:: Jom bangun malam! ::

Wednesday, February 4, 2009



Assalamualaikum wth,

Hari Ahad lepas ada forum hawa wilayah Rabat, aku jadi ahli panel dan kumpulan aku bawakan tajuk tabarruj. Alhamdulillah, banyak juga info-info baru yang kami semua dapat. Terima kasih buat semua sahabat yang menjayakan program ini. Terutama peneraju utama Kak Tie dan Sherot..hehe~ Tengah cari isi tentang forum aku terbaca tentang bangun malam atau qiamullail ni, rasa macam nak kongsi je kebaikan bersama tetamu aku. hehe~

ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا


"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji"
(Al-Isra' : 79)


Apa kelebihan orang yang bangun malam/Tahajjud ?


Terdapat sembilan kelebihan orang yang solat tahajjud ini, 5 kelebihan akan diperolehi di dunia dan 4 lagi akan diperolehi di akhirat ;


Dunia :


  • Tanda berkat pada wajahnya

  • Mereka akan disayangi oleh orang ramai

  • Allah akan menjadikannya orang yang bijaksana

  • Apabila dia bercakap akan penuh dengan hikmah.



Akhirat :

  • Wajahnya bercahaya

  • Akan dipermudahkan hisabnya

  • Melalui titian sirat seperti kilat menyambar

  • Menerima buku amalan melalui tangan kanan.

Jom kita lihat antara ayat al-quran mahupun hadis yang menunjukkan betapa Islam menggalakkan bangun malam ini;


"Apabila seseorang itu jaga dari tidurnya di waktu malam dan membangkitkan isterinya lalu kedua-duanya sama-sama menunaikan dua rakaat sembahyang nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak menyintai dan menyebuti ALLAH." -Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari Abi Sa'id.


“Dan (dengan apa keadaan pun) maka pada sebahagian waktu malam sujudlah kepada Tuhanmu (dengan mengerjakan sembahyang) dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memuji-Nya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam”. ( Al-Insan : 26)


“Sesungguhnya bangun beribadat pada waktu malam itu adalah sangat berkesan (dalam hati) dan lebih betul bacaannya”. (Muzammil : 16)



Tapi tu la, walau pun kita ni tahu begitu banyak kebaikan qiamullail ini, kita sering juga liat nak bangun. Huhu~ Paling rajin nak bangun malam, bila time exam. Hoho~ Mata ni macam ada ada jam loceng yang akan gerakkan kita bangun waktu malam. Bila time exam bangun je malam terus capai buku, segar terus. Huhu~ Kalau tak, nak buka mata pun susah. Aku pun ada terdengar ceramah dari Ustazah Nor Bahyah, sebab-sebab liat nak bangun malam ini, sebab kita bila time tidur ada ikatan dari Syaitan..hoho~ tu yang amat sedap tidur tu..isk2



Sabda baginda Muhammad SAW, "Syaitan akan mengikat kepala manusia dengan tiga ikatan menyebabkan kamu tidur lama. Apabila kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia berwudhuk terlepaslah ikatan kedua dan apabila dia menunaikan solat akan terlerailah ikatan semuanya. Dia akan merasa kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak dia akan kusut dan malas."(riwayat Bukhari)

Jadi, bila kita bangun pepagi tu apa kita kena buat? Tiga benda ;



  • Sebut nama ALLAH

  • Berwudhuk

  • Dirikanlah solat


Semudah menyebut ABC..huhu~ tapi nak lawan nafsu tidur terutamanya musim sejuk di Morocco ni. Aiya~ susah yang amek la..hoho~ Maka aku ni terfikir macam mana nak mudah bangun malam ni, moga-moga aku dan kalian tergolong dalam golongan yang mendapat rahmat dan keberkatan bila kita imarahkan malam gelap yang tersembunyi seribu satu perkara tu.




Cara mudahkan bangun malam antaranya ;

  • Jangan makan terlalu banyak sebelum tidur.

  • Amalkan qoilullah, ( tidur sekejap ) pada siang hari untuk beri tenaga kita nak bangun malam. Diulang semula , 'TIDUR SEKEJAP' huhu~

  • Fahami dan ketahui kelebihan bangun malam ini.

