-- Kerja Kosong --

Monday, November 2, 2009

Assalamualaikum wth,

Segala puji bagi Allah atas nikmat hidup dan iman yang masih kita perolehi tika ini. Alhamdulillah.

Dakwah? Tarbia? Usrah?

Mengecap kemanisan perjuangan ini bukan sesuatu yang mudah. Andai perjuangan ini mudah tentu ramai yang telah menyertai, andai perjuangan ini pendek tentu ramai yang akan istiqomah. Tapi jalan ini bukan mudah. Jalan ini bukan pendek. Panjang dan terlalu banyak likunya. Makanya terlalu banyak ‘kerja kosong’ untuk dunia ini. Kenapa tidak ada manusia yang mahu ‘apply’ kerja kosong ini?

Teringat seorang sahabat yang pernah menangis kerana perjuangan ini. Kata dia, ‘sudah terlalu banyak air mata jatuh untuk jalan ini, bimbingan sahabat dan sirah Rasulullah menjadi pegangan. Doakan kita tabah dan sabar untuk menempuh jalan ini’. Rindu kamu sahabat.

Memulakan sesuatu itu memang mudah, untuk tetap melakukan sesuatu yang dimulakan adalah sebesar-besar perjuangan. Aku mahu bangun subuh berjemaah selepas ini. Ya, memang aku bangun. Alhamdulillah. Seminggu selepas itu? Sudah mula ada tertinggal dua tiga kali. Bukan mudah untuk tetap dengan sesuatu. Keinginan yang menjulang tanpa disertai ketetapan pada hati bagai gunung berapi yang meletus. Seketika cuma gentar buat manusia, apabila ia kembali normal. Itulah dia tempat pelancongan yang begitu ramai pengunjungnya. Berusahalah kita~

Syarah Usul 20 tulisan Imam Hassan Al-Banna bakal menjadi antara silibus kupasan untuk usrah sem ini. Alhamdulillah. Walaupun sebenarnya ini adalah buku basic untuk mereka yang ingin memulakan jalan dakwah, kata seorang sahabat yang telah berkecimpung dalam bidang ini. Itu bukan satu masalah, tidak pernah ada istilah terlewat dalam menyebarkan kalimah tauhid ini. InsyaALLAH. Bersamalah menghayati dan fahami kandungan buku tersebut. Semoga kita mendapat manfaat.

Buat pelajar –pelajar bumi Andalus, semester baru telah bermula sebulan yang lalu. Semoga kita berusaha sehabis baik. Untuk berada pada jalan ini, kita memerlukan mereka yang alim (berilmu). Tidak kisahlah kalau kita dalam bidang perubatan, engineering, perguruan, Islamic studies, semuanya mampu menyumbang kepada kekuatan islam ini. Lihat sahaja ilmuwan islam terdahulu, perjuangan mereka bukan perjuangan tuli dan buta. Perjuangan mereka dengan ilmu. Jarang sekali melihat mereka yang memperjuangnkan kalimah tauhid ini mampu bersenang-senang. Penjara sudah menjadi tempat yang pasti, di dalam penjara tersebut tempat mereka menulis buku karangan hebat hingga masih menjadi rujukan utama kini. Ibn Taimiyah, Hassan Al-Banna, Abbas As-sisi, Syeikh Sya’rowi, Syeikh Ahmad Yassin. Bacalah kisah mereka,ambillah iktibar. Berjuanglah dengan ilmu bukan berjuang sebagai pengikut yang tidak berilmu supaya hak dan batil dapat kita pisahkan.

Cukup sudah coretan kali ini. Teringin benar menceritakan pengalaman di Leicester, United Kingdom. InsyaALLAH ada kesempatan akan dipublishkan entri yang masih belum berjumpa penutupnya. Aha~

P/S : Bacalah buku karangan Abbas As-Sisi,
Dakwah dan Cinta ke Jalan Allah.
P/SS : Terlibat sama untuk PROSISMA,
rindu dengan adik-adik semua. =)

0 comment: