:: Kelahiran baru ::

Saturday, January 24, 2009

Assalamualaikum wth,

Kelahiran semula? itu la kot yang boleh aku ungkapkan untuk blog ini. Terpaksa bertukar dari wordpress ke blogspot, sebabnya? wordpress selalu bermasalah ketika upload entri dan terlalu lambat untuk di buka juga kadang-kadang tidak boleh di buka langsung. Aduh~ sayang nak tinggalkan wordpress, tapi untuk kepuasan menulis aku tinggalkan jua. Ecece, jiwang-jiwang gitu =D

Meh nak beritahu, lama juga waktu aku ambil untuk hasilkan kelahiran baru ini, mencari material-material juga template terbaik dan akhirnya ini yang menjadi pilihan hati. ( pada sahabat yang tolong sama cari template, minta maaf yea tak ambil template ko, aku suka yang ni la.. Sori ) hehe~ setelah di lihat, di teliti, save remove dan keputusan buat masa ini, ini sahajalah yang patut berada dalam kelahiran baru ini. Link kawan-kawan nanti aku masukkan semula.

Mula-mula 'kelahiran' ini dibuat ianya berwarna oren (warna favourite aku), berubah pula ke warna biru ( sebab ada laut) akhirnya warna ungu+merah jambu menjadi pilihan..huhu~ Aku pelik pula, sekarang ini warna-warna lembut ini menjadi kegilaan aku pula. Satu perubahan positif mungkin? Maka terima hakikat bahawa warna kewanitaan telah bermaharajalela dalam jiwa aku. Hoho~ berita baik untuk emak mungkin..hehe =D

Katarsis?

Katarsis; kelegaan emosi (perasaan).

Dermaga?

Dermaga; Tembok batu sebagai penahan ombak(di pelabuhan).

Lentera?

Lentera; lampu (bertutup dengan kaca)

Maka 'Dermaga Lentera Jiwa' ?

Membawa maksud "Pelabuhan Cahaya Jiwa"


Jadi, kepada semua selamat datang ke 'rumah' aku yang baru. Aku harap tetamu-tetamu 'rumah' aku selesa dengan 'perabot rumah' aku. Dari hiasan dalaman, penataan cahaya juga susunan perabut. Aha~

P/S : http://zahirahzahid.wordpress.com/
dalam kenangan. :) Pokok tiada bunga tu
akan melahirkan putik-putik baru dan
wajah baru untuk pokok itu, moga aku juga~

3 comment:

Anonymous said...

ehem2~
i'm the first!!(",)

perubahan positif dalam pemilihan warne menunjukkan kecenderungan kite ke arah itu~alfu mabrouk~

bilemane usia mencecah 20-an,kematangan dalam tiap perkare itu perlu kn?(rase tua sungguh..hehe)
jadik,tkde da la gune name tu..nak tukar gak..huhu..

Anonymous said...

terima kasih ye sudi jadi yang pertama..terharu2~

Terima kasih juga dalam memberi sokongan kepada saya..ececece~

Untuk kamu juga..moga matang yer =D

ekramhakim~ said...

kak kartasis, dah pindah plak die..blog zahirahzahid aritu dah cantek dah..tpi nak wat camne kan, masalah plak disebabkan virus yg dibawak oleh zahirahzahid kepada wordpress..arap2 xde la berjangkit kat blogspot lak erk..ekek..

gurau jerk..papepon,selamat datang ke blogspot..pompuan memang suka beli perabot banyak2..biar sampai penuh rumah ni..berderet2 perabot...=P