- Sakit - Tikam - Kawan -

Friday, March 5, 2010



Assalamualaikum wth,

Kesabaran sudah mula hilang dari dalam hati aku, tiga kali berulang alik ke universiti untuk minta di keluarkan sijil dari pihak universiti menyatakan aku sudah berjaya menamatkan pengajian aku di Universiti Mohamad V ini. Ada sahaja halangan, terkadang rasa sangat sakit jiwa melayan kerenah orang arab ini. Terkadang rasa kagum dengan diri kerana telah berdepan dengan mereka hampir tiga tahun setengah, ‘ah! Zahirah kalau mampu menempuh 3 tahun setengah tunggukan sahaja baki tidak sampai sebulan ini’. Ini sahaja menjadi penguat tembok kesabaran aku.

Sahabat-sahabat di Mohamedia telah selesai urusan sijil mereka, hanya menunggu waktu untuk mendapatkan pengesahan dari beberapa tempat. Berbaki 21 hari sahaja lagi untuk aku berada di bumi Maghribi ini, berkesempatan atau tidak sijil ini ku siapkan dalam tempoh ini. Pertolongan daripada pihak kedutaan Malaysia di sini akan kupinta.

Dua tiga hari ini aku selalu sahaja bermain hujan. Cuaca yang tidak menentu ketika perubahan musim ini menyebabkan kepala selalu sahaja sakit dan badan menjadi tidak sedap letak. Sudah seminggu selsema dan batuk menjadi peneman hari-hariku. Sakit itu penebus dosa.

Siti Muti’ah binti Hassan sahabat aku sejak dari aku darjah satu hingga kini. Darjah satu hingga darjah enam di Sekolah Rendah Islam As-saidiyyah dan kami satu kelas. Tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Agama dato’ Klana Petra Ma’amor satu kelas juga. Tingkatan empat dan tingkatan lima di Maahad Ahmadi kami satu kelas dan satu dorm. Seterusnya ke Maghribi dan di sini kami terpisah wilayah; aku di Rabat dan dia di Mohamedia. Mutiah telah selamat kembali ke Malaysia, transit di Mesir empat hari sebelum berlepas ke Malaysia. Seorang kawan yang tidak pernah mengatakan tidak untuk membantu sahabatnya. Rumah kami pun tak jauh. Nanti sampai Malaysia ana datang rumah enti Mutiah, ana datang dengan Kak De, Ateh dan Wani =D (Ramai orang tak percaya aku dan dia masih menggunakan perkataan ‘ana’ dan ‘enti’, eheh..itu penggunaan kami sedari sekolah rendah) Keep in touch Mutiah =D .

Manusia sentiasa mencari kesalahan orang lain untuk menutup kesalahan diri sendiri. Sentiasa merasakan diri sendiri yang betul. Suatu hari nanti kalau kau di tikam dari belakang kau akan rasa sakitnya.


PS : Tikam dari belakang? Lebih baik dari

Tikam dari depan!

PSS : Abaikan kesalahan tatabahasa yang ada.

0 comment: