:: Nikmat yang didustakan ::

Wednesday, February 16, 2011

Mohd. Asrof Mohd. Sapie, 32,
graduan Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam),
berjaya memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.21.


Hari ini usai kelas di Institut Islam Hadhari, saya bergegas pulang ke kolej. Saya mahu ke perpustakaan untuk menyiapkan tugasan saya. Sepanjang perjalanan itu, saya sedikit merungut kerana tika itu sangat panas dan saya pula membawa laptop dan buku-buku yang agak banyak. Saya ke perpustakaan menaiki bas.


Sampai sahaja di perpustakaan terus mengambil tempat yang agak selesa, ramai pelajar sudah sedia ada di dalam perpustakaan. Terus sahaja membuka buku untuk meneruskan pencarian dan pembacaan saya. Tapi, mata saya sungguh-sungguh mengantuk. Lalu saya ketiduran lebih kurang 20 minit di atas meja.


Saya kemudiannya terjaga dan lihat perpustakaan sudah mulai kosong. Saya menyambung pembacaan saya dan kemudiannya bersedia untuk menunaikan fardhu asar. Sebelum ke surau saya berhenti untuk membasahkan tekak yang mulai kering di water cooler berhadapan dengan pintu masuk utama perpustakaan. Saya terlihat seorang kurang upaya penglihatan berjalan. Matanya hanya nampak sebelah sahaja dan mata yang mampu untuk melihat itu sedikit kecil berbanding mata yang satu lagi.


Anak mata saya mengekori langkahnya, dia menuju ke water cooler. Mungkin dia juga dahaga seperti mana saya. Bersamanya ada sebuah beg sandang tepi, beberapa buah buku juga satu botol kosong. Saya lihat dia buka paip air di water cooler, dia buka air panas! Saya sangat terkejut. Saya nampak dia terkejut kerana air panas itu terkena pada tangannya. Botol kosong itu tidak berada pada tempat yang betul untuk tadahanan air.


Kelu.


Dia meraba-raba satu lagi paip, kali ini betul air yang sejuk. Malangnya botol yang dia letakkan tidak berada pada tempat yang betul untuk tadahan air. Terlalu sedikit air yang masuk ke dalam botol. Selepas dia menggoncangkan sedikit botol itu, (mungkin untuk mengetahui banyak air yang telah ditadahnya) dia minum apa adanya dalam botol itu. Dia melihat saya lalu tersenyum. Saya?


Sungguh saya terlalu kelu, sedih dan sangat kaget. Saya seolah manusia yang tidak dikurniakan penglihatan dan perasaan ketika melihat dia. Maafkan saya awak. =’(


Saya merungut sepanjang perjalanan saya kerana panas. Saya tidak bersungguh apabila tiba di perpustakaan lalu ketiduran. Tapi dia? Sangat tabah untuk menuntut ilmu. Tidak sedikit mempamerkan rasa marahnya kerana air panas yang kena pada tangannya. Saya tahu tangan dia sangat sakit. Ya Allah, kau peliharalah lelaki tersebut.


Terlupa mensyukuri nikmat Allah, sedangkan minggu lalu Allah telah ingatkan saya dengan Ar-Rahman melalui sahabat saya. Nikmat Allah yang selalu didustakan. Muhasabah diri.



4 comment:

Anonymous said...

huuuuu~ sedihnyeee. :( betullah Allah kata sedikit sahaja dari hambaKU yang bersyukur. dan saya termasuk dalam golongan itu. Rabbi, ampunkan kami~

creamyfiodesi said...

saya xigt dr mane saye dpt quote ni :

"aku hanya meminta shlai daun, namun Allah memberikanku sebatang pohon"

خديجة خليلة said...

Teringat kawan-kawan kurang upaya di Rabat dulu. Mereka bukan org Rabat, ada yang Tanger, Tetouan. Duduk di asrama. Belajar sama mcm kita yang berupaya. Sungguh kuat semangat mereka. Ada seorang kwn akak tu, dia buta. Seronok berborak dengannya kerana bhsnya fushah! Harapan dia, semoga Morocco menyediakan banyak lagi kemudahan untuk orang kurang upaya. (tak bnyk kemudahan pun, dia boleh berjaya. hebat) Dan, pernah juga ikut dia balik hay, Biliknya tingkat 2. Tanpa lif. Ada 3 orang ahli bilik. Kesemuanya kurang upaya!

ZahirahzahiD said...

Moga kita menjadi hamba-hambaNya yang menghargai erti nikmat Allah swt.

=)