Geng! Pengembaraan Bermula II

Thursday, November 19, 2009

Makan tengahari BOOM!

Ustaz Maszlee Malik

Dr Alhady Alfian Yusof

Assalamualaikum wth,

Hari ini Isnin, 19 November 2009 bersamaan 2 Zulhijjah 1430. (Mari berpuasa di bulan Zulhijjah)

Mari menyambung siri geng,pengembaraan bermula yang tertangguh untuk berapa lamanya. Sedikit sibuk bermain dengan masa kini. Masa itu emas. Jika kita tidak memotong masa maka masa akan memotong kita. Berfikirlah~

Hari kedua di Leicester, aku dah Shahirah akan menyertai program BOOM! anjuran Leicester University Malaysia Society (LUMS) dengan kerjasama Majlis Syura Muslimun (MSM) dan Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM).

Program bermula seawal jam 8 pagi. Aku, Shahirah dan Kak Nida’ berjalan kaki menuju ke University of Leicester. Subhanallah, indah ciptaan Ilahi dalam mencorak dunia ini. Allah! Aku rindu suasana itu. Ketika kami sampai di sana sudah ramai ahli yang datang. Pengalaman indah lagi mengenali lebih ramai sahabat di bumi Leicester. Bertemu seorang sahabat dari Brunei, Rabiah namanya. Suka melihat Kak Rabiah, biarpun ini adalah program pelajar Malaysia tapi dia tidak segan dan malu bertanya kepada penceramah. Begitu berkeyakinan langkah dan gayanya. Menampilkan ciri-ciri seorang da’ie yang mesra rakyat. Sungguh~

Penceramah untuk program ini ialah Ustaz Maszlee Malik, beliau seorang pensyarah fiqh dan usul. Beliau juga seorang penulis dan penulisannya lebih banyak menjurus kepada isu Palestin dan isu umat islam di peringkat antarabangsa . Beliau sekarang sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Durham, United Kingdom. Seorang lagi ialah Dr. Alhady Alfian Yusof seorang doktor pakar di Yorkshire. Beliau ialah lepasan Universiti Liverpool, United Kingdom.

Slot pertama di isi oleh Dr Alhady dengan tajuk yang sangat menarik bagi aku, “I am not just a student, I am a Muslim Delegate”. Dr Alhady menekan isu-isu berkaitan kepentingan usrah, tip-tips kecermelangan, prioriti hidup dan sebagainya. Antara kata-katanya yang banyak membuat aku banyak sekali berfikir ialah ‘ you know your limit and know your minimum’ dan ‘minimum knowledge in islam changes depending on your knowledge in islam’. Kalau umur aku sekarang sudah 21 tahun, masakan pengetahuan aku masih lagi berkaitan apa dia rukun islam dan iman? Mari sama-sama menilai.

Slot seterusnya bersama Ustaz Maszlee Malik dengan tajuknya ‘Revival of Ummah’. Cara penyampaian Ustaz Maszlee Malik lebih bersahaja. Biarpun banyak di isi dengan unsur humor tapi beliau sebenarnya banyak mengajar untuk berfikir dan mengkoreksi diri kita semula. Terima kasih ustaz.

Program diteruskan dengan pengisian tiga sesi bengkel iaitu bengkel pengurusan masa, pengurusan tekanan, skil berkomunikasi dan bidang pengkhususan. Aku dan Shahira mengikuti bengkel berkaitan pengurusan masa yang dikendalikan oleh Kak Nik Munirah (Doktor di Sheffiled yang akan pulang ke Malaysia for good), kemudiannya pengurusan skil berkomunikasi oleh Kak Rabiah dan Kak Dayana dan terakhir sekali pengurusan tekanan kendalian saudara Firdaus atau lebih dikenali sebagai Fidut dan Kak Zuriyati . Seronok dan bermanfaaat!

