:: Aku, marah dan penyelesaian ::

Sunday, March 1, 2009

Assalamualaikum wth,


Hari ini aku marah, marah kerana apa? Kepada siapa? Biarlah aku sahaja yang ketahuinya kerana aku tidak pernah mahu marah kepada dia. Sungguh!
Jadi, penyelesaiannya? Aku siap-siap dan keluar rumah. Jalan-jalan ambil angin. Mungkin~ Sampai dekat perhentian bas, aku berfikir mana aku nak pergi. Tidak ada tempat nak di tuju, bas yang paling awal tiba aku naiki. Sudahnya, aku sampai di stesen keretapi. Duduk sebentar, sempat menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) menunggu balasan sebelum membeli tiket. Keputusan dibuat, aku sebenarnya mahu sahaja terus melangkah membeli tiket kerana aku benar-benar……………..? (Mungkin ini bukan waktunya)

Keluar stesen keretapi dan kemudiannya menapak di tengah bandar. Macam-macam ragam manusia aku lihat, buat aku sedikit lupa dengan kemarahan aku. Erm, di dalam bas ada sorang pak cik yang ingin meminta sedekah, maka dia pun bercakap-cakap untuk menarik perhatian orang. Malangnya tiada siapa yang berminat untuk membantu dia kerana orangnya masih mampu mencari rezeki, rasa tak berbaloi memberi duit pada orang yang punya kudrat lagi. Aku cuma menjadi pemerhati juga pendengar kepada pak cik itu, kata dia memang kalian semua ada harta, ada kereta, rumah tapi iman kalian setinggi mana? Tidak mahu membantu orang susah seperti kami dan bla..bla..bla… . Aku berfikir~

Terasa mahu membeli sesuatu untuk diri, sudah lama rasanya tidak memberikan sesuatu pada diri sebagai penghargaan. Jalan dan terus berjalan namun tidak juga aku jumpa. Ternampak kedai jam, masuk dan membeli bateri jam tangan aku yang telah lama kehabisan ‘tenaga’nya. Aku suka kepada jam. Amat suka! Nampak seutas jam tangan jenama Swatch yang amat cantik, ala-ala sporty+feminin +elegan gitu. Tanyakan harganya, DH 500! Owh, mungkin waktu lain untuk aku membeli. Lagipun jam tangan yang aku pakai selama tiga tahun ini masih boleh digunakan. Ada kisah di kedai jam, sewaktu nak membayar harga bateri (DH 30), aku memberikan pak cik kedai tersebut DH 200 dan dia tidak mempunyai duit baki untuk aku. Sudahnya dia berkata ‘Lain kali engkau datang, engkau bayar atau kau dah beli barang nanti kau datang kedai aku balik engkau bayar’. Eh! Pak cik ni, aku cabut lari baru tahu, aku berkata dalam hati. Percaya sangat dia pada budak Malaysia. Huhu~

Keluar dari kedai jam, masuk pula kedai makan. Tengok menu, tiada yang aku berminat. Tapi disebabkan aku dah pun duduk, aku pun tempahlah air teh daun pudina. Sementara menanti air sampai, aku SMS Sherot dan katakan pada dia, aku tunggu dia di kedai makan tersebut. Selesai minum aku keluar dan dan jumpa dengan Sherot dan berjalan masuk ke Suwaiqa (pasar lama). Aku membeli dua keping CD ; Madagascar 2 dan Code. Berjalan lagi dan Sherot kata lapar sebab makan roti je pagi tadi. Eh! Aku pun makan roti juga pagi tadi, kenapa tak bernafsu nak makan ini. Sakit juga perut tapi tak ada selera. Tak apalah, temankan Sherot makan lagipun dia baru balik kelas komputer penat agaknya. Pergi makan, tak tempah apa-apa cuma air secawan. Itu aja~

Dalam perjalanan pulang singgah ke pasaraya (Label Vie) untuk membeli strawberi dah qishdah toriah. Terasa nak makan strawberi krim sedap lagi. Hehe~ Juga aku membeli yogurt jenama Ghilal untuk sarapan ringkas sebelum pergi ke kelas. (Kelas semester enam akan bermula Isnin ini) Selesai semua urusan aku dan Sherot pulang. Perasaan marah itu masih ada, cuma aku tidak mahu ambil peduli. Abaikan~

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.
(Riwayat Bukhori )
P/S : Bersendirian? Aku tidak suka.

2 comment:

Anonymous said...

KAK ZAHIRAH MARAH SAYE!!!

akak..
jangan marah saye..
kalau la hati saye ni ade lidah utk berkate,akak mesti tau ape sebenarnye yg saye harapkan hari tu..
tak tau plk mcm tu keadaan akak..nape tk ckp akak da siap??hurm..
maaf la kak..
saye sedih sgt~=(
biar sume org tau yg saye yg buat akak marah..
er..ape2 pun..

saye tetap SAYANG kakak saye~

ZahirahzahiD said...

>>> Kekaseh

eh2..akk xmarah kamu .. bkn kamu puncanya la..
Xpe yer, insyaALLAH ade kesempatan sampai sane juga k =)

Jaga diri taw, mkn ubt nnt leh cpt baik k.kalau lambt baik xleh nk g makn raeb fawakeh kan kan =D

Ok dik, Sayang Kamu Juga.. Always~~