Monday, January 16, 2017
Ketika di Doreh, Rabat. (2010)
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, blog yang telah lama sepi telah kembali bernafas =)
Apabila tulisan di FB beberapa hari yang lepas mendapat respon yang baik
daripada kawan-kawan di FB serta beberapa idea daripada kawan-kawan untuk
kembali menulis, membuatkan saya dengan sedaya upaya saya untuk kembali
menulis. Terasa kekok dan kaku.
Blog ini telah berusia 8 tahun.Lahir tahun 2009. Wahhh,
lama sungguh blog ini. Ini lah antara kenangan berharga yang masih wujud ketika
di Morocco memandangkan saya bukan gadis Melayu yang suka fotografi. Terasa
bahagia bila membaca kembali tulisan lama. Memori kembali menggamit.
Sesuatu yang suka mengenai penulisan saya ialah, saya akan membuat kajian
secara ringkas mengenai apa yang mahu saya tulis sekiranya ianya berdasarkan
fakta. Sekiranya saya mahu menulis mengenai ‘rasa’, saya tetap akan menilai dan
memikirkan buruk baik sesuatu ‘rasa’ yang mahu saya kongsikan kepada umum.
Ringkasnya penulisan menghidupkan ‘rasa’ yang hampir mati. Sudah terlalu lama
tidak membaca sambil membuat ulasan ringkas. Masih banyak buku yang saya
berhutang untuk membacanya.
Apabila pulang ke rumah mak abah di Seremban, saya akan melawat rak buku di
ruang tamu hadapan, akan saya lihat dan baca tajuk2 pada buku dan akhirnya
menarik satu atau dua buku sambil
menyelak helaian demi helaian. Zaman membaca sebelum tidur sudah jauh saya
tinggalkan. Hari ini, tuntutan seharian menjadi alasan untuk tidak duduk dan
diam membaca. Alangkah ruginya.
Sedangkan membaca itu memajukan diri dan bangsa bahkan agama. Namun, kegilaan
pada telefon pintar menjadikan masyarakat hari ini lupa bahawa masih ada banyak
ilmu dan buku yang harus di baca sepenuhnya bukan dengan hanya men’google’
sepatah dua. Kasihan kita.
InshaaALLAH saya akan cuba kembali menulis dan kerkongsi. Doakan kembali
thabat. =)
Untuk penulisan lalu di FB, tidaklah saya bermasalah dengan suami ketika saya
berkongsi rasa itu dengan kalian. Ia hanyalah sebuah pemerhatian saya yang
masih hijau ini. Ia hanya sekadar sebuah perkongsian yang rasa perlu kita fikir
dan perbaiki bersama. Terima kasih pada meraka yang mengambil berat dengan bertanya sekiranya saya dalam dilema rumahtangga. ;)
p/s : Kesinambungan penulisan lalu,
Berbaki sedikit
lagi. InshaaALLAH akan dikongsi
Sehari dua
lagi.