Gotong- Royong Bersihkan Sawang

Tuesday, August 25, 2009

Assalamualaikum wth,

Okies2, tahu dah lama tak update blog, nak updatelah ni.

Kita mula semula dengan cerita pengalaman di London, (tahu cerita ni dah basi tapi nak cerita juga). Hari kedua di London, jalan-jalan sekitar lapangan terbang sementara tunggu Sherot sampai ke London. Dia akan sampai sekitar jam 11 malam. Sarapan pagi, aku beli coffee dan roti di kedai yang ada di lapangan terbang tersebut. Alhamdulillah, terisi juga perut sambil membaca buku Kombat 1511 yang aku bawa dari Morocco. Makanya aku duduk di situ dari pagi hinggalah menjelang malam dalam erti kata lain menjelang kehadiran Sherot.

Sekitar jam enam petang, sedang aku minum sambil berusaha menghabiskan saki baki pembacaan aku, aku di sapa oleh seorang orang Malaysia. Waktu tu tak tahu nak cakap apa, cuma senyum sahaja. Borak-borak dengan akak tu, dia bekerja di Ireland, baru balik dari Kelantan bercuti. Dia terlepas kapal terbang dari London ke Ireland sebab waktu di Doha, kapal terbang lewat empat jam. Rezeki berkongsi pengalaman dengan orang dari Ireland. Suka-suka. Jam 11 malam Sherot sampai, aku bawa dia jumpa kakak tu. Malam tu aku juga yang tak dapat tidur, Sherot dan kakak tu tidur dengan lenanya. Tak boleh tidur pula walau sudah dua hari tak tidur dengan sempurna. Makanya buku ‘Saasatul Ibad’ yang aku bawa aku baca. Dalam jam empat pagi rasanya Sherot terjaga dari tidur, borak-borak dengan dia sementara tunggu akak dari Ireland tu jaga. Bila akak tu dah terjaga kami tolong dia kemas barang-barang dia sebab dia punya bagasi lebih muatan. Lepas kemas-kemas akak tu belanja kami makan di Starbucks, aduhla….terpaksa~~~

Lepas hantar akak tu daftar masuk, aku dan Sherot memulakan ekspedisi kami nak berjalan sekitar London. Kami pun menaiki bas khas untuk penumpang-penumpang easyJet ke Victoria, salah satu tempat di London. Lebih kurang satu jam juga perjalanan menuju ke sana. Sampai sahaja di Victoria kami menuju ke Malaysian Hall dengan tujuan untuk meletakkan beg sementara kami berjalan sekitar London. Iyelahkan takkan nak bawa beg bagasi 20 kilo tu ke hulu ke hilir. Sampai Malaysia, hilang tangan aku dan Sherot nanti.

Kita berhenti sampai sini, nanti sambung lagi. Aku penat dah nak menaip. Hari ni nak ke Kuala Kubu Baru, Selangor. Memandu di musim puasa sangat memerlukan fokus yang tinggi.

Selamat Berpuasa =)


P/S : Izah minta buatkan
Kek Pound untuk dia.

:: Perjalanan ::

Monday, July 20, 2009

Assalamualaikum wth,

15 Julai 2009, bermulalah journey aku untuk aku pulang ke Malaysia. Seawal pagi lagi rumah aku sudah mula riuh kerana masing-masing sibuk bersiap untuk muktamar Agung Tahunan 2009 (MANTAP’09). Aku juga sama sibuknya, membuat persiapan terakhir sebelum pulang bercuti ke Malaysia.

