:: Ada Cerita, Ada Rasa ::

Friday, July 3, 2009

Assalamualaikum wth,

Ada hati mula alpa, ada hati mula leka.
Insafi diri, perindah peribadi.

Manusia?

Manusia hanya mampu berbangga, menangis dan merasai keperitan. Hati adalah suatu alam yang kabur. Kembali melagukan deruan air jiwa-jiwa yang sentiasa berubah mengikut rentak kemelut kehidupan. Hari ini lahir rasa sayang. Suatu hari kelak dendam kesumat. Sungguh manusia itu selalu terlupa.

Setiap manusia punya harga diri, semua manusia tahu merasai sakit, semua manusia punya perasaan, semua manusia punya marah. Cuma terpulang kepada mereka sejauh mana mereka dapat menahan perasaan tersebut.

*************************

Bertanya Ats Tsauri kepada Rabiatul Al-Adawiyah: “Apakah hakikat iman engkau?” Rabiah menjawab : “Aku tidak beribadah kerana takut dari neraka dan tidak kerana cinta dengan Syurga Allah sehinggalah aku seperti orang yang diberi upah untuk berbuat jahat, akan tetapi aku beribadah kepada-Nya kerana cinta dan rindu kepada Allah S.W.T ."

TENTANG CINTA

Engkau durhaka kepada Allah,
dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya.
Ini adalah sesuatu yang mustahil.

Apabila benar engkau mencintai-Nya,
pastilah engkau taati semua perintah-Nya.
Sesungguhnya orang menaruh cinta,
Tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.

Dia telah kirimkan nikmat-Nya kepadamu setiap saat,
dan tak ada rasa syukur,
yang engkau panjatkan kepada-Nya.


P/S : Mari mencorak hari ini, kerana kita
akan meninjaunya pada hari esok.

4 comment:

Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid said...

Bila bab cinta nih dan kisah Rabiatul Adawiyyah teringat pulak kisah di mana sufyan atthauri ketika melamar Rabiah untuk menjadi isteri sufyan lalu Rabiatul Adamiyyah berkata "Kalau kau nak melamarku,kau kena lah mintak izin dari Tuan badan nih.Kerana aku bukan lah tuan badan ni tetapi Allah lah tuan badan nih."Tu Wali Allah.Orang skang??bersama2 kita pikirkan.....

ZahirahzahiD said...

>>> Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid

Sungguh Rabiatul Adawiyah wanita hebat. Sungguh dideretkan 10 ribu wanita masa kini, tidak akan ada satu yang serupa dengan nya. Tapi, 10 ribu wanita itu pasti ada yang bercita menjadi Rabiatul Adawiyah. Memang bukan mudah mencapai ketinggian cinta Rabiatul Adawiyah kepada Kekasihnya. Impian itu pendorong, usaha itu jalan dan istiqomah itu kunci kejayaan. Tidak mampu menjadi seperti dia jadikanlah dia sebagai contoh dlm menjalani kehidupan menuju cinta Ilahi.

*Berubah menjadi lebih baik adalah sebaik2 impian.

SRAHARS said...

salam...
boleh nak minta izin amik sajak tentang cinta tuh?

ZahirahzahiD said...

>>>>> Bintu Rushdan

Salam alaik..

Sila2..