Geng! Pengembaraan Bermula II

Thursday, November 19, 2009

Makan tengahari BOOM!

Ustaz Maszlee Malik

Dr Alhady Alfian Yusof

Assalamualaikum wth,

Hari ini Isnin, 19 November 2009 bersamaan 2 Zulhijjah 1430. (Mari berpuasa di bulan Zulhijjah)

Mari menyambung siri geng,pengembaraan bermula yang tertangguh untuk berapa lamanya. Sedikit sibuk bermain dengan masa kini. Masa itu emas. Jika kita tidak memotong masa maka masa akan memotong kita. Berfikirlah~

Hari kedua di Leicester, aku dah Shahirah akan menyertai program BOOM! anjuran Leicester University Malaysia Society (LUMS) dengan kerjasama Majlis Syura Muslimun (MSM) dan Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM).

Program bermula seawal jam 8 pagi. Aku, Shahirah dan Kak Nida’ berjalan kaki menuju ke University of Leicester. Subhanallah, indah ciptaan Ilahi dalam mencorak dunia ini. Allah! Aku rindu suasana itu. Ketika kami sampai di sana sudah ramai ahli yang datang. Pengalaman indah lagi mengenali lebih ramai sahabat di bumi Leicester. Bertemu seorang sahabat dari Brunei, Rabiah namanya. Suka melihat Kak Rabiah, biarpun ini adalah program pelajar Malaysia tapi dia tidak segan dan malu bertanya kepada penceramah. Begitu berkeyakinan langkah dan gayanya. Menampilkan ciri-ciri seorang da’ie yang mesra rakyat. Sungguh~

Penceramah untuk program ini ialah Ustaz Maszlee Malik, beliau seorang pensyarah fiqh dan usul. Beliau juga seorang penulis dan penulisannya lebih banyak menjurus kepada isu Palestin dan isu umat islam di peringkat antarabangsa . Beliau sekarang sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Durham, United Kingdom. Seorang lagi ialah Dr. Alhady Alfian Yusof seorang doktor pakar di Yorkshire. Beliau ialah lepasan Universiti Liverpool, United Kingdom.

Slot pertama di isi oleh Dr Alhady dengan tajuk yang sangat menarik bagi aku, “I am not just a student, I am a Muslim Delegate”. Dr Alhady menekan isu-isu berkaitan kepentingan usrah, tip-tips kecermelangan, prioriti hidup dan sebagainya. Antara kata-katanya yang banyak membuat aku banyak sekali berfikir ialah ‘ you know your limit and know your minimum’ dan ‘minimum knowledge in islam changes depending on your knowledge in islam’. Kalau umur aku sekarang sudah 21 tahun, masakan pengetahuan aku masih lagi berkaitan apa dia rukun islam dan iman? Mari sama-sama menilai.

Slot seterusnya bersama Ustaz Maszlee Malik dengan tajuknya ‘Revival of Ummah’. Cara penyampaian Ustaz Maszlee Malik lebih bersahaja. Biarpun banyak di isi dengan unsur humor tapi beliau sebenarnya banyak mengajar untuk berfikir dan mengkoreksi diri kita semula. Terima kasih ustaz.

Program diteruskan dengan pengisian tiga sesi bengkel iaitu bengkel pengurusan masa, pengurusan tekanan, skil berkomunikasi dan bidang pengkhususan. Aku dan Shahira mengikuti bengkel berkaitan pengurusan masa yang dikendalikan oleh Kak Nik Munirah (Doktor di Sheffiled yang akan pulang ke Malaysia for good), kemudiannya pengurusan skil berkomunikasi oleh Kak Rabiah dan Kak Dayana dan terakhir sekali pengurusan tekanan kendalian saudara Firdaus atau lebih dikenali sebagai Fidut dan Kak Zuriyati . Seronok dan bermanfaaat!

Seterusnya pelajar-pelajar dibahagikan mengikut bidang pengkhususan untuk sesi skil belajar mungkin. Oleh kerana aku dan Shahirah telah keluar dari bidang pengkhususan yang disediakan makanya kami telah dijemput khas untuk satu bengkel di Kafe University Of Leicester oleh Kak Zu dan Kak Nik Mun untuk bercerita dan menimba pengalaman yang bukan sedikit dari kedua-dua mereka. Makan free~ =)

Alhamdulillah selesai sudah program BOOM! . Ucapan jutaan tahniah buat pengarah dan ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus lumus untuk program ini. Semoga Allah memberkati program tersebut, amin. Malamnya kami habiskan masa di rumah dengan menimba ilmu berkaitan selok belok Leicester dari Kak Nida. Kami akan berjalan berdua di Leicester keesokannya kerana Kak Nida ada kelas. Aha~ Nasiblah labu.

Antara pengalaman berharga yang tak akan aku lupakan, berprogram bersama bakal-bakal doktor . Fikrah yang berbeza, informasi yang berbeza, gerak kerja yang berbeza, keazaman yang berbeza tapi punya tujuan yang sama. Andai diberi peluang aku mahu kembali ke sana semula. Mengutip kembali mutiara yang aku tinggalkan tanpa sengaja.


P/S : Pengembaraan Bandar Leicester in progress.


1 comment:

asyrazi said...

Oh, tertinggal mutiara di sana, patutlah terpalit kesilapan yang mungkin tidak disengajakan dalam penulisan.

Salah: di isi
Betul: diisi

Salah: mengkoreksi
Betul: mengoreksi
Contoh lain: Kalau ada imbuhan yang sama bagi perkataan "tengah", maka ia akan jadi "mengetengahkan", bukan "mengketengahkan".

Terima kasih atas perkongsian yang berharga itu. Ada rakaman tak? Kalau ada, sudi-sudilah berkongsi dengan kami.

Thanks in advance!