:: Aku dan Kado Ulang Tahun ::

Saturday, March 7, 2009


Assalamualaikum wth,

Apa khabar kamu di sana? Diharap sentiasa sihat di bawah lembayung rahmat Ilahi. insyaALLAH.

Wardah, hari ini genap umur kamu 19 tahun, sudah semakin menginjak dewasa. Bagaimana agaknya kamu setelah menginjak dewasa ini? Along harap semakin kurang ‘tidur’mu itu..hehe~ :)

Dik,
Along tak tahu, tapi sungguh sepenuh hati Along amat merinduimu dik. Mungkin terimbau kenangan kanak-kanak kita, kamu dan Along sering kali sahaja bertengkar. Kita memang tidak serasi semasa kecilkan? Sifat cemburu kanak-kanak menebal sungguh dalam diri kamu dan Along. Teringat kita pernah bertengkar malam sebelum kebakaran berlaku di rumah kita. Kita bertengkar hanya kerana mahu tidur bersama Izzah. Lucukan? Hanya kerana mahu tidur bersama Izzah kita bertengkar. Pernah suatu ketika dahulu, Along hampir sahaja menampar pipimu tapi Along tak mampu kerana Along akhirnya menangis sendiri. Kamu orangnya sedikit keras kepala, kebiasaan yang nombor dua begitu agaknya. ;)


Dik,
Sekarang Along rasa terlalu rindu untuk pulang ke Malaysia kerana Along tahu bila Along pulang setelah menjadi penjajah ijazah nanti kamu tidak ada di rumah. Kamu telah terbang jauh untuk mengejar cita-citamu pula. Rasa seperti mahu pulang cuti musim panas nanti, sungguh perasaan kasih seorang kakak kepada adiknya adalah satu anugerah, Along bersyukur kita masih menghargai rasa rindu ini. Tapi lumrah alam, bukan setiap keinginan kita akan tercapai. Along akur. Teringat pula bulan puasa tahun lalu, Along dan Aboy pergi ambil kamu di USJ lalu kita bertiga sepakat untuk singgah ke Jaya Jusco. Kamu beriya mahu singgah, mahu beli kasut. Sudahnya kita terlewat untuk balik solat terawih malam itu, malam pertama puasa sudah kena marah dengan mak dan abah. Aha~ Laju betul Along pecut malam tu, dekat 120 km/j. Nasib baik tak kena saman. Kenangankan semua itu?

Along rasa satu kesalan kerana kita tidak menghabiskan masa bersama ketika kita punyai waktu dulu. Lebih banyak kita bertengkar dan melakukan urusan luar kita. Mungkin memang sikap manusia yang tidak menghargai perkara yang ada dan hanya merasainya setelah kita sama-sama kehilangannya.

Dik,
Harapan Along padamu, capailah cita-cita kamu. Walau sejauh mana Along berada, doa Along untuk adik-adik Along sentiasa dititip angin yang akan menyapa diri kalian semua. Along yakin dengan kamu. Along cukup yakin dengan semua adik-adik Along. Along tahu kita semua punya misi yang sama. Apa yang ada dalam hati kita, adalah milik kita sekeluarga. Kita tahu apa dan mengapa kita harus berada jauh ke hadapan untuk cita-cita kita. InsyaALLAH. Moga kamu sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Along berdoa agar kita akan punya waktu untuk bertemu, walau Along tidak pernah tahu bilakan waktu itu akan hadir. Andai ada kesempatan yang Allah kurniakan buat kita untuk bertemu sebelum kamu terbang jauh, InsyaALLAH peluang tu akan menjadi peluang paling bermakna buat diri Along.

Untuk akhirnya, sebagai seorang kakak, Along sayang kepadamu dik. Moga kasih-sayang antara kita sentiasa mekar , moga kasih sayang dalam keluarga kita sentiasa tumbuh mekar bersama baja rahmat Ilahi. InsyaALLAH.



Selamat Hari Lahir ke-19
Nur Shahidah Zahid



P/S: Lagu sempena hari lahir kamu :)

8 comment:

Anonymous said...

erm..
menyentuh kalbu sungguh..

selamat hari lahir juga buat wardah~

semoge panjang umur+murah rezeki+mudah segala urusan+berjaya dunia akhirat..

amiin..

Saya said...

happe besday wardah..

ekramhakim~ said...

selamat ari lahir jugak la..eheh=P

sesaje menyebok..

ZahirahzahiD said...

>>> kekaseh

Bila perasaan sarat dengan rasa kasih, adakala kita tidak sedar ia dilahirkan dengan sebuah penulisan..

Terima kasih atas doa kamu untuk adik akak.. =)

ZahirahzahiD said...

>>> Saya

Mekasih atas ucapan untuk adik saya =D

ZahirahzahiD said...

>>> ekramhakim

Aha~ Terima kasih atas ucapan untuk adik akk.. =D

Xpelah faham, wartawan mmg suke menyebuk..lalala :-"

Linda Abdullah said...

Selamat Hari Lahir juga untuk adik mu..

Terharu kak Linda membaca nya..hik.hik..

ZahirahzahiD said...

>>> Linda Abdullah

Terima kasih kak Linda..

Erm...saya yg tulis ni lg haru biru jadinye kak..isk2