-- Nurizzah binti Zahid --

Tuesday, November 3, 2009

kad untuk Along dari Izah

Izah waktu umur tiga tahun kot. Tak ingat. =D

Assalamualaikum wth,

Sudah seminggu kembali ke bumi Moroko ini. Alhamdulillah semakin dapat menyesuaikan diri kembali. Cuaca masih agak panas di sini. Perubahan cuaca yang aku alami di tiga buah benua (Asia, Eropah dan Afrika) membuatkan badan kurang selesa. Malaysia dengan cuaca yang panas membahang, United Kingdom yang amat sejuk dengan kadar 6 darjah celcius dan Moroko yang masih panas berkeringat.

Kuliyah telah pun bermula, semester ini aku hanya mempunyai tiga hari sahaja kelas. Selasa, Rabu dan Sabtu tapi subjek yang aku bawa agak berat, iaitu Quran dan hadis. Semester ini kena menghafal juzuk 28 sepenuhnya dan 68 hadis daripada Sohih Bukhori. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

Aku teringatkan Izah sebenarnya, rindu sungguh pada dia. Sebelum aku menaiki kapal terbang untuk kembali ke Moroko, dia sempat memberi aku sekeping kad. Buatan sendiri =) Walaupun kad itu hanya diperbuat daripada sekeping kertas berwarna hijau yang berharga RM0.20 mungkin tapi nilainya tidak mampu menandingi tiket penerbangan ke Turki yang aku idam-idamkan =D . Harganya terlalu mahal untuk secangkir kasih dari seorang kanak-kanak yang berumur 9 tahun. Terima kasih Ija, Along hargai dan sesungguhnya kali pertama membaca tulisan itu, air mata memang jatuh sebab tak sangka Ija mampu menulis terus dari hati. Along rindu~~

Izah beri lagu ‘melawan kesepian’ pada aku, lagu ni Izah beri pada Wardah juga sebelum Wardah fly ke Canada. Aku terfikir kenapa lagu ini yang di beri, jawapannya Izah merasa sepi dengan kehilangan dua orang kakaknya dan berharap walaupun itu yang terjadi dia mampu melawan kesepian dan tidak akan berubah. Dia akan mampu menghadapi saat mendatang sendirian. Ini hanya andaian aku, kalau tanya Izah dia tak mahu jawab. Oh my lovely Izah, miss u dear!


Melawan kesepian [klik]

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti


P/S : Ditulis sewaktu seminggu di Moroko, baru berkesempatan publish. =D


6 comment:

Shinju said...

Oi along mungkir janji..kan izzah dah tulis kat bawah tu >>>jangan bagitau siapa siapa tau !


-Izzah -


ha ha ha !!!

terharu baca surat izzah...aku tak ada adik perempuan..waaaaa....

NurshahidahZahid said...

oo goshhh.. Izzah... :( uwaaa.. yaAllah... nangis gak aku bace..

lagu tu sbb lagu wadi unung.. die really into that drama.. pelik ak dgn bdak nih.. asal matang sgt nih.. hehe..

haha.. ko sme dgn aku long, die ckp jgn gtau sape2, tp msuk blog terus. huhu.. bnde ni akn jd bahan gelak once die dah besar nnt.. yg pling pnting tulisan itu dtg dr hati die yg takde dosa.. :)

doakan die jd anak solehah..

خديجة خليلة said...

sendiri menyepi, melawan kesepian. macam ada kesinambungan pula.

-Kak Ija-
(tak sangka pula sama nickname dgn Izzah)

ZahirahzahiD said...

Shinju :

Aha, hope Izah xtahu =D

ehe..xpe kau ade 2 orang adik lelaki yg boleh jadi bodyguardkan?

ZahirahzahiD said...

NurshahidahZahid :

Masa bace kali pertama tu, mmg tak dpt nk habiskan bace kad Izah ni.. Meleleh air mate xnak berhenti. Memang terus masuk ke jiwe kad Izah ni. Rindu die ~

Yups,macam yg die nak nyanyi utk kau b4 kau naik flight hari tu kan? She is amazing!

Ini satu kenangan yg xkan dilupekan! aha~ She will~

Semoga kite semua menjadi anak yg soleh dan solehah. =)

ZahirahzahiD said...

Afnan Athirah :

Owh, begitukah? eheh..

ehe..semoga semangat Kak Ija ada pada adik saye juge =D