Sebelum kawan-kawan aku pergi ke MANTAP’09, kami membuat salam wida’ sebelum aku melangkah pergi. Iyalah bila aku pulang kembali ke Morocco. Kak Tie, Dila dan Nisah dah tak ada, mereka semua telah pulang ke Malaysia. Di Malaysia belum tentu kami akan bertemu. Banjir juga rumah aku pagi tadi, kerna kami merasa indahnya ukhwah selama 3 tahun yang kami bina. Semalam sempat keluar makan beramai-ramai sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Kami makan di Label Gallery Soussi semalam. Seronok rasanya sesekali keluar makan beramai-ramai. Hampir semua mahu menjadi Jepun sewaktu makan di Label Gallery kerana hampir setiap orang menempah sushi. Aha~ Aku juga tidak terkecuali. Tidak sampai 20minit semua makanan yang kami tempah licin dikerjakan. Setiap makanan akan berpusing keliling meja untuk semua orang rasa. Seronok rasanya ketika itu. Hope akan ada peluang begitu lagi terutamanya dengan adik-adik aku di Moroko. (Kami keluar makan seramai 10 orang, adik-adik yang setia berada di Rabat join kakak-kakak makan, yang tak ada tu lain kali kita pergi sama-sama, ok?) (^_~)

Owh yea, aku sekarang di Airport Gatwick, sedang menunggu waktu pagi untuk berjalan-jalan. London SEJUK! Ohoho~ Alhamdulillah aku bawa selendang untuk buat tahan sejuk.  Menaip bertemankan Milk Italian Style Coffee yang aku beli di Mark&Spencer Simply Food tadi. Rasanya lepas ni kena cari coffee panas untuk hilangkan mengantuk. Kanan,kiri,depan dan belakang, (eh! belakang ada dinding tak ada orang =D ) ramai orang sedang duduk menanti. Aku kurang pastilah mereka ni menunggu apa, cuma yang pasti semua sedang duduk bersandar di dinding dengan pelbagai gaya.

Sebelum aku duduk menaip cerita ni, aku pergi duduk di bahagian menunggu keretapi, saja mencari peta untuk perjalanan esok. Perkara menarik tentang Mat Salleh kat sini, semua orang mengejar waktu, tak kira tua atau muda, beg kecil atau beg besar semua akan berkejar ke rel keretapi untuk mendapatkan keratapi/tube sebab pintu akan ditutup 30 saat sebelum keretapi/tube berjalan. Banyak sangat iklan peringatan agar penumpang berada tepat pada waktu kerana pintu keretapi akan tertutup pada waktunya. Berbeza pula dengan pengalaman di Moroko.Eheh, nama pun pengalaman. Mestilah berbeza, kalau sama tak dinamakan pengalamanlah tapi …… apa ek? =D

Masa aku duduk dekat tempat keretapi tadi pun aku ada juga mencari orang melayu atau orang islam. Lebih kurang satu jam aku duduk hanya terjumpa dua orang islam. Tak apa esok jalan-jalan aku cari lagi, mana tahu boleh menambah kenalan dari London pula. Tak sangka aku dah sampai London ni. Dari rumah sampai sini seorang diri, sepatutnya bersama dengan Sherot dari Rabat ke Marrakech tapi disebabkan beberapa perkara kami terpaksa pergi berasingan ke Marrakech. Walau apapun aku harap semuanya akan berjalan dengan baik. Terima kasih untuk adik-adik dan kawan-kawan di Moroko yang menelefon mengucapkan selamat jalan juga kiriman doa untuk aku.

Untuk malam ni, ini sahaja. Esok aku akan ceritakan pengalaman perjalanan untuk esok hari pula. InsyaALLAH. Semoga segala urusan aku dipermudahkan oleh-Nya. Bateri laptop aku pun tak mampu nak bertahan lama, malas pula mahu duduk di tiang yang menyediakan soket untuk ‘charge’ bateri sebab tiang tu kat tengah-tengah jalan. Hohoho~ Beransur dulu.

P/S : Mahu ke Costa menempah
Secawan air panas.

ZahirahzahiD
Gatwick Airport,
Tepi dinding. 1.25 pagi.

:: Ada Cerita, Ada Rasa ::

Friday, July 3, 2009

Assalamualaikum wth,

Ada hati mula alpa, ada hati mula leka.
Insafi diri, perindah peribadi.

