Tuesday, April 3, 2012
Ujang sebijik sama macam shashimi versi Moroko
Assalamualaikum wth,
Alhamdulillah, dua tiga hari ini mendapat
semangat untuk menaip cerita yang berlaku dalam kehidupan. Perjalanan mencari
katarsis yang begitu banyak warna dan warninya. ‘ala kulli hal, Syukru lillah~
Semalam jadual aku agak penuh tapi pagi
sebelum pergi kerja semalam masih sempat membersihkan ujang a.k.a shashimi,
tukarkan air yang baru, tukarkan pampers (serbuk kayu), masukkan makanan baru
dan tukarkan sabun sauna. Kira ujang ditinggalkan dalam keadaan dia sangat selesa.
Mama pergi kerja dulu my shewithat ujang. Dadaaaaa~
Sampai rumah lebih kurang pukul 6.15
petang. Keluar semula untuk beli makanan sebab tiba-tiba perut berbunyi tanda
perlu di isi. Owh yea, tidak berkesempatan makan tengahari tadi rupanya, patutlah
terasa sangat lapar.
Usai beli makanan singgah rumah Mama Smurf's, hantarkan makanan dan makan siap sekali sebab ada orang teringin makan
'kurita' goreng. Alhamdulillah selesai satu tugas, balik ke rumah dan bersiap
untuk kelas jam 8.30 malam di Tanjung Agas.
Sampai rumah sekitar jam 11 malam,
melunaskan taklif sebagai hambaNYA lalu bersedia untuk melelapkan mata. Sempat
ambil sangkar ujang untuk di bawa masuk ke bilik. Panggil ujang, tapi dia tak
bergerak.
Hurmm, tanda merajuk sudah. Baru teringat
tak sempat main dengan ujang hari ini. Sorry ujang, mama sibuk hari ini. Belai
seminit dua aku pun beransur tidur tanpa aku sedari, aku terlupa tutup sangkar
dengan kemas.
Bangun pagi panggil ujang,
Ujang…ujang.. ujang…
Tapi tak dengar apa-apa bunyi, merajuk lagi
ke budak kecik ni? Tengok kat sangkar, UJANG DAH HILANG~ sangat cuak.
Panggil-panggil sambil cari keliling rumah. Tak jumpa =’(
Aku tahu ujang tak kemana, hamster tak kan
lari jauh dari tuannya kalau dia mendapat kasih sayang secukupnya. Hati aku
kuat mengatakan ujang ada dalam rumah. Si ujang ni dengar lagu Zizan ke apa,
pandai nak bawa-bawa diri ni.
Usai mandi, aku panggil dan cari ujang lagi
dan aku terdengar bunyi. Aku panggil lagi sekali dan dia sahut. Yeay! Here u’re
my ujang. Dah termasuk lubang yang dalam. Bila aku panggil, dia pandang atas
dan cuba panjat lubang nak datang dekat aku tapi lubang tu tinggi sangat.
Aku pun mulakan aktiviti rescue ranger
untuk ujang. Aku cuba masukkan tangan tapi terlalu jauh ke dalam. Terpandang
extension dan dapat idea untuk selamatkan budak kecik ni. Ambil extension dan
ambil kain kasa ikat di plug dan masukkan dalam lubang. Bila kuku budak kecik
ujang ni tersekat di kain kasa aku pun angkat dan masukkan dalam sangkar
semula. Muka tak bersalah si ujang minum air dengan banyaknya. Hauslah tu.
Ujang.. ujang~
Makes me smile dengan kerenah ujang. Buat
aku rasa tersenyum dari pagi tadi hingga sekarang ialah apabila ujang cuba
dapatkan aku dari dalam lubang bila aku panggil. So shewitt~ hari ini dah janji
nak bagi kentang rebus untuk ujang ;)
p/s : Binatang juga punya rasa
kalau kita juga punya rasa dengan
mereka. Sungguh.
1 comment:
akak, sy selalu menceritakan pd adek2 baru tentang shasimi akak...adek2 junior nih ade bela hamster gak, ustaz faru bg... :) rindu la kat shasimi akak
Post a Comment