:: Satu Rumah Satu Perpustakaan ::

Wednesday, April 27, 2011



Assalamualaikum wth,


Mari berehat sebentar dengan menaip. Cheeesee~ ^_____________^


Mata saya dah ber’bling-bling’ ( @_@ ) kerana saya telah berada di perpustakaan sejak dari jam 11.30 pagi tadi hingga sekarang (6.30 ptg ). Mata dan badan saya dah penat, tapi saya rasa nak menaip untuk rehat sebentar.


Kisahnya, semalam saya ke Pesta Buku Antarabangsa 2011. Saya sampai jam 4.30 petang, sedikit lewat. Rancangannya mahu bertolak dari Seremban jam 9 pagi tapi atas beberapa kekangan saya terpaksa tunda ke waktu petang. Saya ke Pesta Buku bersama Izah.


Sewaktu berjalan-jalan menikmati ‘aroma buku’ yang sangat wangi itu, saya melihat ragam pembeli dan peminat buku/majalah/novel/ komik dan sebagainya.


Kesimpulan secara ringkasnya (kesimpulan ini tidak boleh dijadikan dapatan kajian kerana metode pencarian yang tidak kukuh) kebanyakan rakyat Malaysia menggemari bahan bacaan berbentuk ringan, dalam erti lainnya bukan berbentuk ilmiah dan santai. Lihat sahaja di tempat bahan bacaan novel, majalah dan komik-komik. Begitu ramai sekali manusia berbanding tempat bahan bacaan seperti keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), YADIM, dan apa lagi yea semalam? -- lupa --


Saya bukan penggemar bahan bacaan ringan seperti itu, karya fiksyen yang saya minati hanya tulisan Ramlee Awang Murshid dan Faisal Tehrani. Selebihnya saya lebih menggemari karya-karya berbentuk fakta, perjuangan, bibliografi pejuang, dan sewaktu dengannya. Saya juga cenderung untuk membaca buku motivasi tetapi tidak cenderung untuk menjadikan langkah-langkah dan tips itu sebagai jawapan kepada permasalahan yang saya hadapi sekiranya ada, bagi saya setiap pada kita ada cara tertentu dalam memotivasikan diri masing-masing. Jadi tulislah buku motivasi untuk diri sendiri. =)


Itu pendapat saya, tidak ada salahnya menolak pendapat saya sebagaimana saya menolak untuk membaca karya-karya ringan. Bagi saya, walau jenis apa pun genre pembacaan anda. Anda sahaja yang tahu nilainya untuk anda. Ada seorang sahabat saya mula cenderung untuk membaca buku teks sekolah setelah ‘gila’ membaca novel. Ada kesannya.


Oleh sebab itu, saya tidak menolak apa jenis bacaan anda. Setiap pada kita ada cita rasa tersendiri. Cuma saya melihat perlunya ada usaha-usaha mencambahkan minat kepada bahan bacaan berbentuk ilmiah supaya minda kita juga terlatih untuk lebih cergas dengan fakta-fakta. Ini akan menjadikan kita lebih bersedia untuk berhadapan dengan apa sekali kemungkinan, berhadapan dengan apa sekali permasalahan. Walaupun tidak menguasai sepenuhnya sesuatu ilmu, sekurang-kurangnya kita ‘tahu’ apabila ada berita dan cerita mengenai sesuatu perkara. Kalau kita meminati ilmu ekonomi tiada salahnya, mengambil sifat ambil tahu mengenai dunia perubatan. Percubaan pertama akan menjadikan anda seorang ‘penyelidik’ untuk langkah yang seterusnya.


Mungkin, penulis juga bakal penulis menghasilkan lebih banyak buku ilmiah santai yang nampaknya menjadi kegilaan remaja masa kini. Lihat sahaja buku ‘Aku terima nikahnya’, buku ilmiah santai yang menjadi pilihan ramai anak muda. Ilmu dan gaya penyampaian bersahaja itu metodenya. Mungkin penulisan yang berat hanya sesuai untuk para pensyarah di universiti, cikgu-cikgu di sekolah mungkin juga pelajar universiti yang sedang sibuk bergelumang dengan tesis dan assignment. Saya ulang semula ‘mungkin’, kerana mungkin ada sahaja orang awam yang turut meminati genre tulisan sebegini.


