Geng - Pengembaraan bermula

Thursday, November 5, 2009

Assalamualaikum wth,

Alhamdulillah, aku dan Shahirah telah selamat sampai keMorocco pada 20/10/2009 lebih kurang jam 5.30 petang. Tamat sudah perjalanan kami yang panjang ini. Macam mana aku tidak katakan panjang, dari Malaysia (16/10 – 13 jam perjalanan) ke London (16/10 – 20/10 --- lapan jam di airport Stantead, tiga jam perjalanan ke Leicester menaiki bas, duduk di Leicester
4 hari, dari Leicester ke Victoria Station, tiga jam perjalanan menaiki bas kemudian terus ke Gatwick Airport 3 jam lagi perjalanan dan dari Gatwick Airport (20/10) ke Morocco tiga jam perjalanan. Amat penat! Namun pengalaman yang dikutip terlalu berharga. Alhamdulillah.

16 Oktober 2009

Aku dan sekeluarga selamat sampai ke LCCT yang memang cukup sibuk dan sesak. Berjumpa Shahirah, Mak cik Aishah dan Abang Sharizal. Segala urusan berjalan dengan baik cuma kami agak terlewat daftar masuk (check - in ) kerana tukaran duit mengambil masa yang agak panjang. Tepat jam 4.45 petang aku dan Shahirah telah berlepas meninggalkan bumi Malaysia.

Jam 11 malam begitu, aku dan Shahirah selamat tiba di London (Stanstead Airport), suhu ketika itu 9 darjah celcius, sejuk! memang amat sejuk. Aku pula terlupa untuk membawa selendang buat selimut tapi alhamdulillah lapangan terbang di sana memasang pemanas maka kurang sedikit rasa sejuk yang melanda diri. Huhu~ Kami mencari tempat untuk berehat sementara menunggu jam 8.30 pagi, bas kami akan bertolak dari Stansted ke Leicester pada jam 8.30 pagi. Maka kedua kami ketiduran di lapangangan terbang.
=D

17 Oktober 2009

Lebih kurang jam 4.30 pagi, aku dan Shahirah terjaga dari tidur dan kami bergerak mencari tempat solat. Ya, ada sebuah tempat solat yang dinamakan 'chapel' di setiap lapangan terbang di United Kingdom. Semua agama yang ada di dunia ini boleh solat di dalam 'chapel' tersebut, islam, yahudi, budha, kristian, dan sebagainya dibenarkan untuk beribadah di situ. Kami merancang untuk sarapan selepas solat subuh jadi kami mencari-cari tempat makan yang sesuai. (Chapel di buka jam 5pagi) Tengah ralit usha kedai makan yang ada, kami terjumpa dengan Kak Lin. Pelajar Master di University Oxford. Oho~ terujanya jumpa dengan akak tu. Kami solat subuh bersama kemudian kami menuju ke Pret, kedai makan yang jadi pilihan kami. Asalnya aku dan Shahirah nak makan di Ponti tapi Kak lin kata Ponti tidak memisahkan makanan antara yang ada b*** dan yang tidak b***. Terima kasih Kak Lin untuk info ni. =)

Selepas menghantar Kak Lin cek-in kami pula mencari bas menuju ke Leicester. Segala urusan dipermudahkan. Alhamdulillah. Perjalanan menuju ke Leicester yang mengambil masa tiga jam kami habiskan dengan melihat ciptaan Allah dan juga ‘rehat’ yang cukup. hehe. .. Sampai di Leicester aku dan Shahirah cari teksi untuk ke rumah Kak Nida. Kami dengan gaya confident terus menuju ke teksi untuk mencari rumah Kak Nida. Mudah sahaja tugasan kami, berikan alamat pada pemandu teksi kemudian dia menghantar kami betul-betul depan rumah Kak Nida. Best2. =D

Sampai rumah Kak Nida kami berehat-rehat sebentar. Kak Nida masak nasi goreng. Terima kasih banyak-banyak kak,memang lapar sangat waktu tu. Akak memang memahami. Eheh. Dalam pukul dua kami menuju ke rumah akhowat Leicester, ada buat rumah terbuka lebih kurang. Makan nasi ayam. Nasi ayam adik-adik tahun satu ni memang besh~ Terima kasih dik. Kenal ramai juga sahabat Leicester di majlis tersebut.

