khabar berita

Sunday, February 28, 2010

Assalamualaikum wth,

Alhamdulillah masih di beri ruang untuk menulis di blog ini.

Melalui blog ini belum ku khabarkan lagi pada kalian, aku telah selamat menjadi ‘penjajah ijazah’ yang sah dan secara tidak langsung aku menjadi ‘pengganggur’. Aku akan pulang ke Malaysia pada 24hb Mac 2010. Harapan aku agar segala urusan menjelang tarikh pulangku nanti akan dipermudahkan.

Aku telah mendapat tempat untuk bekerja nanti. InsyaALLAH. Ada tawaran yang datang pada ku. Kepastiannya masih belum dapat aku yakini tapi tawaran secara lisan telah aku dapat. Aku berharap agar dipermudahkan juga urusanku untuk ini. Permohonan untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana sedang diuruskan. Beberapa universiti tempatan menjadi pilihan hati. Keputusan telah dimetri aku akan menyambung pengajian di Malaysia sahaja untuk peringkat sarjana ini. Niat di hati biarlah pengajian ku ini nanti ku tanggung sendiri tanpa menyusahkan mak dan abah. Biarlah aku menanggung hidupku sendiri. Aku mahu bekerja sambil belajar. Biarlah waktunya panjang asalkan aku masih terus meneruskan perjuangan menuntut ilmu itu. InsyaALLAH. Universiti Sains Islam Malaysia menjadi pilihan utama kini memandangkan jarak tempat kerja aku ditawarkan dan USIM agak berhampiran. Ku butuh doa kalian. =)

*Aku sedang memerhati seorang ibu melayan dua orang anaknya. Salah seorang anaknya aku kira adalah anak istimewa. Sabar si ibu melayan anaknya, bermain ‘tepuk amai-amai’ barangkali mereka. Banyak mata memandang tapi kemesraan itu bukan di buat-buat, kemesraan itu mengundang rasa takjub untuk aku. Semoga Allah membalas kesabaranmu wahai ibu dengan keindahan jannah . Amin.

Oh yea, sebelum aku terlupa. Buat kak Khadijah Khalilah, sekalung tahniah untuk akak kerana berjaya menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang bahasa arab. Satu semangat untuk aku meneruskan pengajian juga. Semoga akak terus menjadi sumber inspirasi kami semua.

Untuk adik-adik ku di Maghribi ini. Jadilah kalian pengembara ilmu. Semoga kalian sentiasa tabah dalam berhadapan dengan cabaran dunia seorang ‘pejuang’ ini. Semoga sampai ke destinasi yang di tuju. Jagalah hubungan kalian dengan siapa sahaja yang kalian jumpai. Janganlah emosi menguasai diri kita adik-adik. Sekiranya emosi menguasai diri kita, akan terlalu banyak buruk dari baik yang akan berlaku. Semakin waktu menghampiri tarikh pulang ke Malaysia semakin aku sedih untuk meninggalkan bumi ini. Banyak susah dari senangnya di bumi ini tapi susahnya itulah yang akan ku kenang dalam lipatan sejarah ku nanti.

Dilema membuat keputusan untuk hidup telah aku alami. Ya Allah permudahkannya. Takut sungguh pilihan ku nanti khilaf. Semoga doa dari kalian membantu aku dalam membuat keputusan terbaik. InsyaALLAH.

Rindu pada seseorang, ku tahu kamu akan ketahuinya yang kamu sedang aku rindu. Naluri kita seringkali berdetik pada waktu yang samakan? Ukhwah itu tetap ukhwah.

P/S : Adakalanya hati ini

harus di tanya sakitnya. Takut

nanti sakitnya makin parah.

4 comment:

NurshahidahZahid said...

jika naluri saya terdetik merindukan awak, adekah saya insan yg dimaksudkan?
ramai insan yg menyayangi awak di luar sana~

tahniah krn telah melepasi satu fasa hidup. hope u'll see bright in d future.

salam syg dr bumi peterborough canada~

خديجة خليلة said...

terima kasih adikku, zahirah. =) semoga Allah mempermudahkan urusan awak. tahniah atas kejayaan menamatkan pengajian ijazah!

Kak Lilah

ZahirahzahiD said...

NurshahidahZahid : 'ramai insan menyayangi awak di luau sana' Awak juga begitu =)

Terima kasih, awak juga akan melepasai fasa ini dengan jayanya.. I know u can do that!

Salam sayang juga dari bumi Maghribi~

ZahirahzahiD said...

Salsabiela 2005/2006 : Sama-kama kakak Khadijah Khalilah =) dan terima kasih untuk akak juga.

Amin ya Rabb~