:: Anda. Nilaian. ::

Friday, March 11, 2011



am i going to lost one of my best friend???

could you please say something

i mean pujian utk saya

saya yg anda kenal mcm mana orgnya

apa kekuatan dia?

bagaimana dia dgn org sekeliling dia.


Rangkap di atas bukan satu bait puisi yang saya karang ketika hujan turun tanpa hentinya sebentar tadi. Tapi, rangkap di atas adalah luahan dan permintaan seseorang kepada saya.


1. Am i going to lost one of my friend???

Anda tidak akan kehilangan saya dalam apa keadaan sekali pun, dalam apa status sekali pun kerana anda sentiasa ada dalam hati saya. Anda dan saya akan kekal hingga begini hingga akhirnya. InsyaALLAH. Kerana saya sangat menyayangi anda. Percayalah.


2. Could u please say something, i mean puji untuk saya. Saya yang anda kenal macam mana orangnya? Apa kekuatan dia? Bagaimana dia dengan orang sekeliling?

Saya bangga kerana saya adalah sebahagian daripada anda. Saya bersyukur kerana saya ada anda dalam banyak hal. Saya mengenali anda dalam banyak hal, setiap daripada kita ada perkara positif dalam diri kita juga ada perkara negatif. Begitu juga anda dan saya. Dahulu saya selalu rasa mahu mengkritik sikap negatif anda hingga kadang-kadang saya terlupa saya juga ada kekuarangannya. Tapi kini atas kelebihan dan kekurangan itu anda dan saya saling berkongsi rasa dan cerita. Betulkan?


Walau apapun pandangan orang kepada kita, kita terima dengan hati terbuka. Sama ada negatif mahupun positif. Yang positif kita jadikan ia kekuatan dan yang negatif kita jadikan ia sebagai sebab untuk kita menjadi lebih baik daripada sekarang. Jika orang di sekeliling anda mengatakan anda tidak kuat, seorang yang lemah. Anda berhak untuk menukar pandangan 180 degrees. Tetapkan dalam fikiran anda, mereka tidak kenal siapa anda dan mereka tidak tahu. Saya tahu anda kuat! Anda sangat kuat wahai ‘sahabat’ saya. Luaran seolah lemah tetapi dalaman anda terlalu kental. Ia, walaupun kadang-kadang anda meluah rasa kepada saya seolah anda sudah jatuh terjelopok tapi tahukah anda bahawa anda sememangnya sangat kuat apabila mampu menghadapinya seorang diri. Saya tidak mampu merasa apa yang anda rasa, tapi saya selalu cuba ada di bahu anda apabila anda sudah tidak mampu berdiri secara zahirnya walaupun hakikatnya hati anda masih terlalu teguh sahabat.


Saya mengenali anda orang yang ada pendirian anda, ada tujuan hidup anda. Selalu bermuhasabah dalam banyak hal. Anda mempunyai pemikiran kritis. Anda cerdik. Anda cantik di pandangan mata manusia, juga dipandangan mata Allah juga. Saya doakan. =) Anda seorang yang bersistematik. Seorang pemikir. Seorang yang matang pemikirannya walaupun kadang-kadang kelakuan seolah keanak-anakkan. Anda selalu menghadirkan rindu buat saya kerana sifat keanak-anakkan anda. Saya bahagia apabila bersama anda. Anda kini sudah berubah menjadi seorang yang lebih baik. Moga selalu ada peningkatan untuk itu ya?


Anda dan saya hampir serupa sikap apabila bersama-sama orang sekeliling. Ramah anda, sikap humor yang ada dalam diri anda. Ramai orang rasa senang apabila bersama dengan anda. Anda tahukan? Semoga anda dan saya sentiasa ingat siapa kita di dunia ini. Apabila ada pujian datang moga kita Berjaya menyalurkan ia pada saluran yang betul. Kita doa sama yea.


Saya rindu anda. Saya sayang anda. Saya sangat menghargai anda. Doa saya selalu ada untuk anda. InsyaALLAH.


********************************


Tanpa kita sedar, kita sangat bermakna untuk orang sekeliling kita. Moga bermaknanya kita untuk orang sekeliling yang mendatangkan kebaikan dan manfaat. Jangan kita bermakna untuk perkara-perkara yang tidak positif. Jangan pernah merasa tidak berharga kerana harga setiap kita berbeza pada nilaian orang. Mungkin pada anda saya senilai kaca, tapi saya tahu yang saya pada keluarga saya senilai emas permata. Harga anda mungkin tidak begitu tinggi pada pandangan orang lain, tapi nilai anda terlalu tinggi buat keluarga anda. Moga harga kita cukup tinggi pada nilaian Allah SWT. InsyaALLAH.


PS : Jawapan saya untuk anda yang

saya hargai.


PSS : Selamat Hari Ulangtahun

Nazira Alis. 1103.

1 comment:

W'dah said...

i bet your best friend would touching when reading this post. very inspiring!
nak apply tuk diri saya boleh? =D