Seterusnya pelajar-pelajar dibahagikan mengikut bidang pengkhususan untuk sesi skil belajar mungkin. Oleh kerana aku dan Shahirah telah keluar dari bidang pengkhususan yang disediakan makanya kami telah dijemput khas untuk satu bengkel di Kafe University Of Leicester oleh Kak Zu dan Kak Nik Mun untuk bercerita dan menimba pengalaman yang bukan sedikit dari kedua-dua mereka. Makan free~ =)

Alhamdulillah selesai sudah program BOOM! . Ucapan jutaan tahniah buat pengarah dan ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus lumus untuk program ini. Semoga Allah memberkati program tersebut, amin. Malamnya kami habiskan masa di rumah dengan menimba ilmu berkaitan selok belok Leicester dari Kak Nida. Kami akan berjalan berdua di Leicester keesokannya kerana Kak Nida ada kelas. Aha~ Nasiblah labu.

Antara pengalaman berharga yang tak akan aku lupakan, berprogram bersama bakal-bakal doktor . Fikrah yang berbeza, informasi yang berbeza, gerak kerja yang berbeza, keazaman yang berbeza tapi punya tujuan yang sama. Andai diberi peluang aku mahu kembali ke sana semula. Mengutip kembali mutiara yang aku tinggalkan tanpa sengaja.


P/S : Pengembaraan Bandar Leicester in progress.


Bilakah lagi?

Assalamualaikum wth,

Adakalanya kita tidak pernah mampu nak menghalang kemungkaran yang berlaku depan mata. Kita tahu itu salah. Itu dosa! Tapi apakan daya, sungguh kita terlalu lemah. Di mana mahu digali perigi kekuatan yang semakin tenggelam dengan debu dosa yang berterbangan dari pelusuk dunia ini?

Oleh kerana kita tidak mampu, marah seringkali adalah jalan. Marah itu adalah wasilah mencari ketenangan. Begitukah sepatutnya? Kita berhak marah, kerana yang berlaku depan kita sekarang adalah satu perkara yang dibenci pencipta kita. Tapi adakah kemarahan mampu memadamkan debu dosa yang semakin bertiup kencang melitupi seluruh semesta ini?

Marilah kita yang merasakan kita adalah da’ie yang bergerak menuju deru dakwah ini membaca sepotong ayat al-quran yang Allah turunkan kepada Nabi kita Muhammad SAW.

خذ العفو وأمر بالعرف وأعرض عن الجاهلين

“Berilah maaf, perintahlah kebaikan dan berpalinglah pada

orang-orang yang bodoh." -- Al-A'raf : 198 --

Ayat ini turut disertakan bersama hadis daripada Ibnu Abbas r.a yang telah diriwayatkan oleh Bukhori. Di mana Umar Al-Khattob cuba bersabar dengan Uyaynah Bin Hishn yang mengatakan beliau seorang yang tidak adil dan tidak memberi kemewahan kepada rakyat yang diperintah oleh Umar Al-Khattob ketika itu.

Seorang da’ie harus sentiasa tahu siapa mad’u mereka dalam jalan dakwah ini.

Aku benar-benar rasa mahu marah, hingga tulisan ini siap ku tulis aku masih belum mampu mencegah perkara ini. Allah! pinjamkan aku kekuatan para Anbia’ tika ini.

P/S : Semoga kita semua sentiasa bersatu.

Satu Hati!


Apa dah jadi?

Friday, November 13, 2009

Assalamualaikum wth,

Apa dah jadi dengan blog ni?

Mana pergi template lama?

OMG! Please........ =(


P/S : Hilang rasa mahu menulis.

