:: Ujian itu Anugerah ::

Friday, April 9, 2010

Assalamualaikum wth,

Alhamdulillah sudah hampir dua minggu di Malaysia. Segalanya berjalan dengan baik di Malaysia melainkan satu sahaja, masih tidak mampu membiasakan diri dengan ‘keperitan’ sang mentari di Malaysia =D .

*******************************
Terkadang manusia selalu mengeluh dengan ujian yang menimpanya.

‘ kenapalah aku yang terpaksa melalui kehilangan ini’

‘ kenapa aku tak ada banyak duit macam dia’

‘ kenapa adik aku yang sakit, orang kaya tu adik dia sihat semuanya, aku tak ada duit nak beli ubat’

‘ Aku belajar bagai nak mati, dia yang dapat markah paling tinggi. Benci! ‘

Keluhan yang biasa di dengar, biasa di ucap tapi jarang kita nilai kebenarannya. Seharusnya ucapan-ucapan ini tidak keluar dari mulut manusia yang hatinya yakin pada qada’ dan qadar Allah SWT.

Seandainya ujian dari Allah SWT itu terlalu banyak menimpa diri kita, ucapkanlah rasa syukur kerana Allah SWT telah memilih kita untuk berhadapan dengan ujian itu, yang mana kalau kita berjaya laluinya maka semakin hampir kita dengan-NYA. Allah!

Jangan pernah rasa lelah menghadapi ujian ini. Berbanggalah dengan ujian kerana kita adalah hamba-NYA yang mampu menggalas ‘beban’ itu.DIA Maha Mengetahui tahap kemampuan kita, lagi banyak ujian yang kita tempuh semakin kita menjadi hamba-NYA yang ‘kuat’. InsyaALLAH.

Mungkin kita tidak seperti rakan-rakan yang hidupnya begitu bahagia seolah tidak punya masalah sedangkan kita begitu banyak sekali ujian yang menimpa, ujian duit, keluarga, rumahtangga atau anak-anak mahupun hati juga, sedarlah kerana kita hamba-NYA yang terpilih juga berkemampuan. Kita lebih ‘kuat’ untuk berhadapan dengan ujian ini berbanding sahabat kita.

Oleh itu, janganlah kita meng’hilang’kan kepercayaan yang telah dipinjamkan oleh-NYA kepada kita, jalanilah ujian ini dengan sempurna agar natijah yang kita dapat nanti adalah yang terbaik dan syukurilah DIA yang Maha Memberi dan Maha Kaya.

Tiada siapa yang mampu merubah qada’ dan qadar Allah SWT melainkan dengan kehendak-NYA sendiri. Hadirkanlah ucapan syukur juga hati yang ikhlas dalam menempuhi ujian hidup ini. Moga hikmahnya akan dapat kita miliki. InsyaALLAH.


P/S : Bicara di malam hari. Pengalaman
Itu adalah yang terbaik. Hargailah!