:: Kesempurnaan ::

Saturday, January 31, 2009

Assalamualaikum wth,


Semalam sedang mencari isi untuk forum pagi esok, aku terbaca satu cerita pendek yang menarik. Aku pun tak pasti dari sudut mana menariknya cerita ini tapi ianya sedikit menyentuh jiwa. Kita kongsi-kongsi pendapat kita. Aku suka je nak cerita pendapat aku di sini, cuma kadang-kadang pendapat yang pernah aku kemukakan mampu berubah mengikut situasi dan tahap kematangan umur yang bukan lagi semakin muda tetapi semakin menuju alam kedewasaan yang sama sekali menuntut seribu satu jawapan dalam kehidupan. huhu~


Sejauh mana kita mampu menerima orang sekeliling kita? Sejauh mana kita mampu menerima kelemahan orang di sekeliling kita? Sejauh mana kita telah memperbaiki kelemahan kita? Aku pun tersentak sedikit setelah membaca cerita pendek ini semalam. Perlukah kita mencari kesempurnaan dalam persahabatan mahupun percintaan? Kenapa tidak menerima mereka seadanya tanpa mengubah diri mereka atau kenapa tidak kita yang memperkuatkan kelemahan itu? Haruskah kita memperlekehkan kelemahan yang adakala tidak mereka ketahui.


Tidak ada yang pernah sempurna. Andai kesempurnaan milik setiap kita, maka kita tidak pernah terfikir untuk memerlukan orang lain. Jadi kelemahan yang ada ini kita perlu perbaiki, kita kuatkan mana yang lemah bersama-sama bukan dengan hanya mengatakan kelemahan orang tanpa kita pernah cuba bantu memperkuatkannya. Pentingkan menjalin ukhwah? ;)
Cuba baca cerita pendek ini ;

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:“Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.“Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …”.

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.“Abang akan mulai dulu ya”, kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir…“Maaf, apakah abang harus berhenti ?” tanyanya.“Oh tidak, teruskan …” jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,“Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu”.

Dengan suara perlahan isterinya berkata,“Sayang tidak mencatat sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang. Tiada satupun daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang .”

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya, bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis.


Menyentuh jiwa tak? Susahkan menerima kelemahan orang lain biarpun kita sendiri punya kelemahan yang kadangkala kita tidak pernah tahu. Jom kita tengok-tengok balik kelemahan kita. Untuk mengetahui kelemahan ini kita perlu sahabat, teman, kawan, suami, isteri, kekasih, mak, abah, keluarga untuk menilainya. Kita perlukan mereka di sekeliling kita. Moga kita dapat memperbaiki kelemahan kita bersama-sama. InsyaALLAH.


P/S : Kelemahan aku? Ada sesiapa nak

bagi senarai tak? Huhu~

9 comment:

خديجة خليلة said...

Dah banyak kali baca contoh kisah yang awak letakkan dalam entri awak. Setiap kali baca, setiap kali tu memang tersentuh. Susah untuk membuatkan orang lain dapat menerima kita.

Kelemahan awak? Kelebihan boleh tak? Kelebihan awak, boleh baiki paip dan lampu! =D

(dah dua entri akak orang pertama komen. hehe. )

Anonymous said...

salam..nak nyanyi lagi ni.senang je mesti ustazah tahu.
"..terimalah..seadanya...akulah hiasan pelamin hidupmu...."
ha,cuba teka?

entry seterusnya nak nyanyi lg..lalala..tungguuu..

خديجة خليلة said...

Hamboi DilaRumahAtas, senang hatinya asyik menyanyi! Ingtkan senyap dalam bilik tu, rupanya nyanyi-nyanyi..

NurshahidahZahid said...

erm.. tersentuh gak r.. sdeyh2.. tp kalo ego tinggi melangit ni payah. huhu.. watever~

Linda Abdullah said...

Tiada yg sempurna di dalam dunia ini..Setiap manusia dan makhluk ada kelemahanya..Hargai lah setiap insan yg hadir dalam hidup kita..

ZahirahzahiD said...

katarsis >>> Biru

huhu~ jangan lah cakap kelebihan saya kat sini Cik Biru..isk2..malu saye..hoho~

Kalau sampai 5 kali bari nak bg award =D

ZahirahzahiD said...

katarsis >>> dilaumahatas

haha~ Inteam ke? kasih kekasih..xingtalah dila..huhu~

haha~ ade org suke buat bising2 kat blog org..huhu~

ZahirahzahiD said...

katarsis >>> neiman

haha~ ego melangit tu saya rase pakwe kamu kot.. =D

ZahirahzahiD said...

katarsis >>> linda Abdullah

Betul kata kak linda, kita kena hargai orang sekeliling kita..hehe~