:: Terbaru Dari Sashimi ::

Friday, March 27, 2009

Apa khabar Sister dan Brother Shimi semua?

Lama rasanya Shimi tidak menaip, Sis Zahirah sibuk jadi Shimi tak dapat nak menaip. Hari ini Sis bagi peluang pada Shimi untuk menaip. Shimi rasa seronok sangat. Shimi nak cerita dekat semua sister dan brother Shimi pasal merajuk. Dua minggu lepas Shimi merajuk dengan Sis Zahirah. Shimi tak nak makan. Kesian juga tengok Sis tapi sebab saja Shimi nak makan keju Shimi merajuk juga.

Asalnya macam ini, ada satu hari tu kawan Sis Zahirah datang tengok Shimi dan dia terlupa nak tutup semula pintu rumah Shimi. Shimi tahu kalau Shimi keluar dari rumah nanti mesti Sis Zahirah susah hati macam hari itu. Jadi Shimi duduk baik-baik dalam rumah. Esoknya, masa Sis nak bagi Shimi makan sarapan. Dia menjerit sebab tengok pintu rumah tak bertutup.

‘Shimi, Shimi ada tak ni? Siapa tengok Shimi tak tutup pintu ni?’ Sis Zahirah mula bising.

‘Kenapa Sis Zahirah ni bising pagi-pagi?’ Shimi bersuara dalam hati, Shimi tengah tidur waktu itu tapi Sis bising-bising.

Bila dia nampak je Shimi je die terus jerit. ‘Wah! Baiknya Shimi….. tak keluar pun rumah even pintu tak tutup. Sayang dekat Shimi. Nanti Sis bagi hadiah ok, sebab Shimi jadi budak baik.’

Jadi, Shimi suka sangat Sis nak bagi hadiah. Dua hari kemudian Sis bagi Shimi makan buah epal dan bagi Shimi keju. Wah! Sedap betul Shimi makan hari itu. Pertama kali dapat makan keju. Teruja sangat. Sis, Shimi suka makan keju. Keju sangat sedap. :D

Esoknya, Sis bagi makan kacang panjang macam biasa. Tapi Shimi tak nak, Shimi nak makan keju atau epal je. Seharian Shimi tak makan. Itu yang Sis Zahirah risau sangat. Sudahnya Shimi dapat juga makan keju tapi sikit sahaja. Sis kata 'hari ini je, tak boleh makan selalu sayang, tak baik untuk kesihatan Shimi'. Lepas hari tu, Shimi nak je merajuk lagi. Ye la boleh makan keju hari-hari tapi Shimi kesian dekat Sis Zahirah. Shimi merajuk sekejap tak nak makan hari tu pun dia dah risau sangat. Ehe~ Shimi promise tak buat lagi Sis. Sayang Sis Zahirah. ;)

Ini gambar terbaru dari Shimi, hari ini Shimi dapat makan keju lagi sebab dah seminggu tak dapat snek. Keju sedap~



Sedapnya keju..Nyum2



Sis Zahirah sempat aja nak 'tembak' gambar Shimi



Maaf gambar kabur sikit ;)


Nampak tak keju yang sedap tu?



Keju ni dah setengah Shimi makan :D


P/S: Sis kata minggu depan
dia nak bawa Shimi pergi
Kenitra sebab ada program.
Sukanya dapat jalan-jalan. :D

10 comment:

Syahiddmilikku said...

shimi memain ngan kawan kat kenitra nanti ek..huhuhuhu..

Anonymous said...

waa..sonok2~

shimi nti datang dok umah auntie yg penyayang ni ek?
tapi..kalo dulu shimi dtg dapat la kawan kt stor blakang tu - tikus mondok name die..(takpe je sebab shimi pun spesies tu kan?)huhu..

tkpe,ade spesies baru boleh kwn ngan shimi - keluarge bahagie kt blakang umah auntie ni ade..samat,laila n zack..zack tu sebaye je..boleh jadik kawan baik..nanti auntie makan carrot..hehe..

ok ye shimi..jage diri leklok~
kimsalam pada sis zahirah ye?
(",)

kekaseh said...

ops..
silap plk~ehee
*nanti auntie BAGI makan carrot*

huhu..

Bunga Merah said...

Ohho!
Shimi,
meh dtg sini meh.
Auntie Kekaseh nk makan carrot ke?
Atau nk bg Shimi mkn carrot.
Ehhe~
Silap tuh!

Linda Abdullah said...

Gemuk nyer shashimi..

ZahirahzahiD said...

>>> Syahidmilikku

aha~ okies, nnt Shimi dtg ketuk umah bro Syahid k =D

>>> kekaseh

Ehe~Shimi tak makan carrot la sis kekaseh, Shimi makan ketang rebus =D

Owh, mondok~ Shimi kenal, tp die negare lain, Shimi ni dr negare lain..Shimi dari Monggol..hehe~

Shimi dah kem salam dekat Sis Zahirah, die kem salam pd sis kekaseh juga~

Sis kekaseh pun jaga diri sama juga ;)


>>> Wardatulhamra

Maceh Sis Wardatulhamra..nnt Shimi dtg k =D


>>> Linda Abdullah

Shimi dah kurus sikit dah ni, sebab senang nak main beskal =D

HidayahFadziL said...

e e... mcm muke zerah...

NurshahidahZahid said...

wa.. gemoknye cimi ko. ish3.. ak stuju dgn hidayah the guidance, ade muke ko. hahah..

siap r.. ko blik msia nnt, tau r nsib ko shimi! kucing kat umah dah bertambah >=D

ZahirahzahiD said...

>>> HiDaYah -the guidance-

Macam muke saye ke angah?
isk2 =(

ZahirahzahiD said...

>>> Neiman

huhu~ xdapek do nak bawa balik Mesia, kalau dapat duit beribu2 lemon baru dpt bawa balik Shimi kot..Sedihnya kalau kene tinggalkan Shimi nnti..huhu~