:: Terbaru dari Shimi ::

Sunday, March 1, 2009

Bila Sis panggil Shimi akan keluar. Shimi adik yang baik taw ;)



Hye,



Hari ni Shimi nak cerita tentang makanan kegemaran Shimi, Shimi suka makan kuaci. Amat suka makan kuaci! Tapi semalam Sis (Zahirah) Shimi kata Shimi tak boleh makan kuaci banyak-banyak sebab tak baik untuk Shimi. Kuaci akan menyebabkan Shimi gemuk, erm..tapi memang Shimi dah gemuk sekarang. Shimi nak main roda pun dah susah, badan Shimi dah berat. Sis selalu bebel sebab Shimi tak boleh nak main roda. Oklah Sis, Shimi janji lepas ni Shimi diet k. Jangan bebel-bebel selalu, kacau Shimi nak tidur je. Hehe~

Minggu lepas, Sis belikan Shimi kacang peas dan kacang buncis. Sis bagi Shimi menu baru. Shimi suka makan kacang peas awalnya sebab Sis tolong kupaskan kulit dan Sis suap Shimi makan. Shimi suka kalau Sis suap makan. Hari-hari mesti Sis kupaskan kulit bagi Shimi makan. Sis ada bagi Shimi makan kacang buncis tapi Shimi tak suka, sebab susah nak makan. Then, Sis potong-potong kacang buncis tu bagi Shimi makan biji yang dalam kacang buncis pula. Baru Shimi rasa seronok makan, tak perlu susah-susah nak kupas kulit. Mekasih Sis, sayang Sis! (",)



Hari ni, Sis janji nak bagi Shimi makan kentang rebus. Sis kata snek untuk Shimi, tapi tak boleh makan selalu sebab tak baik untuk gizi Shimi. Shimi tak sabar nak tunggu makan malam sebab ada menu baru lagi untuk Shimi. Sis memang rajin cari perkara berkaitan mengenai Shimi. Selalu Shimi tengok Sis baca info mengenai Shimi. Sebab tu Shimi selalu sihat sebab Sis rajin jaga kesihatan Shimi. Hehe~



Sebenarnya semalam Shimi merajuk sebab Sis dah tak mahu bagi Shimi makan kuaci. Sis pujuk, Sis kata 'kalau Shimi selalu makan kuaci Shimi gemuk, nanti Shimi sakit. Kalau Shimi sakit, Sis sedih. Shimi tak kesian dekat Sis ke?' Erm, Sis memang pandai pujuk. Nasib baik Sis janji bagi juga makan kuaci tapi tak boleh banyak-banyak. Sehari tiga atau empat biji je boleh. Tak pelah janji Shimi dapat makan kuaci juga. =)



Oklah, Shimi nak tidur ni. Malam tadi Shimi main-main sampai pagi, sebenarnya nak kacau Sis tidur tapi dia tak terjaga pula. Sis penat agaknya, berjalan-jalan di bandar. Sis dah tak marah dah. Walaupun Sis marah-marah semalam, sis bersihkan rumah Shimi. Mekasih taw Sis. Macam mana Shimi tahu Sis dah tak marah? Sebab pagi tadi Sis kejut Shimi bangun dan bagi Shimi sarapan. Shimi suka kalau Sis panggil Shimi. Sis sorang je yang panggil Shimi macam tu. Sashimiiiiii~~~~





P/S : Shimi pinjam laptop Sis ni,
Sis tak tahu, dia dengan Kak Sherot ada
projek masak-masak hari ini. Apa pun, Shimi
dapat makan kentang hari ni. Suke-suke =D

10 comment:

Anonymous said...

wah..shimi dah boleh menaip ke?

pelik ni..jari pun tak besar mana..larat ke nak taip?

ke menaip hentak guna perut? hik hik..comel2

sedap ye kentang? mehlah sini,cik cut masakkan mashed potato.. =)

-Cik Cut-

Farah Imani said...

tomelnya shimi..hehe..
baik yer die :)

ZahirahzahiD said...

>>> Cik Cut

Hehe, Shimi lompat2 kat ats keybord sis Zahirah.. mcm main tengteng tu..

Cik Cut, nak buatkan mashed potato? nak2, tpkan Shimi bole mkn ke? nnt Sis bebel kalau Shimi mkn yg bukan2..Wawawa

-Shashimi-

ZahirahzahiD said...

>>> Farah Imani

Ehe~ Shimi memang comeii, Shimi nak jadi budak baik xmo susahkan Sis Zahirah..

-Sashimi-

misz_nierah said...

salam..

may i ask u smthing? awk ni dr SERATA ke? batch bpe? sy dak serata batch 40..same batch with habsah.

ZahirahzahiD said...

Salam alaik..

Ops..saya bkn bdak SERATA, SERATA tu skola mane? =D

Saya skola kt N9 dlu =)
Maahad Ahmadi, Gemencheh...

alang2 ni, selamat berkenalan ;)

Linda Abdullah said...

Biarlah sashimi gemuk + chubby.. baru comel.. he.hee

Pandai nye sashimi taip tulis entry.. waahh..

ZahirahzahiD said...

>>> Linda Abdullah

Shimi memang da gemuk la Kak Linda, dah xlarat nak main roda dah..Sis Zahirah asyik bising sebab Shimi dah xboleh nak naik kat situ..Ehe~

Shimi belajar dr Sis Zahirah ni, die asyik dpn kom je, kdg2 die bawa Shimi main atas laptop, tu Shimi pandai taip tu.. =D

-Sashimi~

misz_nierah said...

eh,huhu..asif...sbb name awk cm name bdk skolah dulu..SERATA tu kt ipoh,perak..isk2...maaf2..jemput la ziarah www.misznierah.blogspot.com

*malunye

ZahirahzahiD said...

ehe~ xpe je..Selamat berkenalan untuk kite =D

;)