Mari membaca buku supaya kita mampu menjadi penulis. Kita kekurangan penerbitan buku, dalam setahun kita hanya berjaya menerbitkan 16 000 buku, kurangnya penerbitan menunjukkan kurangnya pembaca. Antara kayu ukur negara maju adalah melalui kecenderungan rakyatnya membaca buku. Jika menyingkap sejarah kejayaan tamadun Islam dahulu juga bermula dengan para ilmuwan yang begitu ramai, bermula dengan mendengar tazkirah selepas solat di tiang-tiang masjid hingga lahirnya Al-Khawarizmi ( Matematik , Astronomi), Al-Farghani (Astronomi), Ibn Al-Haitham (Ilmu Kimia, Fizik, Optik, Matematik, Al-Biruni (Astronomi), Ibn Al-Baitar Ilmu Tumbuh-Tumbuhan, Perubatan, Ilmu Matematik, Sejarah, Sastera, Ibn Rushd (Filosofi, Perubatan, Astronomi) dan lain-lainnya. Mereka bermula dengan suka kepada ilmu, konteks kita pada hari ini, ilmu itu kita dapatkan secara langsung atau tidak langsung melalui pembacaan. Oleh itu, marilah tanamkan rasa suka kepada buku.


Saranan saya, ‘Satu rumah satu perpustakaan’ ;)


Membaca Jambatan Ilmu, Ilmu Kunci Ketamadunan Bangsa


P/S : Jangan kedekut berhabis duit

untuk buku. Buku boleh kita simpan

beratus-ratus tahun lamanya. Ilmu itu

terlalu bernilai.


:: Berfikir dan Bersyukur ::

Saturday, April 23, 2011

Melihat kebesaran dengan berfikir


Secara tak rasminya saya telah berjaya mengharungi (berjaya ke?) exam saya untuk semester dua ini salama dua minggu, ada satu lagi paper hari Sabtu depan, (open book exam). Exam semester yang sangat tidak best! Sungguh rasa tidak sarjana apabila menjawab soalan-soalan itu. Allah!


Saya telah cuba melalui sebulan ini dengan agak cool sebenarnya tapi di saat-saat akhir saya kalah dengan diri saya sendiri. I can’t stand for it~


Saya redha dan pasrah dengan segala ujian Allah untuk saya. Saya tahu hikmah yang Allah nak beri ada 1001 di depan yang saya tidak mampu nak tafsirkannya, cuma saya harus belajar bagaimana mahu mengharungi saat-saat ini dengan jiwa yang sangat-sangat tenang.


Saya mulakannya dengan cuba sehabis daya memisahkan antara belajar, kerja dan peribadi saya. Saya berjaya! Tapi tidak lama, lumrahnya seorang wanita selalu kalah kepada sekeping perasaan itu. Sudahnya belajar, kerja dan peribadi saya telah berada pada garisan pemisah untuk berlumba-lumba masuk ke sempadan lain. Tembok pemisah saya belum cukup ampuh.


Terkadang memang sahabat-sahabat sekeliling adalah yang terbaik untuk membantu tetapi sampai kapan mahu bergantung kepada mereka? Mungkin mereka juga akan jemu dengan cerita-cerita anda yang tidak ada kesudahannya, jadi baik menjauhkan diri mencari ketenangan seorang diri. Kepada Allah tempat terbaik untuk mendekatkan diri, Allah beri ujian untuk kita semakin dekat dengan Dia, mungkin kita makin jauh dari Dia maka Dia peringatkan kita, lalu kita kembali dekat (sambil kelopak mata rasa macam ada gegenang air). Apabila ada masalah yang sangat berat, ketika sujud itulah air mata mampu jatuh mencurah-curah bagai hujan yang tak mahu berhenti kerana kepada Dia kita mengadu dan sesungguhnya Dia Maha Mendengar. HE Always Be There~


Thank You Allah~ Semoga kami menjadi hambaMu yang berfikir dan bersyukur.


P/S : Mahu ke pesta buku membawa Izah.



:: Rasa ::

Friday, April 22, 2011

Saya masih belum mampu
memberi perhatian untuk perkara ini. -_-"


Assalamualaikum wth,


Saya terfikir, adakah selepas kita berada di alam pekerjaan. Kita sudah hilang rasa?


Saya akan habis peperiksaan secara tidak rasminya esok. Tapi tak ada secebis rasa keseronokan yang ada dalam diri ini. Usai peperiksaan esok, sudah ada kerja-kerja lain yang menanti saya, kerjaan yang harus saya selesai mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya tiba-tiba rasa sangat tidak cukup masa. Oh Allah!


Kali pertama saya mendengar perkataan RA (Research Assistant) waktu di Maghribi, saya dapat tahu daripada Kak Khadijah Khalilah. Kak Khadijah dah balik Malaysia waktu itu dan dia telah bekerja sebagai RA di UKM. Waktu itu, saya rasa sangat hebat pekerjaan itu dan saya katakan pada diri saya, saya nak cuba jadi RA kalau balik Malaysia nanti.