Manusia?

Manusia hanya mampu berbangga, menangis dan merasai keperitan. Hati adalah suatu alam yang kabur. Kembali melagukan deruan air jiwa-jiwa yang sentiasa berubah mengikut rentak kemelut kehidupan. Hari ini lahir rasa sayang. Suatu hari kelak dendam kesumat. Sungguh manusia itu selalu terlupa.

Setiap manusia punya harga diri, semua manusia tahu merasai sakit, semua manusia punya perasaan, semua manusia punya marah. Cuma terpulang kepada mereka sejauh mana mereka dapat menahan perasaan tersebut.

*************************

Bertanya Ats Tsauri kepada Rabiatul Al-Adawiyah: “Apakah hakikat iman engkau?” Rabiah menjawab : “Aku tidak beribadah kerana takut dari neraka dan tidak kerana cinta dengan Syurga Allah sehinggalah aku seperti orang yang diberi upah untuk berbuat jahat, akan tetapi aku beribadah kepada-Nya kerana cinta dan rindu kepada Allah S.W.T ."

TENTANG CINTA

Engkau durhaka kepada Allah,
dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya.
Ini adalah sesuatu yang mustahil.

Apabila benar engkau mencintai-Nya,
pastilah engkau taati semua perintah-Nya.
Sesungguhnya orang menaruh cinta,
Tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.

Dia telah kirimkan nikmat-Nya kepadamu setiap saat,
dan tak ada rasa syukur,
yang engkau panjatkan kepada-Nya.


P/S : Mari mencorak hari ini, kerana kita
akan meninjaunya pada hari esok.

:: Tandaan ::

Tuesday, June 30, 2009

Mendapat tandaan dari Ain , terima kasih atas tandaan ini. Seperti biasa ada peraturan dalam tandaan yang harus dipatuhi ;

1) Copy gambar amal Islam di atas.

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu?


Senarai penerima 'tandaan' :

  1. Nor Wajia Umi : Mustahsan semester enam =D
  2. Wardah : Graduan Taylorr's College
  3. Alang Arda : Graduan Universiti Jordan
  4. Angah Dayah : Baru pulang bercuti dari Korea
  5. Sherot : Bakal bekas roomate =P
  6. Asyrazi : Masuk 'rumah' dia tak nampak jalan sebab banyak sarang labah-labah
  7. Faizee : Seorang lagi mustahsan semester enam
  8. Iskandar : Jurugambar Kg. Bongek
  9. Syahidd : Jurugambar Beranang
  10. Dila : Pecinta haiwan

P/S : Berpindah rumah baru =D


:: I'm back ::

Friday, June 26, 2009


Assalamualaikum wth,


Kembali membuka blog =D

Setelah selesai urusan membuat tesis dan peperiksaan semester enam, aku sudah mahu kembali menulis. Huhu~ Entah bila agaknya impian nak jadi penulis mapan akan terlaksana, kalau tidak mampu nak bahagi masa antara tugasan dan penulisan. Hoho~

Sabtu ini ada pembentangan (munaqosyah) tesis akhir aku. Harap semua akan berakhir dengan baik. Tajuk bahas aku : Pelaksanaan Perbankan Islam di Malaysia. Besar tajuk aku ini, tapi takpelah aku cuba sehabis baik Sabtu ini. Wish me luck! =)

Mood nak balik Malaysia tak kunjung tiba lagi, masih banyak perkara harus diselesaikan. Pindah rumah, kargo, tasjil semester lima dan amanah orang untuk membeli barang (tak sanggup rasanya nak menapak di musim panas ini).

