:: Kerana Aku Mencintai Dia ::

Sunday, October 10, 2010

Terkadang dalam merencana hidup ini pasti akan ada kisah sedih yang perlu dilalui. Ini hakikat kehidupan yang sudah pasti kita ketahui, namun keredaan dalam menempuhinya masih ramai yang gagal memahami.

Menerima sesuatu perkara yang tidak disukai apatah lagi bukan permintaan acapkali akan mendatangkan resah. Entah mengapa ia datang jua walaupun sudah puluhan kali menjengah jendela hidup ini. Walau apapun hidup perlu diteruskan. Hanya maut sebagai noktah. Andai jatuh, bangun kembali! Andai sakit, ubati sendiri! Kerana tidak semua perkara adalah perkongsian, 'sakit' dihadapi tidak mampu difahami. Ku mohon doa agar terus kuat dan tabah. =)

*********************

Mahu fokus pada belajar atau bekerja sambil belajar? Oh, aku buntu! Peluang itu ada, anda mahu atau tidak sahaja...

P/S : Selamat Hari Lahir
Muhd Redha bin Zahid
10/10/10 =)

:: Dua tahun lalu ::

Sunday, August 29, 2010

Musim Musim nak raya ni, semua orang pun sibuk nak beli barang nak meriahkan diri sendiri dan keluarga. Seronok dan memang seronok. Tapi bila ingat-ingat keadaan orang yang susah rasa 'haish, kesian sungguh mereka'. Doa mungkin jalan terbaik kalau kita tak mampu nak sumbang tenaga ke wang ringgit ke.

Dua tahun lepas balik Malaysia ada cerita anak yang tak hiraukan ibu bapa, kali ini pun ada juga. Ibu dan bapa juga dua orang anak perempuan, berusia setahun lebih dan tujuh tahun. Bapa telah ditangkap kerana masalah dadah. Sekarang berada di pusat pemulihan. Ibu pula meninggalkan anak-anak kepada ibu bapanya yang agak uzur dan kehidupan yang melarat. Tinggalkan anak-anak 'kosong' tanpa menghulurkan duit untuk ibu dan bapanya juga yang susah hidupnya. Tapi, atok dan nenek tak mungkin nak lihat cucunya hidup merempat? Dipelihara juga walaupun anak kecil itu hanya mampu di beri minum ait teh o kosong menggantikan susu teoung yang harganya berpuluh ringgit menyamai pendapat sehari si atok yang hanya membantu orang menjual buah-buahan. Si nenek pula menghidap penyakit kanser payudara dan tidak mempunyai kudrat yang cukup kuat.

Ditakdirkan Allah, Selasa lalu si atok telah kemalangan. Aduh~ Malang sungguh nasibnya. Akibat dari kemalangan itu putus punca rezeki mereka yang sememangnya bergantung kepada si atok. Cucu yang berusia tujuh tahun tadi tidak bersekolah kerana atok dan nenek tidak mampu dan tidak tahu bagaimana mahu didaftarkan ke sekolah. Anak kecil seawal tujuh tahun jika tidak bersekolah bagaimana masa depannya pada masa akan datang?

Rasa sangat bersyukur di beri peluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ini. Semoga tidak pernah lupa jasa kedua orang tua.

.........................

Raya semakin dekat, biskut raya dah buat empat jenis. Biskut tart, biskut cornflakes, biskut butter dan biskut semprit. Berkira-kira mahu menambah biskut peanutbutter, biskut almond london, biskut badam dan cornflakes madu(oh yea satu lagi resepi dari Cik Shinju). Huhu~ harap-harap ada kesempatan nak buat semua ni.Rasa sangat seronok bila buat biskut raya ni walaupun tak makan sangat pun. Owh yea, mak cakap tahun ni nak kacau dodol. Dah lama sungguh tidak mengacau dodol ni. =_="

Tahun ini akan berhari raya dengan keluarga penuh. Semua ada. Seronok2!

Owh yea, dalam kesibukan assignment+biskut raya jangan lupa malam power di blan power pula. Mula bercuti secara rasmi pada hari Sabtu ini. Malam-malam terakhir di rumah bersama keluarga. =)

P/S : Lepas raya ada tiga assignment
kena hantar.




--- ? ---

Wednesday, June 16, 2010

Mahu menangis.

Jangan di tanya mengapa.

Penat sangat.

useless.

hopeless.

betul2 rasa sangat kosong.

Allah.







:: Ujian itu Anugerah ::

Friday, April 9, 2010

Assalamualaikum wth,

Alhamdulillah sudah hampir dua minggu di Malaysia. Segalanya berjalan dengan baik di Malaysia melainkan satu sahaja, masih tidak mampu membiasakan diri dengan ‘keperitan’ sang mentari di Malaysia =D .

