:: Chilblains ::

Monday, January 26, 2009

Contoh Chilblains(bukan kaki aku heh,haram!!)
Assalamualaikum wth

Baru balik dari menghirup udara petang dengan Ateh dan Sherot. Kucut orang ajak datang Rabat tak nak. Kalau tak boleh aku bagi ko exercise sikit Cut. Dalam perjalanan balik dari Qamra tadi ternampak farmasi, terus teringat kaki aku yang dah semakin membengkak ini. Jadi masauklah dalam farmasi nak pergi tanya ubat. Aku cakap nama sakitnya Chilblains tapi orang farmasi tak dapat tangkap pula apa aku cakap, makanya aku pun menerangkan kondisi aku dengan dibantu Sherot. Makanya terbanglah duit aku DH23 kepada ubat untuk kaki aku ini, namanya Cyclo3Creme.

Selama duduk dekat Morocco ini, tak pernah pula ada sakit ini (Alhamdulillah) tapi dalam sebulan lepas jari-jari kaki aku membengkak dan seperti biasa aku yang memang malas nak memanja-manjakan kaki ini buat tak tahu dengan mengatakan sebab sejuk sangat agaknya nanti lama-lama baiklah tu. Tapi lepas sebulan, aduhlah bengkak makin teruk, merah-merah dan paling tak tahan gatal yang teramat sangat dekat jari-jari aku yang bengkak tu. Ya ALLAH, time malam kalau nak tidur seksa sungguh.

Makanya satu malam, sebab tak boleh nak tidur kerana kegatan yang amat teruk aku pergi cari di Google apa jenis penyakit 'gatal' yang telah hidup dalam diri aku. Akhirnya aku jumpa nama sakit ini ialah Chilblains ( Penyakit bengkak yang menyerang di musim sejuk). Simptom-simptom sakit ini ialah :
  • Jari kaki dan tangan bengkak (salah satu daripadanya pun mungkin)
  • Hidung merah
  • Cuping telinga kemerah-merahan.


Rawatan :

  • Pastikan suhu dalam kedaan tinggi/hangat
  • Gunakan losyen Calamine
  • Gunakan minyak Zambuk
  • Gunakan Krim Nifedipine


Pencegahan :

  • Jauhi mengubah suhu berulang-ulang. (macam di Morocco ni, susah nak elak sebab dalam bilik air je ada air panas. Di Sinki nak basuh pinggan tiada air panas dan jarang rumah pelajar ada pemanas. huhu~)
  • Selalu gunakan sarung tangan dan stokin.
  • Pastikan tangan dan kaki tidak terbiar sejuk.
  • Amalkan diet yang sihat. ( Sangat Perlu!!!
  • Selalu bersenam. (Orang di farmasi beritahu tadi, kalau duduk dalam keadaan lama gerakkan kaki supaya darah dapat bergerak.)
  • Banyakkan pengambilan vitamin K (banyak didapati daripada makanan berprotien)

Penyakit Chilblains ini terjadi apabila suhu terlalu sejuk. Apabila terlalu sejuk maka saluran daran akan sempit dan peredaran darah menjadi tidak teratur. Sebab itu gatal-gatal dan bengkak. Bawah jari kaki aku, ada darah terkumpul. Aduhla~ sakit sungguh kalau nak jalan. Tapi kalau kat Malaysia bolehlah demand nak naik kereta. Morocco ini harap maklum hadirin hadirat sekalian. huhu~ Kalau terlanggar benda atau ada orang dengan sengaja atau tidak sengaja memijak kaki ku ini maka teramatlah sakit.

Jadi kepada semua yang berada di negara sejuk sila berhati-hati untuk mengelakkan dijangkiti penyakit ini. Sila amalkan pencegahan untuk mengelakkan masalah ini berlaku. Huhu~Maklumat ini apa yang cari dan baca daripada internet. jadi kalau ada apa-apa yang salah sila inform pada aku yer... Terima kasih (",)




P/S : Esok nak ke Kenitra,
mahu menderma darah, agak2
peredaran darah aku akan kembali
normal tak?

7 comment:

Anonymous said...

rase cam nak potongkan je kuku kaki dlm gmbar tu:D~

ps:good information, maka jom la kite pakat2 beli heater kat marjane! 179dh satu( small size) 300++ yg besar..promot2~ wee..

Anonymous said...

huhu~ gambar kaki tu, tak tahu la gambar kaki sape..amek je kat tenet =D

Aha~ satu idea yang bagus (",)

NurshahidahZahid said...

la.. kamu ni macam2 disana ye. ish3. aritu demam. sian die.. huhu..
baik2 kat sane tu!

aunty adam yg cool said...

ni yang rase mcm nak pijak kaki ko..ekekkeke...

ZahirahzahiD said...

katarsis >>> neiman

huhu~ nak wat cam ne dah nak kene, tapi saye perasan juga, di sini saye selalu xsehat. Agaknya xboleh duk negara sejuk kot =D

ZahirahzahiD said...

katarsis >>> aunty adam yg cool

ceh..malang nye adam dpt aunty macam ko..haha~

Amir Syakir said...

sama mcm ak kena semalam...cerita yg diceritakan tu mmg sama dgn situasi sy, mlm semalam xleh nk tido, lepas tu cari dlm doktor google.. tpi xjumpa juga, tpi. mujur lah hari ni senior kt morocco ni sruh tngk web ni