P/S : Aku tukar template baru,
template lama ada masalah. Huhu~

:: Aku dan Serabut ::

Saturday, April 11, 2009



Assalamualaikum wth,


Tak ada apa yang nak dikongsi melainkan aku benar-benar serabut sekarang ni. Kalau aku boleh jerit sekuat hati aku dalam bilik air aku dah buat dah tapi kalau aku buat itu namanya menempah back hand Madam Hayat. Wawawa :(( Perlu ke ada esok? sakit jiwa aku!! sungguh aku memang dah malas nak terlibat. Aduhla~)


Mak, abah, Wardah, Aboy, Izah....... Rindu dengan sangat!!!! Tolonglah, rasa nak minta orang yang aku sayang, peluk aku. Tiada siapa minta masalah menimpa diri tapi dengan masalah kita mematangkan diri dan menginsafi diri. Oh Tuhan! Berikan ku kekuatan~



P/S : Aku tetiba tersyahdu
mendengar lagu ini. Apa kes?

:: Terbaru dari Shimi ::

Thursday, April 9, 2009

Shimi rindu dengan A.Z :-(


Shimi dan kawan musim bunga ;)


Comelkan?


Shimi dan kuaci yang Cik Cut bagi, mekacih Cik Cut :D


Shimi takut sebenarnya duduk atas A.Z ni.. ehe~


Cak!


Nak kuaci lagi..Huhu~



Cuti musim bunga yang lepas Shimi ke Kenitra. Shimi jumpa kawan baru. Nama dia A.Z . Semua Sis Shimi suka tengok Shimi main dengan A.Z. A.Z Baik, rindu dengan A.Z. Shimi takut duduk atas A.Z, maaf yea A.Z Shimi cengkam bulu A.Z kuat sebab Shimi takut jatuh. Masa mula-mula Shimi naik atas badan A.Z Shimi terjatuh, nasib baik A.Z tak pijak Shimi. Lepas pada tu, Shimi cengkam A.Z kuat-kuat sebab tak mahu jatuh lagi. :D

Cuti hari tu, Shimi makan kuaci banyak sangat sebab Cik Cut bagi hadiah kuaci banyak. Mekacih Cik Cut. :) Sis Zahirah dah bising lagi sebab badan Shimi dah makin gemuk, memang Shimi dah makin gemuk, bila Shimi lari dekat roda Shimi tu nampak perut Shimi dah bulat. Ehe~ Gara-gara cuti musim bunga, rosak diet yang Sis Zahirah beri pada Shimi. :D

Shimi rindu dekat semua Sis Shimi. Bila lagi agaknya dapat kumpul ramai-ramai macam tu lagikan?

P/S : Rumah Sis Zahirah ada kebakaran
hari tu, Kesian Sis Zahirah~ Dia masih
terkejut dengan kejadian hari tu. :(

:: Terbaru Dari Sashimi ::

Friday, March 27, 2009

Apa khabar Sister dan Brother Shimi semua?

Lama rasanya Shimi tidak menaip, Sis Zahirah sibuk jadi Shimi tak dapat nak menaip. Hari ini Sis bagi peluang pada Shimi untuk menaip. Shimi rasa seronok sangat. Shimi nak cerita dekat semua sister dan brother Shimi pasal merajuk. Dua minggu lepas Shimi merajuk dengan Sis Zahirah. Shimi tak nak makan. Kesian juga tengok Sis tapi sebab saja Shimi nak makan keju Shimi merajuk juga.

Asalnya macam ini, ada satu hari tu kawan Sis Zahirah datang tengok Shimi dan dia terlupa nak tutup semula pintu rumah Shimi. Shimi tahu kalau Shimi keluar dari rumah nanti mesti Sis Zahirah susah hati macam hari itu. Jadi Shimi duduk baik-baik dalam rumah. Esoknya, masa Sis nak bagi Shimi makan sarapan. Dia menjerit sebab tengok pintu rumah tak bertutup.

‘Shimi, Shimi ada tak ni? Siapa tengok Shimi tak tutup pintu ni?’ Sis Zahirah mula bising.

