:: Berdoa ::

Sunday, January 23, 2011

Saya doakan anda berdua!


Assalamualaikum wth,

Pagi ini rasa sangat tidak lengkap kehidupan. Semenjak dua hari lepas tangan ini sudah mula membuka ‘new post’ di blog ini, malangnya tidak mampu juga menaip sepatah dua perkataan. Maka pagi ini rasa sangat perlu menulis sebarang dua. Kata kak Khadijah Khalilah, kena mempunyai keazaman yang tinggi dan menulis walaupun sedikit untuk konsisten dalam penulisan. Jadi, pagi ini saya cuba sehabis boleh untuk menulis walaupun idea seolah tiada~


Hurm….
Owh yea, selepas membiarkan ‘new post’ ini selama 20 minit, akhirnya saya teringat. Hujung minggu ini saya keseorangan di bilik memandangkan Wajia pulang ke rumah. Saya pula berada pada kondisi ‘kurang sihat’, maka selalulah saya mengganggu KA dan KC untuk mengembalikan ‘kesihatan’ saya. Harus yang bagaimana dengan ‘mengganggu’ mereka saya jadi sihat? Jawapannya adalah dengan doa-doa yang mereka kirimkan dari jauh. Iya, doa-doa mereka menjadikan saya sangat kuat!


Jangan bayangkan apabila saya katakan doa di sini, mereka mengangkat tangan lalu berdoa pada Allah SWT dalam keadaan yang yang sangat rasmi. Dalam keadaan bagaimanapun anda teringat sahabat anda lalu berdetik di hati, ‘Ya Allah, kau peliharalah sahabatku ini’. Ini juga satu doa secara tidak langsung. Apatah lagi, jika menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) lalu menaip dua baris ayat yang berbunyi ‘Harap tak berlaku perkara-perkara pelik yea. Moga dilindungi oleh Allah selalu’. Nah, ini dia ubat kuat saya! Terima kasih KA dan KC. =)


Jadi sahabat, mudahkan berdoa? Mari kita berdoa untuk sahabat-sahabat kita. Mungkin budaya kita di Malaysia, mendoakan orang kurang diberi perhatian. Tapi, di negara-negara Tanah Arab, mendoakan orang perkara yang lazim. Tatkala mahu berpisah, mudah sahaja dilafazkan ‘semoga Allah memelihara kamu’, tatkala kamu bercerita tentang kesulitan yang kamu alami, ‘semoga Allah memudahkan urusan kamu’, terkadang lancar sahaja lafaznya mendoakan kesihatan kita walaupun kita hanya berbual mesra di tepi jalan seketika sementara menunggu bas datang. Lihat sahabat, seharusnya budaya ini selalu ada di kalangan kita-kita. =) Tatkala menyebut iringkan bersama sekeping ikhlas agar ‘doa’ itu benar-benar sampai kepada penerimanya.


Tidak berhasrat berada lama di hadapan computer riba ini, ada kerjaan yang harus saya selesaikan. Doakan saya sahabat. =) Saya juga mendoakan sahabat saya semuanya berada dalam kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat kelak, semoga semua kita menjadi orang-orang yang bersyukur dengan segala yang diterima.


P/S : Jangan tanya saya siapa
KA dan KC, kerana KA dan KC
tahu siapa mereka ;)


Salam kasih,
Nurzahirah Zahid
Kolej Pendeta Za'aba
Universiti Kebangsaan Malaysia


6 comment:

خديجة خليلة said...

Semoga terus menulis! (:

ZahirahzahiD said...

InsyaALLAH. Terima kasih Kak Khadijah!

Kak, saya rasakan nanti kalau saya dapat award sebab menulis ni, saya kena sebut macam ni..

'terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya penulisan saya selama ni, terutamanya mak abah dan ahli keluarga juga Kak Khadijah Khalilah kerana sentiasa memberi sokongan untuk saya terus menulis sehingga ke hari ini, saya hanya bermula dengan sebuah blog tanpa isi, tapi beliau sentiasa mem'follow' saya dan memberi kata2 semanagat supaya saya jangan berhenti menulis. Sehingga ke hari ini saya masih ingat kata2 beliau, kalau mahu menjadi penulis yang konsisten kena mempunyai keazaman yang tinggi dan menulislah walaupun sedikit..bla..bla..bla..'

kekeke... akak ada rasa bangga tak? =D

p/s : tinggi sungguh cita2 ini. Siap dah simpan dah text utk speech ni nnt.. huhuhu~

خديجة خليلة said...

Wah, maaf! Baru dapat balas komen awak ni.

Sama-sama. Tapikan, akak tak memberi apa-apa kesan pun pd awak. Paling bermakna adalah diri awak sendiri. Dengan bakat dan yang paling utama semangat untuk menulis itu terus diletak dalam diri, selagi itu awak akan mampu untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini.

He, dah jadi orang besar nanti, bolehlah akak gunakan khidmat awak kan? Kalau buka konsultan sendiri, harap-harap dapat bayaran murah. Harga pelajar (eh, ni taktik di Morocco!). Kalau jadi penulis terkenal, boleh jadi penulis bersama dgn awak. Menumpang nama besar awak nanti. :D Kalau jadi Profesor yang banyak projek, sudi-sudilah ajak akak sertai projek awak. Hehe.

Binalah cita-cita setinggi langit kerana awak mampu untuk terbang, dan bukan hanya berlari!

ZahirahzahiD said...

Kak! Saya rasa mahu menangis ni kak, komen akak membuatkan saya rasa sangat dihargai.

Apalah adanya dengan bakat ini kak, sekadar suka-suka mahu berkongsi.. =)

Amin2x Kak Khadijah! Moga semua kita berjaya dalam apa jua yang kita citakan. Doakan saya!

Saya mahu terbang tinggi bersama-sama dengan akak. Jom kak~

* Miss Kak Khadijah ni.. haish~

خديجة خليلة said...

He, miss you too! He. Tak ada apa-apa pun, sekadar berkongsi semangat sementara awak masih bujang. Nanti awak dah ada suami, akak segan nak bagi semangat lg. He. Semoga impian kita tercapai, inshaAllah.

Mahallah Safiyyah
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(he, nak juga tulis mcm awak tu :D)

ZahirahzahiD said...

Ada ke macam tu..? Kalau ada suami pun, nak juga semangat Kak Khadijah =D Tapi tak tahulah kalau Kak Khadijah dah ada suami, akak tak nak bagi semangat pada saya.. isk2 =_='

ngee~ cumil ;)