*******************************
Terkadang manusia selalu mengeluh dengan ujian yang menimpanya.

‘ kenapalah aku yang terpaksa melalui kehilangan ini’

‘ kenapa aku tak ada banyak duit macam dia’

‘ kenapa adik aku yang sakit, orang kaya tu adik dia sihat semuanya, aku tak ada duit nak beli ubat’

‘ Aku belajar bagai nak mati, dia yang dapat markah paling tinggi. Benci! ‘

Keluhan yang biasa di dengar, biasa di ucap tapi jarang kita nilai kebenarannya. Seharusnya ucapan-ucapan ini tidak keluar dari mulut manusia yang hatinya yakin pada qada’ dan qadar Allah SWT.

Seandainya ujian dari Allah SWT itu terlalu banyak menimpa diri kita, ucapkanlah rasa syukur kerana Allah SWT telah memilih kita untuk berhadapan dengan ujian itu, yang mana kalau kita berjaya laluinya maka semakin hampir kita dengan-NYA. Allah!

Jangan pernah rasa lelah menghadapi ujian ini. Berbanggalah dengan ujian kerana kita adalah hamba-NYA yang mampu menggalas ‘beban’ itu.DIA Maha Mengetahui tahap kemampuan kita, lagi banyak ujian yang kita tempuh semakin kita menjadi hamba-NYA yang ‘kuat’. InsyaALLAH.

Mungkin kita tidak seperti rakan-rakan yang hidupnya begitu bahagia seolah tidak punya masalah sedangkan kita begitu banyak sekali ujian yang menimpa, ujian duit, keluarga, rumahtangga atau anak-anak mahupun hati juga, sedarlah kerana kita hamba-NYA yang terpilih juga berkemampuan. Kita lebih ‘kuat’ untuk berhadapan dengan ujian ini berbanding sahabat kita.

Oleh itu, janganlah kita meng’hilang’kan kepercayaan yang telah dipinjamkan oleh-NYA kepada kita, jalanilah ujian ini dengan sempurna agar natijah yang kita dapat nanti adalah yang terbaik dan syukurilah DIA yang Maha Memberi dan Maha Kaya.

Tiada siapa yang mampu merubah qada’ dan qadar Allah SWT melainkan dengan kehendak-NYA sendiri. Hadirkanlah ucapan syukur juga hati yang ikhlas dalam menempuhi ujian hidup ini. Moga hikmahnya akan dapat kita miliki. InsyaALLAH.


P/S : Bicara di malam hari. Pengalaman
Itu adalah yang terbaik. Hargailah!




-- Iri --

Saturday, March 6, 2010



Assalamualaikum wth,

Kenapa manusia mudah rasa iri dengan kejayaan orang lain? Aku tidak mengerti. Betul iri hati itu adakalanya perlu tapi bukan dalam setiap detik dan tika.

Menutup rezeki orang lain. Tidak memberi peluang kepada orang lain dengan alasan dia sudah terbiasa di beri peluang, sedangkan kelayakan itu memang memihak kepada orang yang di tutup peluang.

Aku tidak akan pernah berhenti bicara soal muamalah. Jaga muamalah anda dengan orang sekeliling. Jangan salahkan orang di kemudian hari kerana ukhwah yang di bina telah memberi mereka peluang yang besar dalam kehidupan seharian mereka. Kalau anda rasa tidak semua orang pandai bermuamalah seperti yang saya katakan. Harap beri perhatian yang muamalah itu tidak semestinya anda mesti berbual mesra dengan orang lain. Memberi kerjasama dan membantu ketika mana orang lain memerlukan bantuan juga satu bentuk muamalah.

Jangan jadi manusia bodoh yang iri dengan kejayaan orang lain. Penyakit iri itu tidak akan memberi kesan kepada orang yang berusaha,ianya tidak akan menjadi kudis. Anda nanti akan berkudis melihat dia. Iri kerana peluang itu tidak datang kepada anda? Peluang tidak datang sendiri! Kita perlu berusaha mencari peluang. Kalau anda tidak pernah membantu orang dan menyibukkan diri tika orang lain juga sibuk bagaimana mungkin kewujudan anda di sedari?

Jangan sibuk berkata :

‘Asyik dia je yang terpilih, macam tak ada orang lain?’ Kalau usaha dia membolehkan dia mendapat pilihan itu. Anda sila senyap dan teliti diri.

PS : Manusia tidak akan menghargai anda sekarang,

anda akan dihargai selepas 22 tahun.