Dipendekkan cerita, setelah saya mendaftar masuk sebagai pelajar sarjana di UKM, saya cuba juga mencari ruang dan peluang untuk menjadi RA. Tapi rezeki di semester pertama tidak menyebelahi saya. Rasa peluang untuk jadi RA memang tak ada sebabnya rasa sangat kerdil dengan ilmu. Saya rasa saya tak pernah layak sebab tu tak ada peluang.


Masuk semester dua, ada sahabat yang dapat jadi RA. Cemburu. Memang sangat cemburu. Tak tahu atas kerana apa, yang saya tahu saya nak juga jadi RA.


Satu hari ketika menguruskan beberapa urusan di fakulti, saya terbaca iklan untuk mencari GRA bahagian muamalat. Banyak kali saya baca iklan tu, rasa sangat tidak layak nak mencuba nasib kerana saya bukan ahli bidang muamalat, betul-betul belajar muamalat di bawah bimbingan Dr Hailani ketika semester 1 di UKM, sewaktu di Maghribi tidak mempelajarinya secara mendalam melainkan teori-teori asas untuk setiap akad.


Saya rasakan lebih ramai sahabat lain yang lebih layak. Tanpa saya sedar sedang saya berfikir mahu mencuba nasib atau tidak, rupa-rupanya kaki saya dah pun melangkah hingga depan bilik pensyarah yang membuat iklan tesebut. Kebetulan pensyarah tersebut (Dr Shofian a.k.a Ketua Jabatan Syariah) berada di bilik tersebut. Saya takut-takut untuk ketuk pintu. Kemudian saya dibenarkan masuk lalu saya memperkenalkan diri dan terus bertanya mengenai iklan GRA tersebut. Dr Shofian menerangkan perkara-perkara berkaitan iklan GRA tersebut dan mengambil nama saya. Dr Shofian kata, ada seorang pelajar lelaki semester tiga juga bertanya tentang iklan tersebut dan sekarang ada dua calon untuk di pilih menjadi GRA termasuk saya.


Keluar sahaja dari bilik Dr Shofian hati saya dah berdektik, ‘bukan rezeki aku agaknya’ kerana saya rasa pelajar lelaki semester tiga tersebut lebih berkelayakan. Namun, hati saya masih berniat mahu membuat tugasan yang Dr Shofian beri pada saya, proposal berkaitan dengan projek ini untuk membuat penilaian antara saya dan pelajar lelaki tersebut. Saya datang berjumpa dengan Dr Shofian apabila ada perkara yang saya tidak tahu mengenai perkara projek penyelidikan tersebut, namun saya masih tidak mampu nak menyiapkan tugasan memandangkan saya masih terikat dengan kelas dan beberapa kerja kursus untuk setiap subjek yang saya ambil dan untuk memendekkan lagi cerita, satu hari saya pergi ke bilik Dr Shofian dan bertanya tentang tugasan saya, Dr Shofian minta saya jumpa dengan Ketua Penyelidikan, Dr Adib daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.


Berdebar sangat waktu tu, malam sebelum berjumpa dengan Dr Adib saya membuat sedikit pembacaan berkaitan tajuk projek. Esoknya, apabila berjumpa dengan Dr Adib, dia terus bertanyakan adakah saya telah maklum mengenai projek ini, saya katakan saya maklum mengenai projek ini melalui Dr Shofian kemudian terus Dr Adib masukkan saya dalam sistem permohonan GRA dan dengan rasminya saya menjadi RA pada 7 Mac 2011. Alhamdulillah.


Saya pernah merasa tidak percaya pada diri sendiri, saya pernah merasa saya sangat tidak layak tapi hakikatnya Allah Maha Mengetahui. Semangat tidak jemu-jemu bertanya kepada Dr Shofian telah menarik minat Dr Shofian untuk mencadangkan saya menjadi GRA untuk projek penyelidikan tersebut. Saya memang terlalu ‘kosong’ untuk subjek muamalat ketika itu dan saya berterus terang dengan Dr Shofian dan juga Dr Adib tapi mereka kata,’ tidak pandai kita boleh ajar, yang penting ada semangat nak belajar dan mampu siapkan kerja yang di beri’. Terima kasih Dr.


Terlalu banyak taklifan di bahu ini, rasa macam sangat tidak larat. Moga Allah memberi kekuatan untuk saya melunaskan setiap satu daripada tanggungjawab saya.


Nurzahirah Zahid

Pembantu Penyelidik

Parameterization of Islamic Financial Transactions