Geng - Pengembaraan bermula

Thursday, November 5, 2009

Assalamualaikum wth,

Alhamdulillah, aku dan Shahirah telah selamat sampai keMorocco pada 20/10/2009 lebih kurang jam 5.30 petang. Tamat sudah perjalanan kami yang panjang ini. Macam mana aku tidak katakan panjang, dari Malaysia (16/10 – 13 jam perjalanan) ke London (16/10 – 20/10 --- lapan jam di airport Stantead, tiga jam perjalanan ke Leicester menaiki bas, duduk di Leicester
4 hari, dari Leicester ke Victoria Station, tiga jam perjalanan menaiki bas kemudian terus ke Gatwick Airport 3 jam lagi perjalanan dan dari Gatwick Airport (20/10) ke Morocco tiga jam perjalanan. Amat penat! Namun pengalaman yang dikutip terlalu berharga. Alhamdulillah.

16 Oktober 2009

Aku dan sekeluarga selamat sampai ke LCCT yang memang cukup sibuk dan sesak. Berjumpa Shahirah, Mak cik Aishah dan Abang Sharizal. Segala urusan berjalan dengan baik cuma kami agak terlewat daftar masuk (check - in ) kerana tukaran duit mengambil masa yang agak panjang. Tepat jam 4.45 petang aku dan Shahirah telah berlepas meninggalkan bumi Malaysia.

Jam 11 malam begitu, aku dan Shahirah selamat tiba di London (Stanstead Airport), suhu ketika itu 9 darjah celcius, sejuk! memang amat sejuk. Aku pula terlupa untuk membawa selendang buat selimut tapi alhamdulillah lapangan terbang di sana memasang pemanas maka kurang sedikit rasa sejuk yang melanda diri. Huhu~ Kami mencari tempat untuk berehat sementara menunggu jam 8.30 pagi, bas kami akan bertolak dari Stansted ke Leicester pada jam 8.30 pagi. Maka kedua kami ketiduran di lapangangan terbang.
=D

17 Oktober 2009

Lebih kurang jam 4.30 pagi, aku dan Shahirah terjaga dari tidur dan kami bergerak mencari tempat solat. Ya, ada sebuah tempat solat yang dinamakan 'chapel' di setiap lapangan terbang di United Kingdom. Semua agama yang ada di dunia ini boleh solat di dalam 'chapel' tersebut, islam, yahudi, budha, kristian, dan sebagainya dibenarkan untuk beribadah di situ. Kami merancang untuk sarapan selepas solat subuh jadi kami mencari-cari tempat makan yang sesuai. (Chapel di buka jam 5pagi) Tengah ralit usha kedai makan yang ada, kami terjumpa dengan Kak Lin. Pelajar Master di University Oxford. Oho~ terujanya jumpa dengan akak tu. Kami solat subuh bersama kemudian kami menuju ke Pret, kedai makan yang jadi pilihan kami. Asalnya aku dan Shahirah nak makan di Ponti tapi Kak lin kata Ponti tidak memisahkan makanan antara yang ada b*** dan yang tidak b***. Terima kasih Kak Lin untuk info ni. =)

Selepas menghantar Kak Lin cek-in kami pula mencari bas menuju ke Leicester. Segala urusan dipermudahkan. Alhamdulillah. Perjalanan menuju ke Leicester yang mengambil masa tiga jam kami habiskan dengan melihat ciptaan Allah dan juga ‘rehat’ yang cukup. hehe. .. Sampai di Leicester aku dan Shahirah cari teksi untuk ke rumah Kak Nida. Kami dengan gaya confident terus menuju ke teksi untuk mencari rumah Kak Nida. Mudah sahaja tugasan kami, berikan alamat pada pemandu teksi kemudian dia menghantar kami betul-betul depan rumah Kak Nida. Best2. =D

Sampai rumah Kak Nida kami berehat-rehat sebentar. Kak Nida masak nasi goreng. Terima kasih banyak-banyak kak,memang lapar sangat waktu tu. Akak memang memahami. Eheh. Dalam pukul dua kami menuju ke rumah akhowat Leicester, ada buat rumah terbuka lebih kurang. Makan nasi ayam. Nasi ayam adik-adik tahun satu ni memang besh~ Terima kasih dik. Kenal ramai juga sahabat Leicester di majlis tersebut.