  • Sebelum tidur, tekadkan dalam hati untuk bangun untuk menunaikan solat pada jam berapa. InsyaALLAH.


Lepas ni, jom kita amalkan perkara kat atas tadi. Moga kita dapat mengejar kenikmatan bangun malam atau qiamullail ini. InsyaALLAH.

Seterusnya dari segi sains pula bangun malam ini kita akan menyedut oksigen khusus pada jam tiga pagi hingga matahari terbit kemudian apabila kita gerakkan otot tubuh badan kita akan melancarkan saliran darah untuk mengalir. Menggerakkan otot dan menyedut oksigen khusus ini amat penting untuk memastikan kesihatan tubuh badan kita. Sebab tu la kita diwajibkan menunaikan solat subuh. Siapa yang bangun lepas matahari terbit makanya tak dapatlah nak menghirup oksigen segar ini. Huhu~ Sila rajinkan diri anda untuk solat subuh, jangan liat-liat nak bangun..Hoho~ (Pesanan khidmat masyarakat semua dan diri aku juga ni =D )


Rasanya cukuplah untuk tika ini, Jom kita sama-sama menunaikan solat tahajjud ni yang sememangnya mengandungi seribu satu hikmah dan kebaikan baik dari kesihatan mahupun dari suruhan agama kita. Salah satu cara kita nak dekatkan diri kita pada ALLAH SWT. Baginda Muhammad SAW sendiri sentiasa melakukan solat malam ini sehingga bengkak kedua kaki baginda sedangkan baginda telah dijanjikan syurga. Kita? hoho~


Imam At-Tarmizi meriwayatkan, daripada Al-Mughirah bin Su’bah berkata:

“ Rasulullah SAW menunaikan solat hingga bengkak kedua kaki Baginda. Dikatakan kepada baginda, apakah sebab kamu menyusahkan diri kamu ini, sedangkan kamu telah diampunkan dosa yang telah lepas dan yang akan datang. Berkata Baginda SAW, apakah tidak aku menjadi hamba yang bersyukur ”




Kita Jaga Hak Allah, Allah Jaga Hak Kita



P/S : Solat tahajjud juga dapat elakkan
diri dari terkena sihir.

7 comment:

Anonymous said...

kita juga akan mudah bangun jika rakan bilik kita tidak suka membuta..mua ha ha..pengaruh rakan sebaya.

-Cik Cut-

Anonymous said...

Ana nak bagi petua.Alhamdulillah,qiamulail jadi amalan.Resah sungguh kalau tak buat.Macamni,kuatkan diri dan hati bangun untuk berqiamulail 3 hari berturut2.InsyaAllah,selepas 3 hari tu,senang nak bangun dan InsyaAllah akan terus istiqamah.Selain tu,hayati kelebihannya.Lawan musuh yang bernama syaitan dan hawa nafsu.Ingat jihad terbesar adalah jihad melawan hawa nafsu!Apa salahnya kita wajibkan diri kita untuk berqiamullail seperti kekasih kita Rasulullah s.a.w.InsyaAllah....

Anonymous said...

Salam.Hidupkan qiamullail.Allahu Akbar!Boleh dila nyanyi lg?
Cinta..
Tersematkah di istana janji dua jiwa
Cinta..
Terleraikah di antara kaca dan permata
Atau saksi buta..
Rintihan hamba di malam yang gelap gelita

Susah lagu ni.Siapa boleh teka,tuntut kat dila panini atau syawarwa atau dujaj rubu3.Hehehe..

ZahirahzahiD said...

Katarsis >>> dilaumahatas

satu misteri by alessi brothers..

tol x ?? =D

Linda Abdullah said...

Senang jer dik kalau nak bangun malam nih.. try lah petua dari kak Linda nih.. pergi kedai beli jam loceng, pilih yg bunyi nya paling kuat.. jangan beli satu.. beli 5 yer.. set jam..jangan lupa set jam dlm handphone sekali.. set volume paling kuat tau..huh.. cuba lah.. memang berkesan..

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> Cik Cut

Hoho~ itu sememangnya. Aku kan memang mendapat seorang ahli bilik yang tidak kuar tidur..huhu~

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> Linda Abdullah

aha~ betul gak kan..nak beli banyak2 la nnti jam loceng..hehe~

biar penuh keliling katil..haha~