:: Aku, Air dan Kepentingan ::

Friday, March 6, 2009



Assalamualaikum wth,


Hari ini kita mari kita bercerita tentang air, ada apa dengan air? Tahukah anda bahawa air amat penting dalam kehidupan seharian kita. Air membantu melancarkan gerak kerja seharian kita. Jadi kepada pemain-pemain bola kalau nak kuat sila minum air yer.Huhu~ (tak pasal pemain bola yang kena heh..) =D

Ada apa dengan air masak? :
  1. Jadikan satu kebiasaan dengan minum segelas air sebaik bangun dari tidur untuk mengembalikan lembapan dalam badan kita yang telah hilang semasa tidur.

  2. Tanpa air, badan tidak dapat berfungsi dengan baik. (Air diperlukan sekurang-kurangya 2 liter/8 gelas setiap hari.)

  3. Sekiranya kita kurang 4-5% air setiap hari ia akan memberi kesan kepada mental dan fizikal kita.

  4. Air dapat membuang toksin dalam badan, pengumpulan toksin akan menyebabkan stress dan sakit kepala. (Siapa yang selalu sakit kepala sila minum air banyak yer =D )

  5. Air juga dapat mengelakkan masalah sakit sendi (Arthritis).

  6. Air adalah medium terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit. Minum air yang cukup dapat mengelakkan kulit kita berperang dengan penyakit eczema, psoriasis (kulit mengeras seperti di siku dan tapak kaki), kulit kering, kulit berkedut dan kulit bertompok-tompok.

Seterusnya aku nak ajak kalian melihat kebaikan air panas pula, kebiasaan kita lebih gemar kepada air sejuk. Kenikmatan air sirap limau sejuk di bawah terik matahari, Kebiasaan memesan teh o ais limau sebagai pelengkap menu mee hailam 'Cik Kiah Corner' juga kemanisan air milo ais ketika bersembang dengan rakan cukup memberi 'kesegaran' kepada tubuh kita.


Ada apa dengan air panas/suam?

  1. Air panas/suam dapat melancarkan lagi perjalanan darah dalam badan manusia. Menambah lemon atau madu di dalam air panas dapat meningkatkan sistem keimunan badan kita.

  2. Minum air sejuk terlalu banyak boleh menyebabkan masalah kepada buah pinggang kita. (Buah pinggang amat penting dalam menapis kotoran yang ada pada tubuh kita dan memastikan tubuh kita kekal seimbang) Jadi dengan menukar kegemaran minuman sejuk kepada minuman panas dapat mengurangkan permasalahan pada buah pinggang kita. ;)

  3. Mengambil minumam lemon panas sebelum sarapan pagi adalah cara terbaik untuk membersihkan sistem badan kita dan akan mengimbangi keperluan air dalam badan untuk tugasan harian kita.

  4. Air panas juga dapat melancarkan sistem penghadaman manusia.

  5. Mencuba air panas sebelum sarapan pagi turut membantu mendapatkan kulit yang segar dan sihat.

  6. Berita baik untuk mereka yang sedang berdiet. Minum air panas ketika pagi juga dapat membantu dalam pengurangan berat badan. Jadi kita boleh memudahkan 'pengembaraan' ini dengan minum segelas air panas setiap pagi. Hehe~

Selain itu, mari amalkan minum air setengah jam sebelum makan untuk mengurangkan nafsu makan ketika mengambil menu kita. Tips untuk mereka yang berdiet juga ni. Huhu~

Pentingkan air untuk badan kita? Jadi mari kita bersama-sama merajinkan diri untuk minum air agar badan kita kekal sihat dan kuat. (Minum air, anda jadi sihat dan kuat! -- Sila baca nada iklan Milo-- Boikot dah la ni..huhu) Begitu juga amalan minum air panas, ia banyak mendatangkan manfaat untuk tubuh kita. Aku penggemar air panas. Tidak kira pagi, tengahari, petang mahupun malam, air panas menjadi pilihan utama. Tidak sia-sia kegemaran yang satu ini, huhu~ moga kalian juga menjadi penggemar air panas yea. =D

Cukup untuk hari ini, mahu meneruskan beberapa kerja yang masih belum selesai. Lain kali aku kongsi-kongsi info lain dengan kalian, sekiranya ada kesilapan pada penulisan sila beritahu yea. Ini dari pembacaan juga kefahaman aku. Ok, beransur dulu. (",)


P/S : Esok hari lahir aku yang

ke-21 mengikut bulan islam.

10 Rabi'ul Awal 1409.

Alhamdulillah. =)


6 comment:

Saya said...

oit..patut la ko selalu minum air..(minum air tanpa tarik nafas ade ape2 kebaikan x??ngeh3)

~dah la kacau org nak feeling2 td~

ZahirahzahiD said...

>>> Saya

Hoho~ Ko la minum air tanpa tarik nafas..kalau ikut petua org suke menyanyi akan memanjangkan lagi nafas.. :-D

* Padan muke :-P

Anonymous said...

semalam saya cuma minum 2 teguk air saja air untuk satu hari..

cukup tak?

=)


-cik cut-

Linda Abdullah said...

betul-betul-betul (ayat upin dgn ipin) air sangat penting untuk tubuh badan kita..hik.hik

ZahirahzahiD said...

>>> Cik Cut

Uit..2 teguk!!!????

Hoho~ jgn amalkan perkara ini, sila minum air yg cukup..huhu~ kurang air dlm bdn mendatngkan plbagai punca penyakit la..isk2

ZahirahzahiD said...

>>> Linda Abdullah

Bagus..bagus..bagus (nada upin dan Ipin)


'Minum Air, Anda Jadi Sihat dan Kuat'

=D