Gotong- Royong Bersihkan Sawang

Tuesday, August 25, 2009

Assalamualaikum wth,

Okies2, tahu dah lama tak update blog, nak updatelah ni.

Kita mula semula dengan cerita pengalaman di London, (tahu cerita ni dah basi tapi nak cerita juga). Hari kedua di London, jalan-jalan sekitar lapangan terbang sementara tunggu Sherot sampai ke London. Dia akan sampai sekitar jam 11 malam. Sarapan pagi, aku beli coffee dan roti di kedai yang ada di lapangan terbang tersebut. Alhamdulillah, terisi juga perut sambil membaca buku Kombat 1511 yang aku bawa dari Morocco. Makanya aku duduk di situ dari pagi hinggalah menjelang malam dalam erti kata lain menjelang kehadiran Sherot.

Sekitar jam enam petang, sedang aku minum sambil berusaha menghabiskan saki baki pembacaan aku, aku di sapa oleh seorang orang Malaysia. Waktu tu tak tahu nak cakap apa, cuma senyum sahaja. Borak-borak dengan akak tu, dia bekerja di Ireland, baru balik dari Kelantan bercuti. Dia terlepas kapal terbang dari London ke Ireland sebab waktu di Doha, kapal terbang lewat empat jam. Rezeki berkongsi pengalaman dengan orang dari Ireland. Suka-suka. Jam 11 malam Sherot sampai, aku bawa dia jumpa kakak tu. Malam tu aku juga yang tak dapat tidur, Sherot dan kakak tu tidur dengan lenanya. Tak boleh tidur pula walau sudah dua hari tak tidur dengan sempurna. Makanya buku ‘Saasatul Ibad’ yang aku bawa aku baca. Dalam jam empat pagi rasanya Sherot terjaga dari tidur, borak-borak dengan dia sementara tunggu akak dari Ireland tu jaga. Bila akak tu dah terjaga kami tolong dia kemas barang-barang dia sebab dia punya bagasi lebih muatan. Lepas kemas-kemas akak tu belanja kami makan di Starbucks, aduhla….terpaksa~~~

Lepas hantar akak tu daftar masuk, aku dan Sherot memulakan ekspedisi kami nak berjalan sekitar London. Kami pun menaiki bas khas untuk penumpang-penumpang easyJet ke Victoria, salah satu tempat di London. Lebih kurang satu jam juga perjalanan menuju ke sana. Sampai sahaja di Victoria kami menuju ke Malaysian Hall dengan tujuan untuk meletakkan beg sementara kami berjalan sekitar London. Iyelahkan takkan nak bawa beg bagasi 20 kilo tu ke hulu ke hilir. Sampai Malaysia, hilang tangan aku dan Sherot nanti.

Kita berhenti sampai sini, nanti sambung lagi. Aku penat dah nak menaip. Hari ni nak ke Kuala Kubu Baru, Selangor. Memandu di musim puasa sangat memerlukan fokus yang tinggi.

Selamat Berpuasa =)


P/S : Izah minta buatkan
Kek Pound untuk dia.

2 comment:

fItRiNa said...

tiadakah gambar yg dpt dikongsi sepjg anda bermusafir...
seronok bce catatan anda cik zahirah...
nak no. di malaysia...
need to ask you something..

ZahirahzahiD said...

>>> fitRiNa

tak banyak ambil gambar la fyt..huhu