Lepas makan, balik rumah. Rehat-rehat. Aku tak boleh tidur. Shahirah dah selamat merehatkan diri. Aku membaca buku Mikhail tulisan Ramlee Awang Murshid sementara menunggu Kak Nida menyelesaikan beberapa urusan. Aku nak ikut Kak Nida main bola jaring. Teruja sangat bila Kak Nida ajak join latihan bola jaring sempena dengan NOTT’S Games. (Macam ini kot ejaan nya, kurang pasti. NOTT merujuk kepada Nottingham) Aha. Seronok je main kat situ. Pengalaman yang berharga untuk aku. Masa main jumpa Kak Amani, Kak Lily, Ema, Fiza, Zai, Kak Zu dan ramai lagi. Ada ukhwah bersemi di taman itu. =)

Malamnya aku memang mengambil bahagian tidur sahaja. Malam itu kami makan pizza, sedap pizza tu. Warga Leicester sedang sibuk bersedia untuk program BOOM!( Blooming Out Of Mediocrity @Leicester) pada keesokkan harinya. Tidak sabar menanti hari esok.

Cerita akan bersambung lagi nanti. Pengalaman di BOOM!, perjalanan menikmati Bandar Leicester dan juga usrah yang kami ikuti.

P/S : Berkelanalah wahai sahabat.

Aku ada CD Upin dan Ipin Geng.

Siapa nak pinjam?

-- Nurizzah binti Zahid --

Tuesday, November 3, 2009

kad untuk Along dari Izah

Izah waktu umur tiga tahun kot. Tak ingat. =D

Assalamualaikum wth,

Sudah seminggu kembali ke bumi Moroko ini. Alhamdulillah semakin dapat menyesuaikan diri kembali. Cuaca masih agak panas di sini. Perubahan cuaca yang aku alami di tiga buah benua (Asia, Eropah dan Afrika) membuatkan badan kurang selesa. Malaysia dengan cuaca yang panas membahang, United Kingdom yang amat sejuk dengan kadar 6 darjah celcius dan Moroko yang masih panas berkeringat.

Kuliyah telah pun bermula, semester ini aku hanya mempunyai tiga hari sahaja kelas. Selasa, Rabu dan Sabtu tapi subjek yang aku bawa agak berat, iaitu Quran dan hadis. Semester ini kena menghafal juzuk 28 sepenuhnya dan 68 hadis daripada Sohih Bukhori. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

Aku teringatkan Izah sebenarnya, rindu sungguh pada dia. Sebelum aku menaiki kapal terbang untuk kembali ke Moroko, dia sempat memberi aku sekeping kad. Buatan sendiri =) Walaupun kad itu hanya diperbuat daripada sekeping kertas berwarna hijau yang berharga RM0.20 mungkin tapi nilainya tidak mampu menandingi tiket penerbangan ke Turki yang aku idam-idamkan =D . Harganya terlalu mahal untuk secangkir kasih dari seorang kanak-kanak yang berumur 9 tahun. Terima kasih Ija, Along hargai dan sesungguhnya kali pertama membaca tulisan itu, air mata memang jatuh sebab tak sangka Ija mampu menulis terus dari hati. Along rindu~~

Izah beri lagu ‘melawan kesepian’ pada aku, lagu ni Izah beri pada Wardah juga sebelum Wardah fly ke Canada. Aku terfikir kenapa lagu ini yang di beri, jawapannya Izah merasa sepi dengan kehilangan dua orang kakaknya dan berharap walaupun itu yang terjadi dia mampu melawan kesepian dan tidak akan berubah. Dia akan mampu menghadapi saat mendatang sendirian. Ini hanya andaian aku, kalau tanya Izah dia tak mahu jawab. Oh my lovely Izah, miss u dear!


Melawan kesepian [klik]

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti


P/S : Ditulis sewaktu seminggu di Moroko, baru berkesempatan publish. =D


-- Kerja Kosong --

Monday, November 2, 2009

Assalamualaikum wth,

Segala puji bagi Allah atas nikmat hidup dan iman yang masih kita perolehi tika ini. Alhamdulillah.

