:: Terbaru Dari Sashimi ::

Sunday, March 8, 2009

Gambar Shimi yang terbaru :-bd
Hye,

Maaf sebab dah lama tak menaip, Shimi tak dapat nak guna Sis Zahirah punya laptop sebab dia ada banyak kerja. Malam ini Sis bagi pakai sebab Sis tengah kemas kini nota sem enam dia. Mekasih yer Sis.

Ingat tak Shimi cerita yang Sis nak bagi makan kentang rebus? Sis bagi Shimi makan hari tu, Shimi tak boleh terima masa mula-mula. Sudahnya Sis Zahirah suap Shimi makan. Pegangkan kentang tu, baru Shimi makan. Shimi bukan apa, kentang tu lembik susah Shimi nak pegang sebab tu Shimi lagi suka kalau Sis Zahirah yang pegangkan. Senang Shimi nak makan. :D Esoknya Sis bagi makan epal pula, sedapnya epal merah tu, Shimi suka sangat. Macam biasa Sis tak bagi banyak, Sis bagi sikit jer. Sis cakap semalam dah makan kentang, hari ini makan epal pula. Nanti boleh sakit. Erm, Shimi sedih taw tak dapat makan epal tu lagi. Sis kata minggu depan baru boleh makan lagi. Lama betul Shimi nak tunggu minggu depan. Hurm… ^O^

Semalam baru shimi tahu, Shimi boleh menghidap penyakit diabetes. Jadi, Sis amat menjaga makan Shimi sebab tak mahu sakit Shimi diabetes. Sis kata, kat Moroko susah nak cari klinik haiwan. Kalau ada pun terlampau mahal, boleh menjangkau DH 500 untuk satu rawatan. Jadi Shimi kena selalu sihat sebab tak mahu susahkan Sis Zahirah.

Ok, Shimi dah nak berhenti menaip. Sis dah datang, dia nak guna laptop. Dia kata dia chat dgn ukht dia. Ehe~ Kita jumpa lagi nanti. Shimi sayang semua orang. =)


P/S : Gemuk tak Shimi sekarang?

6 comment:

Anonymous said...

haip...hamster mana boleh makan epal..kata tuan awak dah baca info,buat research tentang awak...macam mana ni?

epal tak boleh...epal tak boleh...!!

datang sini..cik cut bagi makan ayam nak? wa haaaa...

-cik cut-

Linda Abdullah said...

Amboi dan gemuk sashimi tuuu.. aduss seekor tikus yg gemuk tapi pandai menaip..ke.ke.ke

ZahirahzahiD said...

>>> Cik Cut

Sis kate boleh la makan..die ade bace kat internet..

Kalau pergi umah Cik Cut nnt makan roti keras+hitam+bantat =D

-Sashimi-

ZahirahzahiD said...

>>> Linda Abdullah

Shimi tgh diet ni Kak Linda .. hehe

Ehe~ Kak Linda cakap Shimi tikus..sedih..wawawa =((

Saya said...

woi shimi..ptt la ko jarang main beskal skrg..dh berat..!

ZahirahzahiD said...

>>> Saya

Ehe, kak Saya jgn marah Shimi..kan tadi Shimi dah main beskal masa akak tgh uli kuih badak sembu akk tu =D

-Sashimi-