:: Selamat Pengantin Baru Dila ::

Monday, February 7, 2011



Selamat Pengantin Baru buat sahabat saya Nur Adillah dan pasangannya Saifuddin.


Rasanya baru sahaja kita minum ‘asir faraulah kedai atok di Qamra, Dila telah pun menjadi isteri orang kini. Maaf yea Dila, tidak kesampaian hajat mahu datang ke hari bahagia Dila. Lama sudah merancang, tapi beberapa kekangan yang ada menidakkan untuk ada di Kuantan.


Moga ada kesempatan untuk datang berjumpa Dila nanti. Rindu!


Dahulu semasa kami bertujuh di V.J (nama rumah saya di Bouhlal), Dila kami anggap sebagai adik bongsu. Selalu sahaja dalam banyak perkara kami suka mengusik Dila. Saya, Dila dan Shahirah suka ke Bandar Rabat mencuci mata, bergambar bersama-sama dan makan. Teringat makan burger di Bandar yang Dila letak banyak moustard atas burger yang Dila sangkakan sos. Selalu rasa mahu senyum. =)


Dila suka masak-masak juga. Buat kuih gelang/keria guna ubi kentang. Kenangan untuk disimpan rapi dalam lipatan sejarah kita sebagai pelajar di Morocco. Moga ada kesempatan untuk kita berkumpul bertujuh. Keluarga V.J dah semakin besar. Alhamdulillah.


Untuk Dila dan suami ;


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في الخير

Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.


Ahli V.J kini : Nurhafizah (Kak Fie) + Nor Adli Syahri + Iyyad

Shahirah Nadiah (Sherot) + ?

Nur Su’aidah (Kak De) + ?

Siti Aisah (Kak Tie) + ?

Nurzahirah (Chip) + ?

Nur Hanisah (Nisah) + Hanif + (L/P)

Nur Adillah (Dila) + Saifuddin


Nampaknya carta perkahwinan rumah kami bermula dengan Kak Fie sebagai kakak sulung diikuti oleh Nisah dan Dila. Nampaknya yang kecik-kecik langkah bendul ni. =D


P/S : Dah ada orang tahu makna V.J?

:: Rasa. Amanah. ::

Sunday, February 6, 2011

Kucing yang tidur atas palang, Oranje
Kucing warna putih itu, kekasih hati saya. =)


Assalamualaikum wth. [3 Rabiul Awal 1432]


Saya teringat sewaktu kecil dahulu, adik lelaki saya sangat menyayangi kucing. Hampir semua kucing yang dijumpainya mahu di bawa pulang. Emak tidak begitu menyukai kucing. Jadi agak susah juga mahu bawa pulang kucing tetapi abah yang sayang juga pada kucing menjadikan emak kurang sebab untuk menidakkan keberadaan kucing di rumah saya. =D


Maka ada banyak juga kucing di rumah saya sampaikan saya sudah tidak ingat kucing-kucing yang pernah ada di rumah saya. Memandangkan ketika itu kami hanya berumur sekitar empat hingga lapan tahun, jadi kami hanya tahu bermain dengan kucing tanpa memberinya makan. Dulu, kami tak beri kucing makan dengan friskies atau whiskas atau apa-apa lagi, emak kebiasaanya akan menggoreng ikan dan digaulkan dengan nasi untuk kucing-kucing di rumah. Sesungguhnya melalui cara itu telah menjadikan tanggungjawab membela seekor kucing menjadi berat juga, kerana kita bukan sahaja memelihara begitu sahaja bahkan memasak untuk kucing-kucing itu juga. Itu sahaja kos yang paling murah untuk memberi kucing makan ketika itu.


Saya cuma mahu membawa anda melihat sesuatu dari kisah ini, mak saya tidak sukakan kucing. Tetapi kerana rasa kasih kepada anak, dibiarkan juga kucing-kucing itu di rumah juga kerana sebuah rasa tanggungjawab dia memberi juga kucing-kucing itu makan. Atas dua nama iaitu kasih dan tanggungjawab telah menjadikan mak saya sayang kepada kucing akhirnya. Setiap kali memberi kucing-kucing makan, mak akan bercakap dengan kucing agar didoakan kami sekeluarga diperluaskan rezeki agar dapat menjaga makan dan tempat kucing-kucing itu dengan lebih sempurna. Terkadang rasa emak bercakap dengan anak-anak bila bercakap dengan kucing-kucing sambil tangannya sibuk membahagikan makanan dalam beberapa pinggan supaya kucing-kucing yang banyak itu tidak bergaduh.


Baru-baru ini, pulang bercuti ke rumah. Emak khabakan kepada saya, kalau nanti dia telah diberi rezeki lebih oleh Allah swt, dia mahu membina sebuah rumah kucing dan mengutip semua kucing yang dijumpainya dan membelanya di rumah kucing tersebut. Saya senyum mendengar impiannya. Sekali lagi saya kagum dengan dua perkataan ini, iaitu kasih dan tanggungjawab.


Saya menjadikan cerita ini sebagai kekuatan saya setiap kali diberi tanggungjawab melakukan sesuatu perkara yang tidak saya suka. Meletakkan tanggungjawab sebagai yang paling atas akan menjadikan kita melupakan rasa tidak suka kepada amanah tersebut. Jangan diukur rasa tidak selesa kita kepada sesuatu tetapi letakkanlah amanah itu di pundak bahu ini, sungguh rasa tidak selesa itu akan hilang berdikit-dikit. InsyaALLAH.


Jikalau rasa tidak suka itu didorong dengan rasa tidak mahu melakukan biarpun amanah itu sudah ditaklifkan kepada kita, alangkah ruginya kita kerana menidakkan satu kepercayaan buat kita sedangkan kita mampu melaksanakannya. Semoga kita tidak pernahkan lari dari tanggungjawab kita. Sungguh, saya juga adakalanya cuba melarikan diri dari tanggungjawab yang akhirnya menemui jalan yang lebih rumit dari menyelesaikan amanah itu.


Jangan biarkan perasaan tidak selesa mahupun tidak suka menguasai diri kita, biarkanlah rasa tanggungjawab memenuhi ruang hati kita agar nanti apabila ada orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kita akan menjalankan amanahnya dengan ikhlas kerana kita sedari awal telah mempatrikan dalam diri untuk melunasi tanggungjawab atau amanah itu dalam apa jua keadaannya. InsyaALLAH.



P/S : Harga sepapan Radix sudah

naik ke RM 20 untuk 20 sachet berbanding

Rm 18 untuk 20 sachet dahulu.

:: Tulisan. Detikan. ::

Tuesday, February 1, 2011



Alhamdulillah, bersyukur kerana masih mempunyai ruang untuk merasa nikmat kehidupan aman. Terkenang sahabat-sahabat di Mesir juga sahabat-sahabat di Johor, Melaka juga Negeri Sembilan yang terlibat dengan banjir. Tentu berada dalam keadaan yang sangat tidak selesa dan berjaga-jaga. Kita di sini masih mampu melelapkan mata, menikmati juadah dengan rasa penuh kerehatan juga menikmati ibadah dengan penuh ketenangan. Alhamdulillah.


Semalam saya membaca blog Genta Rasa dan jiwa saya bergetar bilamana membaca perenggan yang pertama di blog beliau ‘Saya sering diuji dengan apa yang saya tulis dan ucapkan. Acap kali apa yang saya tulis dalam buku, majalah atau blog mahupun sekadar coretan untuk teman-teman, terjadi pula pada diri saya dan keluarga. Justeru, pernah sampai ke tahap saya rasa takut untuk menulis… takut kalau-kalau apa yang saya tulis akan kembali menimpa dan ‘menguji’ diri saya.’


Saya tiba-tiba jadi sangat takut untuk menulis mahupun bercakap sesuatu kepada orang lain. Sama konsepnya dengan Genta Rasa, apa yang ditulis atau dibaca acapkali akan diuji. Apa mampu saya menghadapi ujian ini? Terkadang terlupa untuk menilai amalan sendiri, bilamana menilai saya sudah pun membuat kesilapan itu, lalu akan lahir terkilan dan berdosa di lubuk hati kecil ini. Ya Allah, rasa sangat tidak layak untuk menulis mahupun berkongsi rasa.