Dakwah? Tarbia? Usrah?

Mengecap kemanisan perjuangan ini bukan sesuatu yang mudah. Andai perjuangan ini mudah tentu ramai yang telah menyertai, andai perjuangan ini pendek tentu ramai yang akan istiqomah. Tapi jalan ini bukan mudah. Jalan ini bukan pendek. Panjang dan terlalu banyak likunya. Makanya terlalu banyak ‘kerja kosong’ untuk dunia ini. Kenapa tidak ada manusia yang mahu ‘apply’ kerja kosong ini?

Teringat seorang sahabat yang pernah menangis kerana perjuangan ini. Kata dia, ‘sudah terlalu banyak air mata jatuh untuk jalan ini, bimbingan sahabat dan sirah Rasulullah menjadi pegangan. Doakan kita tabah dan sabar untuk menempuh jalan ini’. Rindu kamu sahabat.

Memulakan sesuatu itu memang mudah, untuk tetap melakukan sesuatu yang dimulakan adalah sebesar-besar perjuangan. Aku mahu bangun subuh berjemaah selepas ini. Ya, memang aku bangun. Alhamdulillah. Seminggu selepas itu? Sudah mula ada tertinggal dua tiga kali. Bukan mudah untuk tetap dengan sesuatu. Keinginan yang menjulang tanpa disertai ketetapan pada hati bagai gunung berapi yang meletus. Seketika cuma gentar buat manusia, apabila ia kembali normal. Itulah dia tempat pelancongan yang begitu ramai pengunjungnya. Berusahalah kita~

Syarah Usul 20 tulisan Imam Hassan Al-Banna bakal menjadi antara silibus kupasan untuk usrah sem ini. Alhamdulillah. Walaupun sebenarnya ini adalah buku basic untuk mereka yang ingin memulakan jalan dakwah, kata seorang sahabat yang telah berkecimpung dalam bidang ini. Itu bukan satu masalah, tidak pernah ada istilah terlewat dalam menyebarkan kalimah tauhid ini. InsyaALLAH. Bersamalah menghayati dan fahami kandungan buku tersebut. Semoga kita mendapat manfaat.

Buat pelajar –pelajar bumi Andalus, semester baru telah bermula sebulan yang lalu. Semoga kita berusaha sehabis baik. Untuk berada pada jalan ini, kita memerlukan mereka yang alim (berilmu). Tidak kisahlah kalau kita dalam bidang perubatan, engineering, perguruan, Islamic studies, semuanya mampu menyumbang kepada kekuatan islam ini. Lihat sahaja ilmuwan islam terdahulu, perjuangan mereka bukan perjuangan tuli dan buta. Perjuangan mereka dengan ilmu. Jarang sekali melihat mereka yang memperjuangnkan kalimah tauhid ini mampu bersenang-senang. Penjara sudah menjadi tempat yang pasti, di dalam penjara tersebut tempat mereka menulis buku karangan hebat hingga masih menjadi rujukan utama kini. Ibn Taimiyah, Hassan Al-Banna, Abbas As-sisi, Syeikh Sya’rowi, Syeikh Ahmad Yassin. Bacalah kisah mereka,ambillah iktibar. Berjuanglah dengan ilmu bukan berjuang sebagai pengikut yang tidak berilmu supaya hak dan batil dapat kita pisahkan.

Cukup sudah coretan kali ini. Teringin benar menceritakan pengalaman di Leicester, United Kingdom. InsyaALLAH ada kesempatan akan dipublishkan entri yang masih belum berjumpa penutupnya. Aha~

P/S : Bacalah buku karangan Abbas As-Sisi,
Dakwah dan Cinta ke Jalan Allah.
P/SS : Terlibat sama untuk PROSISMA,
rindu dengan adik-adik semua. =)

:: Sendiri Menyepi ::

Thursday, October 15, 2009

Kadang-kadang kita akan merasakan kekosongan yang teramat sangat dalam diri kita.
Adakala masalah yang datang menjengah membuat kita mentafsir diri.
Kesilapan masa lalu terus menerus mendera jiwa.
Kepada Dia tempat mengadu.
Yakinlah!




