:: Selamat Pengantin Baru Dila ::

Monday, February 7, 2011



Selamat Pengantin Baru buat sahabat saya Nur Adillah dan pasangannya Saifuddin.


Rasanya baru sahaja kita minum ‘asir faraulah kedai atok di Qamra, Dila telah pun menjadi isteri orang kini. Maaf yea Dila, tidak kesampaian hajat mahu datang ke hari bahagia Dila. Lama sudah merancang, tapi beberapa kekangan yang ada menidakkan untuk ada di Kuantan.


Moga ada kesempatan untuk datang berjumpa Dila nanti. Rindu!


Dahulu semasa kami bertujuh di V.J (nama rumah saya di Bouhlal), Dila kami anggap sebagai adik bongsu. Selalu sahaja dalam banyak perkara kami suka mengusik Dila. Saya, Dila dan Shahirah suka ke Bandar Rabat mencuci mata, bergambar bersama-sama dan makan. Teringat makan burger di Bandar yang Dila letak banyak moustard atas burger yang Dila sangkakan sos. Selalu rasa mahu senyum. =)


Dila suka masak-masak juga. Buat kuih gelang/keria guna ubi kentang. Kenangan untuk disimpan rapi dalam lipatan sejarah kita sebagai pelajar di Morocco. Moga ada kesempatan untuk kita berkumpul bertujuh. Keluarga V.J dah semakin besar. Alhamdulillah.


Untuk Dila dan suami ;


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في الخير

Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.


Ahli V.J kini : Nurhafizah (Kak Fie) + Nor Adli Syahri + Iyyad

Shahirah Nadiah (Sherot) + ?

Nur Su’aidah (Kak De) + ?

Siti Aisah (Kak Tie) + ?

Nurzahirah (Chip) + ?

Nur Hanisah (Nisah) + Hanif + (L/P)

Nur Adillah (Dila) + Saifuddin


Nampaknya carta perkahwinan rumah kami bermula dengan Kak Fie sebagai kakak sulung diikuti oleh Nisah dan Dila. Nampaknya yang kecik-kecik langkah bendul ni. =D


P/S : Dah ada orang tahu makna V.J?

10 comment:

Bunga Merah said...

V.J ?

villa jelita. ekekeke. payah benor nak teka.pastu tukar plak v.k. adeih! lagi tak dapat teka.

:-D

creamyfiodesi said...

tau tau tau! :)

HidupSentiasaCeria said...

wah2... cepat2 la kembangkan lg ahli VJ. =D

ZahirahzahiD said...

Vila Jelita?

Muktamad tak jawapan tu? Ekeke. VK pun xdapt nk teka ek? ngee~

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri~

ZahirahzahiD said...

creamyfiodesi :

ahah~ =P

ZahirahzahiD said...

HidupSentiasaCeria:

Ahah~ Mama Iyyad! Bila nak jumpa Iyyad ni~ isk..

Ngee~ cepat2 kembangkan.. dah boleh tambah adik Iyyad kan? =D

خديجة خليلة said...

He, teringin lak buat carta Salsabiela:

1. Suriati +
2. Khuzaimah + Khairuzzaman = Fateh &(?)
3. Idayu + Sabri
4. Iman + Zulhafies = Nuruddeen
5. Anis + Shah = Alyssa
6. Lilah + Sarah = Oranje
7. Ainaa + Fikri = Taqwa

ZahirahzahiD said...

Kak Khadijah :

Menarik carta akak. =D

Tapi saya tak boleh terima bilangan keenam itu.. Siapa yang lahirkan Oranje? Kak Khadijah atau pasangan? huhu~

* Popular pula si Oranje ni..huhu~

خديجة خليلة said...

Kami agensi mempopularkan Oranje wlpn akak bukan suka sgt kucing. He. Oh, yg lahirkan Oranje? Pastilah ibu Oranje! hehe

ZahirahzahiD said...

Ahah~ Kak Khadijah!

Nanti saya masukkan kesinambungan gambar oranje tidur ni.. =D