‘Kenapa Sis Zahirah ni bising pagi-pagi?’ Shimi bersuara dalam hati, Shimi tengah tidur waktu itu tapi Sis bising-bising.

Bila dia nampak je Shimi je die terus jerit. ‘Wah! Baiknya Shimi….. tak keluar pun rumah even pintu tak tutup. Sayang dekat Shimi. Nanti Sis bagi hadiah ok, sebab Shimi jadi budak baik.’

Jadi, Shimi suka sangat Sis nak bagi hadiah. Dua hari kemudian Sis bagi Shimi makan buah epal dan bagi Shimi keju. Wah! Sedap betul Shimi makan hari itu. Pertama kali dapat makan keju. Teruja sangat. Sis, Shimi suka makan keju. Keju sangat sedap. :D

Esoknya, Sis bagi makan kacang panjang macam biasa. Tapi Shimi tak nak, Shimi nak makan keju atau epal je. Seharian Shimi tak makan. Itu yang Sis Zahirah risau sangat. Sudahnya Shimi dapat juga makan keju tapi sikit sahaja. Sis kata 'hari ini je, tak boleh makan selalu sayang, tak baik untuk kesihatan Shimi'. Lepas hari tu, Shimi nak je merajuk lagi. Ye la boleh makan keju hari-hari tapi Shimi kesian dekat Sis Zahirah. Shimi merajuk sekejap tak nak makan hari tu pun dia dah risau sangat. Ehe~ Shimi promise tak buat lagi Sis. Sayang Sis Zahirah. ;)

Ini gambar terbaru dari Shimi, hari ini Shimi dapat makan keju lagi sebab dah seminggu tak dapat snek. Keju sedap~



Sedapnya keju..Nyum2



Sis Zahirah sempat aja nak 'tembak' gambar Shimi



Maaf gambar kabur sikit ;)


Nampak tak keju yang sedap tu?



Keju ni dah setengah Shimi makan :D


P/S: Sis kata minggu depan
dia nak bawa Shimi pergi
Kenitra sebab ada program.
Sukanya dapat jalan-jalan. :D

:: Aku dan tag (4) ::

Assalamualaikum wth,

Hari ini mahu menjawab 'tagged' dari Cafe owner Casablanca. Huhu~

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
+ Zahirah
+ Ira
+ Along Zahirah
+ Chip

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
+ Hari lahir setiap ahli keluarga
+ Hari lahir setiap mereka yang aku sayang
+ Tarikh aku dilahirkan
+ 1 Syawal dan 10 Zulhijjah

FOUR THINGS YOU’VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
+ Cari tiket kapal terbang
+ Solat
+ Minum Radix
+ Mendengar lagu di YouTube

FOUR WAYS TO BE HAPPY:
+ Bersama yang tersayang
+ Tengok Sashimi main-main, jatuh, penat, makan dan minum air.
+ Berjalan-jalan sambil menghabiskan duit. :D
+ Menyayangi orang sekeliling.

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST:
+ Rakan-rakan dari Tadika PUSPANITA Taman Tasik, Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah, SMA Dato’ Klana Petra Ma’amor, Maahad Ahmadi Gemencheh dan BAKANS Mesir.
+ Kakak-kakakku yang berada di Mesir, Jordan juga Malaysia
+ Rakan-rakan juga adik-adik program RINDU
+ Guru-guru aku, Mlmh Norisham Ali dan Ustazah 3afaf terutamanya.

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
+ Jam tangan Bvlgari
+ Tiket penerbangan ke Turki, Spain dan Syria
+ Baucer percutian bersama keluarga ke Pulau Tioman
+ Set rumah lengkap dan tajaan makanan setahun untuk Sashimi.

FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
+ Membaca
+ Outdoor aktiviti. (teringin nak scuba diving)
+ Melancong
+ Mendengar muzik dan menonton.

FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
+ Spain, Turki dan Syria
+ Mesir
+ Pulau Tioman bersama keluarga
+ Tetouan dengan kengkawan Moroko tahun 2006-2009.

FOUR FAVORITE DRINKS:
+ Radix
+ Coffee
+ Air limau suam
+ Avocado (Raib Fawakeh tu air tak?) hehe :D

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG:
+ Telefon bimbit
+ Berus gigi
+ Kertas dan pen
+ Beg duit. (Di Malaysia, di Moroko jarang bawa beg duit)

FOUR FAVORITE COLORS:
+ Oren
+ Merah
+ Ungu
+ Pink kot..hoho~ sejak bila entah. :D

TOP FOUR HANGOUTS:
+ Pusat Bandar Rabat
+ Hutan Hilton Rabat (tak tahu nama tempat tu apa)
+ Taman Tasik, Seremban
+ Rumah mak cik2 aku. Aha~ seronok pergi makan-makan sesambil melawat. ;)

TOP FOUR U LOVE SO MUCH:
+ Dia yang menciptakan aku juga kekasih-Nya
+ Mak, abah dan adik-adik
+ Mereka yang menyayangi aku
+ ‘Dia’, rakan, kawan, sahabat juga pak cik, mak cik, guru, sepupu tak lupa Sashimi. Hehe~

TOP FOUR “THINGS” SPECIAL TO YOU:
+ Keluarga
+ Hati yang penuh kasih sayang dan keikhlasan
+ ‘Dia’
+ Yang terdekat ialah ‘percutian’ musim panas ini. Ehe~

TOP FOUR WHO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
+ Yang nak jawab
+ Yang tak ada kerja
+ Yang tak ada idea nak update blog
+ Yang ada idea nak menjawab

TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
+ Setelah di’tagged’ secara rambang oleh cafe owner Casablanca
+ Menulis itu mendatangkan ketenangan
+ Setiap soalan dalam hidup perlukan jawapan
+ Memenuhi permintaan orang juga satu kemestian selagi mampu =D


P/S: Ingatan buat aku, setiap persoalan
perlukan jawapan. Huhu~

:: Aku dan Cinta-Mu ::

Thursday, March 26, 2009


Assalamualaikum wth,

Sunyi malam itu,
Lama aku berteleku
Merenung diri
Pada pinjaman hamparan sejadah iman
Lusuh, koyak kelihatan.

Ternampak carik benang lama
Kujahit perlahan dengan bebenang jernih air mata
Hingga penghujung titisan bebenang
Namun sejadah imanku masih ada cariknya.

Ku mohon Ya Allah,
Moga dapat kusempurnakan sejadah itu kembali,
Zalimnya aku kerana lupa pada pinjaman ini Ya Rabb
Bagaimana mahu ku kembali pada-Mu dengan khilaf ini?

Andai tiada ruang untuk kubaiki sejadah ini ya Allah,
Anugerahkan aku sejadah iman yang baru,
Moga ku kan menjaganya,
Kerna sungguh kekasih-Mu telah mengingatkan
Andai sejadah itu telah kering kusam
Juga tiada ruang dibaiki
Ia bukan lagi milik hamba-Mu ini
Ia telah dimiliki mereka yang tidak berhak.

VK,
9:26 pm - 25 Mac 2009


Terasa mahu menukilkan sesuatu, tulisan kosong ini tiada iramanya jauh seninya kerana ia hanya luahan rasa seorang insan yang keliru. Moga dianugerah kekuatan. Sungguh ya Allah, andai LANGIT jadi kertas dan LAUT jadi tintanya, takkan cukup kulukiskan besarnya CINTA-MU padaku.


P/S: Ya Allah, aku perlukan seorang teman di sampingku, menuju-Mu. Menguatkan di kala lemah, menceriakan di kala ku dirundung duka. Begitu juga sebaliknya. Seorang teman, sahabat juga guru yang setia. ( Inikah jalan pilihanku yang Kau redhai?)