Lepas makan, balik rumah. Rehat-rehat. Aku tak boleh tidur. Shahirah dah selamat merehatkan diri. Aku membaca buku Mikhail tulisan Ramlee Awang Murshid sementara menunggu Kak Nida menyelesaikan beberapa urusan. Aku nak ikut Kak Nida main bola jaring. Teruja sangat bila Kak Nida ajak join latihan bola jaring sempena dengan NOTT’S Games. (Macam ini kot ejaan nya, kurang pasti. NOTT merujuk kepada Nottingham) Aha. Seronok je main kat situ. Pengalaman yang berharga untuk aku. Masa main jumpa Kak Amani, Kak Lily, Ema, Fiza, Zai, Kak Zu dan ramai lagi. Ada ukhwah bersemi di taman itu. =)

Malamnya aku memang mengambil bahagian tidur sahaja. Malam itu kami makan pizza, sedap pizza tu. Warga Leicester sedang sibuk bersedia untuk program BOOM!( Blooming Out Of Mediocrity @Leicester) pada keesokkan harinya. Tidak sabar menanti hari esok.

Cerita akan bersambung lagi nanti. Pengalaman di BOOM!, perjalanan menikmati Bandar Leicester dan juga usrah yang kami ikuti.

P/S : Berkelanalah wahai sahabat.

Aku ada CD Upin dan Ipin Geng.

Siapa nak pinjam?

-- Nurizzah binti Zahid --

Tuesday, November 3, 2009

kad untuk Along dari Izah

Izah waktu umur tiga tahun kot. Tak ingat. =D

Assalamualaikum wth,

Sudah seminggu kembali ke bumi Moroko ini. Alhamdulillah semakin dapat menyesuaikan diri kembali. Cuaca masih agak panas di sini. Perubahan cuaca yang aku alami di tiga buah benua (Asia, Eropah dan Afrika) membuatkan badan kurang selesa. Malaysia dengan cuaca yang panas membahang, United Kingdom yang amat sejuk dengan kadar 6 darjah celcius dan Moroko yang masih panas berkeringat.

Kuliyah telah pun bermula, semester ini aku hanya mempunyai tiga hari sahaja kelas. Selasa, Rabu dan Sabtu tapi subjek yang aku bawa agak berat, iaitu Quran dan hadis. Semester ini kena menghafal juzuk 28 sepenuhnya dan 68 hadis daripada Sohih Bukhori. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

Aku teringatkan Izah sebenarnya, rindu sungguh pada dia. Sebelum aku menaiki kapal terbang untuk kembali ke Moroko, dia sempat memberi aku sekeping kad. Buatan sendiri =) Walaupun kad itu hanya diperbuat daripada sekeping kertas berwarna hijau yang berharga RM0.20 mungkin tapi nilainya tidak mampu menandingi tiket penerbangan ke Turki yang aku idam-idamkan =D . Harganya terlalu mahal untuk secangkir kasih dari seorang kanak-kanak yang berumur 9 tahun. Terima kasih Ija, Along hargai dan sesungguhnya kali pertama membaca tulisan itu, air mata memang jatuh sebab tak sangka Ija mampu menulis terus dari hati. Along rindu~~

Izah beri lagu ‘melawan kesepian’ pada aku, lagu ni Izah beri pada Wardah juga sebelum Wardah fly ke Canada. Aku terfikir kenapa lagu ini yang di beri, jawapannya Izah merasa sepi dengan kehilangan dua orang kakaknya dan berharap walaupun itu yang terjadi dia mampu melawan kesepian dan tidak akan berubah. Dia akan mampu menghadapi saat mendatang sendirian. Ini hanya andaian aku, kalau tanya Izah dia tak mahu jawab. Oh my lovely Izah, miss u dear!


Melawan kesepian [klik]

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti


P/S : Ditulis sewaktu seminggu di Moroko, baru berkesempatan publish. =D


-- Kerja Kosong --

Monday, November 2, 2009

Assalamualaikum wth,

Segala puji bagi Allah atas nikmat hidup dan iman yang masih kita perolehi tika ini. Alhamdulillah.

