:: Senyum ::

Thursday, January 20, 2011


Assalamualaikum wth,


Senyuman =)


Saya sedang senyum di hadapan anda dengan senyuman yang cukup ikhlas yang menunjukkan betapa saya gembira ‘memiliki’ kalian sebagai sahabat-sahabat saya. Sungguh! Saya sedang tersenyum pada anda. Lihatlah~


Buku tulisan Abbas Assisi, bertajuk ‘Bagaimana Menyentuh Hati?” ada menulis tentang ini. Saya seolah sudah ‘jatuh cinta’ dengan buku-buku tulisan Abbas Assisi. Cukup memberi inspirasi. Terima kasih Kak Nida~. Hebatnya Abbas Assisi dalam menjalin ukhwah dengan orang sekelilingnya ketika itu. Melihat dia saja ramai yang merasa kasih padanya kerana hatinya mempunyai taman yang dipenuhi bunga-bunga ‘kasih-sayang’ yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk.


Sabda Rasulullah SAW :

عن أبي ذَرّ قال: قال رسول الله : ((تبسُّمك في وجه أخيك لك صدقةٌ)) رواه الترمذي وابن حبان غيرهما، وهو حديث حسن

Daripada Abu Dzar berkata : Rasulullah saw bersabda : Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu” . Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah.


Jika sahabat kita tidak melihat senyuman pada wajah kita tika mana kita berhadapan dengannya, sudah tentu lahir perasaan resah dan gundah di hatinya melihat wajah yang tidak dihiasi indah dengan seukir senyuman yang ciptaan Ilahi buat hamba-Nya. Setiap pada kita mempunyai senyuman indah dan unik, kerana Allah menjadikan berbeza-beza dan tidaklah sama penciptaan kita dan sahabat yang lain. Jelas menunjukkan kekuasaan Allah Swt. Allah Maha Besar~


Oleh itu, senyumlah kita. Jangan rasakan senyuman itu benda yang remeh dan tidak akan memberi kesan dalam kehidupan jika kita tidak tersenyum.


Sabda Rasulullah SAW :

Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik,

meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama

muslim) dengan wajah yang ceria” – Riwayat Muslim


Senyuman adalah gambarah hati kita, sahabat yang melihat seolah terpanggil untuk terus menatap wajah yang sedang tersenyum itu lalu merasa terpanggil untuk sentiasa dekat. Hebatnya senyuman. =) Berkata Abbas Assisi ‘ Senyuman yang tulus ikhlas adalah fitrah; ia ibarat bunga yang mekar di tangkainya, indah dipandang mata, dan harum baunya, yang menjadikan jiwa terlena dan bersimpati.’


Untuk membuktikan ini, sabda Rasulullah SAW :


"Kamu tidak akan dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu, tetapi yang

dapat membahagiakan mereka adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia."


Iya! Wajah yang ceria dan akhlak yang mulia adalah harta yang tidak ternilai. Harta benda memang mampu untuk membahagiakan manusia. Tetapi sejauh mana? Selama mana? Akhirnya, senyuman juga akhlak yang mulia menjadi ukuran.


Bersyukur Ya Allah kerana aku memiliki sahabat-sahabat yang sentiasa membuat aku tersenyum tanpa sedar~ =)

0 comment: