-- Iri --

Saturday, March 6, 2010



Assalamualaikum wth,

Kenapa manusia mudah rasa iri dengan kejayaan orang lain? Aku tidak mengerti. Betul iri hati itu adakalanya perlu tapi bukan dalam setiap detik dan tika.

Menutup rezeki orang lain. Tidak memberi peluang kepada orang lain dengan alasan dia sudah terbiasa di beri peluang, sedangkan kelayakan itu memang memihak kepada orang yang di tutup peluang.

Aku tidak akan pernah berhenti bicara soal muamalah. Jaga muamalah anda dengan orang sekeliling. Jangan salahkan orang di kemudian hari kerana ukhwah yang di bina telah memberi mereka peluang yang besar dalam kehidupan seharian mereka. Kalau anda rasa tidak semua orang pandai bermuamalah seperti yang saya katakan. Harap beri perhatian yang muamalah itu tidak semestinya anda mesti berbual mesra dengan orang lain. Memberi kerjasama dan membantu ketika mana orang lain memerlukan bantuan juga satu bentuk muamalah.

Jangan jadi manusia bodoh yang iri dengan kejayaan orang lain. Penyakit iri itu tidak akan memberi kesan kepada orang yang berusaha,ianya tidak akan menjadi kudis. Anda nanti akan berkudis melihat dia. Iri kerana peluang itu tidak datang kepada anda? Peluang tidak datang sendiri! Kita perlu berusaha mencari peluang. Kalau anda tidak pernah membantu orang dan menyibukkan diri tika orang lain juga sibuk bagaimana mungkin kewujudan anda di sedari?

Jangan sibuk berkata :

‘Asyik dia je yang terpilih, macam tak ada orang lain?’ Kalau usaha dia membolehkan dia mendapat pilihan itu. Anda sila senyap dan teliti diri.

PS : Manusia tidak akan menghargai anda sekarang,

anda akan dihargai selepas 22 tahun.

PSS : Terasa? Memang penulisan untuk di rasai.

3 comment:

NurshahidahZahid said...

kamu~ knp?

Saya said...

tapi betul la..

mcm orang dulu2 cakap la.."harimau tinggalkan belang,manusia tinggalkan nama"(tengok..aku pon terer BM la..kihkihkih)

Ali r.a pon pernah cakap "siapa tak bersyukur pada manusia,tidak bersyukur pada Allah"

MUAMALAT..(agaknye tu pasal ade subjek feqh muamalah kan??huhu)

ZahirahzahiD said...

NurshahidahZahid : kamu~ nanti kita cerita =D

Saya : eheh, kau akan tinggal lama lagi di sini,mungkin boleh dalami subjek fiqh muamalat untuk mereka di sini.

owh! baru aku perasan kau boleh berbahasa melayu dengan baik! =D