Lalu, saya teringat kembali kata-kata ini ‘penulisan kita mungkin tidak mampu merubah seseorang namun ianya mampu membuat seseorang berdetik di hati’. Selalu sahaja tulisan dan kata ini datang kerana ilham yang dicampakkan oleh Allah swt kepada saya. Melalui ilham itulah saya membuat analisis dan menilai kehidupan yang saya lalui juga hasil pembacaan mengenai sesuatu topik. Melalui penulisan saya belajar, kerana apabila saya mahu menulis sesuatu sudah pastinya saya mahu ianya benar dan tidak mengguris hati mana-mana pihak secara langsung. Ia, ianya secara langsung kerana saya memang menulis untuk orang ‘terasa’ secara tidak langsung.


Seperti yang saya katakan tadi, melalui penulisan saya belajar. Sudah pasti orang yang belajar ini akan ada silapnya kerana saya masih lagi belajar. Semoga ‘pembelajaran’ yang saya ‘pratikkan’ nanti menjadikan saya pelajar cemerlang di dunia mahupun akhirat. Ini sahaja yang menjadi tembok kekuatan saya kerana saya tahu saya tidakkan pernah menjadi sempurna tetapi saya belajar untuk jadi sempurna melalui kesilapan-kesilapan saya.


Semoga melalui penulisan dan perkongsian rasa menjadikan saya dan kalian semua orang yang belajar untuk menjadi lebih baik. Bersama-sama kita perbaiki diri. Moga sahabat-sahabat rajin menulis dan berkongsi rasa kerana apa yang diilhamkan Allah swt kepada kita tidak sama dengan orang lain. Moga-moga perkongsian itu akan menjadikan orang lain berdetik lalu berubah. InsyaALLAH.


P/S : Saya tidak membaca penulisan

Genta rasa hingga selesai. Usai penulisan

ini saya akan tamatkan pembacaan saya.

:: Hasil Dagangan ::

Saturday, January 29, 2011

Anak Palestin


Melayu Islam Malaysia


Palestin


Melayu Islam Malaysia


Palestin


Melayu Islam Malaysia


Palestin


Melayu Islam Malaysia


Palestin


Melayu Islam Malaysia


Assalamualaikum wth
,

Maafkan saya dengan isu pada hari ini. Kadang-kadang kita kena berbahasa kurang adab untuk manusia.

Apabila Israel berjaya membawa masuk hasil dagangan kepada Melayu Islam Malaysia, mereka membawa pulang juga hasil ‘dagangan’ yang terlalu bernilai untuk Melayu Islam Malaysia iaitu, Melayu Islam Malaysia yang suci akhlaknya. Saya tahu anda cukup faham untuk memahaminya.

Apa yang Israel buat pada anak-anak kecil dan apa pula orang Melayu Islam Malaysia buat dengan bayi-bayi mereka?

Sudah hilang pertimbangan?

Sudah hilang kemanusiaan?

Bayi Palestin mati kerana Israel. Berdarah kerana tujahan peluru, rentung kerana dibakar rumahnya. Bayi Melayu Islam Malaysia mati kerana ibu (layakkah perkataan ini?) mereka. Berdarah kerana gigitan anjing. Rentung kerana ditinggalkan di tempat pembuangan sampah. Nampak berbeza cara kematian, tapi puncanya sama iaitu daripada sekeping hati yang ‘kontang’ kemanusiaannya. Semakin menggila Israel membunuh bayi-bayi tidak berdosa yang bakal menjadi fata Islam, semakin menggila juga Melayu Islam Malaysia mem’bunuh’ anak-anak mereka yang juga bakal fata Islam. Palestin berjuang bermatian mempertahankan bakal pemuda Islam, Melayu Islam Malaysia berjuang menghapuskannya. Palestin menangisi perginya bayi kecil mereka, Melayu Islam Malaysia berpesta meninggalkan mereka.

Berjaya! Berjaya sudah Israel menabur benih-benih didikan kepada anak-anak Melayu Islam Malaysia hari ini. Anak Melayu Islam Malaysia hari ini sudah pun bergerak ‘maju’ bersama mereka. Hati bangsa Melayu Islam Malaysia sudah dijadikan hati seorang Israel. Semakin lama semakin tinggi ‘nilai-nilai’ Israel itu bercambah dalam diri Melayu Islam Malaysia. Tahniah. Terima kasih.


P/s : Sebahagian sahaja. Anda sendiri

mampu mencari ‘nilai’ Israel

yang ada pada Melayu Islam Malaysia.