Monday, January 7, 2013
Assalamualaikum wth,
Alhamdulillah, dah masuk tahun
2013. Azam baru? Belum ada apa-apa azam yang spesifik, biarlah semua berjalan
mengikut waktunya. Apabila tiba waktu untuk sesuatu yang perlu direncanakan
maka waktu itu azam akan di pasak kukuh. insyaALLAH.
Dua minggu yang agak penuh,
bermula dengan kehadiran keluarga ke Langkawi. Tiga hari dua malam, kemudian
berjaulah bersama keluarga ke Perlis dan Pulau Pinang dan akhirnya pulang ke kampung
halaman sendiri dan suami. Melepas rindu buat kedua keluarga dan kampung halaman.
Dua minggu yang cukup bermakna. Alhamdulillah. Untuk awak yang di Kanada,
Selamat semuanya~
Salahkah Suami?
Pengalaman merupakan sebuah
sekolah terbaik untuk manusia. Melalui pengalaman manusia belajar kebaikan dan
keburukan sesuatu perkara. Mempelajari sesuatu bukan melalui pengalaman sendiri
sahaja namun pengalaman orang lain juga boleh mematangkan kita seandainya kita
mahu berfikir dan mengambil pengajaran melaluinya.
Mengapa tajuk saya hari ini,
salahkah suami? Tajuknya mudah namun huraiannya boleh panjang berjela. Tapi
untuk saya hari ini, saya hanya mahu berkongsi sesuatu yang nampak remeh namun
impaknya besar. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya dan juga beberapa
kenalan.
Kita bermula dengan di awal usia
perkahwinan, semuanya indah. Berdua bersama, sepinggan, sebantal, secawan dan
semuanya serba ‘se’. (pegantin baru
namanyakan?)
Waktu serba ‘se’ inilah, suami
mahupun isteri kedua-duanya mahu menunjukkan yang terbaik buat pasangan. Bila
bangun dari tidur, suami nak tolong kemaskan cadar, isteri kata tak apa abang,
ini kerja isteri, biar saya buat. Lepas minum petang suami nak basuh gelas
secawan, isteri akan kata biar bang, nanti saya basuh. Lepas makan malam, suami
nak tolong basuhkan pinggan makan, isteri akan jawab, abang jangan basuh
pinggan ni semua, inikan kerja isteri, biar saya basuh. Suami waktu itu rasa
bersyukur sangat dapat isteri yang serba serbi mencukupkan keperluan dia
sebagai suami. Bahagianya waktu itu! Rasa rugi betul siapa yang tak berkahwin
lagi.
Bila usia perkahwinan menginjak
dewasa, waktu ini serba tak kena. Tambahan lagi keluarga dah bertambah besar.
Waktu ini, bangun pagi kalau suami tak tolong kemaskan cadar isteri membebel,
suami lepas minum, cawan sebiji pun tak basuh isteri merengus, lepas makan
suami buat tak tahu, isteri mula melepaskan geram pada anak mahupun anak-anak.
Waktu ini suami rasa, serba panas di rumah, buat ini tak kena buat itu tak
kena, ada isteri lebihkan anak, mula berdetik dalam hati suami, untungnya siapa
yang tak kahwin lagi, boleh enjoy
sesuka hati, tak ada siapa nak larang.
Itu hakikatnya kita pada masa
kini, di awal usia perkahwinan semuanya serba tak apa, bila kahwin dah lama,
semua perkara dipertikaikan. Ramai isteri di awal usia perkahwinan sangat
manjakan suami sampai cawan sebiji pun tak beri suami basuh. Bila suami dah biasa
dimanjakan begitu, janganlah dimarahkan suami bila terus berkeadaan begitu.
Seharusnya antara suami dan isteri perlu bawa berbincang. Lebih-lebih lagi
dalam keadaan masa kini, yang mana suami dan isteri kedua-duanya bekerja.
Mungkin istilah suami dilayan bagaikan raja tidak begitu relevan pada masa kini
bagi saya. Antara suami dan isteri harus saling bantu membantu untuk memastikan
urusan rumahtangga berjalan dengan baik.
Walau pun suami tidak dilayan
bagaikan raja, hormat isteri pada suami tetap adalah yang tertinggi. Bukan
bermakna, apabila suami sedia saling bantu membantu dalam urusan rumahtangga,
isteri boleh merendah, memijak atau melupakan tanggungjawab isteri kepada
suami. Semuanya kembali kepada sepakat suami isteri. Lain pasangan lain
caranya. Jangan bandingkan rumahtangga orang lain dengan rumahtangga kita. Kita
ada cara kita, mereka ada cara mereka. Sikap membandingkan mendatangkan masalah
dalam hubungan suami isteri. Terimalah pasangan kita seadanya. Sepakatlah dalam
setiap urusan berkaitan rumahtangga. Moga bahagia hingga akhirnya.
Buat para isteri, kalau suami
mahu membantu bersama dalam urusan rumahtangga di awal perkahiwnan, biarlah suami
melakukannya. Jangan rasa anda akan jadi isteri tidak solehah dengan membiarkan
suami membasuh pinggan mangkuk. Ucaplah terima kasih kepada suami kerana
membantu. Biarlah suami merasa senang membantu meringankan urusan rumahtangga
kerana isteri menghargai usianya yang sekecil itu.
Moga kita semua berusaha melayari
kehidupan rumahtangga dengan aman dan bahagia. Moga Allah menjadikan saya dan
kamu semua hambaNYA yang bersyukur. Wallahualam.
p/s : Back packing ke Penang?
;)