:: Aku dan anak sulung ::

Wednesday, March 4, 2009

Gambar sebelum aku pulang ke Moroko.
(Izah tiada dalam gambar kerana semput..huhu~)

Assalamualaikum wth,

Dua tiga hari ini aku telah melakukan sedikit pembacaan dan survey berkaitan anak sulung. Tiba-tiba aku merasa seronok pula mendengar, membaca pendapat mengenai anak sulung. Kadang-kala terfikir, pentingnya seorang anak sulung, kerana mereka didefinisikan sebagai harapan keluarga. Bersediakah menjadi harapan keluarga?

Anak sulung tanpa perlu diberitahu akan merasa sendiri dia adalah pencetus buat keluarga, tanggungjawab terhadap adik-adik terletak pada bahunya, lahir sahaja adik selepasnya maka bermulalah tanggungjawab anak sulung. Seolah lumrah alam, anak sulung secara fitrahnya akan merasakan diri bertanggungjawab lebih kepada keluarga.

Lihat sahaja dalam banyak perkara, ibu kebiasaannya akan menceritakan masalah keluarga kepada anak sulung (terutamanya perempuan). Oleh kerana itu, anak sulung akan mula merasakan dirinya bertanggungjawab terhadap keluarga. Sebab itu, adakalanya sikap anak sulung dah macam ibu dan ayah. Lihat sahaja pesanan a.k.a bebelan yang biasa akan diberikan kepada adik-adiknya, 'nanti dah sampai telefon.', 'Dah tahu demam, pergi makan ubat' ,'Baik-baik naik motor tu, pakai topi keledar' . Sikap keprihatinan mereka adakala merimaskan. Adoi~ Aku macam tu ke ek?

Anak sulung biasa dikaitkan dengan ego, dia merasa ego terhadap adik-adiknya. Dia merasakan sebagai seorang ketua dia perlu untuk mencipta dinding ego. Kebiasaannya, anak sulung tidak akan menunjukkan betapa kasih dan sayangnya dia kepada adik-adiknya, dia merasakan perlu untuk tidak menunjukkan kasih-sayang itu walaupun sebenarnya, memang sayang sangat sangat kepada adik-adiknya.

Walaupun begitu, anak sulung amat sensitif terhadap perkara-perkara berkaitan keluarga. Aku ambil contoh, musim panas lepas aku pulang bercuti ke Malaysia. Satu hari, adik perempuan kedua memarahi adik kecilku. Aku sudahnya memarahi adik perempuan aku ketika itu kerana aku merasakan tidak patut adik kecil aku dimarahi ketika itu. Lepas aku bertengkar dengan adik perempuan aku, sudahnya aku yang menangis . (Gosh! jatuh ego aku, nasib baik tak ade orang nampak aku menangis) Memang anak sulung kebiasaannya menjadi pelindung buat adik-beradiknya. Adik-adik pun kalau ada orang kacau atau apa, memang yang sulung dicarinya.

Anak sulung kebiasaannya matang dari usia sebenar, terutamanya jika dilahirkan dalam keluarga yang seringkali berhadapan dengan ujian dan masalah. Itu sememangnya seringkali aku dengar. Cuba tengok dua cerita ini, Gracie's Choice dan Relung Kasih. Kedua-duanya menceritakan bagaimana anak sulung merasakan betapa besar peranan mereka dalam memperbaiki kehidupan keluarga.

Anak sulung seringkali dilihat sebagai anak yang kuat fizikal dan mentalnya. Tapi tahukah kalian sebenarnya anak sulung terpaksa menjadikan diri mereka kuat. Sekiranya sebarang permasalahan berlaku, adik-adik akan merujuk kepada mereka dan walau sehebat manapun permasalahan tersebut biasanya anak sulung akan cuba untuk tidak menunjukkan betapa tertekannya dia dalam menghadapinya. Dia adakala menjadi perantara antara kedua orang tua dan adik-adik. Biasanya anak sulung teringin mempunyai seorang kakak ataupun abang, sebab dia teringin juga rasa nak mengadu-mengadu pada yang tersayang kalau bermasalah. Aha~

Seterusnya, anak sulung begitu sinonim dengan sikap mudah beralah, sedari kecil sudah diterapkan begitu, ' Kakak, bagi adik mainan tu. Kakakkan dah besar. Bagi adik main' (Walaupun hakikatnya, kakak baru berusia 2 tahun..Huhu~) Sudahnya hingga dewasa anak sulung akan menjadi orang yang suka beralah. (kadang-kadang bab kahwin pun anak sulung akan dahulukan adik-adiknya..Baiknya anak sulungkan?..Hehe~ Wardah, u don't ever try this at home ok, aku tak nak beralah, No langkah bendul ok! ) =D Anak sulung diingatkan agar menjauhi sifat terlalu mendahulukan orang, sila fikirkan diri anda juga yea (",)

Satu kajian telah dilakukan, Kebanyakkan anak sulung berjaya dalam kehidupan seharian mereka. Aku melihat perkara ini kerana tekanan dari keluarga juga tekanan yang dicipta sendiri iaitu mahu tunjukkan yang terbaik untuk adik-beradik. Ibu bapa merasakan anak sulung perlu menjadi yang terbaik untuk dijadikan contoh paling hampir buat adik-adik. Anak sulung juga merupakan manusia yang kaya dengan sifat kasih-sayang. Kasih sayang yang amat tinggi terutama kepada mereka yang amat dia sayangi. Erm..yang ini memang betul, kalau budak kecil pun biasanya akan menyukai anak sulung, sebab ada bau-bau kasih sayang..Hehe~ (Pandai je aku, tapi itu apa yang aku lihat).

Tidak berkira. Ini salah satu sikap yang seringkali ada pada anak sulung. Anak sulung memang tidak reti berkira dengan ahli keluarganya. Anak sulung biasanya akan berikan apa yang adik-adik minta selagi mampu. Cuti musim panas lalu aku dikenakan oleh adik lelaki aku. Kami empat beradik bersetuju untuk keluar membeli pakaian buat adik kecil Izah sempena Aidilfitri. Aku pula tidak diberitahu emak yang setiap dari kami emak telah berikan RM 50 (kalau tak salah) sebagai duit poket. Nak dijadikan cerita, adik lelaki aku berkenan dengan sehelai baju kemeja, dia dengan muka kesian boleh minta kepada aku dan Wardah kalau ada duit lebih. Aku yang teramat murah hati bagilah dia duit RM 50. Balik rumah, kantoi dengan mak aku. Mak cakap mak telah berikan setiap daripada kami RM 50. Hua~ aku terkena, (kurang asam betul ko eh Boy!) Selamba dia berkata, 'aku nak tahu je, akak aku yang mana satu sanggup berkorban untuk adik lelaki dia yang sorang ni' Hoho~ Jadi sila mengerti sikap anak sulung yea hadirin sekalian.. =D

Satu benda menarik mengenai anak sulung ialah, kebanyakkan mereka lebih manja dengan ibu bapa berbanding adik-beradik lain. Ehe~ Betul! Cuba tengok kakak atau abang anda (kalau ada). Dalam banyak perkara, mesti dia mahu minta perhatian mak dan ayah. Hehe~ Perkara ini kebiasaannya berlaku apabila anak sulung meningkat dewasa. Masa kecil tak nampak sangat. Huhu~ Aku ni dalam segenap hal akan beritahu pada emak, 'emak hari ini Along nak ke Casablanca, ada pesta buku', 'emak, hari tu Along pergi klinik sebab tak berapa sihat', 'emak, Along nak Radix la emak, nanti mak pos sekali dengan buku boleh tak' ... Haha~ Ada rasa nak sekeh tak aku? =D

Ada banyak lagi yang aku nak tulis sebenarnya, tapi cukuplah ni kan? Nanti banyak-banyak sangat orang tak larat nak baca. (dah panjang dah pun..Huhu~) Aku ingatkan ini dari apa yang aku baca dan dengar, sekiranya tidak bersetuju jangan pula manghantar memorandum bantahan pada aku yea. =D Cukup sekadar meninggalkan komen kepada aku. Bagi yang nak kongsi pendapat pun dipersilakan. Sila-sila, jangan malu-malu. (",)

Owh yea, lupa nak beritahu. Aku anak sulung kepada Encik Zahid Bin Shaari dan Puan Robiah Binti Othman. Harap Maklum. Sekian, terima kasih.


