:: Aku dan Rindu ::

Wednesday, February 25, 2009

Gambar ini di'tembak' ketika pesta buku antarabangsa yang lepas.
Kredit untuk siapa yang ade dalam gambar =D


Asslamualaikum wth,

Hari ni nak sambung cerita tentang pengembaraan 'larian' aku. Selepas selesai berlari-lari aku dan kawan serumah ambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki seperti kebiasaannya.

Ketika kami mahu melintas jalan, ada seorang mak cik bertanya kepada kami, 'Kamu berdua nak ke Qamra ke?', kami jawab, 'ha'a, kami berdua nak ke Qamra'. Mak cik tersebut mengajak kami berdua jalan bersama. Aku dan kawan aku pun jalanlah sama-sama dengan mak cik ini.

Dalam perjalanan dia bertanya sama ada kami berdua orang Moroko maka kami pun jawablah kami orang Malaysia. Seperti biasa jawapan yang memang akan keluar dari mulut mereka di sini. "Owh, orang Malaysia.. Bagus, beradab, sopan-santun dan bla..bla..bla". Memang di sini orang Malaysia akan dipuji melambung-melambung sampai aku terkadang rasa tidak jejak ke bumi. Owh! bahaya ni, seolah lupa diri. Hehe~ Tapi hakikat sebenar Malaysia itu, tepuk dada tanya sakit ke tidak? =D

Mak cik tu pun ceritalah dia pun dari hutan rekreasi juga, doktor nasihatkan dia supaya banyak berjalan kerana lutut dia bermasalah. Itu yang dia berjalan-jalan a.k.a berlari-lari di hutan rekreasi tu. Dia juga bertanyakan harga tiket dari Moroko ke Malaysia, kami pun beritahu kira sepuluh ribu dirham untuk pergi dan balik. Dia kata murah!! Heh? Macam mana mak cik boleh kata murah? Hoho~Rupanya dia pernah ke Canada dan harga tiket ke Canada lebih mahal daripada ke Malaysia. Mak Cik naik Lufthansa kot..Ehe~ Kami ni naik cheap flight je. ( tahu dek orang Qatar dan Etihad aku cakap mereka dari golongan cheap flight kena samam agaknya aku..Hehe~) Tapi memang dua itu yang paling murah kalau nak balik ke Malaysia dari Moroko. Mak cik tu cakap dia ada dua orang anak perempuan di Canada, seorang ambil ekonomi dan seorang lagi aku kurang jelas dia cakap.

Mak cik tu amat teruja berjumpa kami berdua, sepanjang perjalanan mendoakan kejayaan kami. Terima kasih yea mak cik atas doa itu. Amin~ Satu perkara yang menyentuh hati aku sepanjang perjalanan kami ialah, mak cik itu sentiasa memegang tangan kami berdua, seolah aku sedang berjalan dengan emak pula. Tiap kali mahu melangkah longkang atau tempat tinggi dia pasti akan memegang tangan kami. Aduh~ Buat aku teringat mak sahaja cara mak cik ini. Sampai di simpang yang memisahkan rumah kami, mak cik tersebut bertanya di mana rumah kami? Kami pun menunjukkan jalan ke rumah kami dan dia semangat untuk pergi ke rumah kami. Katanya, "jom kita jalan sama-sama ke rumah korang berdua, nanti aku boleh balik sendiri dari rumah korang". Erk! Aku dan kawan aku tak sampai hati pula nak biarkan mak cik tu jalan seorang diri maka kami yang temankan dia pulang ke rumahnya.

Sampai di rumah, ada suami mak cik tersebut. Sekali lagi kami dipuji melambung-lambung depan suaminya. Katanya, baik budak berdua ni teman aku sampai rumah. Huhu~ biasa-biasa aja mak cik~ Dapatlah minum teh dan makan kek. (baru main lari-lari dah tambah kalori dengan makan kek..Hoho~) Mak cik tu siap kata lagi, aku ada rumah, kalau korang nak sewa beritahu. Aku dan kawan aku senyum je. Kemudian mak cik tu cakap kat suami dia, ' Kita sewakan rumah kita dekat budak-budak inilah, baik, beradab dan bla..bla..bla..' Suami dia menjawab dengan penuh semangatnya, "boleh, boleh, boleh" Ehe~

Agaknya kalau di Malaysia aku ikut tak kalau orang yang aku jumpa kat tengah jalan balik rumah? Jawapannya, tidak. Owh! Aku takut dengan keadaan Malaysia. Adakala bumi Moroko ini jauh lebih aman dari Malaysia. Tapi Malaysia is the best ;) [Takut dilucut kewarganegaraan ni..hehe~] Memang kebanyakkan ibu bapa di sini mahukan anak-anaknya menjadi seperti anak Malaysia di sini (Moroko), sopan, beradab, menutup aurat dan bla..bla..bla..(tak boleh puji lebih-lebih nanti ada yang tak dapat pegang keyboard sebab dah terbang..haha~). Huhu~ Jadi tidak hairanlah walau kalian hanya berjumpa ketika membeli ikan atau sayur pun boleh di ajak makan di rumah. Sebenarnya ada benda yang orang Malaysia telah hilang kerana mengejar kesenangan hidup iaitu ukhwah dan kasih sayang sesama keluarga. Berbanding di Moroko perkara itu masih kukuh terpelihara. Terkadang aku terfikir alangkah baiknya sekiranya nilai murni ini masih wujud di Malaysia.

Itu sahaja nak kongsi, nak beritahu pada kalian. Mak cik tersebut telah menyebabkan rindu aku kepada emak terubat dan pada masa yang sama rinduku pada emak semakin menebal kerana aku pula tiba-tiba teringin berjalan berpegangan tangan bersama emak. Adeh~ Kembali berpenyakit rindu. Erm...


P/S : Hari Jumaat bercadang mahu ke
rumah mak cik tersebut untuk makan
kuskus. Kuskus buatan arab memang BEST!!

6 comment:

Linda Abdullah said...

Baik nya makcik tu..

kuskus tu makanan apa?

ZahirahzahiD said...

>>> Linda Abdullah

Kuskus tu makanan tradisi diorang kat sini..erm, kebiasaanya diorang makan hari jumaat satu keluarga.. =)

Xpe, nanti saye masukkan gambar kuskus tuk entri akn dtg k beserta resipi sekali..hoho~

Mak cik tu memang baik.. =)

Farah Imani said...

kak..cube tye mak cik kot2 die ade umah kat casa nie..leh la km sewa..
boleh km tukar angin skit..hehehe

ZahirahzahiD said...

>>> Farah Imani

Ehe~ InsyaALLAH dik..esok akk tnye kalau akak jd g mkn umah mak cik tu..
=D

Anonymous said...

isy3...

cm kenal je mangsa tembakan kamera tu?cian2, mude lagi dh kne tembak..keke~

ZahirahzahiD said...

>>> asyrazi

Huhu~ muda2 la kene main tembak2, nnt kalau dah berumur. Sakit pinggang nak main tembak2 ni..