:: We Gonna Miss You ::

Thursday, September 3, 2009

dari kiri: Aboy, Abang Uni, Kak Huda dan Wardah


Assalamualaikum wth,

Rasanya hari ni nak berhenti cerita pengalaman di London. Hari ini aku nak bercerita tentang semalam; 2 September 2009. Semalam adik perempuan saya a.k.a Wardah a.k.a Nurshahidah telah meninggalkan bumi Malaysia untuk menuju je Canada bagi meneruskan perjuangan ilmunya. Alhamdulillah.

Sepatutnya penerbangan Wardah 1 September 2009 tapi ditunda atas sebab yang aku tak tahu. =D Makanya, hari Selasa lepas; 1 September 2009 aku dan Wardah telah menuju ke Menara Tan&Tan yang terletak di Jalan Tun Razak yang di dalamnya kedapatan Kedutaan Canada untuk memanjangkan tempoh masuk visa ke Canada bagi mengelakkan masalah yang tak diingini berlaku. Pertama kali mak dan abah beri kebenaran bawa kereta ke Bandaraya Kuala Lumpur. Setelah menuju ke sana kami menuju ke Low Yatt untuk membeli kamera. Selepas itu, kami manuju ke Jaya Jusco pula untuk membeli beberapa barangan Wardah yang masih belum lengkap. Sehingga ke jam lima petang, kami masih tidak mengetahui yang dia akan fly pada keesokkan malamnya; 2 September 2009. Sekitar jam 5.30 petang sahabat Wardah menghubungi dia mengatakan kemungkinan besar mereka akan berlepas keesokkan malamnya. Aku dan Wardah dalam kereta terkejut dengan sangat, rasa masa semakin dekat menghampiri kalau memang itu jadual penerbangannya. Sekitar jam 6 petang Wardah mendapat penggilan daripada JPA mengesahkan yang mereka akan terbang pada keesokkan malam. Maka emak dan abah dikhabarkan khabaran ini. Kata emak semalam, lemah rasa jantung dan badan-badan bila mendengar pengkhabaran itu. Harap dihatinya agar penerbangan ditunda hingga ke minggu hadapan, tidak disangka secepat ini pula penerbangan mereka. (hari ibu tiada siapa dapat mentafsir)

Tamat cerita 1 September 2009.

Cerita 2 September 2009 bermula seawal waktu sahur. Wardah tak makan rasanya, memang itu satu tindakan bilamana kita ketahui kita akan meninggalkan mereka yang kita sayang. Sekadar mencuit-cuit makanan yang ada. Keadaan masih seperti biasa. Selepas sahur, masing-masing membuat kerjaan masing-masing hinggalah mak, abah dan Wardah keluar untuk melunaskan beberapa tugas yang tidak sempat dilunaskan lagi. Aku pula membaca buku 'Hijab Sang Pencipta', buku itu aku beli untuk diriku tapi memandangkan Wardah belum lagi baca buku tersebut aku membiarkan dia membawa buku tersebut ke Canada.

Sekitar jam 1 petang, mereka pulang dan aku keluar membeli barang sedikit. Wardah juga minta aku tolong 'print'kan beberapa dokumen yang dia lupa untuk 'print'. Bila aku sampai sahaja di rumah, kereta sewa telah sampai untuk membawa Wardah keluar dari rumah. Mak, Abah, Wardah dan Izah menaiki kereta sewa menuju ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) manakala aku dan Aboy menaiki kereta kami. Aku menunggu Aboy pulang dari peperiksaan Percubaan SPM 2009 sekitar jam 4.30 petang. Alhamdulillah aku dan Aboy selamat sampai ke KLIA bersama dengan Mak Long dan Mak Ngah.

Ramai yang datang di KLIA, Mak We sekeluarga, Mak Itam, Kak Ika, Pak Teh Alan sekeluarga, Pan Ndak sekeluarga, Pak Teh P.D sekeluarga dan Busu sekeluarga. Rasa seronok berbuka ramai-rami di KLIA. Lepas buka masing-masing sibuk mengerjakan solat maghrib selepas itu mula sibuk untuk menghantar Wardah menuju pintu perlepasan. Waktu ini hati aku sendiri sudah beberapa kali bergetar menahan rasa sebak. Puas ku tahan air mata agar jangan jatuh berjuraian. Tapi aku tidak mampu, sebaik sahaja tangan aku digapai untuk disalami, tidak semena-mena aku dan Wardah terus berpelukan dan mengeluarkan air mata yang bukan sedikit. Lama kami berpelukkan, kata semangat dan nasihat untuk kami berdua. Sama-sama mengingatkan antara satu sama lain. Aku bena-benar rasa kehilangan. Kemudian Wardah bersalaman dengan Aboy, Izah , abah dan mak. Hampir semua ahli keluarga yang datang berair mata melihat perpisahan ini. Tiada siapa mahu perpisahan barlaku tetapi ini hukum alam. Aku mendoakan agar Wardah selamat sampai ke Canada. Dia akan ke Trent's University, Ontario, Canada. Empat tahun di sana dalam bidang Sains Sosial. Moga segala urusan kau akan dipermudahkan. InsyaALLAH.

Tamat cerita 2 September 2009.

Sebelum aku terlupa. Izah; adik bongsu aku telah memberikan sekeping kad kepada Wardah. Waktu dia ternampak dia menulis surat itu, aku benar-benar tersentuh. Umur dia baru menjangkau sembilan tahun tapi dia punya naluri kasihkan keluarga yang amat tinggi. Di hadapan sampul surat tertulis; To Wardah. I love you very-very much. From Izah. Isi kandungan kad rayanya berbunyi begini tidak silap aku. " Semoga Wardah selamat pergi dan selamat pulang", di tepi kad raya tersebut ada menulis kata-kata yang berkaitan dengan hubungan silaturrahim ke apa entah, aku tidak berapa pasti. Izah telah gantikan dengan perkataan 'adik-beradik'. "Semoga ikatan adik beradik kita akan kekal selamanya". Aku menangis lagi. Anak kecil sembilan tahu itu sudah mengerti erti ikatan ini adalah satu ikatan yang amat indah semoga kami sekeluarga sentiasa mengingatinya.

Ikhlas,

We Gonna Miss You, Wardah.

P/S : Gambar di KLIA akan
dimasukkan kemudian.

2 comment:

Shinju said...

sedihnya cik Zahirah...aku kat sini pun dah bergenang2 ni...teringat masa mula2 nak ke Mesir dulu...rindunya kat keluarga...isk2..

rajin2lah online...lama aku tak borak dengan kau ni...

ZahirahzahiD said...

>>> Shinju

uhuh~ nanti raya ni aku nk datang umah kau..g tgk anak buah kau..boleh? =D

gantikan kau sebab tak dapat nk tgk dia lagi..

Lepas chat ngn kau hari tu, tenet aku langsung putus for 3 days..adoi~