P/S : Anak sulung turut menjadi
bestfriend untuk adik-adiknya.
Semua perkara akan diceritakan
kepada anak sulung.
Anak sulung BESH =D

27 comment:

Linda Abdullah said...

Anak kedua pun best..hik.hik

خديجة خليلة said...

Oit, hang asek dok puji anak sulung je! Anak sulung pun banyak kekurangan tau. Langsung tak tulis pun kekurangan dan keburukan anak sulung! Ini berat sebelah! Penulisan anda tak di terima. Keke.. [ kredit to Linda Abdullah - anak kedua best! ]

*tahniah menjadi anak sulung!

ZahirahzahiD said...

Aha~ Besh2.. =D

Kak Linda ni xtdo ke?
Huhu~ Kul 4 pg dah kan?

ZahirahzahiD said...

>>> Biru

Aha~ kan dah tulis, ego, tidak berkira (xberkira tu menyebabkan selalu diberi gelaran boros taw =D )

Aha~ Wah anak kedua dah mengamuk..habislah..Adoi~~

Anonymous said...

'anak sulung kebiasaannya matang dari usia sebenar'

patut lah awak nampak tua dari saya..saya anak no 4..hik hik...=)

-Cik Cut-

ZahirahzahiD said...

>>> Cik Cut

Memang saya tua dari anda..saya lahir bulan 10 dan anda lahir bulan 12..Hoho~

=P

Bunga Merah said...

Ahha,kte sama la~Adalah sy dgn ini bersetuju dgn Kak Zahirah.Eheh~Bru bbrpa hari lepas jugak,mtk mak poskan radix..Best gak jadi ank sulong walau terkadang asyik kena berkorban je.Tp xpe,andai pengorbanan itu bisa membuat org lain bahagia,kte pon akan turut bahagia bersamanya.Bahagia membahagiakan org.Eheh~

ekramhakim~ said...

persatuan anak2 sulong...anak sulong best2..best sangatt..hoho..idup anak sulong!!

Anonymous said...

aku bangga aku anak sulung. wakaka..
semua yg ditulis 90% betul..
hehe..
yg paling betul..
aku suka beralah..=j
nape aku tak manja ngan mak ayah aku?
kenapa?kenapa?hua5!!!

Saya said...

hurm..anak sulung mcm ni ker?(garu dagu sikit)


ooo..manja..cengey ni..!patut la selalu nangis..hekhekhek..


alaa..anak kedua pon best gak..(nak jugak..anak kedua sblm akhir..ngeh3)

ZahirahzahiD said...

>>> Wardatulhamra

Aha~ Yups pengorbanan adalah perkara sinonim dlm kehdpn anak sulung...

Setuju, kebahagiaan org yg tersayang adalah kebahagiaan kita.. (",)

RADIX besh, anak sulung suke minum RADIX ..Hehehe~

ZahirahzahiD said...

>>> ekramhakim~

Yes..sokong2..idup anak sulung..

Erm, xde akronim ke utk persatuan kite ni?? =D

ZahirahzahiD said...

>>> jejakasenja

Hoho~Mulia sungguh hati anak2 sulung kerana sudi beralah..huk3

Erm, saya rase anda dr spesis lain skit kot..sbb tu xmanje kot..ke sbnrnye manje tp xngaku..hehe =D

ZahirahzahiD said...

>>> saya

Yups, macam inilah anak sulung..

syuh2..diam2, jgn bongkarkan rahsie la..adoi~ hbs saham ku, nnt aku belanje makn tojin..jgn gtaw sape2 taw =D

Anonymous said...

kajian mendapati bahwesenye..:

-anak kedue yaitu anak slepas sulong adelah lebih baik..

bukti?
bile ade artikel nih die tak jeles..
ehee..~

bile kaklong ngan banglong besatu..
akronim yang muncol..
k.a.b.a.l.o.n.g. ~

hehe..

Anonymous said...

banyaknye anak sulung..
ramainye komen..
hehe..

wardatulhamra,ye ke ni ek?
"bahgia membahagikan orang"

akak,
pasal anak tgah2 takde ke?
huhu..