Lagu : Sendiri Menyepi
Munsyid : Edcoustic


Sendiri Menyepi

Sendiri Menyepi..

Tenggelam dalam renungan

Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan

perlahan kucari, mengapa diriku hampa…

mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi…

Oh Tuhan aku merasa

sendiri menyepi

ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini

resah tak bertepi

kembalikan aku pada cahaya-Mu yang sempat menyala

benderang di hidupku..

Perlahan kucari, mengapa diriku hampa

mungkin ada salah mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa..

sendiri menyepi…

Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini

resah tak bertepi

kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasa...

sendiri..aku merasa sendiri..

sampai kapan begini

resah tiada bertepi…Ooohh..

Kuingin cahaya-Mu

benderang di hidupku..




PS : Barang-barang macam dah overdose. Uhu~

PSS : Seaweed, EyeMo dan Syahirah. Siapa punya barang ni? isk2 =P


:: Trivia ::

Wednesday, October 14, 2009

Assalamualaikum wth,

Hampir tiga bulan sudah 'bersuka-ria' di Malaysia, tiba masa kembali ke pangkal jalan. Haha~

Tiga bulan di Malaysia, aku baru dapat makan nasi dagang, minum air tebu (padahal jalan nak menuju ke rumah aku ramai je orang jual air tebu..hehe), minum petang kat Allson Klana Resort ( mak kata sambut sekali tiga orang punya hari lahir, aku - 20/10/1988, Aboy - 10/10/1992, Izah - 1//10/2000) Minum petang tak ingat dunia sungguh!

Sekarang sedang dalam proses membeli barang-barang nak bawa balik Moroko, kali ni aku rasa aku beli barang-barang macam nak buat kelas memasak pula kat Moroko. Segala macam rempah, kulit, asam bagai aku beli. Kucut minta belikan seaweed ( cam ni ke eja? ), aku dah carikan semalam kat Giant tak ada pula, seaweed yang dah campur dengan ikan tu adalah, tak apa nanti aku tengokkan di Terminal One eh Cut =D.

**********************

Trivia

Kadang-kadang tanpa kita sedari banyak perkara atau fakta penting yang kita terlepas pandang, aku membaca majalah Solusi keluaran ke-12 dan terbaca trivia ini. Baca soalan dan jawab tanpa perlu membuka 'tab' lain untuk mencari jawapan di internet. Sejauh mana kita benar-benar berjaya. Uhu~

1. Apakah koordinat kedudukan Kaabah?

2. Apakah surah-surah yang bermula dengan الر ?

3. Namakan isteri Rasulullah s.a.w yang dipertanggungjawabkan menyimpan naskhah al-quran di rumahnya?

4. Dua benda yang tidak disukai oleh manusia tetapi disukai oleh Allah dan tidak perlu dihapuskan?

5. Huraikan formula matematik ini : 5 x 10 = 50 (berkaitan dengan ibadah kita)



Cari, cari jawapan yea.. =D

Jawapannya aku bagi nanti, jawablah pastu beritahu aku daripada lima soalan ni berapa soalan yang dengan yakin dapat dijawab? - tinggalkan pesanan di kotak pesanan yang disediakan. Terima kasih..Huhu~


P/S : Jawapan yang aku cari dan buat
telah mencambahkan keizzahan,
ku mohon dipermudahkan segalanya. =)

:: Monolog ::

Monday, September 28, 2009


Assalamualaikum wth,

Semakin lama kaki melangkah semakin jauh perjalanan itu.
Perjalanan hidup kita corakkan.
Perjalanan aku? Songsang?
Ada keputusan yang harus ditetapkan.
Aku merindui.
Ada yang telah pergi, ada yang terus menanti.
Teruskan melangkah!



P/S : Allah menguji hambanya.

:: Menjelang Aidilfitri ::

Thursday, September 24, 2009

Asslamualaikum wth,

Alhamdulillah, hari ni sudah raya ke-5. Bersyukur atas nikmatnya. =)

Aku masih di rumah menanti kunjungan sanak saudara, masih belum keluar rumah untuk beraya..huhu~ Keluar pun ke Petronas membeli air, itu pun adik-adik aku nak ikut sama, dengki dengan Along dia, tak bagi keluar sorang-sorang. Isk2.

