Bilakah lagi?

Thursday, November 19, 2009

Assalamualaikum wth,

Adakalanya kita tidak pernah mampu nak menghalang kemungkaran yang berlaku depan mata. Kita tahu itu salah. Itu dosa! Tapi apakan daya, sungguh kita terlalu lemah. Di mana mahu digali perigi kekuatan yang semakin tenggelam dengan debu dosa yang berterbangan dari pelusuk dunia ini?

Oleh kerana kita tidak mampu, marah seringkali adalah jalan. Marah itu adalah wasilah mencari ketenangan. Begitukah sepatutnya? Kita berhak marah, kerana yang berlaku depan kita sekarang adalah satu perkara yang dibenci pencipta kita. Tapi adakah kemarahan mampu memadamkan debu dosa yang semakin bertiup kencang melitupi seluruh semesta ini?

Marilah kita yang merasakan kita adalah da’ie yang bergerak menuju deru dakwah ini membaca sepotong ayat al-quran yang Allah turunkan kepada Nabi kita Muhammad SAW.

خذ العفو وأمر بالعرف وأعرض عن الجاهلين

“Berilah maaf, perintahlah kebaikan dan berpalinglah pada

orang-orang yang bodoh." -- Al-A'raf : 198 --

Ayat ini turut disertakan bersama hadis daripada Ibnu Abbas r.a yang telah diriwayatkan oleh Bukhori. Di mana Umar Al-Khattob cuba bersabar dengan Uyaynah Bin Hishn yang mengatakan beliau seorang yang tidak adil dan tidak memberi kemewahan kepada rakyat yang diperintah oleh Umar Al-Khattob ketika itu.

Seorang da’ie harus sentiasa tahu siapa mad’u mereka dalam jalan dakwah ini.

Aku benar-benar rasa mahu marah, hingga tulisan ini siap ku tulis aku masih belum mampu mencegah perkara ini. Allah! pinjamkan aku kekuatan para Anbia’ tika ini.

P/S : Semoga kita semua sentiasa bersatu.

Satu Hati!


0 comment: