Assalamualaikum wth,
Terasa mahu menulis lagi hari ini, sebabnya? Baru lepas borak dengan Asue Ekin, ish..rindu rasanya pada zaman sekolah dulu. Bukan setakat rindu zamannya, rindu orang yang berada di sekeliling aku pada zaman itu juga. Baru-baru ini borak dengan Alang Arda, dia nak ke Mesir dan ini bermakna dia akan berjumpa dengan Asue Ekin. Wawawa, lagi bertambah rindu aku pada akak dua orang ni.Hoho~
Puas juga aku berfikir macam mana aku boleh jadi rapat dengan Alang Arda? Tapi tak dapat nak ingat juga, mungkin masa turun padang
kot =D [ Alang ingat tak macam mana kita boleh jadi rapat? ] huhu~ Kalau dengan Asue Ekin aku ingat macam mana boleh rapat dengan dia, sebabnya waktu tu Alang nak keluar Maahad dah, Asue dengan Alang ni rapat jadi secara tak lansung aku rapat dengan Asue.
Dari dulu hingga sekarang atau mungkin sampai akan datang pun orang akan takut dengan perkataan kasih sayang. Kenapa aku cakap macam
tu? Cuba kalian tanya diri kalian berapa kali sudah kalian ucap perkataan sayang pada mereka yang kalian sayang. Cuba-cuba kira, satu? dua? tiga? empat?
Aku dulu, masa dulu-dululah nak cakap sayang ni susah sangat. Serius memang amat susah. Nak kata pada mak, ' Orang sayang emak' pun tak terluah. Aduhla~ kenapa yer susah sangat? Jawapannya, aku terlalu ego. hoho~ Ego yang tak mendatangkan faedah langsung pada diri. Lagi satu kerana aku ni anak sulung dan memang anak sulung sentiasa mahu nampak hebat,
macho, berwibawa
la konon, tapi tu semua tak mendatangkan faedah pada diri. huhu~
Teringat satu program kat Maahad Ahamadi masa aku thanawi 3 (
lower 6), ada program minggu orientasi untuk pelajar tingkatan 4 waktu tu, aku entah kenapa boleh syahdu-syahdu tersebut pula pasal ucapan sayang ni. Sudahnya satu dewan menangis termasuk aku sekali. Sungguh la waktu aku bercakap untuk aku menyedarkan diri aku yang dah 18tahun hidup tapi tak pernah cakap hati ke hati 'mak, orang sayang mak' atau 'abah, orang sayang abah'. Erm, cium dahi mak dan abah pun tak pernah. Isk2..apa punya anaklah aku ni. Dengan tidak semena-mena aku berjanji depan adik-adik aku waktu tu aku akan cium dahi mak dan abah juga akan cakap aku sayang mereka.
Hujung minggu tu, kebetulan mak dan abah datang lawat aku, masa mak dan abah nak balik adik-adik perempuan tingkatan 4 ada dekat depan pagar. Mereka sempat bisik dekat telinga aku, 'Along, lunaskan janji Along pada kami' (Along Zahirah, panggilan semasa aku di Maahad). Aku terkedu, khali. Apa nak buat ni? Tapi kerana aku dah berjanji dan mahu menunjukkan tauladan yang baik serta satu perubahan yang harus aku lakukan ketika itu aku kuatkan hati. Maka dengan bersaksikan adik-adik ini tadi, aku salam mak dan abah, aku cium dahi mereka dan aku ucap 'orang sayang mak', 'orang sayang abah'. Aku masa tu memang dah nak nangis dah. Mak dan abah pula apa respon mereka?
Mak dan abah nangis juga. Wawawa, masa tu rasa tak nak bagi je mak dan abah balik. Rasa nak suruh mereka duduk dengan aku. Isk2... Masa aku lambai mak dan abah, aku memang nampak mak masih lagi menangis. Mak pesan ' Belajar baik-baik, jaga diri'. Bergetar suara mak masa tu. Pertama kali dalam hidup setelah aku mampu berfikir aku cakap pada kedua orang tuaku aku sayang mereka. Erm..kalian? Macam mana?
Rentetan peristiwa itu, aku sekarang jenis yang akan menyatakan sayang aku pada orang yang aku sayang.
Even ada yang kata tidak semestinya kalau sayang harus di ucap, tapi aku merasakan itu satu penghargaan buat mereka yang aku sayang. Aku rasakan semua orang yang dilafazkan sayang padanya akan merasakan betapa dia amat dihargai. Setiap pada kita ada pendapat tersendiri dan ini adalah pendapat aku =)
InsyaALLAH, akan ada suatu masa aku akan mengucapkan betapa sayangnya aku pada semua yang ada di sekelilingku, kerana junjungan mulia kita Muhammad SAW telah berpesan :
"Tidak beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri" Bukhari dan Muslim.
Lafaz sayang yang ikhlas dapat dirasai oleh hati. Andai ia sekadar ucapan tanpa diiringi niat maka sungguh lafaz itu tidak akan pernah bermakna. Percayalah bahawa lafaz ikhlas itu akan mampu menjatuhkan setitis air mata dari sebuah binaan teguh ego yang memang sentiasa ada dalam diri manusia. Jangan lupa kalau telefon mak, abah, adik, kakak, abang, pak cik, mak cik, kawan, atau siapa sahaja. Ringankan mulut rendahkan ego dengan ucapan saya sayang kamu. =D
Cukup untuk tika ini, akan ada masa lain untuk ke menukilkan sesuatu yang lahir dari hati untuk dikongsi. InsyaALLAH, harapanku moga kasih sayang yang sedia dijalin menjadi lebih erat dengan penghargaan buat mereka yang disayangi. (",)
P/S : Terima kasih buat mereka yang
sudi menyayangi diri ini. Ku juga
menyayangi kalian sepenuh hati =)