Ok, tajuknya 'Menjelang Raya' kita kembali ke hari Jumaat lepas. Aku, mak, abah dan Izah ke Kuala Kubu Baru sebab ada urusan. Lepas subuh kami dah bertolak dari rumah, aku memang tak larat nak bawa kereta jauh-jauh dalam keadaan puasa tambahan panas terik. Jadi mak cadangkan kami bertolak selepas subuh. Itu pun sampai dekat perhentian mana tah, aku dah tak larat. Mak sambung drive pula. Aku Mengantuk! isk2..

Selesai urusan di Kuala Kubu Baru, kami pulang. Waktu di highway yang memisahkan Seremban dan Kuala Lumpur aku sengaja belok ke kanan, mak tengah telefon orang, abah pula sedang tidur. Aku nak pergi beli barju raya. =D Nak pergi cari abaya. Ok, ini cubaan berani mati, sebab aku bukan biasa dengan keadaan Kuala Lumpur, nak membeli belah lagi? Aha~ nasiblah, aku pun cuba tanya kawan aku yang duduk di Kuala Lumpur, dia cadangkan ke Jalan TAR. Aku pun terus cari jalan ke Dataran Merdeka. Ok, sampai Jalan TAR.

Jalan-jalan tak juga jumpa abaya yang berkenan kat hati aku. Dah pusing satu jalan TAR tu aku pun dah patah semangat, mak cakap kita carilah kedai Abaya yang kita dah pergi, aku pun setuju. Tiba-tiba ternampak satu kedai yang memang jual abaya seluruhnya. Wah~ rambang mata ni.. *bling-bling* Sudahnya, dapatlah satu abaya idaman kalbu. Mekasihlah mak, sponsor abaya orang eh .. =D

Balik singgah Sogo, hua~ Sogo, baju dengan orang sama banyak. Macam semut orang kat Sogo. Dasyat-dasyat. Aku nak mencari barang pun malas, ramai sangat~ Terus balik rumah. Owh lupa nak cakap, aku kena bayar parking RM 10 untuk tiga jam. DUSH~

Tamat cerita.

Ini pula cerita malam raya. Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..Walillahilhamd..

Alhamdulillah, tiba sudah malam Aidilfitri. Mak dengan aku tak ada tudung raya lagi. Ehe, aku tak kisah sangat sebab abaya hitam tu pakai dengan tudung apa pun masuk. Tapi kesian pula tengok mak, malam raya tu aku cadang dengan mak nak ke Ampangan yang dah jadi macam Chow Kit Road untuk beli tudung. Pukul 1 pagi aku keluar dengan mak, dalam perjalanan hujan turun. Aduhla~ kata mak tak apalah kita pergi je, nanti kalau lebat kita balik rumah semula. Sampai dekat simpang nak masuk bazar raya Ampangan tu. Sesak~ Ini kerja gila, jalan kampung boleh sesak. Kegilaan rakyat Malaysia untuk beraya. Penyudahnya dekat satu jam aku dan mak terkandas. Nak keluar tak boleh,nak masuk tak boleh. Isk, dah dekat pukul dua pagi ni. Adoiyai~


Dapat balik rumah lega, mak cakap kita cuba pergi pukul tiga pagi nanti. Aku cakap, ok jer. Mak dan aku tertidur pula. Aiseh~ Bangun-bangun je dah pukul 4.30 pagi. Aha~ macam mana ni? Mak kata tak apa, kita pergi jer. Pergi sana, orang ramai lagi. Keadaan agak sesak. Memang aku terkejut la pukul empat pagi pun ramai orang lagi, agaknya semua orang pun macam aku, tak sempat beli tudung..hehe =D

Oklah, itulah cerita malam raya. Memang kenangan betul. Wardah kau tak dapatlah kenangan tu tahun ni, lain tahun heh? =P

P/S : Jom bersiap, pergi rumah mak cik kat Cheras.
Besh2 =D