:: Lasagna ::

Thursday, January 29, 2009

Assalamualaikum wth,


Petang semalam keluar dengan Ateh Wajia untuk membeli beberapa barangan keperluan. (barang-barang keperluan peribadi semuanya dah habis, macam taw je tuan dia dah nak dapat duit..huhu~) Makanya Marjane Hayy Riad menjadi destinasi pilihan. Budak rumah dah merengek nak makan lasagna, agaknya mereka ingat aku ni nak kahwin dengan orang Itali apa, setiap kali masuk biasiswa itulah perkara pertama yang mereka sebut.huhu~ ::Lasagna::

Sudahnya, pagi tadi bangun siap-siapkan barang apa semua terus bersedia untuk memasak. Ateh pula lebih awal dari aku telah menggodek kek karamel dia. Makanya, aku pun tunggulah sekejap sementara ateh siapkan kek karamel dia tu. Lepas ateh siap menggodek kek karamel dia, aku ambil tempat kat dapur. Potong bahan-bahan untuk buat inti lasagna. Aku memilih ayam kisar sebagai bahan utama sebab ianya mudah dan senang. Basuh, tos dan masukkan. =D
Bahan lasagna aku gunakan yang aku suka dan senang nak dapat + murah (penting!!).
  • Lasagna
  • Bawang putih + bawang merah (aku tumbuk sebab malas nak hiris)
  • Prego aku ganti dengan tomato puri aisya yang popular kat Morocco ini.
  • Daging ayam kisar
  • Cendawan tin sebab kat sini tak ada jual cendawan kering.
  • Lobak
  • Cili benggala
  • Tomato 2 biji ( potong dadu )
  • Garam
  • 3 sudu besar ledda ( Planta )
  • Cheddar chesee
  • Mozarella ( Aku beli keju merah yang popular kat Morocco ni dan aku sagat ..hehe)
  • Susu ( 2 cawan atau lebih )
  • Oregano ( suka hati nak ke tak nak )
  • 4 sudu besar tepung gandum

Cara-caranya :

Inti Lasagna :->

  • Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Goreng hingga naik bau.
  • Masukkan daging kisar yang sedia di tos.
  • Masukkan cili kalau nak pedas. (Kata roomate aku , kenapa tak masukkan belacan sekali? Cess, kurang asam betul budak itu)
  • Masukkan air. ( 2 cawan atau mengikut kesesuaian anda )
  • Kemudian masukkan sayuran yang menjadi pilihan hati anda dan tambahkan garam.
  • Tunggu hingga masak.
Sos Keju :->
  • Cairkan planta dengan menggunakan pan sauce (guna kuali pun boleh je)
  • Masukkan 4 sudu besar tepung gandum
  • Kacau hingga sebati.
  • Kemudian padamkan api.
  • Masukkan susu dan kacau hingga sebati dengan campuran tepung dan planta tadi. Gaul hingga tepung tidak berketul-ketul.
  • Kemudian hidupkan api semula dan masukkan cheddar chesee tadi sedikit demi sedikit hingga bahan masakan menjadi agak likat.
  • Kalau rasa chesee terlalu banyak boleh tambah susu untuk seimbangkan sos tadi dan tambahkan garam untuk rasa lemak berkrim =) .

Menjadikan Lasagna :->

  • Panaskan oven dengan suhu 180 darjah.
  • Letakkan minyak pada dulang atau bekas yang akan digunakan untuk membakar lasagna.
  • Susunkan kulit lasagna sehingga menutupi bahagian bawah dulang atau bekas.
  • Tuangkan inti lasagna di atas kulit yang di susun tadi. Pastikan air masakan tadi dimasukkan bersama untuk memastikan kulit lasagna cair dan masak.
  • Kemudian letakkan sos keju tadi.
  • Selepas itu, ulang perkara di atas sehingga inti dan kulit lasagna anda habis digunakan =D
  • Perhatian : Sila pastikan air masakan tadi mampu memenuhi sebahagian besar bekas anda untuk memastikan kulit lasagna masak dan lembut.
  • Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.

Tadaaaa~ Inilah hasilnya (",)



Lasagna yang telah siap =D



Ini kek karamel Ateh (Sedap sangat!!)

Lasagna yang telah dipotong dan dimakan =)


Ini Kulit lasagna dan keju yang aku pakai



Alhamdulillah, aku dah tunaikan janji dengan housemate aku. Lepas ini nak belajar buat pasta pula. Apa pun selamat mencuba bagi sesiapa yang teringin nak mencuba resepi lasagna aku ini. Spageti chesee pun sedap juga. Itu pun kena belajar, adik-adik FBI boleh ajar kot. hehe~ Ini kali ketiga aku buat lasagna. Kali pertama Cik Cut buat sama-sama. Kali kedua aku buat sensorang dan kulit lasagna aku tu hangus sebab kurang air dan kali ini aku buat sensorang dan tak hangus lagi yea Cik Cut. Lalala~
P/S : Esok ada mesyuarat dengan Datuk,
erm, apa sahaja yang akan dibincangkan agaknya.
Lasagna ini, Cik Cut yang ajar buat.(kredit tuk Cik Cut)

6 comment:

Anonymous said...

oh ho hoo~ tepuk tangan..tepuk tangan!

terima kasih...terima kasih ;)

apa pasal nama aku macam di sabotaj dengan warna kuning?

kau balas dendam ke?

-Cik Cut-

ZahirahzahiD said...

haha~ menunjukkan betapa aku amat menghargai sifu aku ni..haha~

Linda Abdullah said...

Emm macam susah jer nak buat.. buat pasta lagi senang rasanya..eh dik, kene bakar dlm oven tak Lasagna nih?nak cuba lah..

ZahirahzahiD said...

Xde la susah kak..ok jer, hehe~

kene bakar kak ..180 darjah , 40minit...tp tgk la kalo kulit lasagna tu dah lembut masak la tu..hehe..

sile2 kak, nnt tunjuk gambar taw =)

ekramhakim~ said...

takde makna klu wat sodap2 tak boie kat jiran tetangga..ehehe

sedang menunggu loceng rumah berbunyi..:-"

ZahirahzahiD said...

Katarsis >>> ekramhakim

Huhu~ masalahnya lasagna itu amat bermakna bila tak beri pada jiran tetangga kerana ahli rumah saya tidak mampu memberi sedikit ruang untuk diberikan pada orang lain, mungkin untuk waktu lain..hehe~

P/S : Ada ejaan 'boie' ke dalam loghat Negeri Sembilan?? :-??