:: Aku dan Kasut Sukan ::

Tuesday, February 24, 2009

Assalamualaikum wth,

Sakit badan, isk2..

Semalam aku dengan kawan serumah aku pergi 'berlari', lama tak lakukan aktiviti ini dan akibatnya segala urat-urat aku terkejut. Hoho~ Bayangkan selepas empat bulan baru nak berlari-lari. Mahu tak terkena serangan kejutan melampau urat-uratku ini. Hehe..

Pulang bercuti ke Malaysia ketika cuti musim panas tahun lepas, aku kira cukup untuk aku melepaskan kerinduan melampau kepada sukan. Biasalah, di negara arab tempat sukan untuk perempuan memang sukar ditemui, maka aku pun amat jarang bersukan melainkan ketika Sukan Malaysia (SUKMA) anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi. Setelah seminggu berada di Malaysia, aku ke kedai kasut bersama emak, niat asal mahu membeli kasut untuk aku sepanjang berada di Malaysia. Setelah membeli kasut yang berkenan dihati, mata terlihat kasut sukan berwarna merah dan bertanya pada emak sekiranya boleh aku mengambil sepasang kasut lagi. Emak kata boleh, aku tersenyum sumbing depan mak tanda ucapan terima kasih kepada emak. Aha~

Kasut yang emak belikan untuk aku itu, tidak pernah rugi aku rasa. Hehe~ Sememangnya aku menggunakan kasut tersebut ketika di Malaysia. Mengajar budak sekolah bermain bola jaring, bermain badminton bersama adik lelaki aku (dia memang rakan terbaik badminton aku.. Sungguh rindu ko bro), Teman adik-adik berprogram(menjadi fasilitator), juga 'berlari-lari' ketika temankan si kecil Izzah bermain di taman permainan. Oh! Aku rindukan suasana sibuk itu. Sedari kecil, aku memang sukakan sukan. Teringat kali pertama aku mendapat hadiah kasut sukan daripada abah berwarna biru ketika aku darjah enam. Abah belikan sempena pemilihan aku sebagai komander fatayat untuk 'Mukhayyam Syabab dan Fatayat seluruh Malaysia'. Lama juga kasut tu aku pakai hingga ke tingkatan dua. Selepas itu, abah belikan aku sepasang lagi kasut sempena kursus kepimpinan di Pahang anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk anak-anak Negeri Sembilan. Kemudiannya, emak pula membelikan kasut merah ini. Terima kasih emak dan abah.

Semalam kiranya permulaan semula untuk aku 'berlari'. Haha~ Aktiviti ini memang aku lakukan bermula tahun lepas, tapi semasa pulang ke Moroko sekitar bulan Oktober cuaca sudah mula sejuk maka aktiviti ini juga dibekukan sama seperti bekunya aku di dalam selimut tebal (lihaf) sepanjang musim sejuk ini. Hehe~ Sekarang cuaca sudah mula panas maka aktiviti tersebut sudah boleh dimulakan semula. Aku suka. (",)

Abah yang banyak mengajar erti sukan. Maklumlah pemain bola sepak kebangsaan ketika sekolah dulu. Abah mulakan dengan membelikan basikal kemudian hampir setiap petang bermain badminton bersama-sama dan adakala pergi ke taman rekreasi berlari-lari. Bermain badminton dengan abah acapkali tewas, biarpun abah tidak banyak bergerak ketika bermain tapi setiap pukulannya padu dan itu yang aku tewas. Kelemahan aku ialah pukulan backhand abah. Sungguh, hingga saat ini aku masih belum mampu menewaskan pukulan backhand abah. Tak apa, abah tunggu Along balik tahun depan dan kita challenge badminton sekali lagi. Hehe~

Stamina aku semalam sungguh telah menurun. kebiasaannya aku menghabiskan sekitar 20 minit untuk satu pusingan tapi semalam aku menghabiskan kira-kira 35 minit untuk satu pusingan. Aduh~ Teruknya stamina. Perlu diperbaiki semula. Huhu~ Walau telah menjangkau umur 21 tahun ini, aku tidak merasakan itu halangan untuk seorang perempuan bersukan. Ketika bermain badminton bersama adik lelaki aku cuti yang lalu, aku tidak merasa kekok walaupun aku telah berumur 20 tahun, kami berdua sentiasa bersaing untuk memastikan siapa dapat memberikan pukulan padu dan yang pentingnya memastikan peluh keluar untuk kesihatan. Antara kami empat beradik, nampaknya aku dan adik lelaki aku sahaja yang benar-benar minat untuk bersukan, kalau Wardah (adik perempuan aku) tidak berminat dengan sukan melainkan ping pong. Aku pun kadang-kala bermain ping pong tetapi tidak selalu kerana ianya tidak selasak badminton atau pun bola jaring. Hehe~ Setiap orang ada minat tersendiri.

Rasanya cukuplah untuk waktu ini, ada lagi perkara ingin aku kongsikan bersama kalian, cerita mengenai aktiviti 'berlari' aku semalam juga tapi nantilah entri yang akan datang. InsyaALLAH. Sekarang ini perlu menyiapkan kerja lain pula, kalau tidak nanti bozz aku bising. Lala~

P/S : Majulah sukan untuk negara..

Hoho~ tak pasal. Kasut sukan merah

itu aku bawa hingga ke Moroko. =D

4 comment:

Shinju said...

bersukan menyihatkan badan!
hi hi hi

ZahirahzahiD said...

>>> Shinju

Ehe~ Jom Sukan kat pantai!!!!

=D

Farah Imani said...

salam..kak dermaga..nanti kalau saya dtg rabat bawak saya jogging k..
saya nak sentiasa sihat n cergas..

ZahirahzahiD said...

>>>Farah Imani

Ehe~ InsyaALLAH kita main lari2..ajak reramai main lari2.. (",)