:: Aku dan Penulisan ::

Monday, March 16, 2009

Assalamualaikum wth,


Hari ini aku nak kongsi cerpen aku bersama kalian. Sungguh sudah terlalu lama aku tidak mengarang cerpen. Otak aku semakin tepu untuk menjadikan cerpen ini bersambung lalu menjadi cerita. Cerpen terakhir aku tulis kira-kira 2 tahun lalu bertajuk ‘Sepi Seorang Perindu’. Selepas itu, aku langsung tidak menulis lagi. Belum mampu menjadi penulis yang konsisten lagi apatah lagi mahu bergelar penulis mapan. Perlu banyak latihan untuk menjadi penulis mapan. Ehe~


Untuk cerpen ini, aku belum ada jalan ceritanya. Tiba-tiba aku sudah tidak punya idea untuk menyambung cerpen ini. Aku rasa mahu minta pendapat kalian untuk cerpen ini, bagaimana harus aku tamatkan penceritaan yang aku sendiri mulakan? Entah kenapa malam semalam, aku tidak dapat tidur, lalu aku terus membuka word dan menaip. Tanpa jalan cerita aku mengarang, sudahnya aku kebuntuan. Kalian punya idea?


Aku kongsikan bersama kalian cerpen ini. Andai ada sebarang idea, boleh beritahu pada aku. Aku sedia mendengar. >:D<



Bukan mudah menjaga hati yang sarat dengan kasih sayang ini, kerana kasih hati ini seringkali terluka. Lukanya sekeping hati membuatkan seluruh saraf serta anggota seakan lumpuh untuk bekerja. Bukan sengaja mencipta derita, tapi ia seringkali hadir tatkala benih kasih itu mekar di dalam jiwa. Bukan sengaja mencipta kasih, tapi ia seringkali hadir tidak ku sangka. Bukan sengaja mencipta cerita, tapi ia hadir setiap kali ku kerunsingan.



+ Sudahlah, berhentilah dari menulis kerana tiada siapa akan mendengar suara hati seorang
perindu. Perindu yang seringkali terluka kerana kasih.

+ Tidak, aku tidak akan berhenti menulis. Aku tahu tiada siapa akan mendengar suara hati ini, tapi biarlah asal aku merasa berharga di hadapan sekeping kertas ini.


+ Engkau bodoh! Seringkali membiarkan orang yang dikasihi melukakan hati.

+ Tidak! Aku bukan bodoh. Aku tidak mahu mencipta dinding keegoan yang akan merugikan. Biarlah aku terpaksa beralah asal keharmonian kasih tidak tergugat.


+ Sebab itu aku kata engkau bodoh! Engkau fikir orang yang kau sayang fikir macam engkau? Jangan buang masa. Baik engkau jaga hati engkau sendiri.

+ Biarlah hati aku ini, bagi aku melihat senyuman mereka yang aku sayang lebih bermakna dari menjaga sekeping hati ini.


+ Kalau engkau rasa mahu berkorban jangan engkau menulis seolah kecewa, untuk apa? Bukan mereka akan mengerti penulisan ini.

Sunyi. Khali. Senyap.


Perlukah aku terus menulis? Aku bermonolog lagi.


***************************************************


Aku melangkah lesu menuju ke surau di universiti. Kuliyah empat jam tanpa henti oleh Ustaz Busilham, menuntut seribu satu kesabaran. Mujur aku tidur awal malam tadi, kalau tidak sudah tentu aku tersengguk di dalam kelas beliau. Menunaikan kewajipan di waktu zuhur. Lega. Hilang segala kepenatan aku sebentar tadi. Duduk berteleku sebentar di surau. Fikiran menerawang jauh mengingatkan mak dan abah di Malaysia. Semalam sudah berjanji dengan emak untuk fikirkan lamaran dari keluarga Haji Imran. Aku runsing.


‘ Apa yang engkau fikirkan? ‘ Azzah menegur setelah melihat aku seolah termenung panjang.


‘ Tak ada apa, sekadar melepas lelah sebentar . ‘ Menyembunyikan serabut jiwa.


‘ Petang ini aku mahu ke Label Vie, barang rumah untuk bulan ini masih belum dibeli. Nak ikut?’ Ringkas bertanya sambil menyimpan semula buku Ilmu Falak hasil tulisan Baharuddin Zainal.


‘Boleh juga, pukul berapa?’ Aku bertanya kembali.‘Sekarang’ Azzah menjawab ringkas lalu meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.


***********************************************


Adham dalam perjalanan pulang ke rumah usai menunaikan fardhu zuhur berjemaah di masjid Umrah. Jelabah berwarna putih susu yang dipakainya menyerlahkan lagi penampilannya yang sentiasa kemas dan bersih. Ketika hanyunan langkah kemas disusun, Adham disapa dari belakang.

‘ Orang Malaysia?’ Seorang lelaki berumur lingkungan 50-an bertanya lembut.


‘Ya, saya orang Malaysia. Kenapa Pak Cik?’ Adham tersenyum membalas sapaan.

‘Ini saya jumpa beg anak gadis Malaysia di tepi masjid. Agaknya beg ini dicuri sebab tidak ada duit, tinggal kad pengenalan sahaja.’ Pak Cik tersebut menerangkan kepada Adham sambil tangannya menghulurkan beg berwarna biru itu kepada Adham.


