:: Rasa ::

Friday, April 22, 2011

Saya masih belum mampu
memberi perhatian untuk perkara ini. -_-"


Assalamualaikum wth,


Saya terfikir, adakah selepas kita berada di alam pekerjaan. Kita sudah hilang rasa?


Saya akan habis peperiksaan secara tidak rasminya esok. Tapi tak ada secebis rasa keseronokan yang ada dalam diri ini. Usai peperiksaan esok, sudah ada kerja-kerja lain yang menanti saya, kerjaan yang harus saya selesai mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya tiba-tiba rasa sangat tidak cukup masa. Oh Allah!


Kali pertama saya mendengar perkataan RA (Research Assistant) waktu di Maghribi, saya dapat tahu daripada Kak Khadijah Khalilah. Kak Khadijah dah balik Malaysia waktu itu dan dia telah bekerja sebagai RA di UKM. Waktu itu, saya rasa sangat hebat pekerjaan itu dan saya katakan pada diri saya, saya nak cuba jadi RA kalau balik Malaysia nanti.


Dipendekkan cerita, setelah saya mendaftar masuk sebagai pelajar sarjana di UKM, saya cuba juga mencari ruang dan peluang untuk menjadi RA. Tapi rezeki di semester pertama tidak menyebelahi saya. Rasa peluang untuk jadi RA memang tak ada sebabnya rasa sangat kerdil dengan ilmu. Saya rasa saya tak pernah layak sebab tu tak ada peluang.


Masuk semester dua, ada sahabat yang dapat jadi RA. Cemburu. Memang sangat cemburu. Tak tahu atas kerana apa, yang saya tahu saya nak juga jadi RA.


Satu hari ketika menguruskan beberapa urusan di fakulti, saya terbaca iklan untuk mencari GRA bahagian muamalat. Banyak kali saya baca iklan tu, rasa sangat tidak layak nak mencuba nasib kerana saya bukan ahli bidang muamalat, betul-betul belajar muamalat di bawah bimbingan Dr Hailani ketika semester 1 di UKM, sewaktu di Maghribi tidak mempelajarinya secara mendalam melainkan teori-teori asas untuk setiap akad.


Saya rasakan lebih ramai sahabat lain yang lebih layak. Tanpa saya sedar sedang saya berfikir mahu mencuba nasib atau tidak, rupa-rupanya kaki saya dah pun melangkah hingga depan bilik pensyarah yang membuat iklan tesebut. Kebetulan pensyarah tersebut (Dr Shofian a.k.a Ketua Jabatan Syariah) berada di bilik tersebut. Saya takut-takut untuk ketuk pintu. Kemudian saya dibenarkan masuk lalu saya memperkenalkan diri dan terus bertanya mengenai iklan GRA tersebut. Dr Shofian menerangkan perkara-perkara berkaitan iklan GRA tersebut dan mengambil nama saya. Dr Shofian kata, ada seorang pelajar lelaki semester tiga juga bertanya tentang iklan tersebut dan sekarang ada dua calon untuk di pilih menjadi GRA termasuk saya.


Keluar sahaja dari bilik Dr Shofian hati saya dah berdektik, ‘bukan rezeki aku agaknya’ kerana saya rasa pelajar lelaki semester tiga tersebut lebih berkelayakan. Namun, hati saya masih berniat mahu membuat tugasan yang Dr Shofian beri pada saya, proposal berkaitan dengan projek ini untuk membuat penilaian antara saya dan pelajar lelaki tersebut. Saya datang berjumpa dengan Dr Shofian apabila ada perkara yang saya tidak tahu mengenai perkara projek penyelidikan tersebut, namun saya masih tidak mampu nak menyiapkan tugasan memandangkan saya masih terikat dengan kelas dan beberapa kerja kursus untuk setiap subjek yang saya ambil dan untuk memendekkan lagi cerita, satu hari saya pergi ke bilik Dr Shofian dan bertanya tentang tugasan saya, Dr Shofian minta saya jumpa dengan Ketua Penyelidikan, Dr Adib daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.


Berdebar sangat waktu tu, malam sebelum berjumpa dengan Dr Adib saya membuat sedikit pembacaan berkaitan tajuk projek. Esoknya, apabila berjumpa dengan Dr Adib, dia terus bertanyakan adakah saya telah maklum mengenai projek ini, saya katakan saya maklum mengenai projek ini melalui Dr Shofian kemudian terus Dr Adib masukkan saya dalam sistem permohonan GRA dan dengan rasminya saya menjadi RA pada 7 Mac 2011. Alhamdulillah.


Saya pernah merasa tidak percaya pada diri sendiri, saya pernah merasa saya sangat tidak layak tapi hakikatnya Allah Maha Mengetahui. Semangat tidak jemu-jemu bertanya kepada Dr Shofian telah menarik minat Dr Shofian untuk mencadangkan saya menjadi GRA untuk projek penyelidikan tersebut. Saya memang terlalu ‘kosong’ untuk subjek muamalat ketika itu dan saya berterus terang dengan Dr Shofian dan juga Dr Adib tapi mereka kata,’ tidak pandai kita boleh ajar, yang penting ada semangat nak belajar dan mampu siapkan kerja yang di beri’. Terima kasih Dr.


Terlalu banyak taklifan di bahu ini, rasa macam sangat tidak larat. Moga Allah memberi kekuatan untuk saya melunaskan setiap satu daripada tanggungjawab saya.


Nurzahirah Zahid

Pembantu Penyelidik

Parameterization of Islamic Financial Transactions


4 comment:

creamyfiodesi said...

tahniah! GRA akronim utk ape eh? G tu apa?

ZahirahzahiD said...

Mekasih... =D

Graduate Research Asistant.. huhu~

خديجة خليلة said...

Oh, dah lama tak buka blog. Bukan blog awak je, semua blog orang, dan blog-blog lain. Kejam sungguh diri ini! He.

Baru perasan juga ada nama akak! :D Pekerjaan ini tidak senang dan tidak susah. Gajinya tidak menarik seperti cikgu mahupun pensyarah muda kolej. Tetapi, pengalamannya, teramat berharga untuk diabadikan dalam CV/resume kita nanti. Selamat mencari peluang, selamat menempuh satu pengalaman dan pengajaran!

ZahirahzahiD said...

Kak Khadijah :

Tak apa, terkadang mood membaca blog orang pun ada pasang surutnya.. =D

Setuju kak! memang gajinya kurang menarik tapi untuk orang yang baru nak menapak saya tak rasa ianya tak menarik.. ekeke. InsyaALLAH kak, cuba merebut peluang2 yang ada. Selagi berkesempatan ni. ;)

Mekasih kak Khadijah!