Bunga Merah said...

ahha~
kekaseh,
Andai pengorbanan itu bisa memberi bahagia,teruskan!

Moga ada bahagia di akhir cerita,insyaALLAH!

Kak,pinjam ruang nk reply kekaseh pnye,eheh~

Farah Imani said...

Hakikatnya tanggungjawab anak sulung sgt besar kan...kalau part yg terpaksa beralah tu..sedih pulak

InsyaAllah kak zahirah mampu mjadi anak sulung yang terbaik dan mjd cth yg terbaik tuk adik2 akk n kami semua..

apepun..saya sayang bang long+kak long
saya..ehe

ZahirahzahiD said...

>>> Afiq Hakimi

Huhu~ Anak nombor dua ke..cara penulisan kamu teah didapati mempunyai bau2 kejelesan.. =D

* Saya suka akronim tu, terima kasih (",)

ZahirahzahiD said...

>>> Kekaseh

Aha~ Ada2, next entri la heh tulis, kalo rajin =D

Lalalala~

Anak sulung memang peka terhadaap perkara mereka, sebab tu ramai yang komen..

Hidup K.A.B.A.L.O.N.G =D

ZahirahzahiD said...

>>> Wardatulhamra

Aha~ Tak ada masalah, sila2..

Jemput2, jangan segan2.Hehehe~

ZahirahzahiD said...

>>> Farah Imani

InsyaALLAH dik, terima kasih atas semangat itu..Huhu~

Yups, part tu memang sedih heh.. ;)

Sayang Kakak dan Abang akak juga..huhu~ Ade ke?? Ehe~ Akak sayang adik-adik akak semua =D

halim qittun said...

bru pasan, ptut la byk komennye..rupenya si anak sulong ni sgt prihatin menjawab setiap komentar sahabt2 nye terutama anak2 suling..saya slaku anak bongsu(ttibe je) menuntut hak anak bongsu dikembalikan, sebagai anak paling sopan dan berkaliber..hehehe..tazah bayah, lame x dgr cter..nk min xpdgn student khirajul bilad..bg komentar pasal PPSMI..tau kn ape tu PPSMI??? reply kt blog beta ye..hiihihihihiiiii

ZahirahzahiD said...

>>> Halim Qittun

Huhu~ Org dtg rumah kita, kita wajib layan mereka sebaiknya kan? =D

Hoho~ Saya tidak pernah memperkecilkan anak bongsu..Huhu~ MAjistret pun bukan..xpasal dituntut hak dari saye.. isk2

Erm, berkaitan hal tu..Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ; PPSMI. Huhu~ sejak bile plak naik taraf ni..huhu =P

Anonymous said...

aslmkum kamu di sana.

ehem3. sakit tekak plak. ni mcm mne ak bleh ktinggalan nih????

pergh.. dah la post ni in a away mcm condemn anak no 2 je. [tak beragak sugguh tulisan warna merah tu >=]

UNRELIABLE source. lgsung takleh pakai. bias. just your hypothesis. plis prove it!

hahaha.. bnyak gak rahsia ko kantoi kat cni. nangis ke lpas gaduh nagn ak haritu?? ala ciannye.. don't be too fragile my dear... =P [in a away, itu mnunjukkan 'kuasa' and 'power' anak no 2. hahaha]

ZahirahzahiD said...

>>> Wardah

Waalaikumussalam wth untuk kamu di sana juga..

sakit tekak? makanlah strepsils.. huhu~

Huhu~ ini dari pembacaan dan kajian rambang saya yer..hoho~ jadi jgn mara r..nnt kene jual :P

Huhu~ Tak suka taw, kamu marah Izah macam itu, timing buka pose..hoho~ langsung xmakan adik saya tu...saya xboleh tahu tak tgk adik saya macam itu. Harap maklum!

Kuasa la sangt..kuasa yg menyebabkan adik saya menangis taw..sedih tgk adik saya yang kecil waktu..

Don't ever try diz at home again!!!!

Anonymous said...

tbh berdasarkan observation saya, saya rasa rata2 anak sulung manja dan spoiled walaupon stereotype nya mengatakan anak sulung ni bertanggungjawab. ni mungkin cara didikan parents yg sering melebih2kan anak sulung