‘Owh! Er.. Terima kasih.’ Adham terkejut. Fikirannya ligat berfikir sekiranya ada sebarang kejadian rompakan yang menimpa pelajar perempuan di Maghribi yang didengarinya. Langkah diteruskan selepas mengucapkan terima kasih kepada pak cik tersebut.

Tiba sahaja di rumah, beg biru itu dibuka lantas kad pengenalan berwarna merah itu di baca. Rabiatul Ardawiyah Binti Ahmad atau cukup dikenali sebagai Arda . Adham tersentak. Lantas tangannya mendail nombor Arda.


‘ Assalamualaikum, Arda ke?’ Adham bertanya sambil tangannya memasukkan kembali kad pengenalan tersebut ke dalam beg.

‘ Waalaikumussalam, Arda bercakap. Ada apa-apa yang boleh dibantu?’ Arda menjawab.


‘ Saya nak pulangkan beg awak, ada Pak Cik jumpa di tepi masjid Umrah. Awak kena rompak
ke?’ Adham mengharapkan kekeliruannya dapat dijawab oleh Arda.


‘Dua minggu lepas, dalam perjalanan pulang dari universiti ada lelaki ugut minta duit. Saya terkejut waktu itu, jadi tidak menjawab apa-apa. Lelaki itu terus ragut beg biru saya kemudian lari. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang berharga dalam beg cuma sekeping duit kertas DH 20.’ Arda menerangkan secara ringkas.


‘Owh, kenapa saya tak tahu hal ini yer.’ Adham menggaru kepalanya yang tidak gatal. Arda dihujung talian hanya tersenyum.


‘Nanti saya hantar beg ini ke rumah awak lepas maghrib.’ Adham bersuara semula selepas persoalannya tidak dijawab.

‘Terima kasih’ Arda menjawab ringkas lantas mematikan talian.


*****************************************************


Najwa masih berbaring di atas katil, suhu badannya masih tinggi. Sewaktu perjalanan pulang ke rumah hujan turun dengan tiba-tiba. Sudahnya, malam semalam badannya panas dan kepalanya pening.


‘ Najwa, ada kurang panas badan engkau?’ Hanim bertanya sambil menuang susu panas ke dalam cawan untuk diberikan kepada Najwa.

‘Hanim, aku tak minum susu. Please….’Najwa bersuara manja meminta simpati.


‘Jangan nak mengada-ngada, minum susu ni. Susu tak nak minum macam mana tak mudah
demam.’ Hanim membebel mengingatkan sahabat baiknya Najwa.


Bersusah payah Najwa menghabiskan susu pemberian Hanim. Memang sedari kecil dia tidak biasa minum susu. Cuma sejak menjejakkan kaki ke bumi Andalus ini, dia selalu dimarahi kawan-kawan kerana tidak minum susu.

‘Petang ini aku mahu ke Rabat, ada urusan di kedutaan. Mungkin aku akan tidur di rumah Kak Azzah, lagipun lama sungguh tidak ziarah kakak-kakak di Rabat.’ Hanim memberitahu Najwa.


‘Nak ikut juga, aku pun dah lama tak ke Rabat. Aku ikut boleh?’ Najwa tersenyum sumbing memandang Hanim.

‘Kau demamkan? Duduk rumah je, nanti dah baik kita ke Rabat sama-sama ok?’ Hanim tidak memandang wajah Najwa yang sudah separuh kecewa.


‘Aku dah sihat, Hanim aku nak pergi sekali. Engkau tak sedih tinggalkan sahabat comel kau seorang diri ke?’ Najwa memancing simpati.

‘Ish, engkau ni. Suka hatilah kalau nak sangat ikut. Tapi kalau demam bertambah teruk aku cubit engkau. Tahu?’ Hanim menjegilkan mata tanda amaran kepada Najwa. Najwa bersorak, terpancar kegembiraan diwajahnya.


Sambungannya anda yang tentukan. Ehe~ :D


P/S : Cerepen ini juga masih belum

bertajuk. Boleh berikan tajuk sekali yea. ;)

6 comment:

Linda Abdullah said...

4 kronologi dalam 1 carpen ke?? Apa kat pilih salah satu sahaja dan kembangkan plot cerita nya..

Anonymous said...

nak bagi tajuk...nak bagi tajuk...


tajuk dia "ku pulang kembali beg lusuhmu" hik...hik...

teruskan menulis cik!!!

NurshahidahZahid said...

ha.. ak tau watak dlm citer ni. haha.. terutama si hanim tu. blum ckp ada urusan kedutaan pun dah boleh guess cre die mmbebel suh minum susu. haha..

ZahirahzahiD said...

>>> Linda Abdullah

Erm, saya dah menjadikan plot itu sebagai satu kak..

Tengah usaha nak buat klimaks dak penutupnya..huhu~

Mekasih atas pandangan =D

ZahirahzahiD said...

>>> Shinju

Haha~ X komersial langsung nama bagi..hoho~

Mekasih cik Shinju =D

ZahirahzahiD said...

>>> neiman

Siapa? (sambil garu dagu)