:: Katakan tidak pada 'TIDAK' ::

Thursday, December 31, 2009

Di bawah langit ini, aku belajar erti sebuah hidup.
Aku rindukan deru 'angin' ini.


Dalam mengharungi kehidupan seharian banyak perkara yang datang pada kita tanpa kita sangka. Ianya datang dalam keadaan kita bersedia atau tidak bersedia. Segalanya mungkin berlaku dalam kehidupan kita. Tapi sayangnya manusia terlalu mudah berkata tidak pada perkara-perkara mendatang ini. Kenapa tidak jawapannya? Kenapa bukan ya?!

Sedangkan sudah Allah swt janjikan dalam surah al-baqarah :


لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. [286]


Nah! Apa lagi yang mahu kita sangkal dengan kemampuan kita? Mari kita belajar untuk tidak mengatakan tidak pada sesuatu perkara yang datang pada kita. Kalau kita tidak berani berdepan dengan cabaran, jangan kita bicara tentang kejayaan hidup. Kalau takut untuk merasa sakit jangan bicara erti menghargai sebuah nikmat. Islam juga telah mengajar kita bahawa untuk mendapatkan sesuatu nikmat itu, Allah tidak beri kita dengan mudah. Hadis daripada kitab riyadhussolihin buktinya :

وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " من يرد الله به خيرًا يصب منه :رواه البخاري

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa oleh Allah dikehendaki akan memperoleh kebaikan, maka Allah akan

memberikan musibah padanya-baik yang mengenai tubuhnya, hartanya ataupun apa-apa

yang menjadi kekasihnya."


Ambil contoh mudah bagi yang sedang dalam menuntut ilmu, kalau kita tidak bersusah payah dahulu, manakan mungkin kita akan mendapat hasil yang baik. Iya! Kita perlu bersusah. Tapi lupakah kita kehidupan kita bukan hanya belajar sahaja? Kita ada rakan yang harus kita tunaikan tanggungjawab kita padanya, kita ada ibu bapa yang harus kita tunaikan tanggungjawab pada keduanya, kita ada masyarakat yang harus kita tunaikan tanggungjawab kita pada mereka. Adakah kepada mereka ini kita sentiasa mengatakan tidak? Tidak ada punya masa untuk menghadiri majlis-majlis yang dibuat, tidak punya masa untuk membantu kawan-kawan ketika mereka sedang sama-sama bergotong-royong untuk meraikan sebuah ukhwah, tidak ada punya masa untuk menziarahi jiran tetangga. Rugilah kita kerana gagal memahami erti sebuah kehidupan yang sebenarnya bukan milik kita tapi milik ‘kita-kita’.


Sungguh perkara yang dinyatakan nampak mudah tapi amat payah merealisasikannya. Ianya tidak menjadi mudah kerana kita selalu menjadi orang yang tidak bersedia. Menjadi orang yang sentiasa mencipta seribu satu sebab untuk menolak sedangkan sebab yang di beri adakalanya boleh di atasi tapi sengaja merendahkan diri sendiri. Kalau kita tidak mahu menghadapi kenyataan yang sewajibnya kita hadapi sekarang dengan mencipta sebab atau alasan, sila jangan lupa fikirkan kenyataan hidup sebenar yang akan datang. Sampai bila mahu mengelak? Sampai bila mahu katakan tidak? Tanya diri koreksi sebab kita tadi.


Kehidupan sebagai seorang pelajar memang keutamaannya adalah belajar. Itu tidak akan dapat disangkal. Tapi keutamaan belajar kita boleh berubah mengikut keutamaan masa dan tempat, masakan kawan sedang sakit keutamaan kita masih lagi belajar? Masakan waktu untuk menghadiri majlis-majlis ilmu secara berjemaah keutamaan kita masih lagi belajar? Juga masih banyak lagi contoh yang boleh kita ambil. Prioriti kita berubah dengan keadaan masa dan tempat. Sentiasa dahulukan apa yang patut kita dahulukan. Belajar memang yang pertama, perkara lain bukan yang kedua.


Wallahu3alam.


PS: Ujian hidup guru terbaik dalam menjadikan

kita ‘orang’.


1 comment:

خديجة خليلة said...

Kejayaan yang benar adalah apabila kita menumpukan sepenuhnya dalam pelajaran dan menggunakan setiap waktu dgn sempurna seterusnya bertawakal kpd Allah S.W.T atas setiap usaha kita.

NAMUN, kejayaan yang lebih benar dan hakiki adalah apabila kita lakukan segala yang di atas seiring dengan melengkapkan keperluan rakan-rakan, alam sekitar, makhluk lain dan juga segala kerja yang kecil dan sebesar zarah.

Kerana, suatu hari andai skrol kita tidak dipandang lagi manusia, kita sudah ada bekalan yang begitu berharga utk dinilai manusia seterusnya menjadi penilaian Allah S.W.T atas kesamarataan yg kita beri pd setiap tanggungjawab.

Teruskan menulis Zahirah! =) Mudah dibaca, mudah difahami dan berlapang dada untuk diterima. Terima kasih atas perkongsian.

-Salam Sayang-
Kak Lilah The Best. Keke. (puji diri sikit)

*He, sori panjang. Ni bkn komen, tp mcm nak berforum.