PSS : Terasa? Memang penulisan untuk di rasai.

- Sakit - Tikam - Kawan -

Friday, March 5, 2010



Assalamualaikum wth,

Kesabaran sudah mula hilang dari dalam hati aku, tiga kali berulang alik ke universiti untuk minta di keluarkan sijil dari pihak universiti menyatakan aku sudah berjaya menamatkan pengajian aku di Universiti Mohamad V ini. Ada sahaja halangan, terkadang rasa sangat sakit jiwa melayan kerenah orang arab ini. Terkadang rasa kagum dengan diri kerana telah berdepan dengan mereka hampir tiga tahun setengah, ‘ah! Zahirah kalau mampu menempuh 3 tahun setengah tunggukan sahaja baki tidak sampai sebulan ini’. Ini sahaja menjadi penguat tembok kesabaran aku.

Sahabat-sahabat di Mohamedia telah selesai urusan sijil mereka, hanya menunggu waktu untuk mendapatkan pengesahan dari beberapa tempat. Berbaki 21 hari sahaja lagi untuk aku berada di bumi Maghribi ini, berkesempatan atau tidak sijil ini ku siapkan dalam tempoh ini. Pertolongan daripada pihak kedutaan Malaysia di sini akan kupinta.

Dua tiga hari ini aku selalu sahaja bermain hujan. Cuaca yang tidak menentu ketika perubahan musim ini menyebabkan kepala selalu sahaja sakit dan badan menjadi tidak sedap letak. Sudah seminggu selsema dan batuk menjadi peneman hari-hariku. Sakit itu penebus dosa.

Siti Muti’ah binti Hassan sahabat aku sejak dari aku darjah satu hingga kini. Darjah satu hingga darjah enam di Sekolah Rendah Islam As-saidiyyah dan kami satu kelas. Tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Agama dato’ Klana Petra Ma’amor satu kelas juga. Tingkatan empat dan tingkatan lima di Maahad Ahmadi kami satu kelas dan satu dorm. Seterusnya ke Maghribi dan di sini kami terpisah wilayah; aku di Rabat dan dia di Mohamedia. Mutiah telah selamat kembali ke Malaysia, transit di Mesir empat hari sebelum berlepas ke Malaysia. Seorang kawan yang tidak pernah mengatakan tidak untuk membantu sahabatnya. Rumah kami pun tak jauh. Nanti sampai Malaysia ana datang rumah enti Mutiah, ana datang dengan Kak De, Ateh dan Wani =D (Ramai orang tak percaya aku dan dia masih menggunakan perkataan ‘ana’ dan ‘enti’, eheh..itu penggunaan kami sedari sekolah rendah) Keep in touch Mutiah =D .

Manusia sentiasa mencari kesalahan orang lain untuk menutup kesalahan diri sendiri. Sentiasa merasakan diri sendiri yang betul. Suatu hari nanti kalau kau di tikam dari belakang kau akan rasa sakitnya.


PS : Tikam dari belakang? Lebih baik dari

Tikam dari depan!

PSS : Abaikan kesalahan tatabahasa yang ada.

khabar berita

Sunday, February 28, 2010

Assalamualaikum wth,

Alhamdulillah masih di beri ruang untuk menulis di blog ini.

Melalui blog ini belum ku khabarkan lagi pada kalian, aku telah selamat menjadi ‘penjajah ijazah’ yang sah dan secara tidak langsung aku menjadi ‘pengganggur’. Aku akan pulang ke Malaysia pada 24hb Mac 2010. Harapan aku agar segala urusan menjelang tarikh pulangku nanti akan dipermudahkan.

Aku telah mendapat tempat untuk bekerja nanti. InsyaALLAH. Ada tawaran yang datang pada ku. Kepastiannya masih belum dapat aku yakini tapi tawaran secara lisan telah aku dapat. Aku berharap agar dipermudahkan juga urusanku untuk ini. Permohonan untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana sedang diuruskan. Beberapa universiti tempatan menjadi pilihan hati. Keputusan telah dimetri aku akan menyambung pengajian di Malaysia sahaja untuk peringkat sarjana ini. Niat di hati biarlah pengajian ku ini nanti ku tanggung sendiri tanpa menyusahkan mak dan abah. Biarlah aku menanggung hidupku sendiri. Aku mahu bekerja sambil belajar. Biarlah waktunya panjang asalkan aku masih terus meneruskan perjuangan menuntut ilmu itu. InsyaALLAH. Universiti Sains Islam Malaysia menjadi pilihan utama kini memandangkan jarak tempat kerja aku ditawarkan dan USIM agak berhampiran. Ku butuh doa kalian. =)

*Aku sedang memerhati seorang ibu melayan dua orang anaknya. Salah seorang anaknya aku kira adalah anak istimewa. Sabar si ibu melayan anaknya, bermain ‘tepuk amai-amai’ barangkali mereka. Banyak mata memandang tapi kemesraan itu bukan di buat-buat, kemesraan itu mengundang rasa takjub untuk aku. Semoga Allah membalas kesabaranmu wahai ibu dengan keindahan jannah . Amin.

