Fes -- Ifrane

Saturday, January 30, 2010

adik-adik bilik saya

salji yang sedang turun dengan sangat lebat


mereka semua ahli rumah saya =)


depan bilik 'hotel'


lengkap sebelas orang =D



kami sebelum balik ke Rabat


di taman,malam terakhir sebelum balik


kawan-kawan satu batch


2006 - 2010


snowman adik-adik batch 2008


snowman kakak-kakak 2006-2010 (batch saya =D ) -- ponyot --


Sidi Harazem, Fes


Saya akan rindu kalian!


Alhamdulillah..syukur atas nikmat yang kau berikan. Inilah ungkapan yang lahir dari mulut aku hasil dari trip usrah ke Fes dan Ifrane baru-baru ini. ( 25 – 28 Januari 2010 )

Yang jauh makin dekat, yang dekat makin rapat, yang rapat makin erat.

Terima kasih Ya ALLAH.

Diikutkan hati ini, aku tidak begitu bersetuju ke Fes asalnya kerana aku telah ke sana dua kali tapi demi meraikan adik-adik, aku pergi juga dengan hati yang penuh dengan rasa mengharap agar trip ini akan dipenuhi dengan ikatan ukhwah yang lebih tersimpul rapi dan ALLAH memakbulkan harapan aku. Terima kasih Ya ALLAH.

Sokongan dari semua ahli rumah dalam trip ini memberikan trip ini satu perjalanan yang terlalu menarik untuk dikenang. Serasa tidak mahu trip ini menjadi kenangan kerana aku selalu mahu rasa ianya ada agar ukhwah itu sentiasa basah dan tidak akan kering. Terima kasih Ya ALLAH.

Natijahnya di akhir trip ini, semua ahli rasa sangat gembira dengan trip ini. Usrah yang kami adakan dua jam pada hari terakhir di Fes merungkaikan segalanya. Semua kami merasa indahnya ukhwah ini, kerana trip ini jugalah tumpahnya air mata demi menyatakan betapa trip ini terlalu bernilai hingga kami rasa tidak mahu meninggalkan perjalanan ini. Terima kasih Ya ALLAH.


“Nikmat berjemaah itu hanya akan kita kecapi apabila kita selalu memenangkan amal secara berjemaah”


----- BLOC AO 81 ----


PS : Moga ukhwah ini sentiasa basah =)

PSS : Terima kasih untuk ahli Fes yang banyak

membantu untuk trip ini. Terima kasih!

:: Ketenangan yang semakin jauh ::

Thursday, January 7, 2010

doreh 1 Januari 2010


Assalamualaikum wth

Harta benda adalah ujian Allah SWT kepada hamba-Nya, lihat surah al-Taghabun ayat 15. Allah sudah peringatkan kita sebagai hamba-Nya. Namun kita selalu lupa untuk kembali peringatan itu.

Manusia kini gila mencari harta dan dunia akibatnya hilang pertimbangan dalam mencerna kehidupan seharian. Lihat sahaja berita yang menjadi santapan pagi rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia semakin gila. Anak bunuh bapa dengan memenggal kepala. Suami hampir mencederakan isteri dengan seterika hanya kerana isteri pulang lewat ke rumah. Suami bunuh isteri dan anak kerana ada perempuan simpanan lain. Kita sudah semakin jauh dengan rasa kemanusiaan. Kita sudah hampir kehilangan rasa itu. Aku terdiam membaca berita itu di akhbar hari ini. Adakah ini bakal generasi 2020 Malaysia? Generasi yang hilang pertimbangan, generasi yang sifar akhlak. Serasa tidak mahu menuju zaman itu. Tiba-tiba ketakutan menguasai diri. Apakah aku benar-benar bersedia?

Cuba lihat apakah kekurangan kita dalam menempuh zaman kemodenan ini? Pegangan kita yang dua itu selalu kita terlepas pandang. Iya. Ini realiti, hakikat Malaysia. Kita semakin jauh dengan al-quran dan as-sunnah.

تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله و سنة رسوله

Maksudnya : Telah aku tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengan kedua-dua perkara tersebut. Iaitu (Al-Quran dan As-Sunnah)

Berapa keluarga di Malaysia yang menjadikan al-quran sebagai ‘buku’ bacaan harian? Buku panduan dalam meniti kehidupan yang bukan sikit ujiannya. Berapa ramai daripada kita di Malaysia mengajar anak-anak kita menghafal hadis-hadis nabi, sedangkan terlalu ramai anak kecil menghafal lagu siti nurhaliza, faizal tahir dan sebagainya. Berapa ramai daripada kita di Malaysia menjadikan kisah hidup para anbiya’ juga para sahabat sebagai bahan lena anak-anak sebelum tidur. Sedangkan anak-anak kecil ini mengetahui kisah hidup artis dan ahli sukan kegemaran dari sekecil perkara. Allah, kita semakin jauh. JAUH.

Persekitaran kita juga menyumbang kepada rasa tidak tenang ini. Lihat sahaja, televisyen, radio majalah, apa sahaja yang dinamakan hiburan semunya tidak membina peribadi anak-anak muda. Anak kecil sudah di ajar menyanyi dengan mewarnakan rambut dan sebagainya. Cita-cita anak kecil bukan lagi menjadi doktor, guru mahupun polis tapi sayangnya menjadi penyanyi kegilaan ramai. Dilimpahkan kemewahan dunia yang palsu ini. Jiwa kita sudah kehilangan rasa abadi dan tenang. Jiwa kita telah jauh untuk mengenal erti sebuah kemasyarakatan sedangkan tanpa kita sedar perkara itu adalah penyumbang utama dalam kita menyeimbangkan rasa tekanan seharian kita. Pernah mendengar ungkapan ini, ‘rumahku syurgaku’? Rumah menjadi tempat terbaik dalam menghilangkan rasa beban yang memikul diri kita namun jika kita tidak mencorak rumah menjadi tempat yang terbaik maka ungkapan itu bukan untuk kita.

Kembalilah kepada al-quran dan as-sunnah. Pedoman terbaik untuk kita.

Sekiranya hati ini dilanda resah yang berpanjangan. Berjalanlah seorang diri menuju rumah Allah. Tiba di sana masuklah ke dalamnya dengan penuh rasa kerdil sebagai seorang hamba yang tidak punya apa. Berwudhu’ lalu bersolatlah kita. Usai solat, ingatlah kembali apa yang menyebabkan kita rasa kehilangan anugerah (hati) itu. Sesungguhnya dengan berseorang diri kita akan menjadi diri kita yang sebenar. Sungguh rumah Allah itu adalah tempat terbaik dalam mencari ketenangan. Kesemua mereka yang berada di rumah Allah adalah mereka yang masih lagi menjadikan al-quran dan as-sunnah itu jalan mereka. Biarpun mungkin baru pertama kali menjejak kaki ke sana tapi mereka mahu mencari kembali jalan itu. Biarpun mungkin ada yang kadang-kadang terlupa tapi mereka mahu kembali ke rumah itu mencari hakikat sebenar sama seperti tujuan kita tadi. Bersyukurlah atas nikmat umur yang masih berbaki untuk kita. Alhamdulillah.

Sekadar pandangan.

PS : Peperiksaan 9 dan 12 Januari ini,

Doakan aku juga sahabat lain.