Dakwah? Tarbia? Usrah?

Mengecap kemanisan perjuangan ini bukan sesuatu yang mudah. Andai perjuangan ini mudah tentu ramai yang telah menyertai, andai perjuangan ini pendek tentu ramai yang akan istiqomah. Tapi jalan ini bukan mudah. Jalan ini bukan pendek. Panjang dan terlalu banyak likunya. Makanya terlalu banyak ‘kerja kosong’ untuk dunia ini. Kenapa tidak ada manusia yang mahu ‘apply’ kerja kosong ini?

Teringat seorang sahabat yang pernah menangis kerana perjuangan ini. Kata dia, ‘sudah terlalu banyak air mata jatuh untuk jalan ini, bimbingan sahabat dan sirah Rasulullah menjadi pegangan. Doakan kita tabah dan sabar untuk menempuh jalan ini’. Rindu kamu sahabat.

Memulakan sesuatu itu memang mudah, untuk tetap melakukan sesuatu yang dimulakan adalah sebesar-besar perjuangan. Aku mahu bangun subuh berjemaah selepas ini. Ya, memang aku bangun. Alhamdulillah. Seminggu selepas itu? Sudah mula ada tertinggal dua tiga kali. Bukan mudah untuk tetap dengan sesuatu. Keinginan yang menjulang tanpa disertai ketetapan pada hati bagai gunung berapi yang meletus. Seketika cuma gentar buat manusia, apabila ia kembali normal. Itulah dia tempat pelancongan yang begitu ramai pengunjungnya. Berusahalah kita~

Syarah Usul 20 tulisan Imam Hassan Al-Banna bakal menjadi antara silibus kupasan untuk usrah sem ini. Alhamdulillah. Walaupun sebenarnya ini adalah buku basic untuk mereka yang ingin memulakan jalan dakwah, kata seorang sahabat yang telah berkecimpung dalam bidang ini. Itu bukan satu masalah, tidak pernah ada istilah terlewat dalam menyebarkan kalimah tauhid ini. InsyaALLAH. Bersamalah menghayati dan fahami kandungan buku tersebut. Semoga kita mendapat manfaat.

Buat pelajar –pelajar bumi Andalus, semester baru telah bermula sebulan yang lalu. Semoga kita berusaha sehabis baik. Untuk berada pada jalan ini, kita memerlukan mereka yang alim (berilmu). Tidak kisahlah kalau kita dalam bidang perubatan, engineering, perguruan, Islamic studies, semuanya mampu menyumbang kepada kekuatan islam ini. Lihat sahaja ilmuwan islam terdahulu, perjuangan mereka bukan perjuangan tuli dan buta. Perjuangan mereka dengan ilmu. Jarang sekali melihat mereka yang memperjuangnkan kalimah tauhid ini mampu bersenang-senang. Penjara sudah menjadi tempat yang pasti, di dalam penjara tersebut tempat mereka menulis buku karangan hebat hingga masih menjadi rujukan utama kini. Ibn Taimiyah, Hassan Al-Banna, Abbas As-sisi, Syeikh Sya’rowi, Syeikh Ahmad Yassin. Bacalah kisah mereka,ambillah iktibar. Berjuanglah dengan ilmu bukan berjuang sebagai pengikut yang tidak berilmu supaya hak dan batil dapat kita pisahkan.

Cukup sudah coretan kali ini. Teringin benar menceritakan pengalaman di Leicester, United Kingdom. InsyaALLAH ada kesempatan akan dipublishkan entri yang masih belum berjumpa penutupnya. Aha~

P/S : Bacalah buku karangan Abbas As-Sisi,
Dakwah dan Cinta ke Jalan Allah.
P/SS : Terlibat sama untuk PROSISMA,
rindu dengan adik-adik semua. =)