Oh yea, sebelum aku terlupa. Buat kak Khadijah Khalilah, sekalung tahniah untuk akak kerana berjaya menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang bahasa arab. Satu semangat untuk aku meneruskan pengajian juga. Semoga akak terus menjadi sumber inspirasi kami semua.

Untuk adik-adik ku di Maghribi ini. Jadilah kalian pengembara ilmu. Semoga kalian sentiasa tabah dalam berhadapan dengan cabaran dunia seorang ‘pejuang’ ini. Semoga sampai ke destinasi yang di tuju. Jagalah hubungan kalian dengan siapa sahaja yang kalian jumpai. Janganlah emosi menguasai diri kita adik-adik. Sekiranya emosi menguasai diri kita, akan terlalu banyak buruk dari baik yang akan berlaku. Semakin waktu menghampiri tarikh pulang ke Malaysia semakin aku sedih untuk meninggalkan bumi ini. Banyak susah dari senangnya di bumi ini tapi susahnya itulah yang akan ku kenang dalam lipatan sejarah ku nanti.

Dilema membuat keputusan untuk hidup telah aku alami. Ya Allah permudahkannya. Takut sungguh pilihan ku nanti khilaf. Semoga doa dari kalian membantu aku dalam membuat keputusan terbaik. InsyaALLAH.

Rindu pada seseorang, ku tahu kamu akan ketahuinya yang kamu sedang aku rindu. Naluri kita seringkali berdetik pada waktu yang samakan? Ukhwah itu tetap ukhwah.

P/S : Adakalanya hati ini

harus di tanya sakitnya. Takut

nanti sakitnya makin parah.

Fes -- Ifrane

Saturday, January 30, 2010

adik-adik bilik saya

salji yang sedang turun dengan sangat lebat


mereka semua ahli rumah saya =)


depan bilik 'hotel'


lengkap sebelas orang =D



kami sebelum balik ke Rabat


di taman,malam terakhir sebelum balik


kawan-kawan satu batch


2006 - 2010


snowman adik-adik batch 2008


snowman kakak-kakak 2006-2010 (batch saya =D ) -- ponyot --


Sidi Harazem, Fes


Saya akan rindu kalian!


Alhamdulillah..syukur atas nikmat yang kau berikan. Inilah ungkapan yang lahir dari mulut aku hasil dari trip usrah ke Fes dan Ifrane baru-baru ini. ( 25 – 28 Januari 2010 )

Yang jauh makin dekat, yang dekat makin rapat, yang rapat makin erat.

Terima kasih Ya ALLAH.

Diikutkan hati ini, aku tidak begitu bersetuju ke Fes asalnya kerana aku telah ke sana dua kali tapi demi meraikan adik-adik, aku pergi juga dengan hati yang penuh dengan rasa mengharap agar trip ini akan dipenuhi dengan ikatan ukhwah yang lebih tersimpul rapi dan ALLAH memakbulkan harapan aku. Terima kasih Ya ALLAH.

Sokongan dari semua ahli rumah dalam trip ini memberikan trip ini satu perjalanan yang terlalu menarik untuk dikenang. Serasa tidak mahu trip ini menjadi kenangan kerana aku selalu mahu rasa ianya ada agar ukhwah itu sentiasa basah dan tidak akan kering. Terima kasih Ya ALLAH.

Natijahnya di akhir trip ini, semua ahli rasa sangat gembira dengan trip ini. Usrah yang kami adakan dua jam pada hari terakhir di Fes merungkaikan segalanya. Semua kami merasa indahnya ukhwah ini, kerana trip ini jugalah tumpahnya air mata demi menyatakan betapa trip ini terlalu bernilai hingga kami rasa tidak mahu meninggalkan perjalanan ini. Terima kasih Ya ALLAH.


“Nikmat berjemaah itu hanya akan kita kecapi apabila kita selalu memenangkan amal secara berjemaah”


----- BLOC AO 81 ----


PS : Moga ukhwah ini sentiasa basah =)

PSS : Terima kasih untuk ahli Fes yang banyak

membantu untuk trip ini. Terima kasih!