:: Perigi Mencari Timba? ::

Monday, June 17, 2013



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wth.

    Setelah sekian lama tanpa sebarang cerita, malam ini mendapat kekuatan (menulis memang memerlukan kekuatan yang tinggi tau~ ) untuk menaip sebarang dua cerita dan kisah.

Alkisahnya bermula apabila semenjak dua tiga menjak ni ramai sahabiah yang minta saya untuk dicarikan jodoh untuk mereka. Kalau di ajukan permintaan ini, saya akan tersenyum dan mula membayangkan jejaka-jejaka di sekeliling  yang saya ada (macam ramai scandal ye tak?, No scandal2, zaman scandal-scandal dah lama berlalu.. huhuhu~ sekarang ni one and only my hero =D )

Hakikatnya saya tidak punya ramai jejaka idaman  Malaya dikeliling saya, saya ni pemalu orangnya di zaman muda..eheh =D Kalau ada pun, ramai yang dah di cop. Cop diluluskan Sirim atau tak kurang pasti, yang pastinya dah punya label masing-masing.


Teringat waktu tersebarnya khabar yang saya nak bertunang dan berkahwin, antara soalan yang trending ialah jumpa kat mana? Soalan ni begitu trending apabila orang tahu bakal suami saya bukan dari satu aliran yang sama, tak sekolah sama, tak belajar sama, tak kerja sama, semua tak sama. Tiba-tiba nak bertunang dan berkahwin?

Cerita antara saya dan suami bermula apabila saya yang awalnya terbaca profil suami saya di satu laman sesawang ketika itu dan  berminat dengan profilnya tetapi saya malu untuk add as friend sebab rasa macam segan- segan kucing, hehe. Saya hanya simpan alamat emel yang ditinggalkan oleh suami di profilnya. Selang dua hari kemudian , suami saya menghantar emel kepada saya dahulu. Saya punyalah melonjak gembira sebab orang yang saya admired hantar emel dulu. Maka bermulalah sesi perkenalan tidak rasmi kami. 

Dipendekkan cerita, suami saya sedang mencari calon suri hatinya. Perkenalan kami waktu itu tidak sampai dua minggu, suami saya bertanyakan saya serius atau tidak untuk berkawan. Dalam hati saya berdetik, boleh percaya ke lelaki ini? Tengok muka pun tak lagi, tiba-tiba tanya serius nak berkawan ke tak? Saya jawab jumpalah mak dan abah kalau betul-betul serius. Maka satu pertemuan telah dirancang oleh kami berdua dahulu untuk memastikan kesahihan orang yang nak jumpa mak dan abah ni nanti. Saya waktu itu ditemani oleh rakan saya dan suami saya berseorangan.


Memang waktu buat perancangan nak berjumpa tu, saya tak tahu dari mana datang tekad di hati nak buat blind date. Kawan yang temankan saya waktu tu tanya juga pada saya, kau tak takut ke, kalau-kalau dia sebenarnya suami orang? Orang tua gatal ke? Jawapan saya, aku dah selidik serba ringkas latar belakang dia, aku dah cek dekat internet ada tak nama dia dalam penjawat awam. Dia pun ada bagi gambar family dia dan cerita serba ringkas tentang family dia. Bagi saya waktu itu, memang kita perlu berani nak buat satu-satu keputusan tapi bukan semberono je, sebab tu saya memang selidik mana yang dapat tentang latar belakang dia. Bila taip-taip nama dia, keluarlah nama dia di tempat dia bekerja. Betullah kan dia tak tipu? =P

Selepas pertemuan itu, dia pun bertanya dengan lebih serius mengenai saya,  sekali lagi jawapan saya, kalau serius jumpalah mak dan abah dan saya. Kemudian hari2 kami berlalu begitu sahaja, sehinggalah saya kembali ke Maghribi untuk menghabiskan satu semester pengajian saya. Kami berkenalan di internet dua atau tiga hari sebelum raya dan berjumpa dua minggu selepas raya tahun 2009. Kemudiannya saya pulang ke Maghribi seminggu selepas itu. Sebelum balik ke Maghribi berita mengenai dia telah saya khabarkan pada mak dan abah saya. Respon pertama mak, boleh percaya ke orang dekat internet ni? =)

Setelah pulang ke Maghribi dalam bulan Januari 2010, dia hantar emel mengatakan yang dia nak berjumpa dengan mak dan abah. Wah2x... dup dap dup dap hati kita bila kata nak jumpa mak dan abah. Maka berjumpalah dia dengan mak dan abah saya tanpa saya disisi, ahah. Gentle nye awak! =P Saya sendiri kemudiannya berjumpa dengan mak dan abah dia ditemani adik lelaki saya sebelum kami membuat keputusan untuk merancang sesuatu yang lebih serius.

Maka adalah siri2 seterusnya sampailah kata putus di ambil. Kami bertunang bulan Jun 2010 dan bernikah bulan September 2011. Alhamdulillah.

Moga kisah saya ada manfaatnya untuk mereka-mereka yang sedang mencari. Andai anda seorang wanita, harus berani untuk membuat keputusan untuk demi masa depan anda. Walau siapa pun pilihan anda, capailah restu ayahanda dan bonda. Terkadang percintaan tidak menjanjikan penamatnya sebuah perkahwinan. Perkahwinan tanpa percintaan pada zaman ini pun bukanlah sesuatu yang kolot. Peliharalah seboleh mungkin batasan sebelum pernikahan walaupun kita pernah ada kisah hitam sewaktu kita muda remaja. Masa lalu kita tak memberi kesan sekiranya kita mahu menjadi yang lebih baik. Semoga Allah memberi jalan dan petunjuk untuk kita menemui kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat. In Shaa Allah.

Owh yea, tajuk entri saja nak gempar tapi tak ada kena mengena dengan cerita. Hakikatnya tiada salahnya perigi mencari timba kawan jika betul jalannya. Allah yusahhil~



p/s : Kisah saya hari ini juga tidak ada kena mengena dengan iklan daripada Ikhwanul Muslimin mengenai perkahwinan buat wanita-wanita Syria. Jengkel membaca komen kurang adab dan kurang sensitiviti daripada lelaki yang melihat memperisterikan wanita Syria sebagai gurauan.



0 comment: