Geng - Pengembaraan bermula

Thursday, November 5, 2009

Assalamualaikum wth,

Alhamdulillah, aku dan Shahirah telah selamat sampai keMorocco pada 20/10/2009 lebih kurang jam 5.30 petang. Tamat sudah perjalanan kami yang panjang ini. Macam mana aku tidak katakan panjang, dari Malaysia (16/10 – 13 jam perjalanan) ke London (16/10 – 20/10 --- lapan jam di airport Stantead, tiga jam perjalanan ke Leicester menaiki bas, duduk di Leicester
4 hari, dari Leicester ke Victoria Station, tiga jam perjalanan menaiki bas kemudian terus ke Gatwick Airport 3 jam lagi perjalanan dan dari Gatwick Airport (20/10) ke Morocco tiga jam perjalanan. Amat penat! Namun pengalaman yang dikutip terlalu berharga. Alhamdulillah.

16 Oktober 2009

Aku dan sekeluarga selamat sampai ke LCCT yang memang cukup sibuk dan sesak. Berjumpa Shahirah, Mak cik Aishah dan Abang Sharizal. Segala urusan berjalan dengan baik cuma kami agak terlewat daftar masuk (check - in ) kerana tukaran duit mengambil masa yang agak panjang. Tepat jam 4.45 petang aku dan Shahirah telah berlepas meninggalkan bumi Malaysia.

Jam 11 malam begitu, aku dan Shahirah selamat tiba di London (Stanstead Airport), suhu ketika itu 9 darjah celcius, sejuk! memang amat sejuk. Aku pula terlupa untuk membawa selendang buat selimut tapi alhamdulillah lapangan terbang di sana memasang pemanas maka kurang sedikit rasa sejuk yang melanda diri. Huhu~ Kami mencari tempat untuk berehat sementara menunggu jam 8.30 pagi, bas kami akan bertolak dari Stansted ke Leicester pada jam 8.30 pagi. Maka kedua kami ketiduran di lapangangan terbang.
=D

17 Oktober 2009

Lebih kurang jam 4.30 pagi, aku dan Shahirah terjaga dari tidur dan kami bergerak mencari tempat solat. Ya, ada sebuah tempat solat yang dinamakan 'chapel' di setiap lapangan terbang di United Kingdom. Semua agama yang ada di dunia ini boleh solat di dalam 'chapel' tersebut, islam, yahudi, budha, kristian, dan sebagainya dibenarkan untuk beribadah di situ. Kami merancang untuk sarapan selepas solat subuh jadi kami mencari-cari tempat makan yang sesuai. (Chapel di buka jam 5pagi) Tengah ralit usha kedai makan yang ada, kami terjumpa dengan Kak Lin. Pelajar Master di University Oxford. Oho~ terujanya jumpa dengan akak tu. Kami solat subuh bersama kemudian kami menuju ke Pret, kedai makan yang jadi pilihan kami. Asalnya aku dan Shahirah nak makan di Ponti tapi Kak lin kata Ponti tidak memisahkan makanan antara yang ada b*** dan yang tidak b***. Terima kasih Kak Lin untuk info ni. =)

Selepas menghantar Kak Lin cek-in kami pula mencari bas menuju ke Leicester. Segala urusan dipermudahkan. Alhamdulillah. Perjalanan menuju ke Leicester yang mengambil masa tiga jam kami habiskan dengan melihat ciptaan Allah dan juga ‘rehat’ yang cukup. hehe. .. Sampai di Leicester aku dan Shahirah cari teksi untuk ke rumah Kak Nida. Kami dengan gaya confident terus menuju ke teksi untuk mencari rumah Kak Nida. Mudah sahaja tugasan kami, berikan alamat pada pemandu teksi kemudian dia menghantar kami betul-betul depan rumah Kak Nida. Best2. =D

Sampai rumah Kak Nida kami berehat-rehat sebentar. Kak Nida masak nasi goreng. Terima kasih banyak-banyak kak,memang lapar sangat waktu tu. Akak memang memahami. Eheh. Dalam pukul dua kami menuju ke rumah akhowat Leicester, ada buat rumah terbuka lebih kurang. Makan nasi ayam. Nasi ayam adik-adik tahun satu ni memang besh~ Terima kasih dik. Kenal ramai juga sahabat Leicester di majlis tersebut.

Lepas makan, balik rumah. Rehat-rehat. Aku tak boleh tidur. Shahirah dah selamat merehatkan diri. Aku membaca buku Mikhail tulisan Ramlee Awang Murshid sementara menunggu Kak Nida menyelesaikan beberapa urusan. Aku nak ikut Kak Nida main bola jaring. Teruja sangat bila Kak Nida ajak join latihan bola jaring sempena dengan NOTT’S Games. (Macam ini kot ejaan nya, kurang pasti. NOTT merujuk kepada Nottingham) Aha. Seronok je main kat situ. Pengalaman yang berharga untuk aku. Masa main jumpa Kak Amani, Kak Lily, Ema, Fiza, Zai, Kak Zu dan ramai lagi. Ada ukhwah bersemi di taman itu. =)

Malamnya aku memang mengambil bahagian tidur sahaja. Malam itu kami makan pizza, sedap pizza tu. Warga Leicester sedang sibuk bersedia untuk program BOOM!( Blooming Out Of Mediocrity @Leicester) pada keesokkan harinya. Tidak sabar menanti hari esok.

Cerita akan bersambung lagi nanti. Pengalaman di BOOM!, perjalanan menikmati Bandar Leicester dan juga usrah yang kami ikuti.

P/S : Berkelanalah wahai sahabat.

Aku ada CD Upin dan Ipin Geng.

Siapa nak pinjam?

0 comment: