 10 orang, adik-adik yang setia berada di Rabat join kakak-kakak makan, yang tak ada tu lain kali kita pergi sama-sama, ok?) (^_~)

Owh yea, aku sekarang di Airport Gatwick, sedang menunggu waktu pagi untuk berjalan-jalan. London SEJUK! Ohoho~ Alhamdulillah aku bawa selendang untuk buat tahan sejuk.  Menaip bertemankan Milk Italian Style Coffee yang aku beli di Mark&Spencer Simply Food tadi. Rasanya lepas ni kena cari coffee panas untuk hilangkan mengantuk. Kanan,kiri,depan dan belakang, (eh! belakang ada dinding tak ada orang =D ) ramai orang sedang duduk menanti. Aku kurang pastilah mereka ni menunggu apa, cuma yang pasti semua sedang duduk bersandar di dinding dengan pelbagai gaya.

Sebelum aku duduk menaip cerita ni, aku pergi duduk di bahagian menunggu keretapi, saja mencari peta untuk perjalanan esok. Perkara menarik tentang Mat Salleh kat sini, semua orang mengejar waktu, tak kira tua atau muda, beg kecil atau beg besar semua akan berkejar ke rel keretapi untuk mendapatkan keratapi/tube sebab pintu akan ditutup 30 saat sebelum keretapi/tube berjalan. Banyak sangat iklan peringatan agar penumpang berada tepat pada waktu kerana pintu keretapi akan tertutup pada waktunya. Berbeza pula dengan pengalaman di Moroko.Eheh, nama pun pengalaman. Mestilah berbeza, kalau sama tak dinamakan pengalamanlah tapi …… apa ek? =D

Masa aku duduk dekat tempat keretapi tadi pun aku ada juga mencari orang melayu atau orang islam. Lebih kurang satu jam aku duduk hanya terjumpa dua orang islam. Tak apa esok jalan-jalan aku cari lagi, mana tahu boleh menambah kenalan dari London pula. Tak sangka aku dah sampai London ni. Dari rumah sampai sini seorang diri, sepatutnya bersama dengan Sherot dari Rabat ke Marrakech tapi disebabkan beberapa perkara kami terpaksa pergi berasingan ke Marrakech. Walau apapun aku harap semuanya akan berjalan dengan baik. Terima kasih untuk adik-adik dan kawan-kawan di Moroko yang menelefon mengucapkan selamat jalan juga kiriman doa untuk aku.

Untuk malam ni, ini sahaja. Esok aku akan ceritakan pengalaman perjalanan untuk esok hari pula. InsyaALLAH. Semoga segala urusan aku dipermudahkan oleh-Nya. Bateri laptop aku pun tak mampu nak bertahan lama, malas pula mahu duduk di tiang yang menyediakan soket untuk ‘charge’ bateri sebab tiang tu kat tengah-tengah jalan. Hohoho~ Beransur dulu.

P/S : Mahu ke Costa menempah
Secawan air panas.

ZahirahzahiD
Gatwick Airport,
Tepi dinding. 1.25 pagi.

:: Ada Cerita, Ada Rasa ::

Friday, July 3, 2009

Assalamualaikum wth,

Ada hati mula alpa, ada hati mula leka.
Insafi diri, perindah peribadi.

Manusia?

Manusia hanya mampu berbangga, menangis dan merasai keperitan. Hati adalah suatu alam yang kabur. Kembali melagukan deruan air jiwa-jiwa yang sentiasa berubah mengikut rentak kemelut kehidupan. Hari ini lahir rasa sayang. Suatu hari kelak dendam kesumat. Sungguh manusia itu selalu terlupa.

Setiap manusia punya harga diri, semua manusia tahu merasai sakit, semua manusia punya perasaan, semua manusia punya marah. Cuma terpulang kepada mereka sejauh mana mereka dapat menahan perasaan tersebut.

*************************

Bertanya Ats Tsauri kepada Rabiatul Al-Adawiyah: “Apakah hakikat iman engkau?” Rabiah menjawab : “Aku tidak beribadah kerana takut dari neraka dan tidak kerana cinta dengan Syurga Allah sehinggalah aku seperti orang yang diberi upah untuk berbuat jahat, akan tetapi aku beribadah kepada-Nya kerana cinta dan rindu kepada Allah S.W.T ."

TENTANG CINTA

Engkau durhaka kepada Allah,
dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya.
Ini adalah sesuatu yang mustahil.

Apabila benar engkau mencintai-Nya,
pastilah engkau taati semua perintah-Nya.
Sesungguhnya orang menaruh cinta,
Tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.

Dia telah kirimkan nikmat-Nya kepadamu setiap saat,
dan tak ada rasa syukur,
yang engkau panjatkan kepada-Nya.


P/S : Mari mencorak hari ini, kerana kita
akan meninjaunya pada hari esok.